CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11211|Reply: 22

SENARAI KURSUS SEMASA YANG DITAWARKAN OLEH MECD

[Copy link]
kakn This user has been deleted
Post time 29-9-2004 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Program:
LATIHAN PENGURUSAN KEWANGAN STRATEGIK

Course Name:
LATIHAN PENGURUSAN KEWANGAN STRATEGIK 3/04

Course Date:
05 Oct 2004

Venue:
BILIK LATIHAN PBUN 1, PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN NEGARA, ARAS 2,, BLOK MENARA, LOT 2G6, PRESINT 2,, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 , WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Program Remark:
TARIKH BENGKEL YANG DIIKLANKAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN. SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN DUA MINGGU SEBELUM TARIKH KURSUS DIADAKAN.

Course Remark:
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, BENGKEL LATIHAN KEWANGAN STRATEGIK 3/04 YANG DIJADUALKAN PADA 5 HINGGA 7 OKTOBER AKAN DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK. SEKIAN, HARAP MAKLUM.

MECD Officer in Charge:
MADIHAH BT HAJI RAMLI

Phone No.:
603-88805729

Fax No.:
603-88805793

Email Address.:
Madihah@mecd.gov.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kakn This user has been deleted
 Author| Post time 29-9-2004 09:41 PM | Show all posts
Program:
SKIM USAHAWAN SISWAZAH

Course Name:
SKIM USAHAWAN SISWAZAH - SUS 116(21/04)

Course Date:
04 Oct 2004

Venue:
SHAH ALAM SEKANGOR.

Program Remark:
KELAYAKAN
1. SISWAZAH (IPT DALAM DAN LUAR NEGARA) YANG BARU TAMAT PENGAJIAN TIDAK MELEBIHI SEPULUH (10) TAHUN.
2. PENUNTUT-PENUNTUT LEPASAN DIPLOMA DARI IPT YANG DIIKTIRAF OLEH JPA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN.
3. UMUR TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN.
4. TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
5. BERMINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN.

YURAN
RM250.00 (MELIPUTI NOTA, MAKAN DAN PENGINAPAN)

MECD Officer in Charge:
NORDIN ABDUL AZIZ

Phone No.:
603-88805707

Fax No.:
603-88805793

Email Address.:
nordin@mecd.gov.my
Reply

Use magic Report

cruzo14 This user has been deleted
Post time 3-10-2004 09:20 AM | Show all posts
asssalamualaikum kakn,

saya nie org baru dlm porum nie...saya nak tanya camana nak apply 4 skim nie..sapa yg perlu saya hubungi....dan sebelah utara takda ke kos nie?saya amat berminat nak niaga tapi takda modal
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 3-10-2004 10:34 AM | Show all posts
cruzo, kakn dah balas pm awak. tgk la nanti ye.
Reply

Use magic Report

TUN This user has been deleted
Post time 5-10-2004 11:01 PM | Show all posts

yeeehaaaaa...

Originally posted by kakn at 29-9-2004 09:41 PM:
Program:
SKIM USAHAWAN SISWAZAH

Course Name:
SKIM USAHAWAN SISWAZAH - SUS 116(21/04)

Course Date:
04 Oct 2004

Venue:
SHAH ALAM SEKANGOR.

Program Remark:
KELAYAKAN
1. ...

:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju:
kalau minat.. pi la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2005 12:08 PM | Show all posts
hhohoohohoh....

aku nak pegi laaa...

takde latest update ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
kakn This user has been deleted
 Author| Post time 27-2-2005 12:15 PM | Show all posts
kena tunggu hari keje ek, nanti kakn terai tanya MECD...

untuk tahun 2005 belum ada lagi...



Program yg kakn ikut dulu pun takde perkembangan terbaru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2005 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by kakn at 27-2-2005 12:15 PM:
kena tunggu hari keje ek, nanti kakn terai tanya MECD...

untuk tahun 2005 belum ada lagi...



Program yg kakn ikut dulu pun takde perkembangan terbaru.[/co ...



ok...

thankz kakn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kakn This user has been deleted
 Author| Post time 20-3-2005 02:15 PM | Show all posts
Latihan Asas Perniagaan

Kumpulan Sasaran:
Keutamaan diberi kepada Kakitangan Kerajaan yang berhasrat mencebur diri dalam perniagaan dan terbuka juga kepada orang awam

Yuran RM250 termasuk penginapan dan makan minum.

