CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Nak Nikah? Meh sini jap....

[Copy link]
 Author| Post time 21-10-2005 12:59 PM | Show all posts

Kuasa Memilih

Islam memberi kuasa kpd kaum lelaki utk memilih mana2 perempuan yg disukainya utk dijadikan sbg isteri, bahkan mengharuskan bg seseorg lelaki melihat perempuan yg dipinangnya (muka dan 2 tapak tgn) dgn keizinan ibubapanya.

Kaum lelaki diperintahkan supaya memilih perempua yg beragama, tetapi tidaklah bererti bhw Islam memberi kuasa sepenuhnya kpd kaum lelaki utk mana2 perempuan yg disukainya tanpa memberi kuasa kpd perempuan utk menentukannya.

Pilih mana perempuan yg disukainya tetapi belum pasti akan menjadi hak miliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2005 01:02 PM | Show all posts

Kuasa Menentukan

Islam memberi kuasa kpd perempuan di mana ia melebihi kuasa memilih oleh lelaki, iaitu kuasa menentukan.

Kaum lelaki diberi kuasa memilih, mencari mana perempuan yg disukainya, setelah bertemu dan berkenan dihati maka bolehlah ia masuk meminang.

Pihak perempuan samada perempuan itu sendiri atau walinya berkuasa sepenuhnya utk menerima atau menolak tanpa sebarang paksaan dr pihak lelaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ila_naiey This user has been deleted
Post time 23-10-2005 01:14 PM | Show all posts

mantap ni...

leh pospond dlu gi kursus kawin nih...buat kursu kawin online cam lagi bagus je..x sampai sehari dh boleh khatam...hehe..
x de ar..saje leh refresh balik ape yg dh d pelajari masa sekolah dlu2..:solute:
Reply

Use magic Report

ila_naiey This user has been deleted
Post time 23-10-2005 01:19 PM | Show all posts

cop..cop..nak tanya

kalau pompuan tu dah ada pilihan hati..tp ada org lain dtg meminang dia..haruskan pinangan tu diterima@ di tolak???..ada sorang ustaz tu penah kata..kna terima sebab mungkin org tu adalah jodoh kite yg sebenarnya..tp bl d pikirkan balik sure pompuan tu xde perasaan kat org yg meminangnya tu...maybe dia syg bangat kat pakwe dia tu..yer x??...so apa yg sepatutnya dia buat???...:stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2005 07:14 AM | Show all posts
Originally posted by ila_naiey at 23-10-2005 01:19 PM
kalau pompuan tu dah ada pilihan hati..tp ada org lain dtg meminang dia..haruskan pinangan tu diterima@ di tolak???..ada sorang ustaz tu penah kata..kna terima sebab mungkin org tu adalah jodoh kit ...


Sorry ila_naiey krn lambat respon... I sebuk nak siapkan assignments.

Jalan terbaik ialah melakukan sembahyang sunat Istikharah.

Sembahyang minta petunjuk yang baik.  Sesudah solat berdoa la minta pentunjuk kpd Allah atas pilihan yg masih diragu2kan itu.

Good luck

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Nur82 This user has been deleted
Post time 1-11-2005 01:45 PM | Show all posts
assalamualaikum~
harap zsa boleh terus kn lagi
dh lama tk beroleh pengisian
jzkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
ponder This user has been deleted
Post time 1-11-2005 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by ila_naiey at 23-10-2005 01:19 PM
kalau pompuan tu dah ada pilihan hati..tp ada org lain dtg meminang dia..haruskan pinangan tu diterima@ di tolak???..ada sorang ustaz tu penah kata..kna terima sebab mungkin org tu adalah jodoh kita ...

Pelik juga jawapan ustaz ni. Betul ke ustaz yang jawab macam ni? Ustaz berkelulusan apa?

Kalau perempuan tu dah ada pilihan hati, dia boleh menolak pinangan dari orang lain. Seorang perempuan tak boleh dikahwinkan kecuali dengan izinnya sendiri.

