JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
229110
View
671
Reply

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

[Copy link]

Author: JUSTcircle       Show all posts   Read mode

penjarapudu This user has been deleted
Post time 18-11-2007 12:33 PM | Show all posts
emm..memang da lama x baca..ujang aku minat katun si ayie, gayour..rasenye da pindah majalah lain..
kat tempat haku ni mahal skit depa jual mag...up rega..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 12:58 PM | Show all posts
KOMIKOO #0


Keluaran : Komik Factory



Genre : Komik/Manga Beridentiti Malaysia


Akan Muncul Pertengahan November Ini !!!!


Cover





Preview




Adijin




Aedes




Baba Chuah




Kromosom




Shah




Zafran



http://www.komikoo.blogspot.com/








[ Last edited by  HangPC2 at 18-11-2007 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 01:02 PM | Show all posts
umbra tkde ke?!~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 01:02 PM | Show all posts
POWDER #001


Keluaran : Komik Factory


Genre : Majalah Komik Fesyen



Cover





Promosi







[ Last edited by  HangPC2 at 18-11-2007 01:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 01:13 PM | Show all posts
HUNTOO #001


Keluaran : Komik Factory


Genre : Majalah Komik Seram/Misteri



Cover






Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 01:28 PM | Show all posts
Komik Hikayat Syah Mardan '' BARONGAN ''



Cover








Title: Barongan

Writer: Yusrizal Mohd Yusof
Artist: Mohammad Yazid Kamal Baharin
Fythullah Hamzah
Mohd Munadzam Samsudin
Nor Azri Norazmi
Cover Artist: Mahathir Buang
Editor: Saiful Halmi Mohamad Dam


Price: RM5.00
.............................................

For more information, write to: saiful_h@dbp.gov.my
or call : +60321483654, +60133911992 (En. Nordin)


Sources :

http://pekomik.com/2007/barongan-komik-baru-dbp.html

http://alyridura.multiply.com/jo ... _Bahasa_dan_Pustaka

http://kromosomblog.blogspot.com/2007/09/barongan-di-pasaran.html


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 11:27 AM | Show all posts

Reply #81 HangPC2's post

betui ka? kalo betui.. x saba menanti kehadiran....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 07:55 AM | Show all posts
ujang dulu besssst sgt2!! sampai boleh gelak keluar air mata .... byk collection ujang dulu2, siap simpan dlm plastik lagi... tapi akang dah tak beli dah tiap2 bulan... tunggu ade sale kat pesta buku kat pwtc...

ingat lagi, sahak yg ensem tu, tandoori payat, pastu cerita mamat2 rockers tu

gila-gila pun best dulu... tapi makin byk iklan... so dah tak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by mizahanan at 21-11-2007 11:27 AM
betui ka? kalo betui.. x saba menanti kehadiran....



aku dulu ada simpan FANTASI dulu skang ntah man hilang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:16 PM | Show all posts
'Industri komik malap kerana penerbit bolot hakcipta'


21-11-2007 11:08:17 AM
Oleh SALHAN K. AHMAD

KUALA LUMPUR: Sikap penerbit komik yang tidak mahu memberikan hakcipta kepada pelukis menyebabkan industri itu tidak dapat berkembang maju, kata seorang pengarang majalah genre tersebut.

Roy Ablah, 28, berkata amalan berkenaan juga membataskan ruang artis untuk berkarya kerana seseorang itu akan terikat dengan sesebuah penerbitan sahaja sedangkan golongan itu sepatutnya bebas untuk berkarya di mana-mana penerbitan.

"Amalan inilah sebenarnya yang membunuh industri komik tempatan, walaupun sebenarnya tidak dinyatakan secara hitam putih," kata pengarang majalah Komikoo ini dalam temuramah dengan mStar Online semalam.

Graduan jurusan Sains Komputer daripada Universiti Teknologi Malaysia itu juga berkata artis komik takut untuk menghantar karya di penerbitan lain kerana bimbang karya mereka akan ditolak oleh salah satu penerbit.

