CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 63482|Reply: 62

Kesenian Tarian (merged: fleurzsa, grugals, belanga)

[Copy link]
Eminem This user has been deleted
Post time 27-7-2003 09:37 PM | Show all posts |Read mode
okeh mari kita berkongsi maklumat pasal seni tari kat mesia nih.. aku mulakan dengan menyenaraikan semua jenis2 seni tari yang aku dapat dari sebuah buku kat sini:

Tarian Mak Inang
Tarian Joget
Tarian Serampang Dua Belas
Tarian Lilin
Tarian Piring
Tarian Inai
Tarian Asyik
Joget Gemalan
Tarian Canggung
Tarian Cinta Sayang
Tarian Ayam Didik
Tarian Randai
Tarian Kuda Kepang
Tarian Dabus
Tarian Gambus
Tarian Lipat Sila
Tarian Ulik Mayang
Tarian Rodat
Tarian Bergayung Otar-otar...

penat.. satgi aku sambung.. nak gi minum nescafe jap.. hehehehe.. :D

[ Last edited by  fleurzsa at 20-8-2006 06:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Eminem This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2003 09:40 PM | Show all posts

okeh sambung lagi..

Tarian Payang
Tarian Saba
Tarian Balai
Tarian Lenggok
Tarian Kipas
Tarian Dikir Hadra

...yang ni pulak tarian2 kat Sabah & Swak
Tarian Sumazau
Tarian Magunatip
Tarian Daling daling
Tarian Adai adai
Tarian Samalindang
Tarian Melingguk
Tarian Limbai
Tarian Madayut
Tarian Ambailuk
Tarian NGajat
Tarian TIndak Alu
Tarian Datun Jalud

...tarian yang lain2
Tarian SInga
Tarian Naga
Tarian Portugis

dah habeh.. nanti satgi2 aku sambung description pasal tarian pulak.. penat menaip nih.. huh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2003 06:49 AM | Show all posts

Tarian Mak Inang

TARIAN MAK INANG

Tarian ini mula di kesan asal-usulnya semenjak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Ianya merupakan suatu bentuk tarian yang amat popular pada masa itu sehinggalah ke hari ini.Lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini adalah juga menjadi asal kepada terpilihnya nama tarian ini dan ianya telah di gubah atas perintah Sultan Mahmud Syah yang memerintah pada ketika itu.

Tarian dan lagu Mak Inang ini adalah sangat lembut dan mempunyai kualiti yang tinggi sebagai persembahan kepada istana raja serta pembesar-pembesar luar negara yang datang melawat Melaka pada ketika itu.Tarian ini juga turut di kenali sebagai Tarian Si Kembang Cina.Adakala si penari akan memegang suatu kain skaf yang panjang untuk mengiringi persembahan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2003 06:52 AM | Show all posts

Tarian Joget

TARIAN JOGET

Tarian joget ini merupakan tarian yang paling popular di Malaysia. Ianya di persembahkan menjelang sesuatu perayaan kebudayaan, meraikan majlis perkahwinan dan juga majlis sosial yang lain.Asal-usul tarian joget ini telah di kesan dan di katakan mempunyai perkaitan dengan elemen tarian Portugis yang mana telah di perkenalkan di Melaka semenjak daripada era perdagangan rempah.

Tarian Joget ini di persembahkan oleh sepasang penari dengan kombinasi pergerakan tangan dan kaki yang pantas.Ianya merupakan suatu tarian yang hebat dengan tempo yang pantas dan amat di gemari di kalangan golongan muda dan tua.Ianya kebiasaannya boleh di lihat menjelang suatu pesta kebudayaan dan juga majlis perkahwinan melayu.Di Melaka, ianya turut di kenali dengan nama Chakunchak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2003 06:55 AM | Show all posts

TARIAN GAMELAN

TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan.Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi.Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.
         

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut.Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari sedi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2003 06:57 AM | Show all posts

TARIAN KUDA-KEPANG.

TARIAN KUDA-KEPANG.

Tarian Kuda Kepang ini adalah merupakan suatu bentuk tarian yang popular di negeri Johor.Tarian ini pada mulanya di persembahkan sebagai tarian berbentuk pemujaan tetapi dengan perkembangan agama Islam, ianya telah berkisar kepada kisah hikayat 9 orang pemuda Jawa yang telah menyebarkan syiar Islam dengan pengaruh dari Jawa.

