CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16523|Reply: 153

[Tempatan] RM30 juta untuk naik taraf kediaman rasmi Perdana Menteri

[Copy link]
Post time 28-9-2021 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Naik taraf kediaman rasmi PM demi keselamatan, imej
SinarHarian/28 September 2021



KUALA LUMPUR- Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

"Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem pendingin hawa dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia," memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu.


Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Beliau juga ingin tahu apa justifikasi projek yang mewah ini perlu dibuat semasa rakyat sedang berperang dan terkesan dengan pandemik Covid-19 selain komponen dan skop yang terlibat.

Memetik jawapan bertulis itu lagi, status pengubahsuaian kediaman rasmi itu pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan di mana sehingga 31 Ogos lalu, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan. - Awani

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mi-keselamatan-imej
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot yer pun sabor jap sementara ramai yg lelong rumah sbb bisnes melingkup di kala pandemik
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:30 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 29-9-2021 08:34 PM

Kos renovasi rumah piyem = Jumlah potongan gaji 2juta staff gomen??

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:49 PM | Show all posts
Rumah besar bagai nak rak, maintenance lengkap dijaga rapi . masih nk jugak renovate. |Aku nampak lebih masuk poket kontraktor kroni. Nak renovate poket masing-masing sebenarnya.Kenpalaaa payah nau nak dapatkan menteri yg tak heran sgt materialistik ni? Ambikla contoh macam German Chancellor Angela Merkel. Down to earth hidup macam marhaein biasa je. Barula rakyat rasa hormat.

Ini kalau tak rumah bsar sahla, keta puluh -puluh biji, alpahd,velfire, merc bimmie wajib masuk list. Jam tangan harga kayangan, anak kena sekolah int, ditaja penuh. Kita yang bawah ni berkelip-kelip la tengok kemewahan pak menteri
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:58 PM | Show all posts
kusangka tebu rupanya tebrau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:00 PM | Show all posts
membazir je semua ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
besar jugak selera mael dua singgit ni, ingat beshe2. agak2 #keluargamael menyelit tak dlm projek ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:07 PM | Show all posts
Actual cost 3 juta je, tender dpt pulak kat contractor Meleis, di subcon2 berapa lapis, tu yg sampai jadi 30juta tu baca boleh percaya jangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 05:08 PM | Show all posts
Perangai umno tetap kembali
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:14 PM | Show all posts
babeng sangat...  alasan menipu naw2...  perabot uzur kejadah...  setiap kali ganti PM, tu la alasan diberi...  wiring and all tu takkan la dah uzur melampau...  pastu bangunan teruk sangat ke?  sebab setiap kali pm baru masuk, mesti guna alasan ni semua untuk renovate....  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:15 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 28-9-2021 05:17 PM

Auntie Pidah pon dah bersuara
Nation's image rests with Sri Perdana's occupants, not RM30m renovations'
Published:  Sep 28, 2021 3:55 PM
⋅
Updated: 3:59 PM

The RM30 million spent on renovating the prime minister's official residence Sri Perdana in Putrajaya has failed to impress Rafidah Aziz.

Without mincing words, the former minister dismissed it as “a complete waste of public funds”.

She was also not convinced by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob's explanation...
Sakit lah macai2 totok party assobiyyah nak bekap pemimpin depa


Last kena cakap macam ni :
takpe

rakyat tahu siapa yang bersalah
atau
kita aman2 saja


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga benda buruk menimpa heshe sebab tak amanah...amin
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:24 PM | Show all posts
rm30M tu kut bagi bakul makanan, berapa ramai yg dapat tuuuu

yennadeiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
'uzur dan daif'..????maknanya abahdin duduk tempat yang bahaya la sebelum ni..kejamnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironinya bila umno jer mesti nak renovate ... hahaha... Rakyat tengah susah kot. Duk jer lah dulu rumah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
drpd naiktaraf rumah pm ni...
lebih baik jkr senggara kuarters lama
atau roboh dan buat baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Omaigad.. rm30 juta. Byk duit lagi kerajaan kita rupe nye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembaziran lagi
Speechless
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:59 PM | Show all posts
'Imej negara bergantung pada penghuni Sri Perdana, bukan ubah suai RM30 juta'

https://www.malaysiakini.com/news/593147

Diterbitkan:  Sep 28, 2021 4:18 PM⋅
Dikemaskini: 4:18 PM



RM30 juta yang dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri, Sri Perdana di Putrajaya, tidak disambut baik Rafidah Aziz.

Tanpa berlapik, bekas menteri itu menyifatkannya sebagai "pembaziran dana awam semata-mata".

Rafidah juga tidak yakin dengan penjelasan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa pengubahsuaian itu penting untuk menjaga imej negara.

Dia berkata, tugas menjaga imej negara terletak di bahu penghuni Sri Perdana, bukan bangunan itu sendiri.

"Imej negara tidak dicerminkan dengan bangunn, kediaman dan struktur yang melambangkan kedudukan dan kuasa.

"Ia dicerminkan menerusi penghuni bangunan-bangunan ini, oleh nilai, prinsip, integriti, kejujuran, tahap kebertanggungjawaban, dan sikap mengutamakan kepentingan negara yang dipegang mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jawapan parlimen, Ismail Sabri juga berkata pengubahsuaian dibuat untuk memastikan keselamatan bangunan.

Ia antara lain merangkumi kerja mekanikal dan pemasangan wayar elektrik, sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di blok kediaman rasmi.


Sri Perdana
Katanya lagi, perabot lama dan usang juga digantikan untuk menjaga statusnya sebagai kediaman rasmi, yang dibina pada 1999 iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ismail berkata 60 peratus kerja pengubahsuaian siap pada 31 Ogos lalu.

Dia menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung perbelanjaan besar yang dibuat di saat rakyat bergelut mendepani kesan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan memberitahu seramai 155,893 orang hilang kerja akibat wabak tersebut, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata sejumlah 15,537 perniagaan terpaksa ditutup dari 2020 hingga Ogos 2021.

'Baik guna untuk sektor kesihatan'

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir juga mengkritik belanja yang digunakan untuk pengubahsuaian itu.


Akmal Nasir

"Dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, tidak patut kerajaan membazirkan sehingga RM30 juta untuk menaik taraf kediaman perdana menteri hanya untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi.

"Peruntukan tersebut sepatutnya digunakan bagi memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

"Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman perdana menteri yang serba mewah," katanya dalam kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Peel lama UMNGOK apa nak heran... Korang ingat dah tersungkur PRU 14 haritu UMNGOK insaf? Lupakan jelah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.098378 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list