CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3716|Reply: 36

[Tempatan] Pakar kesihatan setuju cadangan PDRM warga emas patut diperiksa kesihatan utk re

  [Copy link]
Post time 26-9-2021 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Periksa kesihatan pemandu warga emas: Pakar
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 26 September 2021



SHAH ALAM - Pakar kesihatan menyambut baik cadangan pihak polis agar kerajaan mengenakan syarat khas sebelum warga emas dapat memperbaharui lesen memandu.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, cadangan itu relevan dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Menurut beliau, ini kerana terdapat beberapa penyakit berkaitan penglihatan, kognitif dan urat saraf yang lazimnya dialami oleh warga emas berumur 60 tahun dan berpotensi untuk menyebabkan perkara yang tidak diingini semasa memandu.

“Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemeriksaan kesihatan adalah penyakit penglihatan seperti katarak, rabun disebabkan oleh kencing manis dan rabun warna.

“Bagi perkara berkaitan saraf pula, doktor perlu mempertimbangkan penyakit seperti strok minor, parkinson dan juga masalah lemah otot.

Sementara itu, Pakar kesihatan awam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh pula berkata, langkah tersebut memang sepatutnya dilaksanakan kerana kajian di luar negara menunjukkan warga emas merupakan antara kumpulan usia utama yang menyumbang kes kemalangan.

“Di Jepun misalnya, umur 75 tahun ke atas perlu menjalani ujian kognitif utk meneruskan lesen setiap tiga tahun. Malah ada juga yg dipaksa menyerahkan kebenaran memandu mereka kerana sudah lupa kemahiran itu dan membahayakan orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Sharifa mencadangkan supaya pemeriksaan kesihatan memandu berkala tiga tahun sekali dilaksanakan kepada warga emas yang berusia 65 tahun ke atas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Iya dek…. Memang bahaya dek. Hari tu ada anjing tua ni nak masuk lane akak punyalah terkial-kial, sampai akak doakan heshe lekas masuk kubur dekkkkk…..!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:04 AM | Show all posts
mmg betul pon. org tua ganyut ni bawak kereta rasa mcm nak maki je. masuk keluar simpang sudah la tak bagi signal berenti utk tgk kiri kanan pon takda terus melulu keluar. bila kita hon ehhh dia buat muka tak puas hati. byk kali org tua sodok kereta iols tapi taknak ngaku lepas langgar terus nak larikan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 26-9-2021 10:11 AM

Beradab sikit bila komen tu. Korang tak da makbapak ke?
Jangan ingat korang selamanya muda dan sihat. Kalau korang mati muda lain cerita.
Banyak lagi punca kemalangan; sikap selfish, biadap dan tak ikut peraturan punca kemalangan. Tak kira orang tu tua/muda
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok periksa jgk yg ada kad oku, yg suka mabuk2, yg ada rekod dadah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 11:17 AM | Show all posts
mana moderator forum cari ni ?
makan gaji buta ke ?

bila perbincangan melibatkan warga emas
ibarat membincangkan perihal mak bapak u all juga
jaga lah adab
walaupun sekadar di dalam forum

mana statistik yg menunjukkan kemalangan melibatkan warga emas ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa masing-masing... ngeri...jgn ingat kita ni muda sentiasa ye...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:01 PM | Show all posts
Saya sokong penuh, warga emas atas dari 65, lesen memandu diperbaharui maksimum setahun sahaja. Bila nak renew kena lampirkan sekali lapuran kesihatan. Ramai yang ada penyakit diabetic, mata kurang jelas , tanpa di sedari, judgement sudah tak betul.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 26-9-2021 11:17 AM
mana moderator forum cari ni ?
makan gaji buta ke ?


Supermod tu akak tak tau lah dapat gaji ke tak dekkkk…. Tapi mod biasa2 ni mana ada gaji dekkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau check ni Kena bayar jugak kan.. Kaya la jpj camni.. Tak payah kot.. Orang tua bawak keta slow..yg muda ni yang bawak kereta macam nk terbang
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju sebab iols ramai jmpa org tua drive ikot suka diaa jer.. Saru lg bahaya untuk org lain satu hal utk diri dia pon bahaya gak. tlg laa cekk kad oku satu lagi. Naik mwnyampah dahh asal langgar peraturan jln rayaa jerr ada kad oku. Yg jd mangsa smpai meninggal dunia dsebabkan mnusia mcm niee
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
belon replied at 26-9-2021 12:06 PM
Kalau check ni Kena bayar jugak kan.. Kaya la jpj camni.. Tak payah kot.. Orang tua bawak keta slow. ...

