CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JUSTcircle

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

  [Copy link]
Post time 30-11-2014 07:33 PM | Show all posts
sekarang majalah2 lawak mcm ujang dan lain2 laku lg ke?
aku stop beli ujang sejak 2001
majalah mcm gempak, semua tu utopia aku stop sejak 2005
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 03:05 PM | Show all posts
aku suka lukisan dari komik A. Ghaffar Bahari. Lukisan yang penuh misteri. Paling suka lukisan beliau dalam buku Siri Bercakap dgn Jin, sangat menyeramkan.

Kalaulah beliau dpt kumpulkan koleksi komik dan dibukukan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 04:22 PM | Show all posts
memang layan majalah2 komik malaysia,
gila2 rasanya paling lama bertahan.....
sekarang dah jarang dah membeli,
kebanyakannya sekarang makin lama makin tak lawak,
kadang2 tu lawak hampir sama2 saja endingnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 09:56 PM | Show all posts
siapa ada Gempak,Ujang,Apo edisi pertama mmg rare la
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 05:50 PM | Show all posts
Gempak Starz - Popcorn



Majalah Popcorn terkubur tiga tahun lepas, tapi kini Gempak Starz telah menghidupkannya semula sebagai sebuah antologi standalone (148 mukasurat, RM39.90) bertajuk Lost Legends : Resurrection.

Buku ini mengandungi 12 komik pendek mengenai makhluk-makhluk legenda seperti vampire, pari-pari dan Kraken. Artis-artis yang terlibat termasuk Popia, Puppeteer, Puyuh, Slaium (juga editor antologi ini), Lefty, Puyuh dan Zint.








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2015 12:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 04:00 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 12-4-2015 04:13 PM

Pontianak Siri 3 (Berita Minggu 10 Nov 1985)





Sisa - Majalah Fantasi Oktober 1986





Duyung - Majalah Fantasi September 1986





Sepatu Siti Norlela - Majalah Fantasi Mei 1987





Orang Kedua (Berita Minggu Febuari 1989)





Parut - Majalah Fantasi Disember 1992













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 11:58 AM | Show all posts
Pameran Majalah Humor Nasional (National Humour Magazine Exhibition)


















Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:24 AM | Show all posts
Hikayat Raja Babi [The Story Of The Pig King] (1775) - Rumi Version




Illustrator : Arif Rafhan Othman

Publisher : FIXI
































Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2015 02:05 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 07:06 PM | Show all posts
Majalah Fantasi (1985)









Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 09:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 12:06 PM | Show all posts
Panahan Adiwira











Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 02:14 PM | Show all posts
Kartun Saya Dipatenkan Oleh Orang Lain Menyebabkan Saya Rugi RM1.8 Juta Dan Jatuh Bankrup - UJANG







Nota Editor : Daripada Majalah Gila-gila ke Ujang, kisah yang ditulis oleh kartunis ini banyak menyentuh hati rakyat Malaysia. Begitu banyak kegembiraan telah disebarkan melalui karya-karya beliau yang tulus. Akan tetapi, siapa sangka dalam gelak ketawa kita, tersimpan kesedihan buat kartunis ulung Malaysia ini. Semoga satu hari nanti bidang komik dapat diangkat tinggi menjadi warisan negara seperti mana Amerika Syarikat, Jepun dan Korea menghargai industri komik mereka.



Tempah Batu Nisan Untuk Kematian



IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis Ujang, pernah mengalami pengalaman perit apabila karya atau lukisannya dipatenkan oleh pemilik sebuah syarikat awal 1990-an sebagai harta inteleknya.

Kisah seperti Aku Budak Minang, Usop Sontorian dan pelbagai watak pernah menghiasi majalah humor sehingga mengangkat popularitinya tetapi syarikat berkenaan menerusi peguamnya terlebih dulu menghantar notis bahawa mereka adalah pemilik Majalah Ujang.

Walaupun sudah turun naik mahkamah dan kesnya bertukar tangan daripada seorang peguam kepada peguam yang lain bagi menghalang syarikat berkenaan, segalanya sudah terlambat.

Menurut undang--undang, dia tidak dibenarkan mengambil mana--mana bahagian dalam majalah itu dicetak semula dalam sebarang bentuk sama ada cetakan, penukaran, penyamaran, edaran, penyerahan atau mempamerkan dalam media cetak, digital dan pelbagai lagi tanpa kelulusan.

“ Bayangkan, saya langsung tidak boleh melukis kartun yang pernah saya hasilkan menerusi watak ciptaan saya dalam sebuah majalah, sampaikan kalau lukis gambar pokok pun, saya dikenakan tindakan undang--undang. ”

“ Cubaan mempertahankan hak saya dengan turun naik mahkamah membuatkan segala penerbitan saya terpaksa gulung tikar. Saya dihujani surat dan arahan mahkamah agar segala majalah keluaran saya ditarik balik di pasaran. Hutang dengan syarikat percetakan dan gaji kakitangan semuanya bernilai RM1.8 juta. Akhirnya mahkamah mengisytiharkan saya muflis. ”

“ Bayangkan, saya terduduk dan rasa seakan--akan kehidupan ini direnggut sekali gus rumah tangga saya juga hampir musnah dan memaksa saya lari ke kampung untuk mencari ketenangan. Saya hampir gila dan pernah menempah batu nisan sendiri semata--mata persiapan untuk ‘kematian’ sendiri, ” katanya.

