CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1859|Reply: 10

[Tempatan] Guru tuisyen share nombor TAC. Lesap la sudah RM57,850

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode
RM57,850 lesap gara-gara dedah nombor TAC
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kesilapan seorang guru tuisyen mendedahkan maklumat akaun bank miliknya serta Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada individu menyamar sebagai pegawai bank mengundang padah apabila dia kerugian RM57,850.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai guru sebuah pusat tuisyen pada 24 September lalu.

Katanya, mangsa berusia 57 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan pengesahan mengenai pembelian melalui platform e-dagang berjumlah RM3,800 pada 22 September lalu.

"Mangsa menafikan membuat pembelian itu dan menghubungi individu kononnya dikatakan sebagai pegawai bank melalui satu nombor telefon yang diberikan dalam mesej berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Mahidisham berkata, pegawai bank yang dihubungi mangsa kemudian meminta pengadu untuk mendedahkan maklumat akaun bank dan TAC kepadanya.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menuruti arahan daripada pegawai bank terbabit yang kononnya mahu maklumat berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak bank.

"Pengadu membuat laporan pada 24 September lalu di Balai Polis Sentul selepas menyedari dirinya ditipu apabila terdapat transaksi pindahan wang dari akaun miliknya kepada tiga akaun pihak ketiga dan pindahan kepada akaun e-wallet Touch n Go berjumlah RM57,850," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu apabila menerima pesanan ringkas daripada pihak bank.

"Tindakan memberikan maklumat perbankan dan TAC kepada pihak ketiga akan menyebabkan akaun perbankan terdedah kepada penggunaan tidak sah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 6:22pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
duduk hulu banat duk dlm gua x pon duk dlm hutan belukar blh la aku prcaya bodoh sikit x trdedah kes2 scammer ni,ni duk kota raya KL guru plk tu brganda ganda bodoh aku bg
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:03 PM | Show all posts
takutnyaaa..jgn la share
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 12:04 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:31 PM | Show all posts
tah lah

nak gelak takut dosa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 10:12 PM | Show all posts
negara jiran, Singapore pun ada masalah kes2 scammer ni
cuma Indonesia, Thailand
tak jumpa pulak berita kes-kes scammer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebur duit gitu je... Haih
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kaya2 la org malaysia ni..tp tu la kaya tapi bodoh..ke scammer ni pakai mak esah..pelikk bethol ngn kebodohan mangsa ni..mcm xlogik la utk jd bodoh gituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Msia ni klu kes duit mmg lebur terus ler jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya cikgu ni rugi, kesian
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
3x transfer maknanya 3x hntr TAC, cikgu ni x check ke notification yg bank reply slps transfer tu? Nape pembaris sgt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074414 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list