View: 1699|Reply: 1
|
Penganjur tak bayar bil elektrik?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Hari pertama kejohanan badminton Piala Sudirman di Finland semalam kecoh seketika apabila bekalan elektrik terputus hingga menyebabkan lampu di Arena Energy, Vantaa terpadam sekali gus menyaksikan perlawanan yang berlangsung tergendala.
Lampu tiba-tiba terpadam ketika pemain perseorangan China, Lu Guangzhu yang mendahului 20-18 pada set kedua mahu melakukan servis bagi mencari mata kemenangan menentang pemain tuan rumah Kalle Koljonen.
"Apabila dewan bergelap selama beberapa minit, saya sebenarnya mempunyai momentum untuk memenangi mata berturut-turut dan berharap menang perlawanan dalam dua set terus. Kejadian ini mengganggu tempo saya. Tapi ia keadaan yang sama bagi saya dan lawan saya. Akhirnya saya meraih kemenangan," kata Guangzhu yang membantu China menang mudah 5-0.
Kejadian itu juga diselitkan dalam laman Instagram Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang memaparkan video perlawanan antara beregu lelaki Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han dengan Glen Lefoll-Heiva Yvonet dari Haiti di gelanggang bersebelahan.
Menariknya, bwf.official meletakkan kapsyen "His smash was so hard it cut off the electricity (pukulan smashnya terlalu kuat hingga menyebabkan bekalan elektrik terputus)" merujuk kepada pukulan smash kencang Ching Yao sebelum lampu terpadam di dewan pertandingan itu.
Rata-rata warganet memberi komen hampir sama iaitu penganjur tidak membayar bil elektrik hingga menyebabkan kejadian lampu terpadam berlaku selain banyak memaparkan emoji ketawa.
"Jam sewa lapangan habis," komen @ricky.aditya. Peminat @jun.smith69 pula menyatakan "lupa bayar token elektrik (seperti di Indonesia)," manakala @ageng_hanif bagaikan hairan apabila menulis "Eropah masih ada mati lampu ya."
Piala Sudirman, kejohanan badminton berpasukan campuran, bermula semalam dan berakhir Ahad ini. Ia sepatutnya diadakan di China namun BWF mengubah kejohanan itu ke Finland disebabkan wabak Covid-19. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KOLJONEN ketika beraksi menentang Guangzhu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|