CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 0

[Sabah] Sabah Kuat Kuasakan Peraturan ‘Lengkap Divaksin’ Bermula 1 Oktober

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Sabah akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan bahawa hanya pekerja dan pelanggan yang lengkap divaksin dibenarkan memasuki premis perniagaan.

Peraturan berkenaan sebelum ini pernah dikuatkuasakan pada pertengahan Ogos lalu, namun kerajaan negeri mengambil keputusan melonggarkan syarat itu selepas mengambil kira kadar vaksinasi rendah di situ.

Bagaimanapun, kerajaan negeri mengambil pendirian kembali menguatkuasakan peraturan itu selepas kadar vaksinasi di Sabah sehingga semalam merekodkan 63.5%. Pada masa sama, jumlah suntikan vaksin meningkat ketara di kebanyakan daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun, berkata pemilik kedai mesti memastikan hanya individu yang membuktikan mereka sudah lengkap divaksin dibenarkan memasuki premis, selain aplikasi MySejahtera memaparkan status berisiko rendah.

Masidi berkata, kerajaan negeri turut mengambil keputusan membenarkan pembukaan semula perniagaan spa, salon kecantikan, pusat kesihatan dan refleksologi, serta perkhidmatan merias kuku, bermula 1 Oktober ini.

Kerajaan negeri juga bersetuju membenarkan pusat atau produk pelancongan antaranya seperti sektor mempromosi ‘edutainment’, aktiviti ekstrem dan pengembaraan, serta taman tropika, mulai 1 Oktober.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049678 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list