Diorang bawak slow hat jenis yang terkial-kial tu dekkkk…. Bukan slow yang jenis jaga jarak kenderaan tu yang kau maksudkan dekkkk! Ada beza kat situ dek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ramai warga emas umur 55 ke atas dlm forum Cari ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ok jugak kan..tp kdg2 hat muda pun ada mcm apa jah bwk keta..xbelajar kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:40 PM | Show all posts
pooh~key replied at 26-9-2021 12:05 PM
Supermod tu akak tak tau lah dapat gaji ke tak dekkkk…. Tapi mod biasa2 ni mana ada gaji dekkkk!

... alaaa ye ke kak? adik baru nak apply jadi mod .. sebab dah pencen awal ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 26-9-2021 12:42 PM
mesti ramai warga emas umur 55 ke atas dlm forum Cari ni.

Maksud kau dekkkk? 55 belum tua hokeh dekkkk..,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:13 PM | Show all posts
60 tahun?

Sebab itulah ada kebaikanya minum alcohol!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hal segala benda kerajaan nak menyibuk. Nanny state mengalahkan Singapore. Berapa banyak accident melibatkan warga emas kerana dia too old to drive?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 03:17 PM | Show all posts
Banyak punca lain sebabkan kemalangan - Lam Thye
Oleh Mahani Ishak - September 26, 2021 @ 3:09pm

KUALA LUMPUR: Banyak faktor menjadi punca utama kemalangan jalan raya dan adalah tidak adil jika ada yang mengesyorkan supaya syarat khas dikenakan untuk pemegang lesen memandu warga emas.

Ini berikutan nahas yang disebabkan pemandu lanjut usia hanyalah membabitkan peratusan kecil berbanding kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit, memandu laju dan lain-lain.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sebaiknya faktor kesihatan perlu menjadi asas penting bagi menentukan seseorang pemandu itu berhemah atau sebaliknya, berbanding faktor usia.

"Usia tertentu warga emas tidak sepatutnya dijadikan isu dan wajar mereka dibenarkan memohon selagi mereka tiada masalah kesihatan kerana tidak adil jika kerajaan merancang untuk menyekat hak pemilikan lesen terhadap semua, hanya disebabkan peratusan kecil kemalangan.

"Ini kerana ramai kalangan warga emas masih menjalani kehidupan aktif atau berdikari yang memerlukan mereka bergerak sendiridi samping kos menggunakan perkhidmatan e-hailing atau pengangkutan awam adalah tinggi terutama kepada yang tiada pendapatan tetap," katanya kepada BH, hari ini.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya pengeluaran lesen memandu kepada warga emas perlu dihadkan susulan banyak faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan saranan itu belum dibincangkan secara mendalam atau menjadi pendirian rasmi PDRM.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengatakan, aspek lebih menyeluruh termasuk keperluan untuk mobiliti dan faktor sosio-ekonomi lain perlu dipertimbangkan sebelum mengenakan syarat khas untuk pemegang lesen memandu dalam kalangan warga emas.

Ini berikutan, penilaian terhadap seseorang pemandu hanya bersandarkan kepada faktor umur atau merujuk kepada kes terpencil semata-mata dikhuatiri berupaya menimbulkan diskriminasi terhadap warga emas, khususnya dalam mengehadkan pemilikan lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM).

Lam Thye berkata, secara relatifnya, banyak kemalangan disebabkan kenderaan dipandu laju, pemanduan melulu, menggunakan telefon bimbit dan penyalahgunaan dadah serta memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Sedangkan kemalangan disebabkan individu lanjut usia agak terpencil berbanding punca nahas yang lain. Syor had usia tidak boleh dilakukan seperti negara Barat kerana faktor sosioekonomi yang rendah untuk melarang pemilikan lesen memandu terhadap golongan warga emas, pesara dan serta tiada pekerjaan.

"Jika ia terus dibuat, akan timbul masalah tekanan mental susulan mereka tidak dapat bergerak terutama yang tinggal bersendirian akan menyukarkannya mendapatkan keperluan harian, melakukan aktiviti kerohanian, sukarela atau kebajikan yang biasa dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih cekap memandu sendirian meskipun sudah usianya lebih 90 tahun.

"Jadi pada saya, usia bukan menentukan kecekapan pemanduan tetapi ia dipengaruhi tahap pematuhan peraturan jalan raya, kesihatan berikutan ramai yang berusia 70 hingga 90 tahun mampu memandu dengan selamat," katanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.320726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list