CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 4

[Sarawak] Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarab

[Copy link]
Post time 29-9-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode



Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation. Tiga pelajar dari SMK Lutong Miri ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas sumbangan mereka kepada United Nation’s Sustainable Development Goals (SDG) dengan penemuan inovatif mereka iaitu sistem pemercik berkuasa solar hanya dengan memanfaatkan air hujan untuk menyejukkan rumah dan persekitarannya.

Anisha Praveen Karunakaran, Daphne Douglas dan Liew Jia Wen telah berjaya mencipta satu alat iaitu sistem pemercik air yang menggunakan tenaga solar untuk menyejukkan rumah tanpa menggunakan bekalan elektrik.

Inovasi sistem pemercik air berkuasa solar ini juga telah memenangi Shell NXplorer peringkat akhir pada tahun lepas. Bahkan, kisah mereka bertiga turut dipaparkan di laman web rasmi Shell NXplorer Global. Wah, kecil-kecil api!

Menurut kenyataan pihak Shell, pelajar-pelajar ini bertekad untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyejukkan rumah tanpa menggunakan tenaga elektrik seperti pendingin hawa dan hanya menggunakan tenaga solar dan boleh dikawal dari aplikasi mudah alih untuk menggunakan alat ini.

Ianya jelas terbukti bahawa aplikasi hasil rekaan tiga pelajar yang bijak ini mampu menjimatkan penggunaan elektrik dan hanya menggunakan tenaga semulajadi iaitu solar.

Menyedari bahawa cuaca di Malaysia yang agak panas berbanding dengan negara-negara lain, ianya mampu mendorong beberapa buah rumah untuk bergantung kepada pendingin hawa dan kipas angin. Barang elektrik ini memang mahal untuk dipasang di dalam rumah, juga memerlukan bekalan eletrik yang tinggi.

Di luar bandar Miri, memang sukar untuk mendapatkan akses bekalan elektrik sehingga ianya dapat membebankan keluarga yang bekerja di rumah dan pelajar yang sedang fokus belajar kerana hari panas terik.

Dengan menggunakan alat berfikir dari NXplorer, pelajar ini telah cipta satu alternatif yang mampu berfungsi baik dengan aplikasi mudah alih, dan mereka telah berjaya menciptakan ‘Chillax’.

Chillax ialah satu sistem pemercik air yang menggunakan tenaga solar yang mampu menyejukkan bumbung zink dari proses penyejatan. Alat ini hanya menggunakan air hujan dan bateri dan juga ianya boleh dihubungkan ke aplikasi yang telah direka oleh pelajar-pelajar ini.

Pihak Shell mengatakan bahawa dari penyelidikan pelajar cilik itu telah mendorong mereka untuk membayangkan semula air hujan yang menyejat sebagai sistem penyejukan yang semula jadi tanpa bergantung pada bekalan elektrik yang stabil dan peralatan yang mahal.

Beliau juga mengatakan bahawa projek ini menunjukkan kepada para pelajar untuk membuat jalan penyelesaian perubahan iklim ini tanpa pengeluaran sisa dan membantu untuk meningkatkan mobiliti sosial bagi masyarakat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif.

Tahniah diucapkan kepada tiga pelajar otak geliga ini kerana telah menciptakan satu alat yang boleh digunakan oleh orang pedalaman.

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 02:09 PM | Show all posts
Tahniah adik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 02:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats.. Banyak manfaat untuk orang2 yang tinggal di pendalaman. Minah omputih tu mesti their teacher kan.. Best bidang R&D nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 07:07 AM | Show all posts
ease replied at 29-9-2021 08:39 PM
Congrats.. Banyak manfaat untuk orang2 yang tinggal di pendalaman. Minah omputih tu mesti their teac ...
omputih ni kalo jumpa yang baik... memang baik sesangat ... dier rang akan tolong kita seboleh2 nya ...

mesti dia bangga pencapaian pelajar dia ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074239 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list