JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
57427
View
172
Reply

Pelakon Suara

[Copy link]

Author: Squall-Leonhart       Show all posts   Read mode

Post time 9-5-2008 12:16 AM | Show all posts
mana bersalin lah tapi masuk hospital sebab masalah kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-5-2008 12:16 AM
mana bersalin lah tapi masuk hospital sebab masalah kesihatan



sekarang dah sihat ada keluar paper
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 6-10-2004 02:45 PM
Hello geng...

Sesebuah siri anime tak akan lengkap kalau takder pelakon suara. Pelakon suara nie laa yang bertanggungjawab membawa 'feel' sesuatu watak itu kepada penonton. Kat Jepun, pelakon  ...


Keje kosong takde ko bro? Aku ingat nak apply la ngan sora macho aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 12:55 PM | Show all posts
kerja pelakon suara kena ada ijazah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 04:23 PM | Show all posts
kene ada bakat lah...... boleh keje sampai lewat malam....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 06:55 PM | Show all posts
Reply  #101 HangPC2's post: memang bersalin pun... ( http://thestar.com.my/news/story ... 8568&sec=nation )
Reply  #102 action_kamen's post: paper mana? dah brape lama baring kat spital?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:27 PM | Show all posts

Reply #105 HangPC2's post

selain itu kena pandai berkomunikasi dan kritis (tgk kemusykilan skrip ke apa), klu boleh sy nak gilap skrip
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 08:56 PM | Show all posts
sy prasan kebelakangan ni filem karya nusa krg aktif menterjemah anime. judul paling baru sy tau ialah battle b-daman. selebihnya kasi tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:45 AM | Show all posts
Jiwai watak si kembar



Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


Kepada penggemar siri animasi Upin&Ipin yang ditayangkan menerusi saluran TV9, suara kepada dua karakter tersebut ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.






TATKALA meninjau bilik rakaman yang berada di Tingkat Bawah bangunan Les Copaque Productions (LCP) Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor kelihatan seorang kanak-kanak perempuan comel begitu fokus mendengar arahan dan tunjuk ajar daripada seorang pereka audio, Safrizan Mohd Razali.

Sesekali dia mengangguk faham, kadangkala tersenyum dan ketawa kecil.

Selepas memahami tugas yang perlu dilakukan, dia terus menghampiri mikrofon dan melontarkan dialog dalam lima intonasi yang berbeza-beza.

Tanpa perasaan malu atau takut, kanak-kanak berusia sembilan tahun ini melakonkan suara latar dengan baik.

"Hai kawan- kawan, saya Upin, yang ini adik saya Ipin. Ini kisah kami berdua iaitu, Istimewa Hari Raya. Hah, betul! Betul! Betul!," lakon empunya diri Nur Fathiah Diaz atau Teha yang menjadi suara latar bagi karakter Upin&Ipin yang popular ditayangkan menerusi stesen TV9.

Secara ringkasnya, Upin&Ipin merupakan siri kartun animasi mengenai pasangan kembar berusia lima tahun. Menerusi siri ini penonton dapat menyaksikan bagaimana mereka menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan yang penuh dengan dugaan.

Tapi, Upin&Ipin amat bertuah kerana dibantu oleh opah dan kak Ros sebagai pembimbing supaya mereka terus tabah menjalani ibadah puasa.

Banyak nilai-nilai murni, pengajaran dan elemen kampung untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.


Keletah kembar yang begitu mencuit hati dan disusuli dengan pelbagai adegan lucu membuatkan kartun animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak hinggalah golongan dewasa.

"Ramai yang mengajukan mengapa Fathiah yang dipertanggungjawabkan watak Upin&Ipin, mengapa tidak kanak-kanak lelaki. Alasannya, seramai 20 orang kanak-kanak yang hadir ke sesi uji bakat tidak memenuhi kriteria.

"Mereka tidak menjiwai watak dengan baik, berlakon seperti membaca teks dan kurang memiliki daya kreativiti yang boleh menonjolkan karakter Upin&Ipin yang comel. Fathiah sebaliknya. Dia bukan saja bijak beraksi malah berani, ceria dan mudah mesra dengan orang lain," tegas Pengarah Upin&Ipin, Mohd Nizam Abd Razak.

"Seronok menyumbangkan suara dalam siri Upin&Ipin. Banyak pengalaman diperoleh dan pada masa yang sama membantu memberi pengajaran mengenai kebaikan bulan puasa dan pengisian hari raya kepada penonton.

"Tapi, Teha cuma berani berlakon sebagai suara latar berbanding drama kerana malu berhadapan dan dikelilingi dengan orang ramai," jelas pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Menegong, Klang, Selangor yang ceria menyarungkan baju-t Upin&Ipin berwarna hijau.