"Ini disebabkan oleh faktor 'kesetiaan' yang cuba diterapkan oleh penerbit-penerbit tertentu," katanya lagi yang sebelum ini pernah menerajui majalah Starz, antara majalah komik yang laris di negara ini.

Tambahnya lagi, kartunis ini kemudiannya terpaksa bersaing dengan karyawan lain, yang turut mengharapkan siaran kerana 'kesetiaan' mereka.

Jelasnya, tindakan ini merugikan kerana kartunis yang berbakat tidak dapat ditonjolkan akibat keadaan pasaran komik yang didominasi oleh karyawan tertentu.




Nazim Masnawi (kiri) bersama Roy Ablah berharap untuk meningkatkan edaran Komikoo secara berperingkat-peringkat. (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)



Katanya lagi, karyawan di negara-negara yang mempunyai pasaran komik yang besar seperti Amerika Syarikat dan Jepun mampu untuk 'cari makan' kerana penerbitnya bersikap terbuka terhadap bahan-bahan berkualiti.

Beliau memberi contoh kartunis Kutu yang terkenal di Amerika Syarikat kerana karyanya diterbitkan oleh kedua-dua gergasi komik negara itu DC Comics dan Marvel Comics yang saling bersaing antara satu sama lain.

Kutu, atau nama sebenarnya Tan Eng Huat, terkenal dengan lukisan watak Batman (DC) dan Silver Surfer (Marvel).

Sebanyaqk 14 buah komik yang dimuatkan dalam majalah terbitan Noradz Productions Sdn Bhd ini, yang terdiri daripada karya kartunis Baba Chuah, Aedes, Kromosom, Shah dan Zafran, Adijin, Eisu serta James Bond Abdullah.

Roy menjelaskan, model yang diketengahkan oleh Komikoo ini bertujuan untuk membina pasaran untuk kartunis bebas berkarya sepenuh masa.

"Sekiranya mereka menjadi terkenal apabila karya mereka diterbitkan Komikoo, mereka bebas untuk menghantar karya ke penerbitan lain, kami tidak ada sebarang halangan.

"Komikoo juga berbeza kerana kartunis diberikan hak ke atas semua karya mereka yang kami terbitkan."

Seorang lagi pengarang majalah tersebut Nazim Masnawi, berkata kartunis juga akan dibayar sekiranya watak karya mereka dijadikan barangan-barangan lain (merchandise) untuk jualan.

Ditanya sekiranya model perniagaan tersebut akan merugikan syarikat yang baru ditubuhkan itu, penulis muda itu berkata ia sebenarnya menguntungkan dalam jangka masa panjang.

"Ini kerana artis akan berlumba-lumba untuk menghantar karya yang berkualiti untuk siaran dan menuntut hakcipta," katanya.

Nazim turut menjelaskan, nama Komikoo itu juga dipilih sebagai mainan kata untuk perkataan 'komik aku' dengan harapan artis komik boleh menganggap komik yang disiarkan benar-benar milik mereka.

Menurutnya lagi, komik tempatan masih belum dapat dipasarkan dalam judul tunggal (stand-alone) kerana penerimaan pembaca masih terbatas.

"Menurut trend pembaca tempatan, mustahil untuk terbitkan komik 32 halaman dan dijual dengan harga RM5. Sebab itu komik masih perlu dipakej sebagai majalah.

"Pembaca suka beli majalah yang tebal, dengan sarat dengan kandungan dan murah," katanya yang memberi contoh sebuah majalah komik tempatan.

Menurutnya, majalah Kreko yang edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan itu adalah yang paling laris di negara ini.

"Tetapi majalah Kreko tidak membantu dalam memperkayakan budaya tempatan kerana hanya berfungsi menterjemah komik Jepun ke dalam bahasa Melayu," katanya lagi.

Katanya lagi, Komikoo mengorak langkah yang lebih ke hadapan dengan menjadi pemerhati terhadap budaya pop.

