CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fast-N-Furious

Proton SAGA dalam sejarah

[Copy link]
Post time 20-1-2008 01:43 PM | Show all posts
Revolusi segmen B Proton Selepas 23 tahun, Proton mengambil keputusan untuk menggantikan model Saga sedia ada. Apakah perbezaan automatif generasi kedua Saga ini?





PROTON turut mengeksport Proton Saga ke pasaran United Kingdom.



Generasi pertama


PROTON SAGA

PROTON Saga buat julung-julung kalinya dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985. Model ini sebenarnya dibangunkan menerusi kerjasama syarikat pengeluar kereta tempatan, Proton dengan Mitsubishi Motors dari Jepun.

Ia dibina di atas platform model Mitsubishi Lancer Fiore yang mula dihasilkan pada tahun 1983. Tergolong dalam segmen B, Proton Saga mendapat sambutan amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Nama Saga yang sebenarnya dipilih daripada satu peraduan untuk menamakan kereta pertama negara itu. Selain menjadi kereta buatan nasional pertama yang melintasi Jambatan Pulau Pinang ketika pembukaannya pada 14 September 1985, Proton Saga juga telah diserahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya penglibatan Malaysia dalam industri automotif.

Dilengkapi dengan enjin SOHC 4 silinder keluaran Mitsubishi, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 13. liter dan 1.5liter. Pembeli juga berpeluang untuk memilih transmisi manual lima kelajuan atau automatik tiga kelajuan yang dikenali sebagai Mitsubishi-Matic (bermula tahun 1990).

Pada peringkat awalnya, Proton Saga ditawarkan sebagai sebuah sedan empat  pintu, sebelum ia diluaskan kepada varian hatchback yang diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai Proton Knight, sebelum nama itu ditukar kepada Saga Aeroback.
Pada tahun 1989, Proton Saga mula menembusi pasaran United Kingdom yang kemudiannya menjadi pasaran eksport terbesar buat Proton. Setahun selepas itu, enjin Proton Saga ditukar kepada enjin Orion 12 injap ditingkatkan kuasanya sehingga 67 kW.

Bagi pasaran domestik, Saga menerima proses penambahbaikan dengan model Megavalve. Ia menerima modifikasi baru termasuklah gril radiator,sementara tali pinggang belakang dan lampu brek ketiga dijadikan peralatan standard.


PROTON SAGA ISWARA

MODEL ini menerima proses facelift pada tahun 1992 dan diberi nama Proton Saga Iswara. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah lampu hadapan lebih nipis, bumper plastik, hendal pintu, gugusan lampu belakang baru dan plat nombor belakang diletakkan pada bumpernya.

Model ini banyak dijadikan sebagai teksi dan ada antaranya yang menggunakan bahan api NGV. Turut dieksport ke Singapura dan UK(dikenali sebagai Proton MPi), ia dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api pelbagai titik (Multi Point fuel injection).

Untuk meningkatkan jualan dan bersaing dengan model keluaran Perodua, Proton memperkenalkan Saga Iswara Sport yang berasaskan kepada model Aeroback sebagai model edisi khas. Ia menerima bodykit baru,lampu utama dan lampu seakan model Altezza. Hanya didatangkan dengan transmisi manual dan enjin 1.3 liter.


Proton SAGA  (tahun 2003 hingga 2007)

Model ini sekali lagi mengalami proses facelift dan Proton menamakannya semula dengan nama Saga pada tahun 2003. Saga diberi papan pemuka yang baru, panel pintu dan panel instrumen yang dilengkapi dengan paparan digital pada odometer, takat bahan api dan suhunya.

Bahagian fizikal luarnya diubah dengan penggunaan lampu hadapan danbelakang yang baru. Proton membuat talaan semula terhadap enjin 1.3liter dan memasang sistem ekzos baru. Hasilnya, kuasa enjin dapat ditingkatkan kepada 62 kW dan hanya ditawarkan dalam varian manual lima kelajuan.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-50, Proton melancarkan promosi dengan mengumumkan harga Proton Saga pada ini sebagai tanda terimakasih terhadap sokongan rakyat terhadap Proton Saga selama ini. Ia menerima perubahan kosmetik yang minimum.
Tindakan ini telah menjadikan Proton Saga sebagai model kedua paling laris selepas Perodua Myvi dan merupakan model saloon paling laku dengan jualan melebihi 15,000 unit.