Demi menghilangkan tekanan perasaan, dia pulang ke kampungnya di Kuala Pilah tanpa melakukan sebarang kerja kerana buntu memikirkan apa yang berlaku serta fikirannya menjadi kosong.

“ Saya berkelana dan wang ringgit memang langsung tiada, sebaliknya hanya berharap ihsan orang ramai. Apabila pulang ke rumah semula, suatu hari emak menegur dan memarahi saya kerana mengerjakan solat dan berulang--ulang hinggakan 14 rakaat. Sebenarnya, ketika itu saya sudah tidak tahu apa yang berlaku seolah--olah dalam dunia yang amat asing, ” katanya.

Hampir lapan bulan menyepi diri dan langsung tidak menghiraukan isterinya, Zaiha Abdul Rahman dan empat cahaya mata, ibunya paling banyak memberi kekuatan semangat kepadanya agar bekerja keras demi masa depan dia sekeluarga.

Ujang mengakui yang dia pernah mengusung guni mengandungi gelang untuk dijual dengan harga RM2 semata--mata mencari sesuap nasi. Bahkan, dia pernah melukis potret di kaki lima di sebuah pekan dan menjualnya kepada orang ramai untuk mencari sesuap nasi.

“ Bayangkan ketika zaman kegemilangan, saya pernah memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan tetapi di zaman kejatuhan, dengan hasil jualan lukisan potret berharga RM10, saya mampu menampung hidup saya untuk dua, tiga hari. Bayangkan ketika melukis potret atau inspirasi daripada kartun saya dan mengabadikan dalam kad ucapan Hari Raya, tiba--tiba saya didatangi surat saman.

“ Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, saya sekali lagi tertekan apabila ibu meninggal dunia tiga tahun lalu. Namun segala nasihat dan doanya menjadi ubat paling mujarab buat saya meneruskan kelangsungan hidup ini,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini bercerita mengenai arwah ibu tercinta, Ramlah Omar.

Sebagai insan cekal, dia kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu bekas majikannya, pemilik syarikat Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib untuk kembali bertugas di syarikat berkenaan.

Namun katanya, selepas itu tidak putus--putus rezeki datang menggolek dan mendapat tawaran menghasilkan kartun untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kini, dia bersama syarikat Century Vantage Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor menerbitkan majalah komik animasi yang menjurus kepada bacaan untuk semua golongan dan dikenali ‘Animaxi’.

“ Apa yang penting dalam hidup, kita harus berfikiran positif. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun saya tidak pernah berputus asa bahkan kekuatan saya adalah sifat dalaman yang dimiliki diri ini. Saya sudah menempuh pelbagai halangan besar dan reda dengan ketentuan
takdir,” katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 01:11 PM | Show all posts
gila tragis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 09:45 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 21-7-2015 09:48 AM

Pelukis Komik Wanita Melayu Pertama Berasal Dari Kelantan






Puan Nora Abdullah, Pelukis Komik Wanita Pertama Tanah Melayu







Dalam dunia komik Bahasa Melayu yang didominasi pelukis-pelukis lelaki, Nora Abdulah merupakan perintis pelukis komik wanita yang turut menempah tempat dalam sejarah perkomikan negara.

Pada tahun 1955, tiga tahun selepas penerbitan buku komik BM pertama di Malaya, Nora Abdullah menjadi pelukis komik wanita Melayu pertama dalam sejarah yang menghasilkan buku komik bertajuk “Cik Siti Wan Kembang” pada usia muda 15 tahun.

Nora Abdullah yang berasal dari Kelantan, telah menghasilkan 12 buku-buku komik dari tahun 1955 hingga 1961 yang bertemakan cerita-cerita purba dan juga kisah-kisah pergolakan masyarakat moden. Kesemua buku-buku komik karya beliau telah diterbitkan oleh Geliga Press Limited di Singapura.

Tajuk buku-buku komik Nora Abdullah: “Cik Siti Wan Kembang” (1955), “Gelombang Hidup” (1956), “Ibu” (1957), “Bawang Putih Bawang Merah” (1957), “Dugaan Ilahi” (1957), “Pengembaraan Naim dan Naimah” (1957), “Duyung Emas” (1958), “Pengaruh (1958)”, “Armina” (1961), Anak Angkat”, “Batu Belah”, dan “Cempaka”.

Nora Abdulah telah berhenti menghasilkan komik selepas Geliga Press Limited ditutup pada tahun 1961.



Ibu (1957)





Pengembaraan Naim & Naimah dan Dugaan Ilahi (1957)





Puteri Saadong (Majalah Salina Bil. 147 September 1987)







Sumber : Majalah Murni, Majalah Fantasi, National Library Board Singapore, Pusat Sejarah Rakyat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 03:59 PM | Show all posts
Majalah Ujang & APO terbitan MOY Publications Sdn Bhd Secara rasminya telah menamatkan operasinya pada  6/8/2015







Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 10:42 AM | Show all posts
Edisi Terakhir



Majalah Ujang Bil.505 1 Ogos 2015

Majalah APO? Bil.398 1 Ogos 2015







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068283 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list