CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senyum_77

apa kena dgn Bahasa Melayu di Singapura skang...? (merged with chipmunk))

[Copy link]
Post time 28-2-2005 01:24 PM | Show all posts
Hai pon...
aku tak bermaksud nak perli ko...
tapi memandangkan si senyum dok senyum nunggu jawapan aku...
aku kasi lah dia suggestion buat topik ni...
aku tak de lah nak menyusahkan diri aku bukak topik baru pasal negeri ko tu..
tak kuasa aku...
lain lah kalau ko... pandai cari artikel then copy&paste kat sini....  :kant:

Originally posted by chumpon at 2005-2-28 09:08 AM:
My reply :-

aaaaH!....ko nak ubah topic dah!.....janji boleh langkau!....awat!....nampak nyata ker!.....sut oh sut, kalau ko nak cerita pasal bahasa Melayu di selatan Thai, maka dengan  ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2005 02:01 PM | Show all posts
salam mok nik,

aku pun tak nafikan apa yg kau cakap tu betul. Pada masa diktator Pibul Songgram memerintah, beliau menjalankan dasar asimilasi ke atas penduduk wilayah selatan. Setelah berjaya, pihak Siam terus meneruskan dasar jahat mereka itu. Penghijrahan besar-besaran penduduk Siam dari wilayah utara ke selatan telah menyebabnya perlakunya pemupusan secara senyap.

Tambah menyedihkan, mereka yg berhijrah itu telah ditawarkan tanah oleh pihak berkuasa Siam. Dasar pendidikan telah menyebabkan bahasa melayu hampir pupus. Sasaran mereka ialah mengsiamkan orang melayu dalam masa 50 tahun setelah perjanjian Bangkok (tak silap aku) telah berjaya.Agak malang kerana orang melayu sangat lemah dan dengan mudah mereka menawannya secar fizikal dan mental.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 02:02 PM | Show all posts
Sekarang... siapa yang memula guna perkataan "bebal" kalau tak kau dahulu yang mulakan????
Aku harap... kita berbincang secara ilmiah.... bukannya serang-menyerang...
Sekarang aku nak tanya betul-betul kat kau pasal posting kau yang ini???




My reply :-

Piiiiiraaaaaaaaaah. Konar sana, konar sini sampai berdarah-darah lutut.

Tak nak mengaku. Habis kat semua bod ko cakap aku yang attack ko dulu. Hihihi.
Takpa La.. Next opponent please...!!! sutera_abadi.. Hang peghati dah la yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2005 02:34 PM | Show all posts
P/S: Topik ni hanya untuk m'bincang'n Masalah yg menimpa Bahasa Kebangsaan Singapura iaitu Bahasa Melayu....

             ---------- telah diBINCANGKAN  ---------



tetapi .......


kini kita bincang ttg KESUKARAN RAKYAT SINGAPURA utk BERHUBUNG

DGN   NEGARA2 MELAYU YG LAIN

khasnya semasa di Indonesia ( di wilayah ACHEH )  

ramai PETUGAS2  yg dihantar ke  Acheh utk MISI KEMANUSIAAN TSUNAMI

tak mampu FAHAM TAKLIMAT dlm BAHASA MELAYU

bahkan TAK BOLEH BERTUTUR DLM BAHASA INI  utk berkomunikasi

dgn PENDUDUK ACHEH .

Hakikatnya BAHASA MELAYU ialah "NATIONAL & OFFICIAL LANGUAGE of SINGAPORE" .
Jadi, apasal tak BOLEH BERCAKAP dlm BAHASA KEBANGSAAN SINGAPURA ?

Maka, telah DIiSIMPULKAN bahawa KERAJAAN SINGAPURA TAK WAJIBKAN
PENGAJARAN BAHASA KEBANGSAAN SINGAPURA kpd Semua Rakyat Tanpa Kira Kaum.

Tambahan, Yg dihantar ke luar negara utk MISI KEMANUSIAAN TSUNAMI
kebanyakannya Bukan Bumiputra Singapura kerana Bukan Bumiputra Singapura HANYA DIWAJIBKAN BELAJAR B.I & BAHASA IBUNDA dorang .




