View: 4275|Reply: 2
|
Model terbaru dari Vivo - X70 (RM2,499) dan X70 Pro (RM3,299) dengan lensa fotog
[Copy link]
|
|
Vivo lancar model X70, X70 Pro
September 29, 2021 @ 1:26pm
KUALA LUMPUR: Vivo secara rasmi melancarkan siri X70 telefon pintar fotografi profesional di Malaysia yang terdiri daripada X70 dan X70 Pro, sekali gus menandakan babak seterusnya dalam kerjasama pengimejan antarabangsa Vivo dengan ZEISS.
Vivo Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, turut dilancarkan bersama siri X70 adalah siri TWS 2, earbud stereo (TWS 2 ANC dan TWS 2e) tanpa wayar sebenar, yang mempunyai teknologi 40dB Pembatalan Bunyi Lanjutan pertama daripada Vivo.
Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata sebagai perintis sekian lama dalam industri, Vivo membolehkan pengguna di seluruh dunia menikmati rasa kegembiraan dengan menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih dan inovasi telefon pintar dengan siri X70.
"Sekali lagi, kami melangkaui sempadan dengan membawakan fotografi mudah alih termaju yang luar biasa kerana kami berusaha menjadikan teknologi yang intuitif dan berfungsi untuk digunakan," katanya.
Vivo Malaysia berkata, siri X70 dilengkapi keupayaan perisian dan perkakasan pengimejan mudah alih premium, dari sistem kamera yang telah dibangunkan bersama dengan ZEISS, legenda dunia optik selama 175 tahun, ke ciri eksklusif 'Gaya Potret ZEISS' yang membolehkah pengguna mengambil gambar mirip dengan rupa dan gaya gambar diambil menggunakan lensa klasik ZEISS.
Siri X70 juga merangkumi teknologi baharu dan lelaran terkini ciri-ciri fotografi dan videografi berbilang-modal ikonik Vivo, membolehkan pengguna memperlihatkan kreativiti mereka secara mendalam dalam definisi tinggi dan menghasilkan kandungan pelbagai media yang jelas tanpa kompromi terhadap kualiti.
Kedua-dua varian X70 Pro dan X70 memiliki Gimbal Kamera Ultra-Pengesanan, yang ditambah dengan teknologi Penstabil Gimbal 3.0 untuk pengguna menangkap gambar atau video yang stabil apabila di dalam pergerakan dinamik.
Siri ini dilengkapi dengan teknologi Penstabil Video Ultra 5-Paksi VIS yang menggabungkan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang dipertingkatkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk mengalihkan paksi-X/Y dengan putaran paksi-Z untuk kestabilan di setiap arah.
Kedua-dua Vivo X70 Pro dan X70 dijalankan oleh cip MediaTek Dimensity 1200-vivo yang memberikan prestasi CPU dan GPU yang tiada tandingan lagi.
Pemproses cekap-tenaga bersepadu ini membolehkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya sambungan 5G setiap hari, manakala LPDDR4X dan UFS 3.1 juga membantu menyediakan pelaksanaan penyimpanan yang pantas, jelasnya.
Vivo Malaysia menambah selain itu, untuk memenuhi harapan sebagai telefon pintar fotografi profesional muktamad, Vivo telah berusaha sepenuhnya untuk siri X70 dan memastikan gaya abadi, serta binaan yang mengagumkan.
Dilengkapi dengan bass 12.2mm yang kuat, serta sokongan teknologi codec adaptif aptX, earbud siri vivo TWS 2 ini menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan.
Siri TWS 2 juga menyokong pengurangan kebisingan sebanyak 40dB, yang dapat mengesan bunyi luaran dan mengeluarkan gelombang bunyi yang tepat dan sesuai secara automatik melalui algoritma pintarnya.
X70 Pro dan X70 masing-masing boleh didapati dengan harga RM3,299 dan RM2,499 dengan pra-tempahan peranti boleh dibuat melalui pelbagai platform sehingga 1 Oktober 2021, dengan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM799 untuk X70 Pro dan RM599 untuk X70.
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|