Dalam usaha mereka untuk menarik perhatian golongan pemujaan tersebut, mereka telah memperlihatkan keupayaan mereka dalam skil menunggang kuda dan menceritakan bagaimana usaha seseorang pejuang dalam menegakkan syiar Islam.

Tarian Kuda Kepang di persembahkan oleh 9 orang penari yang duduk pada sebuah kuda berbentu dua dimensi yang di perbuat daripada rotan. Penari tersebut akan memperlihatkan semula bagaimana kisah kebangkitan serta perjuangan awal yang terpaksa di hadapi oleh pejuang Islam dalam peringkat awal sehinggalah mereka berjaya dalam menyebarkan syiar Islam ini.        

Tarian drama ini di persembahkan dengan di iringi oleh bunyi muzik tradisional dan eksotik yang kaya dengan peralatan muzik seperti gong, tamborin dan angklung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2003 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by TommyHilfiger at 28-7-2003 06:57 AM:
TARIAN KUDA-KEPANG.

Tarian Kuda Kepang ini adalah merupakan suatu bentuk tarian yang popular di negeri Johor.Tarian ini pada mulanya di persembahkan se ...

penah tgk one kuda kepang show secara live
sebelum the show start..yg lead the team cam baca sorta mentera/ doa
pastu baru la start
pastu toward the end..ade sorang penari kuda kepang tu cam dah high..mcm posessed by spirit kuda..bunyi sebijik macam kuda n siap gi makan pucuk2 kat tepi2 pentas tu..
then the lead bacakan something..penari tu pengsan
bila sedo dia mcm blurr jek..
tatau la belakon ke ataupun benar2 terjadi..
wallahualam bissawab
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2003 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by Eminem at 27-7-2003 09:40 PM:
Tarian Payang
Tarian Saba
Tarian Balai
Tarian Lenggok
Tarian Kipas
Tarian Dikir Hadra

...yang ni pulak tarian2 kat Sabah & Swak
Tarian Sumazau
Tarian Magunatip
Tarian Daling daling
Tari ...


Tarian zapin tak de ke?

Leha, Gadis Klasik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Eminem This user has been deleted
 Author| Post time 3-8-2003 03:36 AM | Show all posts

Tarian Zapin

Tarian zapin berasal dari kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Tarian zapin bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah kaki2 penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari2 memakai pakaian Melayu selengkapnya.

Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana, gendang dan marakas.Anatara lagu2 berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu2 Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain2 lagi.

Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir iaitu sebagai penutup tarian.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2004 07:43 AM | Show all posts

Seni Tari

Salam..

( Siri misi menambah thread. Bagi banyak sikit.. he he he)

Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia..
melalui gerak-geri berirama yaqng indah.  
Dalam kebudayaan Melayu terdapat berbagai2 jenis tarian..

Sesiapa yang ada pengalaman dan pengetahuan..
Boleh kita kongsi bersama…

Terima Kasih..

-        Tarian Asli

-        Tarian Asyik

-        Tarian Ayam Didik

-        Tarian Balai

-        Canggung

-        Tarian Siti Wau Bulan

-        Tarian Cinta Sayang

-        Tarian Dabus

-        Tarian Gambus

-        Tarian Inai

-        Tarian Joget

-        Tarian Kuda Kepang

-        Tarian Mak Inang

-        Tarian Zapin

-        Dll (sesiapa tahu sila kemukakan)
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2004 08:36 PM | Show all posts

Kuda Kepang

ermmm...


sapa tak pernah tengok kuda kepang....

ah ni satu website Singapura cerita pasal Kuda Kepang siap ngan video clips dia sekali...

Aku rasa ni ialah satu2 website yang ada videoclips untuk tarian ni...

dia sesuaikan tarian ni ngan keadaan Spore jadi dorang kena main benda ni kat basketball court bawah blok.




















wa penat ah cut and paste...korang masuk sendiri ah website dia kalo nak download video clips..


http://www.sfogs.com/kuda2.htm
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2004 08:45 PM | Show all posts
nih pernah post kat bod Perak...

Dabus..kebudayaan Perak...penuh darah...

Pernah tgk tarian dabus nih..cuma
kurang tahu lebih mendalam ttgnya...
pernah ajar student utk persembahan
kebudayaan pengakap....all males...

ps...tapi kale betoi2 tariannya takut...
sampai tikam2 n berdarah2 lagik:eek

the link http://minni-ang.crosswinds.net/malaysia/folk/dabus.html

Dabus dance is popular in certain states in Peninsular Malaysia especially in Perak. It is performed when there is certain disease appear in an area.

