|
Seorang ibu dan anaknya ditemui meninggal dunia dalam keadaan mulut berbuih di kediamannya di Sukmajaya, Depok.
CNN Indonesia melaporkan, mayat dua beranak itu ditemui salah seorang ahli keluarga pada Sabtu lalu.
Gambar hiasan
Ketua Unit Jenayah Polis Sukmajaya, Harun berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan menemui botol ubat nyamuk berhampiran mayat mangsa.
“Kami menemukan botol-botol ubat nyamuk, ada dua,” katanya ketika dihubungi.
Harun memberitahu, kedua-duanya disyaki membunuh diri dengan cara meminum cecair ubat nyamuk itu.
Bagaimanapun jelasnya, untuk kepastian kematian mangsa masih menunggu hasil autopsi.
Katanya, berdasarkan keterangan saksi, diketahui mangsa memiliki masalah berkaitan perniagaan.
Sumber: Utusan |
|