CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 0

[Sarawak] Kemenangan manis wanita

[Copy link]
Post time 29-9-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah menyokong cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penggubalan polisi baharu bagi meminda Perlembagaan berhubung kerakyatan automatik anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara.

Beliau gembira mengetahui Mahkamah Tinggi dalam hal ini membuat keputusan untuk menegakkan prinsip keadilan terhadap wanita dan prinsip kesetaraan gender.

“Selama beberapa dekad, ibu-ibu rakyat Malaysia dengan anak-anak yang dilahirkan di luar negara tidak diberi hak asasi seperti kemampuan seorang ibu untuk memberikan kewarganegaraan kepada anakanaknya sendiri.

“Oleh itu, saya percaya keputusan ini berfungsi sebagai satu kemenangan manis bagi wanita yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di sini semalam.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak menambah, sebagai pemain utama dalam membentuk dasar dan program mengenai wanita di Sarawak dan penyokong aktif untuk perlakuan adil terhadap semua wanita dan kesetaraan jantina, beliau percaya keputusan ini sejajar dengan komitmen Malaysia.

“Ia termaktub di bawah konvensyen antarabangsa seperti CEDAW untuk menegakkan kesetaraan gender dan prinsip tiada diskriminasi terhadap wanita apabila Malaysia menandatangani perjanjian tersebut. “Undang-undang kuno tertentu termasuk peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak peka akan gender perlu dipinda untuk menghapuskan diskriminasi gender dan kita yakin ia akan dilakukan,” jelasnya.

Tegasnya, permohonan untuk kewarganegaraan bukan satu proses yang mudah. “Namun, ia dimuktamadkan oleh Majlis Raja-raja untuk menentukannya,” ujarnya.

Terdahulu Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, cadangan pindaan itu ekoran dua keputusan berbeza di mahkamah berhubung isu terbabit baru-baru ini. Sehubungan itu katanya, kerajaan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi sehingga isu ini selesai.

“KDN bercadang untuk membawa perkara ini bagi mendapatkan polisi baharu untuk meminda Perlembagaan bagi memudahkan ibu-ibu yang melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warga asing,” katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu lalu. Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Pun begitu, Kerajaan Persekutuan memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu. Mengulas lanjut, Hamzah menjelaskan, pada masa yang sama, Majlis Raja-Raja Melayu selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan.

Sehubungan itu katanya, KDN mengambil keputusan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“KDN kini berada dalam keadaan terhimpit dengan keputusan Mahkamah Kuala Lumpur iaitu kes Suriani Kempe dan enam wanita Malaysia lain lawan Kerajaan Malaysia dan kes satu lagi lawan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan dua lagi berhubung pentafsiran istilah bapa.

“Setelah mendapat dua keputusan yang berbeza dan justeru itu, KDN mengambil keputusan ini,” jelasnya.



suarasarawak September 29, 2021


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.073878 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list