It is believed that this dance has the elements of medication, it has a certain invisible power that can prevent the disease from spreading. However this belief has vanished and this dance has been slightly changed, parallel with the spreading of Islam.

This dance combines three traditional arts; singing, dancing and the ability and the bravery of the dancers in using sharp equipment. They actually stabbed themselves with the 'anak dabus' (a sharp equipment with a small bells at the top).

According to a legend, this dance is performed by the warriors of Saidina Ali in order to show their bravery frightened their enemy and to attract more followers.

The Dabus is popular in certain states in Peninsular Malaysia especially in Perak

Dabus dance is another dance that has the elements of trance like the 慿uda kepang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2004 09:01 AM | Show all posts

Bongai

(macam2 nama pulak seni tari ni)

Bongai atau rentak kuda ni cuma terdapat di Negeri Sembilan.  Dipercayai berasal dari Pagar Ruyong.  

Mulanya bongai dimainkan semasa musim menuai selepas penat bekerja.  Tapi sekarang, ia dimainkan di pentas semasa majlis cukur rambut anak, perkahwinan dan istiadat di istana.

Bongai biasa dilakukan di halaman atau di dalam rumah oleh 6 hingga 8 terdiri dari lelaki dan perempuan.

Alat muzik yang diguna seperti serunai, dua rebana, satu ser caklempong dan gong.
Reply

Use magic Report

honeyB This user has been deleted
Post time 20-5-2004 11:29 AM | Show all posts
ada beberapa jenis tarian lagi. antaranya:

barongan
belotah
sewang

hmm.. cerita pasal dabus, tarian ni merupakan tarian yang diinspirasikan daripada peristiwa peperangan antara puak syiah dan muawiyah. Dabus yang ada pada hari ni jauh berbeza dari dabus yang asal. Kita di Malaysia ni menerima tarian ini hasil daripada hbungan dengan Aceh. Sebab tu tarian ni hanya terdapat di negeri Perak. Itupun di kawasan Bagan Datoh, Kampung Gajah dan Sitiawan.
Tarian dabus yang asli memang agak mengerikan sebab mengandungi unsur kebatinan yang kuat. Sampai pada satu tahap, penari akan mencederakan tubuh dengan senjata tajam seperti parang, besi tajam dan ada juga yang menghempaskan batu giling ke atas paha. Tapi, itu semua tidak akan mendatang kesan kecederaan. Ramai yang beranggapan ini ada kaitan dengan ilmu hitam. Sebenarnya tidak. Pada masa dulu, para penari ini terdiri daripada mereka yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Apa yang dilakukan diserahkan sepenuhnya kepada kuasa Allah untuk menentukan keselamatan mereka. Keyakinan mereka adalah pada tahap tertinggi. mereka sangat berpegang kepada konsep 'kun fayakun'. Jika kecederaan berlaku juga, maknanya orang itu sendiri iman dan keyakinannya tidak begitu kuat.
itu setakat yang saya pelajari.wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2004 09:52 PM | Show all posts
Bee minat sangat kalau citer bab ni...coz bee dulu penari kat sri tari sandakan dan lembaga sukan dan kebudayaan sabah. Rasanya tarian tradisi ni banyak kalau nak bentangkan contohnya kat sabah jer ada pelbagai tarian tradisi.

Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Sabah juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabah sememangnya kaya dengan tarian tradisional.

Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah Sumazau, Limbai, Sumayau, Magunatip, Adai-adai, Daling-Daling Dll.

TARIAN SUMAZAU


Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.


TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.


TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.


TARIAN MAGUNATIP


Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan 慳pit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.


TARIAN ADAI-ADAI

Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.

TARIAN DALING-DALING


Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.


Ini baru sebilangan kecil saja. Bayangkan di sabah ada kira-kira 30 suku kaum dan setiap kaum ada tarian tradisinya. Pada bee benda ni luas..


nanti sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2004 06:58 AM | Show all posts
Originally posted by honeyB at 20-5-2004 11:29 AM:
ada beberapa jenis tarian lagi. antaranya:
barongan
belotah
sewang
hmm.. cerita pasal dabus, tarian ni merupakan tarian yang diinspirasikan daripada peristiwa peperangan antara puak syiah d ...


Benar... dabus popular di kawasan Hilir Perak ni..

Saya pernah beberapa kali menonton semasa persembahan di majlis perkahwinan...

