CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eminem

Kesenian Tarian (merged: fleurzsa, grugals, belanga)

[Copy link]
Post time 21-5-2004 04:05 PM | Show all posts

Berita!

Pandangan Diri

Merupakan sebuah persembahan yang hebat dan mampu memartabatkan seni tari Malaysia ke peringkat antarabangsa. Setiap asas pergerakan ada makna yang tersirat untuk diterjemahkan oleh koreografer terkenal Joseph Gonzales. Menariknya persembahan ini didokong oleh lapan bakat muda yang tidak dinafikan kehebatan mereka serta dibantu oleh kesan muzik dan multimedia yang mengkagumkan.

Menonton persembahan ini terasa seperti menonton sebuah perjalanan hidup yang bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Air yang menjadi asas kehidupan menjadi set utama koreograf ini. Gerak tari yang dipersembahkan dibuat dengan teleti dan segerak. Idea untuk karya ini mula tercetus pada tahun 1998, maka tidak hairanlah sekiranya ada unsur-unsur dan nilai sejarah yang berlaku pada tahun tersebut dimasukkan untuk menjadi elemen persembahan tetapi dipersembahkan dengan penuh simbolik.

Penari yang bergerak sambil membawa kerusi ada maknanya, penari yang tidak mampu bersuara sambil membawa tiang pembesar suara ada maknanya, penari yang lari tatkala datang seorang lagi penari membawa alat pemadam api ada maknanya. Itulah kelebihan persembahan ini. Kucar-kacir multimedia yang terpancar di dinding belakang set ada maknanya. Keadaan sekitar tahun 1998 jelas diserap masuk ke dalam persembahan ini.

Yang memukau tentulah aksi dua penari berbakat besar melakukan aksi seperti di dalam filem The Matrix. Isu perpaduan kaum juga diselitkan di dalam koreograf tersebut. Muzik yang adakalanya senyap sunyi membuatkan penonton terbuai dengan lenggok tari penari. Penggunaan multimedia yang memang dipancarkan secara tersasar memberikan pengalaman yang begitu bermakna untuk persembahan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2004 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by BeeBuzz at 21-5-2004 02:58 PM:
Kita nak berubah angin. Hari-hari lauk yang sama jemu pula...he he he
Fleurzsa u orang sarawak ke?
Bukan apa waktu festival tari tahun 96 hingga 99 bee turut serta juga dan bee ada member r ...


He..he..he...hmmm saya ni tak pernah jemu kat board art ni..

Saya orang Teluk Intan, Perak...
Tapi memang ramai yg kata saya org Sabah Sarawak..

Saya ni guru Pend Seni..
Oleh kerana saya agak aktif dalam pasukan unit beruniform maka perlulah ada pengetahuan seni tari ini..

Wah! Banyak juga pengetahuan cik BeeBuzz tentang seni tari ni..
Diam2 ubi ye....

Saya sekarang nak cari vcd tarian tradisional..
Dulu saya ada ternampak tetapi tak berminat nak membeli..
Kat bilik ni vcd aerobik byk la...he he he..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2004 05:07 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 22-5-2004 18:35:


Saya sekarang nak cari vcd tarian tradisional..
Dulu saya ada ternampak tetapi tak berminat nak membeli..
Kat bilik ni vcd aerobik byk la...he he he..


Yer ke ade jual?
vcd ape? festival tari ke atau??
bestnya...saya tak tahu pula benda ni ade...rasanya jual kat mana yer?

Sama laaa....vcd aerobik bee pun berlambak...
tak dapat melentikkan jari jemari dengan tarian...
melenggokkan badan ngan aerobik pun ok gak...terjaga sket stamina...

Banyak tak banyak pengetahuan tu datang waktu menari dulu..
he he he....Pengalaman manis saya waktu terpilih penari wanita terbaik sabah...best sangat.......Td kat TV ade citrawarna kan?
geram laa tengok depa menari....banyak betul depa buat silap...nasib baik kat tempat besar..kalau kat pentas.....bertabur gak....

best nyer dapat borak2 pasal menari ngan fleurzsa.....kita suka sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2004 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by BeeBuzz at 23-5-2004 05:07 AM:
Yer ke ade jual?
vcd ape? festival tari ke atau??
bestnya...saya tak tahu pula benda ni ade...rasanya jual kat mana yer?
Sama laaa....vcd aerobik bee pun berlambak...
tak ...


