CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kimmy

I'm Sorry I Love You (MISA) ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-12-2004 12:53 AM | Show all posts
Judul drama I'm Sorry I Love you dalam korea adalah

Mianhada, Saranghanda, dipendekkan jadi MISA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2004 03:14 AM | Show all posts
thanks for the info kimmy!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2004 03:06 PM | Show all posts
Kimmy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


asal Kimmy bagi tahu ending dia ... ala sedihnya ... sara pun tengah follow cerita ni ... baru dah sampai episode 14 dah .. this week punya tak tengok lagi .. sebab sara kena balik rumah baru boleh download ...

omg ... now i know the ending ... anyway .. Kimmy thanks for the caps ...

*sob sob sob*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2004 04:50 PM | Show all posts
Episod 3


MH yg ingin menumpang membuang air kecil, tidak dibenarkan masuk olih EC. Dia lalu melepaskan hajatnya diluar tembok rumah EC. Apa bila EC keluar dia ternampak MH sedang membuang air kecil, lalu menutup matanya. Apabila dia memandang MH sekali lagi, dia lalu mengenali MH yg ditemui di Australia, dan bertanya samada MH mengenali dia. Jawab MH dia tidak mengenali EC.
MH bertanya samada itu rumah EC dan adakah dia tinggal disitu?, Jawab EC, itu bukan rumahnya, dia dan keluarga hanya menyewa ditingkat bawah. kata MH lagi, ini tentu rumah orang kaya. Kemudian EC bertanya kenapa MH membuang air didepan rumah orang. Jawab MH dia hanya menandakan itu sebagai kawasan dia, lagi pun anjing pun berbuat yg serupa. Marah EC dan berkata, bagaimana pula tempat itu menjadi kawasannya, tapi MH tidak memperdulikan kata2 EC terus berlalu sambil berkata yg esok dia akan membuang air disitu juga. Bertambah2 marah EC, bersungut apakah MH fikir dia anjing? MH menjawab, memang benar dia anjing, bukan manusia.





MH teringat kata2 lelaki tua yg ditemui dulu yg mengatakan ibunya adalah seorang pelakon terkenal pada suatu masa dulu dan adiknya adalah seorang penyanyi popular dinegaranya. MH lalu melihat gambar ibu dan adik dia pada sebuah majalah. Dgn perasaan marah dia meramas majalah tersebut.

Bagi EC pula dia terpaksa membasuh tembok yg telah dikotori olih MH tadi. Dia bersungut kerana berjumpa dgn orang yg pelik. Dia juga mengingati kali pertama dia berjumpa dgn MH di Australia.




MH kemudian pergi semula berjumpa dgn lelaki tua itu dan memarahinya. Dicekiknya lelaki itu dan berkata, "adakah Jason yg menghantar kau untuk membunuh aku? kau fikir kau dapat menipu aku? Bagaimana perempuan itu ibu aku!!, bagaimana ia ibu ku!!!  Jawab lelaki tua itu... " itu ibu mu, perempuan itu adalah ibumu!!". Bertambah marah MH lalu berkata.... "jgn berbohong, kalau dia hidup sebegitu senang, kenapa dia meninggalkan aku?"
"Dgn duit yg sebegitu banyak , dia boleh membeli 100 lori susu dan menjaga 1000 kanak2" "Dia tidak nampak susah atau pun dalam kebuluran. "Dia meninggal satu....bukan, tapi dua anak. kenapa dia meninggalkan aku??? lalu dijawab olih lelaki tua itu....."ibu kamu sememangnya begitu, dia sanggup mengenepikan sesiapa walaupun anak sendiri untuk mendapat hajatnya. Dia boleh berbuat apa saja yg dia suka." Marah MH pada lelaki itu..." Tutup mulut kau, aku akan membunuhnya... aku akan membunuhnya , orang tua."
Galchi yg mendengar dari tadi mula menangis. Apabila ditanya, dia mengatakan dia tidak mahu ibu saperti itu.

CY dan KM sedang berbincang mengenai makanan. CY berkata dia boleh memasak berbagai 2 jenis makanan. Tidak ada apa yg dia tidak boleh buat, malah dia boleh membesar anak jua. Dia juga tidak mahu tangan KM dibasahi air, lagi pun dia calon yg terbaik untuk menjadi suami. KM bertanya, adakah CY begitu menyukainya? Sudah tentu jawab CY. Kata KM, CY tidak tahu apa yg dicari pada seorang wanita, inilah masaalah CY. Sementara itu EC sedang berlari2 menuju kekedai setelah mendapat panggilan talipon dari CY yg menyuruhnya dia membeli daging, tetapi EC tidak ingat bahagian daging mana yg disuruh beli.