Masa camping Pengakap daerah dulu... masa malam kebudayaan ada sebuah sekolah Cina buat persembahan Dabus...wahh... mengagumkan...diorang guna besi2 Dabus tu tapi tak la sampai cucuk anggota badan.

Dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat.  Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan juga mengiringi tarian biasa.  Dabus ialah perkataan Bugis yang bermakna batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari semasa menari.

Mereka juga dikenali sebagai anak dabus.  Jumlah ahli kumpulan dabus ialah antara 8 hingga 10 ahli muzik.  Persembahan biasanya dilakukan sewaktu upacara perkahwinan, pertabalan raja dan hari2 kebesaran.

Alat muzik dalam kumpulan dabus ialah 8 ke 13 buah rebana dan sebuah gong biasa.  Lagu2 dinyanyikan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, acheh dan Arab.

[ Last edited by fleurzsa on 23-5-2004 at 06:49 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2004 07:11 AM | Show all posts
Originally posted by BeeBuzz at 20-5-2004 09:52 PM:
Bee minat sangat kalau citer bab ni...coz bee dulu penari kat sri tari sandakan dan lembaga sukan dan kebudayaan sabah. Rasanya tarian tradisi ni banyak kalau nak bentangkan contohnya kat sabah jer ...


Woiiittt..ingat jumpa cik BeeBuzz kat jokes aje...

Saya minat juga bab2 tarian ni.. sebab kalo ada aktiviti kebudayaan... mahu tak mahu kena juga rekacipta persembahan...

Nak citer pengalaman saya..

Dulu masa saya camping Tunas Puteri..  saya jadi pereka tari sekejap untuk persembahan malam kebudayaan..

Kami buat tarian buluh... guna lagu Puteri Sentubong... pas tu adalah alat2 muzik buatan sendiri... saya main gendang (gayung)... he he he ..

Persembahannya ok...tetapi kalo orang muzik tengok mesti menangis... hancussss budaya Serawak....  he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2004 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 21-5-2004 07:11:


Woiiittt..ingat jumpa cik BeeBuzz kat jokes aje...

Saya minat juga bab2 tarian ni.. sebab kalo ada aktiviti kebudayaan... mahu tak mahu kena juga rekacipta persembahan...

Nak citer pengal ...


Kita nak berubah angin. Hari-hari lauk yang sama jemu pula...he he he

Fleurzsa u orang sarawak ke?
Bukan apa waktu festival tari tahun 96 hingga 99 bee turut serta juga dan bee ada member rapat wakil dari sarawak masa tu. Tapi nama lupalah dan jantina lelaki.

U mengajar menari kat mana? Mana tahu saya kenal..

Tak teringin buka kumpulan sendiri ke? Hehe bee minat nak tubuhkan benda ni. Cuma kesibukkan kerja membatasi segalanya..Bila dah berkerja jer bee stop menari tapi sampai sekarang masih mengikuti perkembangannya.

Bee tak fokos tahu menari jer. Bee reti mainkan muzik seperti kulingtangan, gong, gendang dan canang. Tapi alat muzik ni rasanya popular kat sabah jer...kebanyakkannya laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2004 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 21-5-2004 07:11:


Woiiittt..ingat jumpa cik BeeBuzz kat jokes aje...

Saya minat juga bab2 tarian ni.. sebab kalo ada aktiviti kebudayaan... mahu tak mahu kena juga rekacipta persembahan...

Nak citer pengal ...

fleurzsa yg ni awak kenal ke?




KENALI MUZIK GAMBUS DAN CARA PEMBUATANNYA
Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan di Weston Beaufort. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.

Gambus diperbuat daripada jenis kayu yang keras, kerana kayu keras bukan saja tahan tetapi ia juga dipercayai dapat menghasilkan alunan iramanya yang nyaring bersesuaian muzik gambus yang sebenarnya. Kayu yang lembut juga boleh digunakan, tetapi masalahnya mudah pecah apabila terhentak, kata Encik Satia Janudin, iaitu salah seorang pakar pembuat gambus apabila ditemuramah di rumahnya di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah, baru-baru ini.

Beliau biasanya mengambil kayu yang dinamakan kayu santul, kayu Bulayon, dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan) . Beliau memilih jenis kayu ini kerana ia sudah teruji dan sangat sesuai dalam pembuatan gambus, katanya.

