CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20952|Reply: 51

>>MERGED<< Hiasan Indah di Langit - Jajaran Planet dan Bintang

[Copy link]
Post time 20-11-2004 08:15 PM | Show all posts |Read mode
aku jumpa sesuatu yg menarik masa baca s/kbr hari tu..  ada sesape tgk langit tak??? sebab tiap2 kali aku teringat dah lepas maghrib.. byk awan lak tu..

Utusan Malaysia 16/11/2004

Hiasan indah di langit
Oleh RAMLI ABDUL SAMAD

Ada sesuatu yang berlaku sepanjang tempoh dua minggu ini. Jika kita terlepas peluang itu, fenomena indah itu akan terjadi lagi pada April 2036.

Apa yang dimaksudkan ialah terjadinya satu susunan planet yang akan terpampang di langit dan boleh dilihat dengan mata kasar.

Planet-planet itu terdiri daripada Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Kelima-lima planet itu adalah yang terdekat dengan Bumi.

Jajaran planet itu boleh dilihat jelas dengan syarat tiada awan yang melindung pandangan atau pencemaran cahaya yang boleh menjejaskan pengamatan kita.

Susunan lima planet itu boleh dilihat selama dua minggu lagi tatkala matahari telah tenggelam.

Pada sesi matahari tenggelam itu akan disusuli dengan bulan sabit dan gabungan benda-benda langit itu boleh mempesonakan.

Sekali lagi fenomena indah ini dapat dilihat pada penghujung tahun ini, kali ini tatkala menjelangnya terbit matahari.

Bagi kedua-dua episod itu, manusia disajikan dengan satu fenomena yang dikira amat indah kerana fenomena begini bukan terjadi selalu.

Bagaimana fenomena ini boleh berlaku?

Setiap planet dalam sistem suria kita mengorbit matahari mengikut arah lawan jam, kecuali planet Zuhrah.

Setiap planet mengambil tempoh yang berbeza-beza untuk membuat satu pusingan lengkap terhadap matahari.

Namun dalam putaran setiap planet itu akan tiba pada satu ketika di mana kelima-limanya seakan-akan dalam satu susunan, atau berada pada sisi yang sama terhadap matahari.

Kelima-lima planet itu tidaklah berada dalam susunan secara kekal dan setiap satunya akan kembali menjauhi setiap planet dan akan `berkumpul' semula pada satu masa yang lain. Tempoh itu boleh memakan masa selama tiga dekad.

Pada cuaca yang baik, yakni tanpa awan tebal kita dapat menyaksikan planet Utarid pada sisi sebelah kanan bulan. Utarid tidaklah seterang planet Zuhrah, namun kita tidak akan dikecewakan kerana pantulan cahaya yang disimbah oleh matahari masih terang kelihatan.

Seseorang itu harus cepat menanti saat Utarid muncul kerana selepas itu ia turut akan mengekori matahari yang telah terbenam.

Planet Zuhrah pula adalah benda langit di dalam sistem suria kita yang paling cerah selepas bulan. Ia akan kelihatan terang dan indah dan ia berada pada sesi kanan, sedikit lebih tinggi dari Utarid. Bulan sabit yang turut muncul menghidangkan kita dengan satu gambaran yang mempesonakan.

Planet Marikh akan kelihatan berwarna jingga. Ia akan kelihatan pada sebelah kanan bulan. Planet Marikh kelihatan paling jelas pada Ogos lalu kerana berada pada posisi terdekat dengan Bumi, tetapi kali ini tidaklah begitu jelas namun tetap boleh dilihat dengan mata tanpa bantuan teropong.

Pada sebelah kiri bulan pula akan kelihatan planet Zuhal. Ia memancarkan cahaya kekuningan.

Sesiapa yang berbantukan binokular akan dapat melihat cecincinnya. Sedia maklum juga planet Zuhal adalah paling terindah di antara sembilan planet yang lain kerana cecincinnya.

Akhir sekali pada kedudukan paling kiri sekali kita dapat melihat Musytari, planet terbesar dalam sistem suria. Ia kelihatan berwarna keperakan. Ia akan kelihatan tinggi di langit dan lebih terang berbanding dengan bintang-bintang di sekitarnya.

