View: 2726|Reply: 17
|
[Tempatan]
Banjir kilat di kawasan Shah Alam
[Copy link]
|
|
Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat
Astro Awani
September 26, 2021 22:19 MYT
Seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, petang tadi. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih tiga jam petang tadi.
Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang dinaiki air mencecah kira-kira 1.2 meter (m).
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata tinjauan anggotanya di beberapa kawasan di Seksyen 13 tadi mendapati air naik separas dada dan pinggang.
"Bagaimanapun, air sudah mulai surut, tetapi kami masih lagi memantau dan mendapatkan maklumat mengenai kejadian ini," katanya malam ini.
Dalam pada itu, katanya seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, petang tadi.
Katanya, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian banjir itu pada jam 5.09 petang.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air sehingga ketinggian 1.2 m.
"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi mendapati terdapat sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir di kawasan itu.
"Bagaimanapun, pemandu sudah keluar menyelamatkan diri. Setakat ini tiada mangsa terbabit dilaporkan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tacodd..mmg ptg td kuat bethol kilat |
|
|
|
|
|
|
|
Kezut shah alam bah.
Sini tengah hujan lebat |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu lerr kes nya tiap kali hujan lebat kat SA ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lalu pkul 8 td..air di jambatan sama tinggi dgn highway...terowong dan laluan motosikal.tenggelam sama.sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannye....banjir kilat kan....mesti x sempat nak selamatkan kereta masing2. Berapa byk lah nak gune duit utk baiki, makin tertekanlah rakyat zmn covid ni.
Dulu area ttdi Jaya pun banjir, jatuh harga rumah di situ, lps dah lebarkan sungai tepi tu dah x banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan stadium ni mmg sdg construction lrt 3..korek mengorek giat selain pembinaan apartment etc..mmg tak heran banjir. Ttdi jaya tu mmg kama dh asyik banjir kilat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni kawan dari serdang nk dtg shah alam ajak akak jumpa di seksyen 13 petang ni...aku kata mintak mahap nk jumpa kat sana walau x jauh pun dari rumah...rela aku jumpa di tempat lain...kang petang ni hujan lagi mau tenggelam kereta ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau berlaku di negeri selain Selangor
tentu mhdaily, SR tanya mana wakil rakyat
tapi sebab dlm negerii PH Selangor
terus terkedu 2 portal tu nak troll |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirrajioun kesiannya yg terkesan dgn banjir semlm |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 27-9-2021 08:30 AM
kalau berlaku di negeri selain Selangor
tentu mhdaily, SR tanya mana wakil rakyat
tapi sebab dlm n ...
Ada construction...tu yg masalah jadi mcm ni....nk buat lrt ke hape tiba2 kat shah alam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap kali banjir kilat, sek 13 mesti kwsn yg teruk kena, sejak dulu lagi... State govt tak belajar dan buat apa2 ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|