Satia yang mula berkecimpung dalam pembuatan gambus pada tahun 1998 lagi atas dorongan ayah dan isterinya telah menghasilkan banyak gambus dalam pelbagai reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa para pelanggan.

Beliau boleh menyiapkan gambus dalam masa seminggu sahaja. Cara-cara pembuatanya ialah dengan menjemur kayu sehingga kering dan selepas itu baru dikikir dengan bentuknya. Tujuan menjemur kayu itu supaya ia tahan dan dapat menghasilkan alunan irama yang nyaring.

Dalam pembuatan gambus kita harus menyediakan alat-alat keperluan seperti parang, pahat, tukul, gerudi, kertas pasir, kikir, beliung, pisau dan katam. Alat-alat ini penting dalam pembuatan gambus. Jika alat-alat ini tidak lengkap, ia bukan saja melambatkan kerja malah ia boleh menjejaskan reka bentuk gambus, katanya.

Satia berkata kebanyakan pelanggan lebih suka membeli gambus yang mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik. Justeru itu, berdasarkan pengalaman saya selama berkecimpung dalam kerja ini saya tidak mempunyai masalah memenuhi citarasa mereka, katanya.

Satia bukan saja pakar dalam pembuatan gambus, malah beliau juga seorang yang berkebolehan dalam permainan muzik gambus apabila ada majlis keramaian seperti perkahwinan atau pesta-pesta yang dianjur di peringkat kampung mahupun di peringkat daerah.

Selain gambus, Satia juga pakar dalam pembuatan tambur ( gendang, iaitu salah satu pengiring muzik gambus semasa dimainkan ). Bagi beliau kulit kijang dan biawak adalah bahan utama dalam pembuatan tambur.

Satia, yang baru menjangkau umur 38 tahun, seorang pencinta muzik tradisional yang perlu dicontohi oleh generasi muda di mana kebanyakan generasi sekarang rata-ratanya tidak lagi berminat belajar muzik tradisional, khususnya gambus, kerana terpengaruh dengan muzik moden.

Kita harus memberi tunjuk ajar dan galakan kepada mereka supaya generasi muda ini meminati muzik tradisional, kata Satia.

Menurutnya, harga gambus adalah mengikut saiznya, Harga gambus bersaiz sederhana berharga RM80.00 manakala saiz besar berharga RM150.00. Oleh itu, sesiapa yang berminat memiliki gambus atau ingin belajar muziknya sekali boleh datang berjumpa dengan beliau di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah.

Menurut Satia, cerita gambus itu berasal daripada sepasang suami isteri, di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.

Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari itu, gambus hingga kini menjadi kebanggan dan muzik yang popular, khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Weston, Beaufort, Sabah.

ps:

Rasanya gambus sabah dengan negeri lain tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2004 03:52 PM | Show all posts

Sambungan

Originally posted by BeeBuzz at 20-5-2004 21:52:
Bee minat sangat kalau citer bab ni...coz bee dulu penari kat sri tari sandakan dan lembaga sukan dan kebudayaan sabah. Rasanya tarian tradisi ni banyak kalau nak bentangkan contohnya kat sabah jer ...

Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama dan dikatakan lebih dari 30 suku kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui kebudayaan dan cara hidup mereka. Salah satu cara untuk mengenali suku kaum di negeri ini ialah melalui tarian kebudayaan.

Sebanyak kira-kira 80 buah jenis tarian yang terdapat di negeri ini dan ianya sebagai identiti bagi setiap suku kaum. Setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian kebudayaan yang diwarisi turun temurun.

Banyak tarian yang masih popular sementara yang lain telah dilupakan begitu sahaja oleh sebab peredaran zaman serta trend hidup rakyat Sabah yang kian berubah. Generasi baru yang tidak berminat dengan tarian kebudayaan adalah satu punca kepupusan tarian-tarian tersebut.

Suku kaum Kadazandusun adalah diantara suku kaum yang terbesar bilangannya diikuti oleh Bajau dan beberapa lagi suku kaum yang juga agak ramai seperti Murut, Rungus, Brunei, Bisaya, Iranun, Suluk, Idahan, Sungai, Kedayan, Bagahak, Lundayeh dan lain-lain.

Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu.

Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbedza-bedza mengikut daerah dan desa.

Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasnya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Di majlis-majlis tertentu sumazau juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.

Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Tarian Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau.

Alunan suara tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir.

Brunsai biasanya diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.

Adai-adai pula ialah tarian bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini merupakan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.

Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".

Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.

Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.

Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.

Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.079312 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list