Kalau perempuan tu dan pilihan hatinya sudah pun mula berbicara tentang "hidup bersama satu hari nanti", perempuan itu boleh dianggap "dalam pinangan" (walau pun belum bertunang) dan lelaki lain tak berhak meminang dia kecuali hubungannya dengan pilihannya terputus, atau dia mengizinkan orang lain masuk meminang.

Soal menerima atau menolak, terpulang kepada perempuan itu sendiri. Memang elok solat istikharah dalam keadaan begini, macam yang dicadangkan oleh fluerzsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2005 10:41 PM | Show all posts

Kuasa Ibu Bapa Dlm Menentukan Jodoh Anak

Walau anak yg akan berkahwin, tetapi secara tidak langsung ibubapa juga mempunyai kuasa dan hak dlm menentukan pasangan jodoh utk anaknya samada lelaki mahu pun perempuan.  Dlm erti kata lain anak tidak boleh terus membelakangkan ibu bapa dlm hal nikah kahwin.

Ibubapa sememangnya bertanggungjawab secara terus dlm menentukan pasangan jodoh anaknya, bahkan ibubapa akan dianggap sbg tidak bertanggungjawab sekiranya langsung tidak mengambil kisah ttg siapakah bakal menantunya..

Lebih buruk lagi padahnya kalau ibu bapa menyerah bulat2 kpd anaknya sendiri dlm menentukan pasangan jodoh tanpa mahu masuk campur.

Sabda Nabi saw,

"Di atr tanggungjawab ibubapa terhdp anaknya tiga perkara, hendaklah memperelokkan nama anaknya bila anak itu dilahirkan, hendaklah mengajar anaknya akan ilmu agama bila anak itu tlh berakal dan hendaklah mengahwinkannya (menentukan pasangan jodohnya) bila anak itu tlh dewasa"
(Tak pasti riwayat siapa)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2005 10:54 PM | Show all posts

Dasar Campur Tangan Ibubapa

Walau pun Islam membenarkan ibu bapa campurtangan dlm soal menentukan bakal jodoh utk anaknya, tetapi kebenaran itu bukanlah pula bertujuan utk memaksa atau menghalang, tetapi semata2 utk kebaikan bersama.

Ibubapa atau wali sememangnya tidak mempunyai kuasa penuh ke atas perkahwinan anaknya, tetapi ibubapa sbg org yg lebih berpengalaman adalah diperlukan dlm saat2 sedemikian utk memilih dan menentukan bakal pasangan anaknya. Bagaimana pun persetujuan anak diperlukan tanpa sebarang paksaan.

Sabda Nabi saw,

"Jgnlah kamu mengahwinkan anak gadis mu melainkan setelah kamu mendapat izin drnya, bertanya seorg sahabat, bagaimanakah izinnya wahai Rasulullah? Maka jawab Rasulullah saw, apabila dia diam"
(Tak pasti siapa periwayat)

Sabda Nabi saw,

"Diam itu adalah tanda suka"
(Tak pasti siapa periwayat)

ps. Sorry sebab masa I pergi kursus kahwin dulu Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz tak sertakan periwayat hadis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2005 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 28-9-2004 11:06 AM
Salam,

He he he he.. :lol

Saje je nak kongsi ilmu Fekah dan Munakahad...:nerd:

Sabda Nabi saw,

"Empat macam "berbahagia seseorang" atau pun kesejahteraan keluarga iaitu:
...



abg mod boleh lah support sham kahwin nanti arr .....
Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 5-11-2005 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 1-11-2005 10:54 PM
Sabda Nabi saw,

"Jgnlah kamu mengahwinkan anak gadis mu melainkan setelah kamu mendapat izin drnya, bertanya seorg sahabat, bagaimanakah izinnya wahai Rasulullah? Maka jawab Rasulullah saw, apabila dia diam"
(Tak pasti siapa periwayat)

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi s.a.w bersabda, "Seorang janda lebih berhak keatas dirinya daripada walinya. Dan seorang gadis harus diminta persetujuan daripadanya; persetujuan itu ialah jika ia diam" (Sahih Muslim)
Originally posted by fleurzsa at 1-11-2005 10:54 PM
Sabda Nabi saw,

"Diam itu adalah tanda suka"

Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah, seorang gadis akan merasa malu". Jawab Rasulullah, "Persetujuannya ialah berdiam diri" (Sahih Bukhari)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2005 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by shamlkim at 4-11-2005 10:18 PM
abg mod boleh lah support sham kahwin nanti arr .....