[ Last edited by  amazed at 14-1-2009 06:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2004 08:21 PM | Show all posts


posisi kelima planet dan bulan dilihat dari Bumi




planet-planet berada pada sisi yang sama terhadap matahari sehingga boleh terlihat bersamaan

www.space.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2004 08:50 PM | Show all posts
:bgrin: aku terjumpa artikel ni.. tak pasti berkaitan ke tak.. tapi seronok je baca:bgrin:

http://www.starrynight.com/
http://www.space.com/spacewatch/041105_morning_planets.html

Kenneth L. Franklin, the former Chairman and Chief Astronomer at New York抯 Hayden Planetarium, would often make reference to our "dynamic and ever-changing sky." His description certainly fits our current morning sky, as we now have a celestial summit meeting in the eastern twilight.

For the past several months, dazzling Venus has been prominent in the mornings. A few weeks ago, brilliant Jupiter also began to emerge from out of the dawn twilight.

These two planets had a spectacular rendezvous on Nov. 4. Now, as they begin to slowly separate, a rather dim Mars, which from our point of view has been on sabbatical since the start of the summer, hidden within the glare of the Sun, began to reappear during this past week, very low near the east-southeast horizon. And not far from Mars, glows the bluish-white, first-magnitude star, Spica.

Lastly, there抯 the Moon. At last quarter (half) phase on Nov. 5, it stands alone, high toward the South at sunrise.

But with each passing morning, as it wanes to a slender crescent, the Moon shifts toward the East, ultimately into the same region of the sky as our three planets. During this week, each dawn will offer a different perspective of this unusual gathering of the Moon, three planets and a bright star.

Early on Tuesday morning, Nov. 9, the show will reach its peak, when about 45 minutes before sunrise, Venus, Jupiter and the Moon
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 04:21 PM | Show all posts

salam dear

any summary?
or any short comments before i bagi you those thumbs!!! c'mon hurry hurry gal..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2004-11-20 08:21 PM:


posisi kelima planet dan bulan dilihat dari Bumi


[img]http://www.kompas.com/teknologi/news/0403/24/planet-planet2.jpg[/img ...

menarik nya...:bgrin:
ada tak gambar-gambar lain...
paste lah..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2004-11-20 08:15 PM:
aku jumpa sesuatu yg menarik masa baca s/kbr hari tu..  ada sesape tgk langit tak??? sebab tiap2 kali aku teringat dah lepas maghrib.. byk awan lak tu..

Utusan Malaysia 16/11/2004

Hiasan indah di langit
Oleh RAMLI ABDUL SAMAD

Ada sesuatu yang berlaku sepanjang tempoh dua minggu ini. Jika kita terlepas peluang itu, fenomena indah itu akan terjadi lagi pada April 2036.

Apa yang dimaksudkan ialah terjadinya satu susunan planet yang akan terpampang di langit dan boleh dilihat dengan mata kasar.


.
Eyka..

Apakah fenomena tersebut masih boleh dilihat pada tarikh sekarang ni..?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2004 04:48 PM | Show all posts
intan.. tak pasti lerr.. sekarangpun dah nak bulan penuh..

alamak MOD nak buat short summary??.hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 09:10 PM | Show all posts

salam..

buatlah then i bagi credits..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2004 10:04 PM | Show all posts
ok lah.. aku bg short summary dlm bhs mudah..

:hmm::hmm::hmm:

9 planet dlm sistem suria mengikut susunan dari matahari adalah Utarid (Mercury), Zuhrah(Venus), Bumi(Earth), Marikh(Mars), Musytari(Jupiter), Zuhal(Saturn), Uranus(Uranus), Neptun(Neptune) & Pluto(Pluto).

Semua planet ni bergerak mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk bujur. Jadi, makin jauh planet tu dari matahari makin besar orbit membujur planet tersebut. Sebab itu juga planet mengambil masa yg berbeza utk buat satu pusingan lengkap.

Jadi akan tiba satu keadaan di mana planet2 ni seolah-olah berada dlm kedudukan sebaris.

Jajaran planet Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal boleh dilihat dari bumi sebab ia adalah planet yg terdekat dgn bumi.