Adik MH dimarahi pekedai kerana mengambil baju yg berharga $28. Seorang polis yg mengenali adik MH cuba untuk menenangkan pekedai tersebut. Polis tersebut mahu pekedai melupakan saja perkara itu, dan memaafkan adik MH mungkin adik MH tidak tahu. Dia juga memarahi adik MH kerana mencuri baju tersebut. Jawab adik MH, dia telah pun memberi duit. Dijawab olih pekedai, adik MH hanya memberi $1 sedangkan baju itu berharga $28. Pekedai tidak habis2 memarahi adik MH sehingga polis terpaksa meninggikan suara.

Bapa EC sedang menunggu mak CY yg  sedang membaca dlm satu program. Dia kemudian bertanya pada salah seorang penyiar mengenai rancangan istemewa berkaitan pengambilan anak angkat. Dia ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai rantai yg tersiar dikaca TV dulu dan siapa pemiliknya.

MH duduk ditangga menunggu diluar rumah, sedangkan adiknya tidur didalam. MH telah memberi duit yg banyak pada pekedai untuk melepaskan adiknya dari penjara. MH yg bersikap pembalas dendam, ke kedai milik pekedai itu dan membaling batu pada cermin kedai sehingga berkecai.

Ibu EC mengejut semua anak2nya dari tidur. Dia bertanya mana EC dan mencari dlm selimut. Kakak EC menjawab, walaupun EC itu kechil, takkan dia ada dibawah selimut. Dia bersama CY sekarang. Disampuk pula olih adik EC, EC sebenarnya sedang menolong CY dgn idea gilanya. Kakak EC menjadi marah lalu membaling bantal, terkena ibunya.

CY dan KM keluar bersama diikuti olih EC. Mereka berdua tidak sepatutnya bersama apatah lagi dikhayalak ramai, kerana mereka berdua orang terkenal dan mungkin peminat akan mengenali mereka, dan menjadikan satu gossip. Inilah yg dikatakan olih EC pada mereka berdua. Dia sudah mula melihat orang sekeliling yg mula mengenali 2 penyanyi terkenal ini. Untuk menyelamatkan CY dan KM, EC berpura2 menangis sekuat2 hatinya, dan ini memberi kesempatan pada CY dam KM untuk melepaskan diri.





EC bertemu dgn MH yg menunggu diluar rumah CY. EC bertanya... "kamu sudah makan? ...belum?.. Nampaknya kamu belum makan. Kamu suka sangat ke dgn saya? bila suka dgn saya? ....di Australia?.. Dari tempat jauh sana sehingga kemari. Kamu kenal sesiapa di Korea? Kamu tidak kenal sesiapa tetapi datang berjumpa saya?, Antara kita, tak banyak pun yg kita bualkan. Saya bukan orang yg disukai orang lain pada pandangan pertama. Walau bagaimana pun terima kasih kerana menyukai gadis saperti saya. Kami tidak mempunyai banyak makanan, tetapi mahukah kamu makan dirumah saya. Mari kita pergi. Walau pun saya tidak dapat menerima perasaan mu, sekurang2nya saya dapat memberi kamu makan. Jom, Jom pergi."


EC membawa MH dan menunjukkan rumahnya. Katanya EC," disini rumah CY, rumah kami disana" " Hey! rumah kami disana, hey! bukan disini." Tetapi MH terus saja masuk kedlm rumah CY. EC cuba menghalang dan berkata " hey! ini bukan rumah kita, keluar!, keluar cepat!! Kita akan menghadapi masaalah besar jika tuan punya rumah ini keluar."




MH terus berjalan kedalam rumah dan dia terlihat gambar ibunya, dia menangis melihat gambar ibunya. Sedang Ec pula bertanya khabar pada ibu CY yg kebetulan sedang menonton sebuah filem yg padanya menyayat hati, walau pun sudah menonton sebanyak 5 kali.




Dia terlihat MH dan menyangka itu anaknya dan bertanya kenapa tidak membawa dia pergi membeli belah. EC dgn cepat menyatakan itu bukan CY, tetapi orang yg dia kenali, tersalah masuk rumah. Sedang MH pula hanya terpaku, memandang ibunya. Ibu CY bertanya kenapa MH menangis? Jawab EC, mungkin MH sedih, kerana EC berbuat salah padanya.
Bertanya lagi ibu CY, kenapa MH memandang dia sedemikan?. Mereka kemudian keluar dan EC berkata pada MH, " Maaf, terima kasih kerana menyukai gadis saperti saya, tetapi saya sudah ada orang yg saya suka, tidak ada ruang untuk kamu, minta maaf."