PROTON Saga edisi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985.



Generasi kedua


PROTON SAGA

DENGAN nama kod Proton BLM (Base Line Model) atau Proton Saga Replacement Model, pengeluar kereta tempatan ini mengambil keputusan untuk menggantikan model Saga sedia ada.

Proton Saga terbaru ini merupakan model yang dibangunkan sepenuhnya oleh Proton selepas model Waja, Gen2, Savvy dan Satria Neo. Dibina berasaskan platform model Savvy, Proton yakin Saga mampu mendapat perkongsian pasaran yang besar untuk segmen B.

Dikuasakan dengan enjin Campro bersesaran 1.3 liter dilengkapi dengan sistem Intake Air Fuel Module (IAFM), model ini memperlihatkan kualiti binaan lebih baik dan reka bentuk yang menarik.



- Kosmo -




[ Last edited by  HangPC2 at 20-1-2008 01:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 11:03 AM | Show all posts
1986 MITSUBISHI LANCER FIORE Advertisement





http://www.youtube.com/watch?v=CcruI4kEdrw



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 09:45 PM | Show all posts
Mitsubishi Lancer Fiore versi keter estet...

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 09:47 PM | Show all posts
Untuk pengetahuan korang, nama Proton Saga tu diberi oleh Ismail Jaafar, pemenang pertandingan namakan kereta nasional pertama.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 05:44 PM | Show all posts
mana nak cari iklan lama proton ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 07:57 PM | Show all posts
caya la proton ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2008 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 4-3-2008 05:44 PM
mana nak cari iklan lama proton ?

cuba try tanya adverising agency dier lar kot.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:47 PM | Show all posts
2008 Foton Saga



Cuba Tengok Logo '' SAGA ''













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 04:10 PM | Show all posts
Proton MPI








Sources : http://www.protonownersclub.co.uk/


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 09:39 PM | Show all posts
aku pn gna saga gak..
dulu mak aku yg gna..
tp skrg dia dh beli kete lain..
so aku lh yg gna kete dia..

kete mak aku tu..
proton saga 1.5M 1990..
megavalve..
warna merah..

mmg best je bila aku drive hari2..
jauh gak..
80km++ setiap hari..
still tahan enjin kete tue..

byk knangan dgn kete tue..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 11:00 PM | Show all posts
Haynes Manual Proton Saga 1989-1997 Repair Manual









http://www.haynes.co.uk/


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:51 PM | Show all posts
Sejarah : Proton Saga & Wira


















- Mengapa Mitsubishi dipilih sebagai rakan kongsi ?

sebenarnya sebelum berbincang dgn mitsubishi, banyak perbincangan dilakukan dgn pengeluar-pengeluar kereta yang lain (Daihatsu juga pernah terlibat dalam perbicangan tetapi tidak bersetuju dengan konsep tersebut pada masa itu) tetapi kerana penglibatan terus pengerusi MMC, Dr Kubo yang mempunyai keinginan khusus untuk mencipta kereta yang mempunyai keperibadian bangsa (nasional) dan Dr Kubo juga telah melihat semangat dan idea Tun Dr Mahathir yang ternyata mempunyai visi yang sama dengan beliau. Kereta untuk Rakyat!

- Dalam mesyuarat rundingan pihak yg terlibat ialah Projek kereta nasional Hicom diketuai Tan Sri Dato Jamil Jan, perwakilan Mitsubishi yang diketuai En Masanao Ueda dan konsultan teknikal & perunding kejuruteraan british, Maclaren & Partners.

HICOM – pasukan projek kereta nasional Hicom 1982-83 selepas majlis tandatangan perjanjian. Selepas kontrak ditandatangani hampir semua petugas projek kereta nasional Hicom diserap ke dalam Proton.


Proton Saga 1985 - Pelancaran pasaran proton saga pada September 1985

Fakta & Trivia proton saga :

- kod model proton saga ialah LM41 dan LM44

- dibina berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore.

- Disember 1982, Lakaran cadangan & clay model berskala penuh diserahkan kepada Tun Dr Mahathir di Airod, Lapangan Terbang Subang.

- Januari 1983, Tun Dr Mahathir dalam lawatan rasmi ke jepun dijemput untuk menyaksikan model-model yang sudah dikemaskan di Okazaki, MMC di Prefektur Nagoya.

