Seorang pemandu treller berdepan detik cemas selepas jentera berat dipandunya dihanyutkan arus deras di Bulatan Samalaju, Jalan Pesisir, Bintulu -Miri.
Setibanya pasukan Bomba dari Balai Samalaju di lokasi kejadian mendapati pemandu lori treller terperangkap dalam kenderaan yang dipandunya ketika cuba melintas jalan yang dinaiki air.
Anggota bertindak menggunakan tali dan Personal Floating Device (PFD) sehingga mangsa berjaya dibawa ketempat yang selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Setelah membuat pemantauan dan memastikan keadaan betul-betul selamat, PKO bertolak balik kebalai.