MH kembali kerumah adiknya dan Galchi. Adik MH menyuruh anaknya makan, tetapi anaknya masih marah pada ibunya dan tidak mahu makan serta bercakap dgnnya. Adik MH meminta maaf pada anaknya. Galchi merasa malu kerana ibunya mencuri. Ibunya berkata yg dia tidak akan buat lagi. Jawab Galchi, ibunya selalu berkata demikian, adakah ibunya terlalu bodoh? MH memukul Galchi kerana berkata demikian pada ibunya. MH memarahi Galchi, "tidakkah kau tahu yg ibu mu seorang yg bodoh. Kau harus mengajar dan menolong dia. Pegang sudu kau, dan makan. Kau tahu aku seorang samsengkan? Kau mahu dipukul atau makan? Makan!!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2004 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 30-12-2004 03:06 PM:
Kimmy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


asal Kimmy bagi tahu ending dia ... ala sedihnya ... sara pun tengah follow cerita ni ... baru dah sampai episode 14 dah .. this week punya tak tengok lagi .. seba ...



Sorrylah Sarah::tq: berbanyak2 sori

Memang dari beginning lagi kita dah tahu yg hero tu akan mati. Yg  tak sangka heroin tu pun sama.  Anyway scene dua orang ni mati , dia tak tunjuk. Bukan cam Stairway To Heaven. Dia bagi penonton buat conclusion sendiri.

[ Last edited by Kimmy on 30-12-2004 at 05:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2004 06:24 PM | Show all posts
Adik MH memberi air pada Galchi. MH dgn suara kasar menyuruh Galchi minum. Kata MH." Walau pun ibu kau hidup saperti ini, sekurang2nya dia tidak membuang anaknya. MH tiba2 membuang sudunya dan mula muntah. Dia juga muntah ditempat tinggalnya.


MH kemudian menalipon JY. JY bertanya keadaan MH diKorea. Jawab MH, dgn duit yg JY bagi, dia sekarang tinggal disebuah hotel yg bagus. Benar saperti kata JY, duit itu dapat menampong hidupnya, dan dia mengucapkan terima kasih. JY bertanya mengapa MH tidak bertutur didlm bahasa Korea. adakah sesuatu telah terjadi?. Jawab MH, tujuan dia menalipon JY, adalah untuk bertanya berapa lama doktor memberitahu yg dia dapat hidup? Dia tahu dia sedang sakit, tetapi tidak tahu berapa lama dia boleh hidup.JY sedih mendengarnya. MH bertanya lagi, adakah dia hanya ada satu tahun sahaja? atau pun kurang dari setahun? JY hanya menangis mendengarnya, dan MH meletakkan talipon. Dia melihat rantainya dan terbayang wajah ibunya.

CY sedang berlatih menyanyi. EC berkata yg ini pertama kali CY melihat dia menari. meminta pandangan CY adakah  ia sudah ketinggalan zaman. CY yg tidak menumpukan  perhatian pada kata2 EC menyangka Ec mengatakan tentang dirinya,terus merajuk tidak mahu berlatih. EC bertanya mengapa?.
CY menuduh EC mengatakan nyanyiannya telah lapuk dan ketingalan zaman. EC menafikan dan mengatakan yg nyanyian CY bagus sekali. Kata EC. apabila orang bercakap mengenai dirinya CY hanya mendiamkan diri, tetapi apabila EC bercakap sesuatu, CY merasakan seolah2 kehidupannya telah musnah. Apakah hanya dia saja yg salah. Sedang mereka berbalah, KM masuk menemui mereka. Dia sedang menjalankan penggambaran berdekatan dan terdengar CY menyanyi. Dgn kedatangan KM, mood CY kembali ceria dan dia menyambung latihan nyanyiannya. MH yg berada dibelakang memerhatikan saja CY menyanyi..

