View: 1975|Reply: 5
|
Scooby Si Kaki Carut, Suka Maki Tuan Guna Perkataan Tak Senonoh
[Copy link]
|
|
Seekor burung kakak tua jenis Afrika boleh dilabel sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai ‘mulut paling busuk’ apabila lebih berminat untuk memaki tuannya dengan perkataan tidak senonoh.
Setiap kali pulang daripada tempat kerja di Hospital James Cook, perkataan mencarut menjadi ucapan rutin yang diterima Lorraine Gregory.
Bagaimanapun, Lorraine, 58, tidak berkecil hati dan menjadikan telatah burung yang diberi nama Scooby itu sebagai bahan jenaka untuk menggembirakan petugas National Health Service (NHS) sepanjang pandemik.
FOoto: Metro uk
“Dia juga seperti manusia. Setiap kali saya pakai uniform kerja, dia akan berkata ‘ Bye Lorraine’.
“Dia baru bersama kami sejak enam bulan lalu sejak kematian pemilik asal. Pada mulanya, dia hanya berkata ‘hello’ dan batuk seperti ada jangkitan pada dadanya.
“Dia menghabiskan banyak masa bersama ibu saya kerana banyak masa saya dihabiskan di tempat kerja.
“Dan sekarang, saya pulang ke rumah untuk Scooby memaki dan berbual dengannya.
“Dia miliki mulut yang agak celupar tetapi cukup pintar. Kami sayangkannya walaupun dia sering mencarut,” katanya
Lorraine juga turut merakam Scooby menjerit sambil mencarut, "Keluarkan saya!" -CARI
Sumber:mstar/ Metro.co.uk |
|
|
|
|
|
|
|
xkan burung pndai mencarut...ni mesti benda yg dia slalu dengar tu yg dia follow skali |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk kat United State boleh la burung tu mencaruttry datang Poskod 68100 batu caves.
I laukkan dia nanti.
omputih punya carut tak boleh lawan Malaysia punya carut
|
|
|
|
|
|
|
|
omg comel la scooby ni..naughty boy sgt suka menjwb..dah la suka terjerit jerit..tp i baru tahu parrot ada colour grey..ingt kaler merah mix hijau tu jer
jatuh cinta pulak tgk heols ni membebel kt fb.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|