Empat tahun yang lalu saya pergi ke pesta jualan di Pusat Kraf Malaysia di Kuala Lumpur... ada nampak vcd dan kaset tarian tradisional Melayu tu... Tak perasan pula saya penerbitnya... nyesal pulak tak beli..

Tapi kan vcd lagu2 Siti Nurhaliza, Norazizah Idris dll lagu tradisional ada juga berlatarbelakangkan tarian tradisional ni...  vcd Juara Lagu pun ada tarian... kalau nak rujuk step tarian boleh lah gunakan vcd tu...

Malam tadi memang ada tayangan Citrawarna kat tv... Saya tak tengok... sebuk buat kerja lain...

Pengalaman saya terbabit ngan persembahan Citrawarna ni...  penari2 di kalangan pelajar mana ada masa nak buat latihan sangat.. gubahan tarian pun main tangkap muat je... ikut yang senang diingat.

Dulu saya exco pelajar, jadi saya terpaksa la melibatkan diri dalam pengurusan persembahan kebudayaan pelajar2 ni... (walau pun saya kurang bersetuju dengan pergaulan bebas antara lelaki perempuan)...

Pernah persembahan kebudayaan kami dibatalkan di USM dan di UTM.  (walau pun kesian juga kat pelajar2 tu...dalam hati saya bangga gak tindakan tegas u tersebut ...he he he he)

Kesimpulannya persembahan tarian ni memang diamalkan di sekolah2 hingga ke universiti2... jadi seni budaya ini masih dikekalkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 02:13 AM | Show all posts
Tarian rakyat di Kelantan ialah:
1- Mak Yong
2- Main Puteri
3- Menora


Mak Yong

Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu,  Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Asal usul Mak Yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. Suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Mak Yong berasal dari nama Mak Hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan Dewi Seri, dewi Hindu-Jawa. Mak Yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik Lagu Mengadap Rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan Mak Yong. Di Kelantan, Mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. Ini menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik, seringkali dipetik dari pengajaran Sufi.

Satu lagi kemungkinan ialah Mak Yong berasal dari kepercayaan anismisme dan juga kepercayaan dan amalan perbomohan. Setengah dari pengertian kerohanian yang mendalam yang dihubungkan dengan Mak Yong dan setengah dari simbolisme disekitarnya, jelas menjurus kearah shamanisme. Mak Yong yang bersifat ritual dan yang dipertontonkan untuk maksud hiburan barangkali menunjukkan suatu manifestasi yang lebih awal genre tersebuat bila soal-soal ritual dan penyembuhan menjadi pertimbangan walaupun aspek hiburannya masih juga diadakan. Samada secara sendirian atau digabungkan dengan Main Puteri yang berunsur perbomohan itu, Mak Yong menarik perhatian dan perasaan orang-orang Melayu Kelantan dan ini akhirnya membenarkan perlepasan emosi dan penyembuhan samada melalui penglihatan secara menyeluruh ataupun melalui penglihatan emosi dan psikologi.



[ Last edited by mok_nik on 6-8-2004 at 02:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 03:30 AM | Show all posts
Main Puteri

Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan tok minduk yang bermain rebana. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit. Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan musik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat musik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:37 PM | Show all posts

jenis2 tarian

tak tahulah thread ni dah ada ke belum..tapi kalau dah ada ignore kan je..



kat sini saye nak list kan beberapa jenis tarian yg terdapat dimalaysia ni..yg mungkin ada diantaranya dah dilupakan....leh kita kongsi bersama..supaya khazanah ni tidak dilupakan..


tapi sorry arr saye tak dapat nak paste gambar dia sama..scaner buat hal balik..hari dah ok...adess..

pada korang yg tahu kot2 ada lagi tarian2 yg tak dinyatakan disini meh le kongsi sama:hug:
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:39 PM | Show all posts
1>ASYIK This 'tarian' (dance) originates from the royal courts of Kelantan and it is believed that the dance was conceived at the palace of Raja Kuning, a Patani Queen who ruled in 1644. It tells the story of the Queen's sadness at the loss of her beautiful pet bird. In order to comfort her, this dance was especially created by her ladies-in-waiting and named ASYIK, which means Lover, the name of the Queen's pet bird. This dance is performed today during official ceremonies at royal courts and during festivals. It is also performed during marriage ceremonies in Malay courts.

gambar dia nanti saye cuba paste kan.dilain hari:tq:

[ Last edited by grugals on 17-12-2004 at 04:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:41 PM | Show all posts
2>TARIAN LILIN The Tarian Lilin or Candle Dance is a graceful and dextrous dance usually performed by ladies. This dance originates from Sumatra, Indonesia, which is a neighbouring country of Malaysia. It is based on the tale of a beautiful maiden who has lost her engagement ring, while her suitor went away in search of wealth. Upset by the loss, the poor lovelorn maiden searched frantically for the ring until the dark hours with the aid of a candle. The motion of her swaying, bending and kneeling were so beautiful to behold that a dance was born. :tq:

[ Last edited by grugals on 17-12-2004 at 04:51 PM ]
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:42 PM | Show all posts
3>NGAJAT This is an indigenous dance popular with the native tribes from the state of Sarawak. The Ngajat is a dance performed by warriors on their return from a victorious battle. This dance is sometimes arranged in a circle and involves spectacular leaps and jumps, while in other variation, the dancers would carry swords and sheilds. The accompanying music is rendered by gongs and other ethnic percussion instruments. :tq:
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:43 PM | Show all posts
4>TARIAN TUDUNG SAJI The 'tudung saji' is literally a food cover made from screwpine leaves and woven into attractive patterns. This dance mirrors the day-to-day occupations of a Malay lady. It is performed in three movements, the first, 'Asli' is a slow languid movements showing off the intricate patterns of the tudung saji and the graceful hand movements of the dancers. The second is the 'Inang', when the men join their partners. The dance movements are executed at quite a fast pace and keep up the tempo with the music and ends in the third movement, which is the 'Joget' rhythm that shows the complicated movement of the steps.
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:44 PM | Show all posts
5>TARIAN MAKAN SIREH In Malaysian society, the 'sireh' (betel leaves) play a prominent role in all traditional ceremonies touching on most aspects of Malay customs. It also plays a welcoming gesture on the part of the host. The movements performed in this dance symbolises the gesture of a farewell parting gift for a husband going off to war.:tq:
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:45 PM | Show all posts
6>TARIAN WAU BULAN This dance originated from the East Coast of Malaysia, i.e. Kelantan and Trengganu. It depicts the carefree leisure of kite flying, which is one of the several traditional pastimes during the post harvest season. The word 'Wau' in Malay means giant kite and 'Bulan', the moon. This dance is performed by both male and female dancers. The music, which accompanies the dancers is made up of traditional musical instruments such as flute and gendang.

[ Last edited by grugals on 17-12-2004 at 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:47 PM | Show all posts
7>CANGGUNG The 'Canggung' is very popular in the northern states of the peninsula, especially Perlis, which borders Malaysia's neighbouring country, Thailand. In the Thai Language, 'canggung' means "to dance" and it is performed by the young people to entertain the farmers during harvest time.
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:48 PM | Show all posts
8>SUMAZAU The Sumazau is a traditional and national dance of East Malaysia especially Sabah. Two rows of men and women dance facing each other in a slow rhythmic movement. The hand gestures of this are likened to the flight of birds. The costumes for this dance is authentically Kadazan. Six gongs of different sizes provide the music.

[ Last edited by grugals on 17-12-2004 at 01:50 PM ]
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:51 PM | Show all posts
9>TARIAN ZAPIN YALADAN This dance is based on the 'Zapin' beat and is usually danced in pairs, who face one another. It is most popular in the Southern state of Johor. Originally, this dance was performed by male dancers only, however, today the modern version of zapin is performed by both men and women. The music, which accompanied the dancers is a combination of traditional instruments both of Middle Eastern and local influence such as 'gambus'(lute), 'marwas' (bongos) and the violin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:52 PM | Show all posts
10>TARIAN CINTA SAYANG This dance is literally translated as the dance of "love and affection". It has its roots in Kedah and is very popular especially among the sea-faring community along the coastal areas. This dance is performed by both men and women as a gesture of bidding good luck to their loved ones who sacrifice their life to go out to sea to catch fish. At the same time, it is also a dance, which symbolises a wish for their safe return.:love:
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 17-12-2004 01:54 PM | Show all posts
ada sesapa tahu tentang tarian GAMBUS?yg org dok cucuk2 tangan nga benda tajam..saye pernah gak tengok tarian tu..tapi tak berapa jelas infonya....sape yg tahu sila2 lah yea:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2004 04:37 PM | Show all posts
memang sudah ada thread ini

:dia: Kesenian Tari Di M'sia (merged with fleurzsa)
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 18-12-2004 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 18-12-2004 04:37 PM:
memang sudah ada thread ini

:dia: [url=http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=60294&fpage=4&sid=rh9syy] Kesenian Tari Di M'sia (merged with fleurzsa)[/colo ...
ooo ok..terima kasih:tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list