Tarikh-tarikhnya:
24-29 Jan
14-18 Feb
21-25 Feb
07-11 Mac
11-15 Apr (Sabah)
25-29 Apr
09-13 Mei
16-20 Mei
06-10 Jun
20-24 Jun
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 20-3-2005 02:16 PM | Show all posts
Latihan Pengenalan Keusahawanan Kepada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

Kumpulan Sasaran:
Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Yuran RM250 termasuk penginapan dan makan minum.

tarikh-tarikhnya:
21-25 Mac
13-17 Jun
Reply

Use magic Report

mdbiz20 This user has been deleted
Post time 20-3-2005 11:33 PM | Show all posts

ada tempat kosong

A'kum,

Saya telah mendapat tawaran utk mengikuti latihan asas perniagaan pada 11-15 April di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur tetapi sedihnya, di saat2 terakhir saya ada hal penting yg tak dapat dielakkan. Maka terpaksalah saya menolaknya.
Jika ada sesiapa yg berminat utk menggantikan tempat saya, hubungilah saya di forum ini atau mll e-mail mdbiz2020@yahoo.com
Saya tak pasti bolehtak org lain ganti sbb saya belum telefon lagi pihak berkenaan tentang krtidakhadiran saya dan bolehtak org lain menjadi penggantinya tetapi bila saya telefon nanti dan mereka katakan boleh, jadi bolehlah saya syorkan sape2 yg berminat tu nanti.

Mll surat yg diterima, kursus ni adalah jangka pendek hanya 5 hari je sbg pengenalan. Yg lebih khususnya akan diadakan kemudian iaitu kursus selama 6 bulan utk bhgn sokongan dan lebih kurang 62 hari utk golongan profesional.

Utk kursus selama 5 hari ni dikenakan bayaran sbyk RM250 utk penginapan dan makan minum. Sesape yg berminat dan yakin/pasti boleh menyertainya, sila beri maklumbalas sblm 4 April 2005.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by kakn at 20-3-2005 14:16:
Latihan Pengenalan Keusahawanan Kepada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

Kumpulan Sasaran:
Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Yuran RM250 termasuk penginapan dan  ...


Tumpang tanya,
apa beza/keistimewaan isi kandungan kursus utk kedua-dua kumpulan sasaran? ada aturcara program tak?
Reply

Use magic Report

mdbiz20 This user has been deleted
Post time 24-3-2005 11:40 PM | Show all posts
MAaflah kpd yg berminat utk menggantikan tempat saya sbb saya baru jek call mecd dan diorang kata tak boleh cari pengganti melainkan dah hantar surat permohonan sebelum ni. Kalau dah pernah apply tapi tak terpilih, bolehlah dipertimbangkan.

Utk persoalan apa beza/keistimewaan antara kursus2 tersebut I tak arif untuk menjawabnya kerana I pun belum pergi lagi. Utk rujukan bolehlah melawat website mecd di http://www.mecd.gov.my
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:38 AM | Show all posts
"GERAK USAHAWAN 2005"


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) akan menganjurkan "GERAK USAHAWAN 2005" yang bertemakan Keusahawanan Kerjaya Pilihan. "GERAK USAHAWAN 2005" yang akan diadakan sepanjang tahun, akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mei 2005, jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Equatorial, Bangi, Selangor.

Gerak Usahawan akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula dengan negeri Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Sabah dan Perak. Program yang diadakan selama 2 hari ini adalah sebagai "One Stop Centre" yang bertujuan memberi kemudahan, laluan mudah dan pengetahuan kepada usahawan, bakal usahawan dan orang awam untuk memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan oleh MECD dan agensi-agensinya serta semua agensi pembangunan usahawan yang lain. Melalui program ini 4 segmen akan diperkenalkan iaitu sesi planery, bengkel, sesi klinik dan konsultansi dan sesi "business-matching". Bengkel yang akan diadakan sepanjang program ini adalah

. Pembiayaan
. Promosi dan Pemasaran
. Francais dan Vendor
. Kursus / Latihan
. Peningkatan Kualiti Produk

Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi setiap penyertaan bengkel. Sekiranya anda berminat dan memastikan mendapat tempat daftarlah sekarang menerusi pendaftaran online atau hubungi urusetia di talian yang dinyatakan di bawah untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad! (Berdasarkan "first come first serve)

Siapa tahu "LANGKAH ANDA YANG PERTAMA ADALAH LANGKAH KE DUNIA PERNIAGAAN GLOBAL"

Urusetia:
Encik Rahiman bin Rahdin 03-88805301
Encik Zaidi bin Mat Hussien 03-88805302
Puan Endon bt Ambiah 03-88805297

Jadual Bengkel:
Hari Pertama: 5 Mei 2005 Masa: 2.30 petang hingga 3.30 petang
1. Peluang Perniagaan Menerusi Francais 2. Promosi & Pemasaran Produk di Pasaran Tempatan & Antarabangsa