Bila shamlkim nak kahwin?  Setakat moral support tu boleh la....

I pun masih belajar lagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 11:23 PM | Show all posts
hmm .. maklumat yg bagus ..

jom kumpul duit, kumpul ilmu .. kita seme kawenn ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 11:45 PM | Show all posts
tak sabar pulak rasanya nak kawin...
Reply

Use magic Report

mawarbiru This user has been deleted
Post time 11-11-2005 09:56 AM | Show all posts

Satu info yg wajib diketahui...

Thanks dear Fluersza....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2005 11:58 PM | Show all posts
brilliant info thanks anyhow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2005 01:15 AM | Show all posts
Walau pun Islam membenarkan campurtangan ibu bapa/wali dlm hal perkahwinan anaknya, samada memberi pandangan dan nasihat, membenarkan atau terus menolaknya, maka Islam juga meletakkan satu dasar sbg asas panduan utk menentukan samada pinangan terhdp anaknya itu boleh diterima atau menolak.

Dasar yg dimaksudkan itu ialah dikenali dlm istilah fikah sbg kufu

Erti Kufu ialah persamaan, iaitu di atr lelaki dan perempuan yg hendak berkahwin itu ada mempunyai unsur2 persamaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2005 01:22 AM | Show all posts
Hukum kufu

Hukumnya bukanlah wajib, ia sekadar dianggap sebagai hak bg bapa/wali utk membolehkannya semada hendak memaksa anak gadisnya berkahwin atau menolaknya.

Bapa berhak memaksa anak gadisnya berkahwin dgn mana2 lelaki yg disukainya jika bapa/wali mendapati keduanya (anaknya & lelaki itu) ada kufu, begitu juga sebaliknya.

Kufu juga merupakan hak bg perempuan, bererti perempuan itu berhak dikahwini oleh lelaki yg disukainya walau pun tidak disukai oleh bapa/walinya asalkan di atr perempuan dan lelaki yg disukainya ada unsur persamaan.

Perempuan berhak juga menolak kemahuan bapa/wali utk mengahwinkannya dgn lelaki yg disukai bapanya jika jelas tidak ada kufu di atr keduanya.

Perlu difahamkan kufu bukan perkara wajib yg mesti diambil kira, ia sekadar hak bg bapa atau perempuan dan boleh diambil kira dlm keadaan2 tertentu shj.  Contohnya ketika berlaku paksaan dr pihak bapa/wali sedangkan gadis tidak setuju atau sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2005 01:30 AM | Show all posts

Kufu Yg Diiktibar Pd Syara'

Beberapa perkara yg boleh dianggap sbg kufu dlm hukum fiqah sebagaimana yg tlh diakui oleh syarak:

1  Selamat drp penyakit gila dan sopak.  Lelaki yg berpenyakit gila atau sopak tidak kufu bg perempuan yg tidak berpenyakit tersebut.

2.  Merdeka.  Lelaki hamba tidak kufu bg perempuan merdeka.

3.  Golongan bangsawan.  Lelaki dr kebanyakan bangsa Arab tidak kufu bg perempuan berbangsa Quraisy, begitu juga lelaki 'ajam tidak kufu bg perempuan bangsa Arab.

4  Beriman dan bertaqwa.  Lelaki fasiq tidak kufu bg perempuan yg beriman & taqwa

5.  Pekerjaan.  Lelaki yg tiada pekerjaan tidak kufu dgn perempuan yg berpekerjaan.

- Adalah lebih baik sekiranya pihak lelaki atau perempuan tidak mementingkan soal kufu krn ia bukanlah merupakan perkara wajib.

wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2005 11:44 AM | Show all posts
emm..banyak info kat sini tapi........belum sampai seru..he..he.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.095840 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list