FAHAM  tak  CIK Sutera_Abadi  ?





:tq:  :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 12:09 PM | Show all posts

senyum,

yang aku tahu masa zaman 60 an, ada orang Melayu di Singapura jadi menteri, tak ingat aku namanya, tapi bila Lee Kwan Yew perintah, satu pun Melayu pun tak ada.

Tapi apapun ramai orang Melayu berjaya walaupun tak masuk politik di Singapura terutama dalam bidang sukan, perniagaan dan hiburan macam Fandi Ahmad, Rahimah Rahim, M Nasir, Ramli Sarip, Najib Ali, Hetty Sarlene(heroin cerita Sembilu), Malik Awab, Jorah Ahmad dan banyak lagi..drama Melayu mereka memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2-3-2005 12:09:
yang aku tahu masa zaman 60 an, ada orang Melayu di Singapura jadi menteri, tak ingat aku namanya, tapi bila Lee Kwan Yew perintah, satu pun Melayu pun tak ada.

Tapi apapun ramai orang Melayu b ...
biar benar chumpon.. :hmm:..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2005 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2-3-2005 12:09 PM:
yang aku tahu masa zaman 60 an, ada orang Melayu di Singapura jadi menteri, tak ingat aku namanya, tapi bila Lee Kwan Yew perintah, satu pun Melayu pun tak ada.

Tapi apapun ramai orang Melayu b ...




  kalau dulu tu , masa sebelum TUNKU ABDUL RAHMAN  singkir  SINGAPURA

  RAMAILAH JUGA MELAYU yg jadi Pegawai Kerajaan kat Singapura !

skang  nak kata Menteri pula, memanglah Menteri yg diambil dari kalangan

Melayu boleh dibilang dgn jari .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2005 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2-3-2005 12:09 PM:
yang aku tahu masa zaman 60 an, ada orang Melayu di Singapura jadi menteri, tak ingat aku namanya, tapi bila Lee Kwan Yew perintah, satu pun Melayu pun tak ada.

Tapi apapun ramai orang Melayu b ...



  aku rasa ada  1 atau 2 orang Melayu jer yg jadi Menteri Singapura.

  seorang yg aku tau ialah Menteri Luar yg berurusan dgn Malaysia

  pasal KRISIS AIR dll ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA.

  yg lain aku tak pasti .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2005 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 2005-2-26 08:35 AM:
Kalau setakat sign board tidak menggunakan BM, mok nik rasa ..cuba jenguk jenguk kat pusat pentadbiran putrajaya...nama jalan semacam aje...nak kata nama Melayu tidak, nama English tidak...nama Fre ...

Originally posted by moknik.
Kalau setakat sign board tidak menggunakan BM, mok nik rasa ..cuba jenguk jenguk kat pusat pentadbiran putrajaya...nama jalan semacam aje...nak kata nama Melayu tidak, nama English tidak...nama French..pun tidak juga..

nama2 spt  Parcel,  Precint, Oval Drive, Promenade, Boulevard, Taman Wetland dll banyak nama pelik2 di putrajaya ...tak ada nama yg sesuai ker dalam BM untuk dinama di putrajaya hingga berbelit lidah org kampung nak menyebutnya.



Thx beritahu sbb saya tak perasan pun.   Apapun, tahniah kepada kerajaan kerana mendaulatkan Bahasa Inggeris. Tak lama lagi, di Putrajaya, mungkin ada lagi istilah Inggeris seperti Lakeside, Riverside, Esplanade, City Hall (PBT) dsb.

[ Last edited by chumpon at 6-1-2006 09:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 2005-3-2 03:03 PM:
biar benar chumpon.. :hmm:..



mata coklat, aku percaya kau mesti anggap benda ni cuma assumption dari aku. Tp aku pernah baca benda ni kat perpustakaan tahun lepas (tak ingat tajuknya). Iyalah, menceritakan tentang LKY dsb.