Di sebalik sifat pemalu itu, anak sulung daripada tiga adik-beradik ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan bercerita mewakili sekolah di peringkat daerah, Klang.

Tambah Teha yang bercita-cita menjadi doktor: "Pengalaman berlakon Upin&Ipin banyak membantu saya mempelajari teknik menyampaikan cerita dan gaya intonasi yang betul.

Selain Fathiah, siri Upin&Ipin, turut diceriakan dengan karakter opah (Ainon Ariff), kak Ros (Noor Ezdiani Ahmad Fawzi), Rajoo (Kannan Rajan), Mei Mei (Yap Ee Jean), Ehsan (Mohd Syahmi Abd Hamid) dan Fizi (Ida Rahayu Yusoff).

Walaupun di televisyen kita menyaksikan setiap karakter bercakap antara satu sama lain, realitinya proses rakaman suara (audio) dilakukan secara berasingan.

Ini bagi mengelakkan studio rakaman menjadi gamat dan tidak terkawal memandangkan kebanyakan watak dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak.

Jika proses rakaman kartun animasi yang lain dilakukan sambil melihat gerak-geri karakter (berjalan, berlari atau makan), tetapi produk animasi keluaran LCP mempraktikkan gaya rakaman tersendiri.

Dalam proses ini, pelakon perlu menggunakan imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Ini kerana mereka hanya berlakon bersandarkan skrip dan mengikut panduan yang diberikan oleh pengarah dan pereka audio.

Di LCP proses audio dilakukan terlebih dahulu, sebelum beralih pada proses-proses yang lain. Sebab itu kumpulan pelakon berlakon berpandukan skrip, bukannya animasi yang tertera di depan mereka.

Biasanya proses rakaman suara diadakan pada hujung minggu.

"Selesai proses audio, kami meneruskan proses animasi yang menggunakan pengisian autodesk maya. Kumpulan pereka akan mengerakkan tubuh badan dan mulut karakter supaya menyamai serta bersesuaian dengan dialog yang diucapkan.

"Proses ini penting bagi memastikan pergerakan bibir dan dialog seiringan serta meletakkan emosi pada karakter. Jika pelukis tidak mempunyai idea untuk mencipta karakter berlari atau makan, salah seorang staf akan melakonkan gaya yang dikehendaki untuk rujukan kumpulan animasi," terang Nizam.

Upin&Ipin berdurasi lima minit

Pengarah Urusan LCP, Burhanuddin Md Radzi menyatakan pada asalnya filem kartun animasi 3 Dimensi (3D), bertajuk, Geng: Bermulanya sebuah pengembaraan, merupakan produk sulung mereka. Bukannya siri kartun Upin&Ipin yang semakin digilai ramai.

Namun idea Upin&Ipin timbul pada awal tahun 2006 ketika sedang sibuk menyiapkan pembikinan siri Geng. Dek kerana bimbang sekiranya filem yang membabitkan kos empat juta ringgit ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, mereka mengambil keputusan mengeluarkan salah satu karakter untuk dikomersiolkan.




NUR FATHIAH mengakui seronok dapat menyumbang suara untuk siri animasi Upin&Ipin.


Melalui tinjauan, rata-ratanya orang ramai lebih berminat pada watak Upin. Jadi bagi menyuntik tarikan yang lebih efektif pada jalan cerita, mereka lahirkan pula watak Ipin.

"Perancangan komersiol akhirnya dapat direalisasikan apabila saya terserempak dengan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, di Cannes, Paris. Pada pertemuan tersebut beliau mencadangkan kartun animasi yang durasinya selama lima minit.

"Sehingga kini masih ramai yang tidak berpuas hati menonton siri Upin&Ipin selama lima minit. Pernah juga diminta memanjangkan tempoh siaran, tetapi kami masih kekal pada durasi yang sama supaya penonton tertunggu-tunggu episod yang seterusnya," tambah Burhanuddin yang menghasilkan karya dan dialog bersama isterinya, Ainon Ariff serta dibantu krew LCP yang lain.

Tambah Pengarah Teknikal LCP, Nazrul Hadi Nazlan: "Ketika episod keenam Upin&Ipin siri pertama yang disiarkan pada tahun lepas melonjak naik kami berhadapan dengan masalah baru. Ini kerana dalam filem animasi Geng, karakter Upin&Ipin bukanlah watak utama. Jadi kami terpaksa mengolah skrip dan menukar plot baru yang menampilkan peranan pasangan kembar ini.

Justeru kepada peminat setia, siri Upin&Ipin jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod raya istimewa yang bermula pada hari raya pertama hingga hari raya keenam, di stesen TV9, Dekat di hati.


