CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2276|Reply: 9

Dapat Hantaran Belt Hero Jepun, Lelaki Idam Sanding Lalu Bawah Pedang Kamen Ride

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAL at 27-9-2021 11:42 AM

Aksi pengantin lelaki melakukan gaya seperti adiwira popular Jepun, Kamen Rider menjadi perhatian.

Walaupun tidak memakai kostum lengkap, namun tali pinggang Kamen Rider Ichigo yang dipakainya itu seperti serasi dengan busana baju pengantinnya.



Begitulah semangat waja ditonjolkan YouTuber yang menggelar dirinya sebagai 'Abang Kamen' selepas berkahwin dalam norma baharu.

Abang Kamen atau nama sebenarnya Azrul Hafiz Azman memberitahu, dia melangsungkan pernikahan bersama gadis pilihan di Majis Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 September lalu.

Pemuda berusia 34 tahun itu berkata, tali pinggang 'Complete Selection Kamen Rider Ichigo Belt (Typhoon)' itu merupakan antara tujuh hantaran daripada pihak pengantin perempuan, berbalas lima.


Kredit foto: IG Azrul


Kredit foto: YouTube Azrul

"Saya merupakan pengumpul tegar koleksi Kamen Rider dan permainan dari Jepun sejak berusia 15 tahun. Semuanya bermula dari minat effect Kamen Rider ketika beraksi.

"Syukur Alhamdulillah, isteri sangat supportive. Dia begitu menyokong minat saya dalam Kamen Rider," katanya kepada mStar.

Menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, pada mulanya helmet Kamen Rider Ichigo yang ditempah awal sepatutnya turut dijadikan sebagai barang hantaran buatnya.

"Memang saya tak rancang pakai kostum, sebab nak berbaju Melayu pada hari nikah. Tapi, cadangnya selepas nikah nak sarung helmet dan tali pinggang Kamen Rider tu.

"Saya dapat helmet tu seminggu sebelum tarikh nikah, tapi malangnya rekaannya tidak memenuhi spesifikasi yang saya beri seperti asal terutama pada bahagian mata.

"Memang frust dan ramai yang menjangkakan saya akan pakai helmet beserta belt Kamen Rider untuk video kahwin. Apapun, saya amat bersyukur kerana urusan pernikahan saya dipermudahkan walaupun PKP," katanya sambil menambah hantaran tali pinggang Kamen Rider itu bernilai kira-kira RM1,500.

Mengenai koleksi Kamen Rider, jurutera ujian perisian itu memiliki ratusan jenis yang dikumpul sejak sekolah menengah sehingga kini, malah sanggup bekerja secara sambilan ketika belajar untuk membelinya menggunakan wang poket sendiri.

"Koleksi Kamen Rider yang dikumpul sejak usia 15 tahun bernilai kira-kira RM500,000. Item paling mahal adalah tali pinggang complete selection berharga lebih RM2,000," katanya yang melakukan reviu permainan terutama Kamen Rider di laman YouTube KamenSlasherz.



Dalam pada itu, Azrul berkata, dia berhasrat untuk mengadakan majlis persandingan berkonsepkan Kamen Rider sekiranya terdapat kelonggaran dan kebenaran untuk berbuat demikian daripada kerajaan pada masa akan datang.

Hasratnya untuk menyarung helmet Kamen Rider tetap diteruskan apabila membuat tempahan yang baharu, yang mana kali ini daripada seorang pereka cosplay di Indonesia dan dijangka siap akhir November atau awal Disember depan.

"Saya tidak akan sarung kostum pada hari berkenaan, sebaliknya memakai baju pengantin seperti seorang putera raja dengan rekaan busana ala tentera.

"Seramai 10 pengiring memakai cosplay masing-masing lima orang di kiri dan kanan, di mana saya dan isteri akan berjalan di bawah pedang Kamen Rider yang disilangkan mereka, untuk ke pelamin.

"Itu impian majlis persandingan saya ketika saya masih single dan available pada 2014. Sekarang saya bertemu jodoh yang menyokong minat saya dalam Kamen Rider, saya akan merealisasikannya apabila majlis dibenarkan pada masa akan datang.

"Tak tahu bila saya akan 'pencen' sebagai pengumpul koleksi Kamen Rider. Apa yang pasti keutamaan saya kini adalah isteri dan anak nanti insyaAllah," katanya yang turut berhasrat untuk membawa isteri berbulan madu ke Jepun, negara kelahiran Kamen Rider.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 01:02 PM | Show all posts
Gigiihnya.. anyway selamat penantin baru. Mujur wifey sokong kalau tak jengkel
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:27 PM | Show all posts
Baru kawin mmg ler wife support...
Tunggu ler 5 thn lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku layah channel dia ni..
Mati2 aku pun ingt nama dia kamel..rupanye Kamen..haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau kenapa aku menyampah tengok muke dia dalam video tu. Sebab nampak kayu kot. Tak nampak gagah perkasa. Mohon berlatih lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Majlis sanding tema Kamen rider???can't imagine camne rupanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko lerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Praktis lagi. Xcukup gagah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 02:03 PM | Show all posts

anak bujang aku 19, 18 n 16
boleh mengadap ultraman 3 sambil ternganga memasing kat family hall
pelik sungguh
aku cakap dah masuk bilik tgok dalam bilik
diorg cakap x nak
nak tgok kat luar besar sikit
serious

cukuplah kecik2 aku dah layan
aku x boleh bayang kalau dah dewasa diaorg spend banyak mcm si abangkamen ni
mau aku jentik telinga masing2


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka Action Kamen dlm Shin Chan jer

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057224 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list