CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6000|Reply: 39

Macam mana 'gerak khas' masih relevan?

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Jenama Gerak Khas masih relevan


Datuk Yusof Haslam


Kuala Lumpur:  Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memilih masih mengekalkan nama Gerak Khas untuk drama terbaharu terbitannya berjudul Gerak Khas Undercover yang mula ditayangkan Jumaat ini, jam 10.30 malam di TV3.

Yusof, 67, yang ditemui pada sesi sidang media drama itu secara virtual berkata, jenama Gerak Khas wajar dikekalkan kerana sudah begitu kukuh dan sangat dekat serta dikenali penonton sehingga berjaya diterbitkan selama 23 tahun.

"Pada awal penerbitan Gerak Khas dulu, seingat saya Erra Fazira masih sangat muda lagi. Sekarang, banyak sudah berubah. Apapun selepas tayangan Gerak Khas Finale di TV3 berakhir, permintaan untuk drama ini tetap ada dalam kalangan penonton. Cuma, seiring dengan peredaran zaman saya fikir perlu dihasilkan dengan suntikan nafas baharu.



"Justeru, mewujudkan kelainan dari segi jalan cerita, lagu tema juga ditukar baharu termasuk menggandingkan beberapa pelakon lama Gerak Khas terdahulu dengan muka 'polis baharu' yang dipilih kerana kesesuaian mereka untuk watak masing-masing, ia cukup membezakan karya Gerak Khas Undercover ini.

"Lagi pula idea untuk menghasilkan drama ini pun dicetuskan oleh anak saya, Syafiq Yusof yang mempunyai banyak idea baharu untuk jalan cerita yang nak diketengahkan. Saya jamin, ia tidak sama dan sangat berbeza daripada drama yang lalu," katanya kepada Harian Metro.

Yusof berkata untuk menghasilkan drama 30 episod ini juga, ia membabitkan ramai pengarah berkaliber yang dilihat cukup berbakat dan mahir dalam menghasilkan drama bercorak kepolisan dan padat aksi pertarungan.

"Apapun penggambaran drama Gerak Khas Undercover ini sudah dijalankan lebih dua bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun lalu. Alhamdulillah, setakat ini enam episod penuh dan boleh tayang sudah disiapkan.

"Selebihnya, sekitar lapan episod lagi hampir siap dan memerlukan ditambahbaik mana-mana babak yang lompang akibat PKP yang tiba-tiba dilaksana dan kita semua warga seni terpaksa berehat 'shooting' selama empat bulan," katanya.



Yusof memaklumkan drama Gerak Khas Undercover memerlukan tempoh beberapa bulan untuk menyiapkan penggambaran bagi episod lain yang tergendala sebelum ini.

"Empat bulan tak 'shooting', saya tengok ada beberapa pelakon yang badan mereka semakin berisi. Jadi, nampaknya kena 'kecilkan' semula mana yang perlu bagi memastikan konti atau kesinambungan tak lari daripada episod sebelumnya.



Kesinambungan ini bukan hanya ditekankan pada jalan cerita, pakaian dan 'props', tetapi bentuk badan pelakon juga perlu diambil kira. Kalau sebelum ini kecil, tak bolehlah sekarang nampak terlalu berisi ," katanya lagi.

Sehubungan itu, antara barisan pelakon drama Gerak Khas Undercover ialah Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr ingatke finale tu wrap up la.. kena scam jugak ke ni lol… gurau2
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka tgk Norman Hakim jadi Tun Haniff Omar dalam Tanda Putera

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
so pelakon mana yg ditegur makin gemok? bakyah berlakon ke dlm gku ni? yg ni makin kurus lak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhhh bertahan sungguh gerak khas ni dari zaman iol sekolah rendah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ok lah tu.. ada juga something dari cite cintan cintun 24 jam. mzz kalau teringat tengok juga lah gerak khas ni. Just harap lebih relaks sikit lakonan, terlalu rigid and baku sgt kadang2 tu.

Hopefully ada lebih banyak action and kes2 yg lebih mind blowing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 09:05 AM | Show all posts
Yang ini bukan rantaian asal, tapi lanjutan daripada rantaian GERAK KHAS terdahulu.. Sekurang-kurangnya dapat bersaing dengan drama Korea termasuk yang berjudul "Squid Game" ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
bergerak wahai demi utk negara
melawan siapakah musuh durjana
tak kira pangkat atau pun hartaaa
mendaulatkan maruah bangsaaaa
gerak gerak gerak khassss ..gerak gerak gerak khasss
geeeraaakk khas!
oh yeah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 09:45 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-9-2021 09:06 AM
bergerak wahai demi utk negara
melawan siapakah musuh durjana
tak kira pangkat atau pun hartaaa

yaaa uols.. lirik ni sgt laa pemes dlm family kita org dlu smp arwah nenek iols tak prnh miss tgk utk mngisi msa lapang, tp skrg iols rse kena ubah sket laa kita dh 2021. kena buat lagi gempak ala2 cite polis HK ke? tiberrrrr.. salah satu episode yg iols igt psal 'black money' ohh best giler, time tu baru tau, mmg duit itu disalut cat hitam oleh warga 'gagak hitam' kat msia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
syabas moga makin best GKU nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 02:37 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-9-2021 09:06 AM
bergerak wahai demi utk negara
melawan siapakah musuh durjana
tak kira pangkat atau pun hartaaa

lirik mcm x sama je dgn apa jd kt malaysia kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka bakyah ade kerrr

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan org tua suka sgt Gerak khas nie. Mcm mak aq dolu2 wajib tgk. Aq yg xtgk nie pon blhh ingat lirik lagu dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:55 PM | Show all posts
aik..bukan udah finale kah??
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang taknak ulang tayang balik ke gerak khas episod mula2 dulu tu yang ac mizal dengan abby. Teringat zaman sekolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pelakon nama shaharom anuar ka apa nama dia tu memang polis betul ke kalau kat luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 28-9-2021 05:23 PM
Yang pelakon nama shaharom anuar ka apa nama dia tu memang polis betul ke kalau kat luar

aku pon dari dl tertanya2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 28-9-2021 05:23 PM
Yang pelakon nama shaharom anuar ka apa nama dia tu memang polis betul ke kalau kat luar

Tak silap mmg polis betul

Ok la gerak khas ni ada jugak tunjuk cite benar yg terjadi dlm masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak kuasa nk tgk...dah takde idea ke tok haslam?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:38 AM | Show all posts
masih relevan? meols dah 10 tahun ignore Gerak Khas. Tambah2 dia siar kat RTM lagii la tak perasan.
Namun begitu lagu tema masih terpahat dalam otak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065227 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list