CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3381|Reply: 3

Fazura Berbesar Hati Tengku Permaisuri Selangor Pakai Tudung Harga RM27

[Copy link]
Post time 7-10-2021 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Nur Fazura meluahkan rasa terharu apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung jenamanya, Tudung Fazura.
Dalam entri berkenaan, Fazura turut memuat naik gambar memaparkan Permaisuri Selangor mengenakan tudung berwarna biru muda dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.Fazura turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung berharga RM27.
“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.


“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30,” tulisnDalam pada itu, Fazura turut berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan buat semua rakyat.
Sebelum ini, Fazura berkongsikan anaknya, Nur Fatima Aisya menerima hadiah istimewa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bff kot diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:47 PM | Show all posts
Rezeki Allah... bertuah Fatima...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap timoh dapat snag royal bila dah besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041657 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list