"Kami bukan sekadar melapor atau mengiklankan budaya baru, tetapi perkara ini dipersembahkan dalam bentuk perbincangan," tambahnya.

Jelasnya ini sesuai dengan citarasa Komikoo sebagai majalah yang mempunyai latar belakang Malaysia.

Selain komik, majalah yang diberikan jolokan 'Bukan Komik Main-main' itu turut menyajikan rencana-rencana yang menyentuh budaya pop dan isu semasa dalam bahasa dan gaya penceritaan yang santai.

Kedua-dua pengarang ini kini serius untuk meningkatkan jumlah edaran secara berperingkat-peringkat dan mereka juga bercadang untuk menyiarkan beberapa siri komik dalam talian.

Majalah ini boleh didapati dengan harga RM4.00 mulai Disember.



- mSTAR Online -


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 11:35 PM | Show all posts

Reply #85 HangPC2's post

same ar............ aku je rajin beli...... yg tukang bace ramai
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-3-2012 17:34

Gila-Gila Goes For More Animations !




October 4, 2008 by Firedauz





From left: Dato Lat, En. Jaafar Taib, En. Rami Shahul Hameed, and YB Ahmad Razif Abdul Rahman


The company of Malaysia classic humor magazine, Gila-Gila, had recently further their reached into the animation industry to deliver more local contents to their loyal fans over the years! Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd wholly-owned units, Eastern Pacific ICT Sdn Bhd (EPICT) and Creative Enterprise Sdn Bhd (Gila-Gila producer), have entered into an agreement to produce animation works via EPICT Animation division aNIM@ter for broadcasters in Malaysia.

They will also work together to produce animation works that are universally acceptable and commercially viable for the regional and global market. The venture is part of EPIC's expansion plan to venture into animation works, which is expected to contribute positively to the future earnings of the EPIC Group.




Sources : http://shrine.lowyat.net


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:21 AM | Show all posts
Halo JUSTcircle,
dulu time aku sekolah menengah memang layan abis la Ujang. tapi lepas depa bawak kuar Apo?, lawak apo tu lebih ngancam la. tapi bila ujang dah kuar dari Ujang, aku dah tak baper layan dah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 02:15 AM | Show all posts
Sape yg layan komik karya Kartunis Ubi, bleh jenguk website dia kt sini.. bagus la dia ni.. buat bisnes komik jd bisnes internet lak skang

http://www.kartunisubi.com/
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-3-2012 17:40

Alwan Comic







Free Download

http://www.4shared.com/file/3690 ... wdVerified=8b3a1a4c




http://ujangzero01.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:38 AM | Show all posts
Cicakman

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:43 AM | Show all posts
Komik retro dari mediaseni



Skrg tengah malas, bila dah rajin aku edit koleksi dari mediaseni dlm simpanan aku

[ Last edited by  ra5101 at 24-10-2008 10:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by ra5101 at 24-10-2008 10:43 AM
Komik retro dari mediaseni



Skrg tengah malas, bila da ...




Kau Scan banyak2 aku nak Postkan gambar nih kat Arkib Komik Pergh.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 06:33 PM | Show all posts
tahun 90-an  dulu layan la ujang, gila2, gelagat gelihati semua pastu keluar apo? dgn gempak semua. sekarang tak lagi, jgnkan beli baca pun tak. ye la pelik sungguh nama majalah ujang tapi kartunis ujang takde
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:01 PM | Show all posts
yang tak wujud macam dari Mediaseni punyer....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #93 ra5101's post

pergh!!! ....ko ada komik dr media seni..khazanah komik negara ni.....

ada lagi ker...scan la..tepek kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:54 PM | Show all posts
Ada, aku masukkan dalam blog aku. Termasuk isi kandungan sekali. isk promote blog ler pulak .

http://ra-cd.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 01:36 PM | Show all posts

Reply #99 ra5101's post

ok....thanx....

rindu giler nak baca komik2 dulu ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047017s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list