Sedang CY menyanyi teman lelaki KM datang menemuinya dan menarik dia keluar. Semua orang terkejut melihatnya dan mengikuti mereka keluar. CY datang dan memarahi teman lelaki KM, serta meminta dia melepaskan KM, kerana KM adalah teman wanitanya. Mereka berdua berebutkan KM dan teman lelaki KM bertanya siapa yg dia pilih? KM mahu kedua2 mereka melepaskan tangannya, kerana dia tidak mahu bapanya memarahinya sekiranya perkara ini menjadi tajuk utama akhbar keesokkan harinya. Kedua2 lelaki itu tidak mahu beralah, sehingga menjadikan KM bingung. Masing2 rela mati kerana KM. dari itu KM mengambil keputusan terjun kedlam tasik, diikuti olih CY yg pernah bersumpah rela mati bersama KM. EC yg melihat cuba untuk menyelamatkan mereka, tetapi ditahan olih MH yg kemudian terjun ke tasik menyelamatkan kedua2nya sekali.  CY yg diselamatkan tidak sudah2 menyebut nama KM.



EC memakaikan scarf kepunyaannya pada leher MH. Dia juga membuka sweaternya untuk diberi pada MH, tetapi MH menahan dia berbuat demikian. EC mahu mengambil baju CY untuk diberi pada MH, tetapi MH terus berjalan. EC memanggilnya, dgn tiba2 MH jatuh pengsan. EC terkejut, cuba memanggilnya.

MH dimasukkan kehospital bersama dgn CY. Mereka kemudian berkenalan dan bermain bola keranjang bersama. MH bertanya, kenapa CY terjun ketasik, sedangkan dia tidak tahu berenang, kenapa dia berbuat demikian. Nampak saperti CY suka pada gadis itu. CY pula bertanya, adakah MH yg menyelamatkan mereka?  MH kemudian bertanya, CY tidak mempunyai abangkan? Bolehkah dia menjadi abang CY? Mahukah CY menjadi adiknya. Jawab CY, tengoklah dulu. Tanya MH, kenapa? CY tidak mahu? tidak mengapalah kalau begitu. Akhirnya CY bersetuju menjadi adik MH. (akhir Episod 3) gambar kredit pada Saturn website.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2004 08:52 AM | Show all posts
Nampak gaya mcm lambat lagi jerr nak dpt tgk citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2004 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 30-12-2004 05:07 PM:



Sorrylah Sarah::tq: berbanyak2 sori

Memang dari beginning lagi kita dah tahu yg hero tu akan mati. Yg  tak sangka heroin tu pun sama.  Anyway scene dua orang ni mati , dia tak tunjuk. Buka ...

kweanchanta .. kweanchanta ..kweanchanta ... (ayat kegemaran Eun Chae) ..

its ok .. wow what a great job .. but Kimmy lain kali letaklah spoiler alert ..so ..

ehm .. Kimmy jangan cerita episode 15 dan 16 tahu kat sini ..kekekekeke.. nanti tak thrills pula sara nak tengok ...hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2004 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 31-12-2004 03:18 PM:

kweanchanta .. kweanchanta ..kweanchanta ... (ayat kegemaran Eun Chae) ..

its ok .. wow what a great job .. but Kimmy lain kali letaklah spoiler alert ..so ..

ehm .. Kimmy jangan cerita epi ...



Aku terlupa nak taruk spoiler. Toksah kau worrylah Sara, Episod 3 ni  pun aku terkial2 buat. Lambat lagi nak sampai Epi 15 dan 16.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2005 01:36 AM | Show all posts
wah tak tahu dah berapa baldi air mata ni mengalir .... wah sedihnya ... kenapa?? kenapa??? kenapa??? mesti buat cam tu ... kenapa pengarah tu nak ..

OMG !!! :cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2005 11:07 AM | Show all posts
Sedih ye Sarah!  Tu lah banyak viewer yg memilih cerita ni berbanding dgn Love Story In Harvard. Kalau tak silap So Ji Sup menang 3 award dari SBS baru2 ni.  Selain dari STH, this is one of the good drama with good plot. Aku rasa drama ini lain sikit dari yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2005 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 2-1-2005 11:07 AM:
Sedih ye Sarah!  Tu lah banyak viewer yg memilih cerita ni berbanding dgn Love Story In Harvard. Kalau tak silap So Ji Sup menang 3 award dari SBS baru2 ni.  Selain dari STH, this is one of the goo ...


sedihnya ... memang sedih .. sampai hati pengarah tu buat cam tu ...

yup i agree with you ..plot cerita ni lain sikit daripada yang lain ... tak draggy ... tak meleret-leret .. first time sara tengok first episode .. memang terkejut .. Aik .. lajunya .. cepatnya ... even pun cepat ..plot cerita dia tak rosak langsung malahan buatkan sara nak tahu apa yang terjadi untuk next episode .. memang sedih ... even my friends yang sebelum ni tak kenal siapa So Ji SUp oppa pun dah mula jatuh hati kat dia ... OPPA!!!! ... gatal betul bebudak ni ... kekekekeke ...

tapi sayang ... sara tengok lewat sikit ... hanya hari sabtu dan ahad je boleh tengok ...tu pun kean balik rumah download ... tapi tak pe .. akhirnya dapat tengok habis drama ni ... sara puas hati ...