- Penggayaan semula mitsubishi lancer kepada Proton Saga melibatkan tenaga kerja tempatan iaitu sebuah pasukan rekabentuk diketuai En Mohamad Azali Abdul Rahim (Pensyarah kanan rekabentuk perusahan ITM) dibantu perunding kejuruteraan dari british IAD.

- Disember 1983, Prototaip pertama LM41 diserahkan kepada Tun Dr Mahathir di tokyo.

- April 1984, beberapa buah kereta Proton dipandu uji di malaysia tanpa pengetahuan media dan org ramai.

- 30 April 1984, pemilihan nama kereta nasional pertama. 3 nama diantara ratusan nama telah diserah kepada panel hakim Saga, Perdana, Gagah. Akhirnya En Ismail Jaafar yang mencadangkan nama Saga telah dipilih dan mendapat sebuah kereta Proton. Sebab Saga dipilih pengerusi panel hakim, Tan Sri Prof Awang Had Salleh menyatakan pokok saga melambangkan kestabilan, ketahanan & keserasian sifat-sifat berkaitan mereka yang terlibat dalam projek kereta nasional.

- Sultan Brunei ialah VIP luar negara yang pertama memandu Proton Saga kepunyaan Tun Dr Mahathir di malaysia.

- Feb 1986, 3 buah teksi Proton Saga yang pertama beroperasi sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

- Okt 1988, Proton Saga memenangi 2 emas & 1 perak di Pameran Kereta Antarabangsa British.



Sources : http://funtastickodesign.wordpress.com/



Last edited by HangPC2 on 25-4-2013 09:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:36 PM | Show all posts
Saper beli magazine Top Gear bulan nie ada cerita pasal sejarah saga nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:27 AM | Show all posts
sejarah saga? ala tempek la sini plis
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 03:54 PM | Show all posts
Super Saga



Super Saga Touring Car 91







Matspeed Super Saga









Sources : http://sagasquirt.blogspot.com/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 06:03 PM | Show all posts
Super Saga







Sources : http://sagasquirt.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 12:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 04:03 PM | Show all posts


1988 (1991-1994) Group S Proton Iswara 4WD Turbo



A dismantled PERT 4WD Rally Car at EON Motorsports Workshop Glenmarie








Rally Indonesia








PERT EON Motorsports Workshop Glenmarie








Last edited by HangPC2 on 15-4-2013 01:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 10:57 AM | Show all posts
Nostalgia gambar Proton Saga





Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


SUBANG JAYA - Anda mungkin berpeluang membawa pulang wang tunai RM25,000 hanya dengan menggunakan sekeping gambar kereta Proton Saga yang dihantar kepada peraduan The Saga Snap & Win Photo Contest.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, peraduan tersebut bertujuan mengembalikan nostalgia yang mungkin menyentuh hati peminat model itu sejak ia diperkenalkan di pasaran sehingga versi terkini atau mengimbau pengalaman indah pemiliknya yang mempunyai nilai sentimental.

Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 telah mencatatkan sejarah apabila menghasilkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga yang mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985.

Menurutnya, peraduan unik itu merupakan di antara pelbagai program yang akan dijalankan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 syarikat tersebut pada tahun ini.

Menurutnya, pelbagai program telah disusun sepanjang tahun yang akan membabitkan semua pihak dalam sejarah pembangunan Proton selama ini.

" Ia ditujukan kepada umum, pelanggan tempatan dan antarabangsa, kakitangan Proton, pengedar, vendor dan petugas media, " katanya pada majlis pelancaran logo rasmi ulang tahun ke-25 Proton di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, sebanyak 11 kelab kenderaan Proton yang membabitkan sebanyak 125 buah kereta keluaran syarikat automobil itu akan berkonvoi sambil beramal di seluruh negara.

" Selain itu, Proton juga akan menubuhkan sebuah tabung kebajikan khas yang mana bagi setiap jualan model keretanya maka sebanyak RM25 akan disumbangkan ke dalam tabung berkenaan mulai hari ini sehingga 30 Jun ini.

" Hasil tabungan itu akan diagihkan kepada 25 organisasi kebajikan pada Majlis Gala Ulang Tahun ke-25 yang akan diadakan 9 Julai ini, " jelasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pihaknya kini masih berbincang dengan syarikat di India untuk menjadikan negara itu sebagai pangkalan operasi Proton.

" Kami cuba merealisasikannya secepat mungkin, " katanya.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082876 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list