Sorrylah jika fakta dlm buku tu tak betul......
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 3-3-2005 12:52:



mata coklat, aku percaya kau mesti anggap benda ni cuma assumption dari aku. Tp aku pernah baca benda ni kat perpustakaan tahun lepas (tak ingat tajuknya). Iyalah, menceritakan te ...

LKY menjadi PM dari 1965-1990.. mustahil takde menteri melayu..

1965-1988... antara nama yang aku ingat:

A Rahim Ishak
Buang Bin Omar Junid
Mahmud Awang
Mohd Ariff Bin Suradi
Rahmat Bin Kenap
Yaacob Bin Mohamed
Othman Haron Eusope
Yatiman Yusof
Major Abbas Abu Amin
Abdullah Tarmugi
Ahmad Mattar, Dr
Wan Hussin Zoohri
Zulkifli Bin Mohamed
Abdul Nasser Bin Kamarudin
Sidek Bin Saniff
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 2005-3-3 03:34 PM:

LKY menjadi PM dari 1965-1990.. mustahil takde menteri melayu..

1965-1988... antara nama yang aku ingat:

A Rahim Ishak
Buang Bin Omar Junid
Mahmud Awang
Mohd Ariff Bin Sur ...


thx B-Eye. Nampaknya mata aku terbuka sikitlah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 06:01 PM | Show all posts
Sekadar contoh lain :-

1. Selatan Filipina - Orang melayu (terutamanya Sulu) tidak berpuas hati dgn asimilasi oleh kerajaan Filipina.Tambahan pula kerajaan pusat beragama Kristian.

2. Singapura - Kerajaan telah mewajibkan B.I dan B.M hanya menjadi bahasa ke-2. Hanya lagu kebangsaan dan latihan ketenteraan dlm B.M

3. Selatan Thailand - Spt yg dinyatakan di atas.

4. Kepulauan Riau - Dasar asimilasi Indonesia ke atas Kepulauan Riau menyebabkan bahasa Melayu dialek Johor-Riau semakin pupus. Cuba anda pergi ke Batam, Bintan, Tanjung Pinang & Tanjung Balai. Tidak ada orang yg bercakap dlm dialek Johor-Riau. Cuba kita perhatikan nama orang Riau, Acheh & Minang, sama dengan kita di Malaysia. Tidak ada nama ariyanto, bambang, sugiarto dsb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2005 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 8-3-2005 06:01 PM:
Sekadar contoh lain :-

4. Kepulauan Riau - Dasar asimilasi Indonesia ke atas Kepulauan Riau menyebabkan bahasa Melayu dialek Johor-Riau semakin pupus. Cuba anda pergi ke Batam, Bintan, Tanjung Pinang & Tanjung Balai. Tidak ada orang yg bercakap dlm dialek Johor-Riau. Cuba kita perhatikan nama orang Riau, Acheh & Minang, sama dengan kita di Malaysia. Tidak ada nama ariyanto, bambang, sugiarto dsb.





Chumpon ,  Ariyanto , Bambang , maupun  Sugiarto  ialah nama
RUMPUN MELAYU dari suku JAWA .

kalau nak diikutkan pun , dialek2 ( loghat2 )  negeri-negeri di seluruh
Malaysia  juga boleh pupus disebabkan Kerajaan tak berbuat sesuatu untuk
kekalkan semua loghat2 di Malaysia spt. Loghat Utara,Loghat Perak, Loghat Kelantan , Loghat Terengganu , Loghat Pahang , Loghat Melaka ,&  Loghat Negeri Sembilan .
Kecuali Loghat Johor .