So Ji Sup oppa menang award memamng dah di jangka kan pun .. pertama lakonan dia dalam cerita ni lain daripada yang lain contohnya macam dalam Glass Shoes, Cheers For The Woman, Sweet Proposal dan banyak lagi. wataknya  membuatkan kita menghayati penderitaan Moo Hyuk. dan sara sama-sama rasa betapa sedihnya bila kita nak panggil orang yang kita sayang tapi tak boleh. terseksa.

eh Kimmy tengok online ke ... atau download dari thread file sharing di soompi???? ingatkan sara sorang je follow drama ni. tak sangka ada juga yang follow kat Cari ni ye. I'm glad to know that.

Love Story In Harvard tu sara tengok 2 episode je. bosan. so dah tak follow. tak larat dah nak worry about next episode. assignment ni melambak lagi. hancus nanti.

ok lah Kimmy any info just tell me ok ...!!! HAPPY NEW YEAR!!!!!! Sahae Pok Manhi padeushipshiyo!!!! <33333333333
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2005 03:18 PM | Show all posts
Happy New Year to U to Sara.

Actually aku ni korean drama addict. Aku selalu survey dan tgk poll, mana drama korea yg paling mendapat tempat pada viewer.Aku tgk online korean drama merata tempat. Kat Soompi tu selalu tgk apa the latest drama dia orang promote.

Lagi satu aku suka tgk movie korea. Aku suka cerita dari  Guiyeoni yg dijadikan filem. Aku dah tgk movie dia The Guy was Gorgeous yg diambil dari cerita Guiyeoni. Aku dah baca cerita The Wolf Attraction ( dah jadi movie),  movie ni sad sikit . Aku suka cerita Do Re Mi Fa So La Ti Do, memang sedap, tapi tak tahu samada dah dijadikan movie atau belum. Aku sekarang tgh nak habiskan cerita To My Boyfriend.

Drama I'm Sorry I Love You, aku kesian  tgk kat Moonhyuk makan mee yg mak dia buat, tapi tak beritahu yg dia anak maknya, but said he hope to be her son the next life. Aku kesian juga kat Eunchae yg tak dapat hidup tanpa Moonhyuk.  It is a very sad, sad ending. Berbucket2  air mata meleleh. So Ji Sup ni memang sesuai jadi Moonhyuk, with his sad eyes. Aku dah lama minat kat dia, sejak tgk We Are Dating Now. Pada aku dia ni handsome.

Hopefully, TV kita akan siarkan cerita ni satu hari nanti, kalau boleh dlm tahun 2005 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2005 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 2-1-2005 03:18 PM:
Happy New Year to U to Sara.

Actually aku ni korean drama addict. Aku selalu survey dan tgk poll, mana drama korea yg paling mendapat tempat pada viewer.Aku tgk online korean drama merata tempa ...


samalah kita ... bestnya Kimmy boleh tengok online ... sara kalau nak tengok pun kena download je ... sara dah cuba try sign up kat KBS or SBS or MBC so bolehlah tengok online ... tapi tak leh lah sebabnya sara tak de passport lagi and then diaorang nak maklumat sebenar .. so other alternate ialah download tak pun beli ... eh Kimmy tengok kat channel mana haha .... bagilah info sikit... please ... kalau confidential sangat Kimmy boleh pm sara ... PLEASE !!! :pray::pray: ... tapi sayang sara tak leh nak follow sangat latest drama ni ... sebabnya masih lagi belajar. penat betul ... just follow mana yang best je...

sekarang ni tengah buat marathon tengok Bool Sae @ Fire Bird @ The Phoenix ......wah bestnya ... ERIC oppa !!! i'm falling in love with him ... ehm besides So Ji Sup oppa ok... :lol KImmy dah tengok ke .. i'm sure you must done right??? .... hari tu baru je habis tengok Ms Kim adn Sunshine Upon Star ... Jo Hyun Jae and Song Hye Gyo ... lepas ni nak tunggu Gumiho .. Nine Fox Tales .. lakonan Jo Hyun Jae, Kim Tae Hee and Jun Jin (dia ni satu group ngan Eric ... SHINHWA.. the best band in korean right now) ...