Hari Kedua: 6 Mei 2005 Masa: 10.30 pagi hingga 11.30 pagi
1. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan 2. Pembangunan & Pengukuhan Produk Tempatan

** Setiap bengkel dijalankan serentak. Sila pilih salah satu dan tandakan [/] untuk satu bengkel sahaja.
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:41 AM | Show all posts

Program Incubator Siswazah

Berdasarkan perangkaan Unit Perancang Ekonomi, seramai 80,000 orang siswazah masih menganggur pada masa ini. Oleh itu, program Inkubator Siswazah adalah sebagai satu cara untuk membantu mengurangkan penganguran di kalangan siswazah dengan mengalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan. Y.B. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengarahkan supaya Kementerian dan agensi menyediakan ruang pejabat untuk golongan siswazah memulakan perniagaan. Program ini bertujuan menyediakan ruang pejabat sementara bagi membantu siswazah memulakan perniagaan. Penyertaan adalah terbuka kepada siswazah bumiputera yang berumur tidak melebihi 35 tahun, belum mempunyai pejabat perniagaan dan telah mempunyai rancangan perniagaan yang hendak dijalankan.

Fungsi Inkubator Siswazah
* Pusat rujukan usahawan siswazah
* Menyediakan ruang pejabat sementara
* Membantu usahawan siswazah memulakan perniagaan


Kelayakan Pemohon

1. Siswazah, keutamaan siswazah yang telah menyertai Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran MECD
2. Bumiputera @ Syarikat bertaraf bumiputera
3. Berumur di bawah 35 tahun
4. Tidak mempunyai pejabat perniagaan
5. Telah mempunyai projek & perniagaan yang hendak dijalankan

Tempoh Penyertaan

Maksimum selama 12 bulan (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian). Untuk tempoh penyertaan peserta dikehendaki memohon secara rasmi dan maksimum tambahan cuma diberi selama 6 bulan sahaja. Surat perjanjian hendaklah ditandatangani sebaik sahaja pendaftaran.

-----------

cam best je ni.. :bgrin: cepat... esok p tepon mecd.. :bgrin:

[ Last edited by kakn on 10-4-2005 at 10:42 AM ]
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:43 AM | Show all posts

Program Incubator (sambungan)

JENIS PERNIAGAAN

Bidang Perkhidmatan

* Import eksport, perkhidmatan courier, khidmat pengurusan & perundingan, ejen pemasaran & pengiklanan, ejen pelancongan, pembekalan & pengedaran barangan, khidmat senggaraan bangunan & pejabat dan lain-lain perkhidmatan yang berkenaan.


Projek Perusahaan Kecil

* Industri makanan, perabot, francais dan sebagainya. Kategori ini mestilah mempunyai projek sendiri yang hendak diwujudkan di mana kegiatan mereka di inkubator tertumpu kepada kerja-kerja merancang dan membuat persiapan untuk mewujudkan projek yang bersedia untuk dilancarkan

...............

francais pun masuk kat sini gak? hmm.. .

[ Last edited by kakn on 10-4-2005 at 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:45 AM | Show all posts
Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan adalah secara kongsi

Kemudahan pejabat iaitu :
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:46 AM | Show all posts
Pegawai dan Kakitangan Kementerian

Adalah dimaklumkan bahawa tugas Pegawai dan Kakitangan Kementerian yang bertugas di Inkubator Siswazah adalah untuk membantu peserta menerima surat-surat yang dihantar ke Inkubator Siswazah dan menggunakan kemudahan yang disediakan sahaja.

Pegawai dan Kakitangan Kementerian TIDAK BEKERJA untuk peserta, segala urusan pentadbiran syarikat hendaklah diuruskan sendiri oleh peserta.

Etika dan Peraturan Berpakaian
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2005 10:46 AM | Show all posts
Cara Memohon

Dapatkan borang permohonan daripada MECD secara percuma dan dihantar terus kepada alamat di bawah :

Urusetia Inkubator Siswazah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Bahagian Latihan Keusahawanan
Aras 2, Blok Menara, Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.


Sebarang pertanyaan hubungi :
Telefon:
03-88805818 Pn. Suria
03-88805819 Pn. Zuraidah
03-88805820 En. Faizal
03-88805817 Pn. Shadiah

------------
menarik program ni.. :bgrin:

cuma kena sabar la.. setahun tu.. :bgrin: kalau congak2..kira2.. kakn dulu pun kira setahun lebih gak dok lam PFS. best program ni. p la ikut.. :bgrin:


[ Last edited by kakn on 10-4-2005 at 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2005 07:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.281947 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list