CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eminem

Kesenian Tarian (merged: fleurzsa, grugals, belanga)

[Copy link]
Nisa_online This user has been deleted
Post time 24-12-2005 02:53 PM | Show all posts
me suka nengok tarian kuda kepang.  masa kecik2 dulu, my neighbour mesti panggil group tarian kuda kepang ni utk perform masa majlis kawin anak2 dia. so, tiap kali ada majlis kawin, dpt la nengok tarian kuda kepang free. maklum org johor...


so, satu kali tu, penari kuda kepang ni dah in trance...siap jadi macam kuda meragut2 rumput.  tak taulah dia makan ke tak. pastu ada sorg mamat ni bersiul kat penari tu. apa lagi, dia kejar mamat tu. org ramai sumer kejar penari tu. rebahkan dia kat tanah dan tak tau lah dorg buat apa. me masa kecik, terus lari masuk rumah. :bgrin:

menurut ceritanya, bila penari dah kerasukan. mereka ni pantang dengar bunyi siul, bau wangi2an...tak tau la betul ke tak....

tapi mungkin dulu.  skrg ni tak lagi macam tu.  murid2 sekolah di Johor memang giat menghidupkan semula tarian kuda kepang ni dan dorg tak de la guna mentera bukan2 atau sampai kerasukan.  satu kesenian yang sangat2 menarik terutamanya jika disaksikan dengan mata kepala sendiri. rugi kalau tiada pelapis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2006 11:10 PM | Show all posts
Tarian Asli

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu - lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu - lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.

Tarian Asyik

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

Tarian Ayam Didik

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

Tarian Balai

Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

Tarian Canggung

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua

Tarian Siti Wau Bulan

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

Tarian Cinta Sayang

Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

Tarian Dabua

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.

Tarian Gambus

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

Tarian Gamelan Pahang

Gamelan mula diperkenalkan ke Pahang sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muazam Shah yang pertama, yang ditabalkan pada 6 Ogos 1882 hingga 9 Mei 1914. Atas daya usaha Tengku Ampuan waktu itu iaitu Wan Fatimah (Wan Cha) gamelan telah dipertingkatkan lagi dan langkah ini kemudiannya dituruti oleh isteri kedua Sultan Ahmad Muazam iaitu Che Bedah yang melahirkan puteri Tengku Meriam. Apabila Tengku Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan ditabalkan sebagai Tengku Ampuan di Terengganu, gamelan telah dibawa bersama dan dikembangkan di negeri Terengganu. Gamelan dimainkan dalam istana. Biasanya dimainkan atas titah Raja yang memerintah. Gamelan akan dimainkan dalam majlis formal seperti dalam majlis pertabalan Raja, majlis ulangtahun pemerintah, menyambut kedatangan utusan dari luar, majlis santapan diraja dan majlis perkahwinan diraja.
http://www.phg.lib.edu.my/gamelan_pahang.htm

Tarian Inai

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

Tarian Joget

Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

Tarian Kuda Kepang

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Tarian Labi-Labi

Tarian Labi-Labi dikatakan berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi alat musik biola dan gong. Tarian ini bercorak komedi. Para penarinya terdiri daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian Melayu tradisi selengkapnya iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya seperti gerak labi-labi. Penari yang berlagak sebagai anak- labi-labi akan keluar daripada sarangnya lalu cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penari-penari. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai. Tarian Labi-Labi juga popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di daerah Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.

http://www.phg.lib.edu.my/tarian_labi.htm

Tarian Mak Inang

Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

Tarian Mak Yong

Drama tari Mak Yong ini  merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Lebih lanjut mengenai Mak Yong

Tarian Zapin Pekan

Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Zapin begitu porpular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak yang cepat. Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari Singapura.

http://www.phg.lib.edu.my/zapin_pekan.htm
Reply

Use magic Report

m!m@r@ This user has been deleted
Post time 24-3-2006 09:58 AM | Show all posts
Video Tarian <-- klik kat sini

kat portal ni ada beberapa video tarian yang ada kat malaysia...

untuk belajar tarian pun ada...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 07:12 AM | Show all posts

Pictures

Hi all,
     In case you guys are interested in looking at pictures of Balinese dance and  costumes, you may go here http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1 but please do not quote or copy or save the pictures that I posted there. Thank you.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 04:58 PM | Show all posts

salam

Wooo menarik sungguh gambar2 tersebut.

Cuci mata dan ambil pengetahuan he he he he

Thanks n really appreciated it.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 27-4-2006 04:58 PM
Wooo menarik sungguh gambar2 tersebut.