Bila tengok ke langit kita nampak macam bintang2 je.. bezanya cuma ia lebih cerah & memantulkan warna cahaya yg berbeza. Bulan sabit tu pulak memang berada di situ sebab ia adalah satelit bumi dan mengorbit mengelilingi bumi. Disebabkan jarak & kedudukan yg berbeza menyebabkan jajaran tersebut tak kekal. Semasa memandang dari bumi, planet2 tu juga tak muncul serentak. Yang paling terang adalah Zuhrah(Venus).



Artikel Eng. tu cuma sebut boleh lihat serentak Zuhrah(Venus) & Musytari(Jupiter), Marikh(Mars) pulak kelihatan malap sebab ia sudah bergerak jauh dari bumi. Mula2 Bulan, Zuhrah & Musytari menbentuk seperti tiga segi dan selepas beberapa ketika ia berada dlm kedudukan satu baris/dimensi & ia hanya berlaku sekejap je.

p/s ::stp:bhs mudah ke tu :lol

[ Last edited by eyka on 27-11-2004 at 10:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2004 10:11 PM | Show all posts

susunan planet.. tapi takdelah dia sebaris je cam tu..
  • Utarid (Mercury)
  • Zuhrah(Venus)
  • Bumi(Earth)
  • Marikh(Mars)
  • Musytari(Jupiter)
  • Zuhal(Saturn)
  • Uranus(Uranus)
  • Neptun(Neptune)
  • Pluto(Pluto)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2004 02:18 AM | Show all posts
mbhcsf

:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

gammaray This user has been deleted
Post time 1-12-2004 12:59 PM | Show all posts
hmmm saintis jugak ko ni eyka ek

ko nak jadi ahli astronomi ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2004 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2004-11-30 02:18:
mbhcsf

:tq::tq::tq:

dear .. i tak keen on lah having this icon ..takut saya ..seriously  just pray for me and my happiness.. but not those icons...takut saya..nanti saya padam boleh tak ..thank you for appreciataing just pray yer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2004 08:01 AM | Show all posts
Terima kasih eyka...
Banyak info menarik yg kita dapat.
teruskan dan syabas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2004 05:40 PM | Show all posts
Kalau nak tahu posisi bintang-bintang di langit, kalau tak silap saya boleh guna software MoonCalc 6.0 klik sini. Software ni percuma saja.

Dengan menggunakan software ni juga, kita boleh melihat kiraan falak samada anak bulan boleh kelihatan atau tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2004 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by zentex at 2004-12-7 05:40 PM:
Kalau nak tahu posisi bintang-bintang di langit, kalau tak silap saya boleh guna software MoonCalc 6.0 klik sini. Software ni percuma saja.

Denga ...


menarik.. terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2004 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 8-12-2004 12:12 AM:


menarik.. terima kasih..


Sayang sikit, software tu dalam bentuk DOS, tapi takde problem nak run dalam XP.

Cadangan saja, kalau ada kelapangan apa kata eyka gunakan software tersebut untuk melihat apakah kiraan falak bagi ramadhan dan syawal yang kita lalui baru-baru ni di malaysia. ramadhan dimumukan bermula pada hari Jumaat 15 oktober dan Syawal pada Ahad, 14 November. Adakah ramadhan/syawal kita bertepatan dengan falak? Boleh jugak jadi topik kita beforum dan menambah ilmu, insyallah.

Kuala Lumpur ada dalam database software tu, so tak perlu enter lat., long. etc.

[ Last edited by zentex on 9-12-2004 at 04:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2005 02:25 AM | Show all posts
so boleh tak beri tarikh dimana ia bermula dan berakhir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2007 07:03 PM | Show all posts
aku nak naikkan balik lah thread yg penah aku bukak ni dulu.... aku nak letak benda2 menarik yg aku jumpa... rasanya ada terbaca sesuatu yg menarik semalam... jap aku cari mana benda tu...


ahhh.... kena komen skit.... PLUTO dah bukan planet!
post aku atas tu tahun 2004.. tahun 2007 PLUTO dah bukan planet..

[ Last edited by  eyka at 17-11-2007 07:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 06:46 PM | Show all posts

Reply #19 eyka's post

kena tukar nama thread la, buat biar umum skit.. baru banyak benda menarik leh share..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.075979 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list