View: 1998|Reply: 11
|
[Sabah]
Dua Nafi Bunuh Pemandu Grab Di Tuaran
[Copy link]
|
|

Gambar fail Arsit (kiri) dan Amru (kanan)
KOTA KINABALU: Dua pekerja cuci kereta meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Khamis bagi tuduhan membunuh seorang pemandu Grab di Tuaran, dua tahun lepas.
Warga Filipina tanpa dokumen, Arsit Indanan, 22, dan Amru Al Asy Japri, 26, yang hadir di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, mengaku tidak bersalah kepada tuduhan itu.
Mereka dituduh membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.
Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Nurchaya menetapkan 26 November untuk pengurusan kes pra-bicara pertama dan memerintah supaya dua tertuduh direman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan untuk ikat jamin.
Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli menjalankan pendakwaan. Arsit dan Amru masing-masing diwakili oleh peguam-peguam dilantik Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman dan Muhamad Amirul Amin.- Harian Ekspres
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes terdahulu ... 2019 ...
Dua suspek ditahan kes bunuh pemandu Grab
Selasa, 28 Mei 2019 2:26 PM
DUA suspek ditahan berhubung kes pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaffar, 27, yang dibunuh dalam satu kejadian rompakan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dua suspek yang merupakan penganggur itu terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan seorang warga asing.
Jelasnya, kedua-dua mereka ditahan pada kira-kira pukul 9.50 malam Isnin selepas mengaku melakukan jenayah itu.
"Kita menahan dua suspek lelaki dalam lingkungan 20an selepas mendapat maklumat daripada syarikat e-hailing mengenai penumpang terakhir mangsa," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.
Beliau berkata, kedua-duanya mengaku membunuh Hanafiee semasa rompakan pada 24 Mei lalu, dan membuang mayat di satu kawasan di Tuaran dekat Kota Kinabalu.
Terdahulu, polis di Tuaran menemui satu mayat, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah Hanafiee.
Omar berkata, keluarga mangsa kemudian diminta untuk membuat pengecaman ke atas mayat, tetapi mereka sukar untuk mengecam kerana keadaan mayat telah mereput.
"Kita kini sedang memadankan DNA dan cap jari untuk menentukan identiti mayat," katanya.
Mohd Hanafiee, yang merupakan pemandu Grab sepenuh masa, dilaporkan hilang awal pagi Sabtu, dekat Kota Kinabalu.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh teman wanita Mohd Hanafiee, kereta itu ditemui di kawasan berhampiran Bazar Ramadan di Indah Permai kira-kira pukul 12.30 pagi Ahad.
Katanya, kenderaan tersebut dikunci dan kosong, dengan kesan darah pada stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin. - The Star
|
|
|
|
|
|
|
|
memula ngaku bunuh ... sekarang ngaku tak bersalah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga keadilan dpt ditegakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tukar statement terdahulu eh? Da ada peguam kan.. Moga mangsa mendapat keadilan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ease replied at 26-9-2021 02:52 PM
Kenapa tukar statement terdahulu eh? Da ada peguam kan.. Moga mangsa mendapat keadilan..
Sebab dah ade lawyer laa diorang ubah pengakuan...biasa lawyer yg advise gitu...konon ade chance nak menang |
|
|
|
|
|
|
|
Dah PATI lagi buat taik kat negara org...yg sorang lagi tu pon kena cek betol dak ic dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Mini.Me replied at 26-9-2021 03:26 PM
Sebab dah ade lawyer laa diorang ubah pengakuan...biasa lawyer yg advise gitu...konon ade chance n ...
Kan.. Banyak plak duit nak engage lawyers.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawyer kerajaan rasa nya ... lawyer baru belajar ... atau lawyer kebajikan / pree
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm...dari 2019...2021....bicara...tangguh...bicara....jatuh hukum 2030...ape ada hal |
|
|
|
|
|
|
|
Warga Filipina tanpa dokumen, Arsit Indanan, 22, dan Amru Al Asy Japri, 26
Hmmmm bagus. Amalkan selalu. Malaysia ni sorga PATI. Buat laa apa korang nak. Ada kabel kete langkawi kat belakang.
Yang si local tu pun humban je ke laut. Useless dua2 |
|
|
|
|
|
|
|
pun masih lagi ada yang cadangkan ... bagi IC kat PATI yang dah vaksin 
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|