Cuci mata dan ambil pengetahuan he he he he

Thanks n really appreciated it.


you're most welcome. I malas nak post sini walaupun sini bod arts and culture. Tak kenal sangat orang kat sini dan I pun tak tahu ada ke tak yg.gemar. Ada yg. tanya rtentang gamelan instuments ,jadi I akan post lagi beberapa gambar instruments pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
fixulist This user has been deleted
Post time 31-5-2006 08:00 AM | Show all posts

Tarian Dikir Hadra

Hi,

Ada sesiapa tahu kat mana ada perkhidmatan atau persatuan Tarian Dikir Hadra. Saya memerlukan khidmat mereka  untuk majlis perkahwinan saya

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 03:44 PM | Show all posts
aku penah belajar tarian kuda kepang, yang basic punye...
basic2 pun, kena menunggang jugakla, kena naik syeh...
siap ada tali pacu lagi...so far tak penah kena benda pelik2...
cuma ada skali tu, mulut aku cabul ke ape ntah...
aku cakapla "tali pacu ni apsal lekeh sgt (buat daripada tali nylon yg digulung)...aku tengok dlm citer pontianak tu tali pacu buat dari tali yg btol2 utk buat tali pacu pastu bole siap meletup2 lagi"
pastu aku terus palu tali pacu tu....ketasssssss!!!! bunyik meletup punyela kuat...tak penah aku dengar bunyik camtu..padahal tali lekeh je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 31-5-2006 03:44 PM
aku penah belajar tarian kuda kepang, yang basic punye...
basic2 pun, kena menunggang jugakla, kena naik syeh...
siap ada tali pacu lagi...so far tak penah kena benda pelik2...
cuma ada skali tu ...


My professor, org Indonesia, pernah pergi ke satu Persatuan Kuda Kepang di Johor.   Kalo tak silap dia cakap...itu satu2nya kumpulan kuda kepang yg popular di Malaysia.  

Dia cakap lagi...Hiasan kuda2 kepang tersebut teramatlah lusuhnya.  Di Indonesia hiasan kuda kepang sentiasa up to date krn biasanya setiap kampung akan ada persembahan atau pertandingan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 04:49 PM | Show all posts
Gambar2 primary school students menari tarian Indonesia kat shopping centre in Perth....





Anak2 omputih pakai baju kebaya...siap berkerawang lagi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 05:09 PM | Show all posts

Reply #4 platinum8's post

wah..ada gak ke tarian indonesia kat overseas..heran omputih minat ke tengok benda camni..bolehla promote malaysian traditional dancing plak pas ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 05:58 PM | Show all posts

Reply #5 lows^man^lyrics's post

Omputih memang suka tengok benda2 cam ni....walaupun budak2 je yang menari tapi ramai jugak adults yang datang tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 09:43 PM | Show all posts
Nice pictures! Omputih dapat menghargai budaya orang Melayu tapi malangnya orang Melayu sendiri malu pada identiti bangsanya. Pakaian ini dah hampir nak masuk ke muzium saja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 05:19 PM | Show all posts

Bengkel Tari

Tarikh: 28/02/2007-01/03/2007

Masa: 9:00 am-1:00 pm

Tempat: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 05:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

faslissen This user has been deleted
Post time 9-3-2007 04:49 PM | Show all posts
eh, ada sesiapa tahu contact number pak ngah's production/ mak ngah's production ker??

ada budak2 yg nak belajar menari traditional... tapi tak tahu camna, & kat mana... sume budak2 duduk sekitar KL...

puas cari kat internet & yellow pages...tapi tak dapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2007 10:45 AM | Show all posts
Misteri: Dabus berunsur ritual
Oleh Mustafa Ngah Mansor


Jampi serapah dilakukan khalifah elak perkara tidak diingini sepanjang persembahan


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum he tepung tawar tepung jati,
Aku tahu asal engkau mula menjadi,
Dijadikan Allah pada embun setitik,
Aku minta tawar sekalian yang biasa

ITULAH antara bait jampi yang lazim dipraktikkan dalam tarian dabus tradisional yang kini masih diamalkan di beberapa daerah di Perak. Ia dilakukan sebelum gong dipalu, diikuti alunan rebana yang terus mencuit hati penari tarian dabus yang tidak sabar untuk menari mengikut rentak bunyian peralatan muzik tradisional itu yang 憈ak lekang dek panas dan lapuk dek hujan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 10:15 PM | Show all posts
29 Julai yg lalu I ada gi menonton pertandingan tari antara negeri sempena Festival Tari Malaysia 2007

Diadakan di auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jam 8.30 mlm... I pergi sebab bawa students satu bas

memang best persembahan tari dlm pertandingan tu..Melaka bolot byk hadiah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 09:48 PM | Show all posts
ermm ...boleh letak clips ker?
if takleh, mod boleh tolong splitkan?

Tarian:  Zapin Sarawak



mansairaku:
...... beautiful .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 02:18 PM | Show all posts
tarian piring

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070480 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list