CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9552|Reply: 40

Nadhir Nasar Reda Disamakan Dengan Pelakon Wanita 067 Squid Game

[Copy link]
Post time 28-9-2021 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Nama pelakon Nadhir Nasar menjadi perhatian selepas tular video yang menyamakan wajahnya dengan pelakon drama siri popular Squid Game iaitu Jung Ho Yeon.


Akui sudah menonton video tersebut, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata kemungkinan netizen melihat persamaan mereka dari segi rambut serta raut wajah.


Selain itu pelakon berusia 27 tahun ini juga menganggap mereka mempunyai persamaan dalam perjalanan karier yang bermula daripada dunia peragaan.




Kredit foto: mStar





"Saya ada tengok juga video itu dan peminat pun ada beritahu saya. Sejujurnya, kalau daripada segi luaran itu saya tak boleh nak nilai.


"Kalau orang nampak sama, mungkin la kot sama. Mungkin disebabkan rambut dan raut muka tidak senyum itu yang nampak seakan-akan sama.


"Usia kami pun lebih kurang dan mungkin daripada segi kerjaya itu ada persamaan juga sebab kami bermula sebagai model," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, tular video yang mengatakan Jung Ho Yeon mempunyai kembar lelaki iaitu Nadhir Nasar di aplikasi TikTok.




Kredit foto: mStar





Jung Ho Yeon mula mendapat tempat di hati peminat K-Drama selepas memegang watak sebagai Kang Sae Byeok dalam siri popular yang ditayangkan di Netflix.


Dalam pada itu, pelakon drama Projek Anchor SPM ini mendedahkan terdapat segelintir netizen di Twitter menganggap dirinya tiada persamaan dengan Jung Ho Yeon.




  



Bagaimanapun Nadhir yang juga juara Hero Remaja 2020 itu tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang besar dan membiarkan sahaja komen negatif tersebut.


"Dekat Twitter ada juga segelintir netizen yang kata jangan samakan saya dengan Jung Ho Yeon. Mereka kata saya belum sampai 'level' itu lagi.




  



"Banyak juga komen-komen negatif tapi kalau saya ternampak, saya biarkan saja sebab ia bukan satu isu yang besar," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 08:18 AM | Show all posts
sama ke? TAK SAMA LANGSUNG!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:27 AM | Show all posts
eh eh sama ke, lain laa.. ke sbb kemelayuan sket.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik...Minah Korea tu world wide international model ...should bangga la wlpun lain gender ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:28 AM | Show all posts
bosannya........
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:31 AM | Show all posts
tak sama pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Owhh mamat ni yg berlakon dlm i-tanggang tu..ramai btl pelakon baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:52 AM | Show all posts
celah mane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebijikkk sama!!!







Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambut je kot yg sama.tp maskulin betul muka dia eh..brlakon cerita apa lg?xtgok project hancor tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:58 AM | Show all posts
tak sama pun
jauh panggang dr api
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 28-9-2021 09:14 AM
teen_angelJB replied at 28-9-2021 08:27 AM
Dik...Minah Korea tu world wide international model ...should bangga la wlpun lain gender ..


Haah baru I tau minah tu international model..  muka oriental yg perfect jd model..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:21 AM | Show all posts
hahahah... celah mana sama? self claimed ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama celah bedah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:30 AM | Show all posts
Sama tang cuping telinga.. eh Juara Hero Remaja serously?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:43 AM | Show all posts
tapi iols kenan budak nadhir ni. dia tak nampak pooyo mcm budak lelaki baya dia yang lain. caption ig pun deep deep jek.blajo abes tak dia ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 28-9-2021 08:27 AM
Dik...Minah Korea tu world wide international model ...should bangga la wlpun lain gender ..

tu la. jung ho yeon tu org cakap satu agency dgn gigi hadid kot. tkkan nk samakan dgn hyun bin pulak haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:29 AM | Show all posts
alaa...sama ke tak sama lantak deme le. chill lah...ada je benda yg nak dibahan. tak rilex langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape bende squid game ne.. Adakah iols dh kertu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Heol ni kalau muka garang matang sikit
Haaa boleh dah jadik watak budak bbnu masuk yakuza
Ala2 crow zero gitchewww
Tapi kenot celen my shun oguri laa
Takayuki Yamada zaman tu pun jambu sangat
Cite naked director baru nampak rembesan daddy2

*Motipppp iol sampai ke cite jepun??*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.123525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list