CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3307|Reply: 7

[Borneo] Kebenaran Rentas Negeri Serentak Di Seluruh Negara – PM

[Copy link]
Post time 9-10-2021 12:27 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

“(Rentas negeri) serentak seluruh negara. Walaupun janji peringkat awal 80 peratus (kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa), tapi program vaksinasi di negeri masih di peringkat rendah iaitu sekitar 60, 70 peratus.

“Kalau kita buka seluruh negara (ketika kadar vaksinasi lengkap 80 peratus), mungkin akan berikan kesan yang tak baik kepada negeri yang kurang dari segi peratusannya.

“Namun jika (purata vaksinasi seluruh negara negara) 90 peratus, kita jangka purata di negeri sudah pun melebihi 80 peratus,” katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mekanisme kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan kerajaan, dan sama ada kebenaran itu akan membabitkan semua negeri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberi jaminan larangan rentas negeri di seluruh negara yang berkuat kuasa sejak 10 Mei lalu, akan berakhir dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kita tunggulah, tapi dah tak lama dah. Saya yakin tak lama. Kita akan umumkan dalam waktu terdekat.

“Sehari, dua hari, tiga hari ke, tak tahulah. Tunggulah, tapi tak lama dah,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Larangan rentas negeri seluruh negara sejak lebih empat bulan lalu semakin menghampiri penghujungnya apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 89.1 peratus setakat tengah malam tadi, iaitu 0.9 peratus sebelum aktiviti itu dibenarkan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan kebenaran rentas negeri tidak akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu, sebaliknya mengguna pakai SOP sedia ada. – BH Online


sabahpost.net/2021/10/09

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyomak, gesek, goooooooooo
Kita tgk negeri mana yg jadi juara nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 01:37 PM | Show all posts
yeayy nak g Sabahhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 02:18 PM | Show all posts
Lepak2 dlu rasanya. Bg laluan kt hgpa2 dlu. Paling awl mungkin lepas abeh sesi psekolahan tahun ni. Tu pn kalo xdak kluster2 baru patu kluaq arahan larangn rentas neg blk. We'll wait & see
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 03:44 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 9-10-2021 02:18 PM
Lepak2 dlu rasanya. Bg laluan kt hgpa2 dlu. Paling awl mungkin lepas abeh sesi psekolahan tahun ni.  ...

jgn nyesal plak xsempat xpuas berjumbo nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 03:45 PM | Show all posts
pak mail...sy dh servis kete dahhhh...tng dah topup 1k..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2021 09:11 PM | Show all posts
pandai2 lah jaga diri memasing ...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol tahu ada sorang ex iol menunggu berita ni
Sanggup dari Kedah nak datang Selangor semata nak carik gaduh
Immature grown man
Stop it laaa wehhh move on jelaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.095844 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list