Loghat Johor ni sebenarnya ialah loghat yg kita gunakan selalu .
Kebanyakan orang KL , Selangor , dan Johor sendiri , menggunakan loghat  
ni .Bahkan orang2 dari lain2 negeri di Malaysia pun guna Loghat Johor ketika
berkomunikasi antara sesama rakyat Malaysia yg berbeza negeri.

contoh Loghat Johor :  Die tak datang ke sekolah pade pagi tadi.

contoh Bahasa Malaysia Baku ( Standard ) : Dia tidak datang ke sekolah
pada pagi tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 06:33 PM | Show all posts
Kalau dulu ada pemimpin melayu singapura yang pernah berjasa macam yusof ishak, tapi sekarang dah tak ada..

melayu singapura yang tinggal hanya nama, jalan dan rumah pangsa.
Dulu orang Melayu Singapura memang kuat dan berpadu....tapi sekarang sudah hilang kekuatan dan identiti mereka...mungkin juga bahasa.

persoalan nya, salah siapa sehingga Melayu Singapura tercari-cari identiti mereka sendiri..

apa pun orang Melayu Singapura punya masakan memang best macam roti prata dan roti john....hmmmmmm........terliur..(teringat Mustapha centre jap).

apa pun orang Melayu Singapura kenalah muhasabah diri meneliti apa yang mereka kurang dan memperbaiki taraf hidup mereka supaya menjadi golongan minoriti yang di segani...

pada orang Singapura, tolong maafkan saya yang kadang-kadang tak faham dgn keadaan di Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2005 03:55 PM | Show all posts
salam senyum,

Hakikatnya, melayu spore acceli dah hampir extinct. Bangsa minoriti (melayu asal) dalam golongan minoriti (melayu-boyan-bugis-banjar-arab-jawa-palembang-majapahit) tak boleh berperanan langsung kat negara sendiri. Mungkin tinggal 12-16% je. Memang susah nak mendaulatkan BM kat sana.

Lagi satu, memang elok bahasa Inggeris digunakan sbb ia bahasa international. Cuma, jgnlah sampai ia menjadi masalah di Singapura.

p/s : Kat malaysia pong aku tengok lebih kurang je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2005 06:43 PM | Show all posts
KEBELAKANGAN ini ramai warga Singapura bukan Melayu bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu.

Ia merupakan kesan seruan Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew agar mereka senang berurusan di rantau ini.

Tetapi Oteh pelik dengan orang kita, terutama anak muda. Mutu bahasa kita semakin merosot. Bahkan selain MESTI tahu Inggeris, hanya segelintir orang kita yang sanggup belajar bahasa lain seperti Mandarin.

Mengapakah orang kita lambat menyahut seruan?

Oteh fikir ini ada kena-mengena dengan sikap kita yang sambil lewa, tidak serius.

Alahai, Oteh harap pengamatan ini salah.

Tetapi tengoklah cara anak muda kita menggunakan bahasa Melayu. Alamak, simpang-perinang.

Padahal, kita tahu bahasa menunjukkan bangsa. Dalam bahasa, ada budinya.

Sudah lama Oteh syorkan agar orang kita belajar pelbagai bahasa, terutama bahasa ibunda, Inggeris, Arab dan mungkin Mandarin.

http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,55224,00.html?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2005 06:45 PM | Show all posts
KEBELAKANGAN ini ramai warga Singapura bukan Melayu bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu.

Ia merupakan kesan seruan Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew agar mereka senang berurusan di rantau ini.

Tetapi Oteh pelik dengan orang kita, terutama anak muda. Mutu bahasa kita semakin merosot. Bahkan selain MESTI tahu Inggeris, hanya segelintir orang kita yang sanggup belajar bahasa lain seperti Mandarin.

Mengapakah orang kita lambat menyahut seruan?

Oteh fikir ini ada kena-mengena dengan sikap kita yang sambil lewa, tidak serius.

Alahai, Oteh harap pengamatan ini salah.

Tetapi tengoklah cara anak muda kita menggunakan bahasa Melayu. Alamak, simpang-perinang.

Padahal, kita tahu bahasa menunjukkan bangsa. Dalam bahasa, ada budinya.

Sudah lama Oteh syorkan agar orang kita belajar pelbagai bahasa, terutama bahasa ibunda, Inggeris, Arab dan mungkin Mandarin.

http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,55224,00.html?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2005-5-23 06:45 PM:
KEBELAKANGAN ini ramai warga Singapura bukan Melayu bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu.