- Kosmo -




[ Last edited by  HangPC2 at 3-4-2009 12:58 ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 09:10 PM | Show all posts
prasan tak adik fikri dah tinggalkan watak sinchan baru2 ni kat tv? budak baru lah...orait pastu mak sedaranya yg jadi cikgu yoshinaga pun lenyap...diganti plak dgn sore penyek doremon filem karya nusa apa dah jadi?!

tp kan, filem-filem sinchan hari ahad terkini kat ntv7 mcm studio baru yg buat, kalo x silap, sebumbung dgn otromen. hoho...dah pindah rupanya ke?

Sesungguhnya industri alih suara malaysia tak sama seperti tiga tahun lepas, dari monopoli jadi arena persaingan, tp penonton plak makin kabur, tu lah pasal public relations derang adalah kepincangan #1 derang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 06:52 PM | Show all posts
atas bawah kucari, dapat pun sedikit info pengalih suara kita:

1. Zirahd Hadzir (http://profiles.friendster.com/zirah79) Juga sorang penggilap skrip. Otaku giler dier....
2. Azizul Ejoy (http://profiles.friendster.com/21719479) Suara Dylan (Mirmo Zibang) ah...
3. Faizal Isa (http://profiles.friendster.com/22197207)

perlu dikenalpasti:

Irwan Isnin (http://www.facebook.com/people/Irwan_Isnin/707120948) "Irwan Isnin" ialah nama suara Suneo kita, tapi betulkah ini orangnya? (pipinya cam lain dr rakaman majalah 3 thn lalu) kalo ya die watpe kat seberang tebrau?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 03:22 PM | Show all posts
Tengok Rancangan Remaja kat TV3 memang company baru ambil alih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #112 HangPC2's post

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:09 PM | Show all posts
Yang ni laman myspace bg org yg suarakan cikgu yoshinaga, conan edogawa dan danny phantom [klu x silap]...rupa2nya dia tidak lagi bekerja di filem karya nusa. patutler sore cikgu yoshinaga cam penyek dah

http://www.myspace.com/babyszai
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #115 HangPC2's post

tidak....... Hirano Aya datang mesia ke? da terlepas....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 08:58 PM | Show all posts

Reply #116 cluesan's post

dah balik pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 07:12 PM | Show all posts
kalo filem geng dieksport ke jepun, siapalah seiyu bhs jepun yg layak mengalih suara upin dan ipin? di turki, upin dan ipin disuarakan dua org berbeza

lagi satu nak tanya, pelakon suara BM filem geng ni ada x pengalaman mengalih suara filem asing?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 10:01 PM | Show all posts
dah tanya kat forum wayang, rupanya pelakon sore geng rupa2nya baru dilatih. tapi sememangnya pelakon sore malaysia terhandal pernah kudengar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 11:42 AM | Show all posts

REEL TIME: Malaysia's Super Twins [NST]


Nur Fathiah Diaz, the voice of Upin and Ipin.
KIDS can help make a film. That explains the phenomenal success of Malaysia's first 3D film, Geng Pengembaraan Bermula.

More than 500,000 people watched the film within the first two weeks ofits screening and more than half of them were kids. The film is nowinto its fourth week of screening.

  As children are charged half the cinema ticket price, the film only made RM4 million during those two weeks.

  The film,  by Les Copaque Productions, is also phenomenal in the sense that it really gave cinema operators a headache.

Local films are helped by the government's two-week compulsoryscreening policy and usually cinema operators will reduce the number ofshowings after that.
But producer Burhanuddin Md Radzi told cinema operators thathe would pull out the movie from the cinemas if they slashed the numberof screenings.

And it worked. Most major cinemas still had seven daily screenings ofthe film during its third week, a feat that even Malaysia's firstsuperhero, Cicakman, and Malaysia's first mermaid, Duyung, failed to do.

  All because of two lovable characters from the movie called Upin and Ipin.

  "And  Upin and Ipin are just supporting characters in the movie," said Burhanuddin.

  Realising the power of Upin and   Ipin, the company has started production on Upin & Ipin The Movie.

  "We hope to release it next year. We are also working on a new series targeting the same family audience," he said.

It's not just the movie. More than 200,000 Upin & Ipin schoolbagshave been sold as well as other merchandise like notebooks, T-shirtsand caps.

And if things work according to plan, there willalso be a Upin & Ipin theme park. Burhanuddin declined to givedetails except that the park would be located in Johor.

  "If you watch the movie closely, you will notice that some of the scenes resemble certain thrill rides.

  "If Disney can do it (have a theme park with rides based on their films), why can't we?"

  I guess parents will now have to start saving money for their kids' "Upin & Ipin" fund!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058383s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list