CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1751|Reply: 8

[Sabah] Penduduk Kampung Di Tawau Bantu Tumpas Jenayah Rentas Sempadan Patut Jadi Contoh

[Copy link]
Post time 26-9-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
TAWAU : Kesungguhan penduduk di tiga kampung pesisiran pantai di sini dalam membantu pasukan keselamatan menangani jenayah rentas sempadan patut dicontohi semua pihak, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata tindakan penduduk Kampung Batu Payung, Kampung Tinagat dan Kampung Membalua menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan cara menyalurkan maklumat, berhasil menggagalkan pelbagai cubaan jenayah rentas sempadan.

“Baru-baru ini, hasil maklumat mereka pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan mengedar dadah jenis syabu seberat 303 kilogram bernilai hampir RM11 juta yang merupakan rampasan terbesar di negeri ini.

“Saya sangat bangga dengan sumbangan semua penduduk yang terlibat dan penghargaan perlu diberi kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 32 individu termasuk anggota Rukun Tetangga di Kampung Batu Payung, di sini hari ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, berkata kawasan pesisiran pantai kerap menjadi sasaran penjenayah menjalankan kegiatan penyeludupan manusia, barang kawalan serta pengedaran dadah.

“Kawasan DUN Apas misalnya, hampir keseluruhan berada dalam lingkungan pesisiran pantai dan sangat terdedah dengan kegiatan jenayah rentas sempadan, ini menjadi kebimbangan penduduk sejak dari dulu lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mendirikan pondok kawalan di Kampung Batu Payung sebagai kemudahan kepada anggota yang bertugas. – BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 02:40 PM | Show all posts
camni la kita nak ...

tapi ...
harap jaga juga lah keselamatan penduduk kat sana ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:02 PM | Show all posts
diam diam sudah..
Tak pasal2, kampung kena aim dengan tokan2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 03:05 PM | Show all posts
blue_blur replied at 26-9-2021 03:02 PM
diam diam sudah..
Tak pasal2, kampung kena aim dengan tokan2..
betul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnyaaa...
Bukan apa, iol paham kalau nak membantu.
Penduduk kampung ni boleh jadik sasaran "megalodon" jenayah.
Moga dijauhkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:13 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 27-9-2021 01:10 AM
Takutnyaaa...
Bukan apa, iol paham kalau nak membantu.
Penduduk kampung ni boleh jadik sasaran "m ...
bukan payah pun nak korek2 tanya2 sapa yang buat laporan ...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadi penduduk ini memang warga asal Sabah dari turun temurun. Sebab tu mempunyai keberanian. Salute lah. Tak semua mampu.

Bukan senang. Ada risiko. Mungkin juga mereka ni "berisi". Semoga dalam perlindungan Allah selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 09:36 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 27-9-2021 01:42 PM
Boleh jadi penduduk ini memang warga asal Sabah dari turun temurun. Sebab tu mempunyai keberanian. S ...
atau dah tak tahan kawasan mereka selalu kena ceroboh ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-9-2021 09:36 AM
atau dah tak tahan kawasan mereka selalu kena ceroboh ...

Ya. Mereka pun xmahu bersekongkol. Nnti kalau dilayan naik minyak pulak kan FC?

Apapun kita doakan yg terbaik utk mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064491 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list