Ia merupakan kesan seruan Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew agar mereka senang berurusan di rantau ini ...





KEBELAKANGAN ini ramai warga Singapura bukan Melayu bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu.

Ia merupakan kesan seruan Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew agar mereka senang berurusan di rantau ini.

http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,55224,00.html?




- Kadang2 saya perhatikan tatabahasa suratkhabar Singapura agak berterabur berbanding Malaysia (Singaporean sorry ya).


Perkara ni sebenarnya bukan susah. Saya rasa pihak authority di Singapura boleh menjemput
Dewan Bahasa & Pustaka untuk memberi guide dsb.

Media Elektronik,Radio dan Televisyen di Singapura juga sepatutnya menggiatkan kempen dalam

perkara ini.


Bagi saya, penggunaan BM memang meluas, cuma kegunaan bahasa yang betul mengikut tata bahasa
belum diperbaiki lagi dikalangan penduduknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 06:18 PM | Show all posts
'APASAL' RISAU, BAHASA MELAYU 'KANG' MEKAR DI ALAM MAYA
DI PERINGKAT dunia, penutur bahasa Melayu kini mencapai 300 juta jiwa.

Walaupun angka ini secara teori boleh diterima, tidak semua penutur berbangsa Melayu boleh berbahasa Melayu baku.

Menurut kajian Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), bahasa Melayu berada di tempat keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris.

Jadi tidak mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika penutur Melayu gigih memanfaatkan pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.

Penggunaan bahasa Melayu di Internet semakin meluas. Ramai pengguna bahasa Melayu memanfaatkan kemudahan unsur komunikasi itu.

Banyak laman dan penggelongsor berbahasa Melayu di Internet yang dibentuk dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Perkembangan ini juga diiringi penyediaan kemudahan e-mel dan ruang sembang (terutama blog) yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai Internet ini membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.

Misalnya, kesan daripada penggunaan ruang siber yang serba mudah dan luas telah menghasilkan istilah baru yang boleh digelar sebagai 'bahasa Melayu Internet' seperti kang (nanti), a'kum (assalamualai kum), w'lam (waalaikumussalam), tipon (telefon) dan apasal (apakah sebabnya).

Menurut kalangan bahasawan, trend baru ini dapat difahami untuk tujuan cepat dan ringkas, tetapi boleh menjejas mutu bahasa Melayu seperti:

sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau), biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).

Ada pendapat menyatakan, Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) merombak bukan saja bahasa Melayu, bahkan kebanyakan bahasa dunia yang menggunakan unsur abjad rumi.

Secara pragmatik, perkembangan ini satu percubaan menarik dalam evolusi bahasa Melayu, tetapi ia juga menimbulkan kemudaratan jika tidak dibendung dengan betul. Ini kerana ia boleh menghasilkan ayat tanpa nahu atau menyeleweng daripada tatabahasa.

Timbul juga perkembangan pemelatan kata dan kata yang bersifat simbol seperti (bermakna 'tersenyumlah') bertujuan memeriahkan suasana perbualan.

Bagaimanapun, perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dipantau agar bahasa Melayu tetap terpelihara.

Internet terus menentukan rentak hidup. Bahasa sebagai wahana akan tentu mengalami perubahan.

Oleh itu, mungkin perlu diadakan semacam usaha 'pembakuan' dan pengiktirafan ruangan siber yang banyak menggunakan bahasa Melayu. Ruangannya yang terbaik harus dipromosikan atau diberi anugerah, dan begitu juga sebaliknya.

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu di mana jua - daripada hasil kerjanya, sembang, minit mesyuarat persatuan atau masjid sehinggalah amalan SMS dan e-mel.

Jadi, penyejagatan dan kebebasan memungkinkan bahasa Melayu terus mekar. Namun, ia perlu dipantau agar pertumbuhan subur dan terhala.

http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,57186,00.html?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063228 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list