wah Kimmy pun minat Gueyoeni punya fan fic ke .. of courselah sara dah baca .. That Guy Was Gorgeous ... tapi sayang movie dia kurang feel sikit ... baca fan fic dia lagi best dari movie dia. Tengok movie dia pun sebab ada SOng Seung Hun Oppa ... my boyfriend ... kalau tak ..ehm ... WOLF ATTRACTION pun best ... movie pun dah tengok .. percaya tak i read it for 2 times ..and i cry for 2 times also ..especially part Tae Sung ... :cry: ... sedih sangat ... Kang Dong Won memang best membawakan watak Tae Sung. Jo Han Sung pun tak kurangnya. Do Re Mi Fa So La Ti Do ... best .. memang best ... harap2 yang ni pun akan di jadikan movie .. me and my friends memang peminat Gueyoeni ...

eh Kimmy minat kpop tak... which group or gasoo yang Kimmy minat ... mine ..ehm of course i'm crazy about SHINHWA and YG FAMILY!! ... alamak dah off topic dah ... sorry .. mianhae ..

ehm ... part tu pun memang sedih gak .. rasa nak menangis bila emak Moo Hyuk cakap macam tu .. ani .. memang menangis pun ... lagi satu part yang mengejutkan buat sara ialah macam mana dia revealed siapa diri dia sebenarnya kat depan Min Joo ... dalam lif .. mula-mula tu ingatkan dia akan pretend and end up macam tu ... i mean Min Joo tak tahu identity sebenar lelaki tu .. tapi dengan selambanya Moo Hyuk masuk dalam lif tu pas tu buka misai dia. kusutkan rambut dia, pakai cap yang selalu dia pakai as Yoon manager dan chewing . i mean .. how come .. memang terkejut sangat. sesangat nya ... mula2 tu rasa marah gak . kenapa Moo Hyuk buat macam tu .. macam tak patut dan rasa pelik. sebab dia sebenarnya sayangkan Eun Chae tapi apa purpose dia buat cam tu. hai memang terkejut. tulah sara kata drama ni full of shock and surprises ....

ehmmm... lepas ni Kimmy nak tengok cerita apa pula??? Sad Sonata ke???

Happy Weekend and Weekdays ... nice to know you <3333
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2005 08:29 PM | Show all posts
Memang boleh bukak account KBS,SBS dan MBS, tapi mcm Sara cakaplah kena ada passport, dia orang nak full details. Kebanyakkan tempat yg nak tgk online kena bayar, or be a member. Tapi yg banyak aku jumpa semuanya kena bayar. Ada credit Card lagi senang bayar. Nothing is free, Sara

Boolsae or Phoneix aku dah beli tapi belum tgk lagi. Prince First Love dgn Love So Divine pun aku dah beli. Miss Kim pun aku dah beli dan tgk. April Kiss pun dah ada CD jual tapi in chinese. Aku ni Sara semua tang  Korea semua aku suka, sampai2 kimchi pun aku suka makan, apatah lagi bolgi dia.

ff:Kpop aku paling minat, banyak lagu2  dia yg aku dah download. Aku ada 15 cd lagu2 korea yg aku download. Lagu Fly To the Sky yg terbaharu "Gravity" aku dah download, begitu juga Wheesung, Seven, TVXQ termasuk lagu2 OST dari drama2 yg dikeluarkan. Ni aku nak cari lagu Shinhwa yg tebaru. Aku selalu tgk Pop In Seoul nak tgk chart 10. Tak pun aku pergi kat website dia dengar kat situ dulu.

Memang betul cerita He' So Gorgeous tak saperti yg kita baca.Banyak scene yg tak ada. Aku rasa lebih baik baca dari tgk movie dia.

Sad Sonata ni about love triangle, aku blm fikir lagi nak tgk. Aku cuba nak dapatkan The Last Dance Is With Me dgn My Sister-Inlaw is 19. Itu pun kalau dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2005 09:15 PM | Show all posts
wah Kimmy minat FTTS juga ke ??? sara pun minta gak dengan depa ni .. Fany and Brian but for sure i'll choose Fany .. but both a great singer and HOT... kekekke ... Wheesung ..also wow .. not bad ... i mean good taste .. he is such a good singer .. and i really adore his voice and looks of course ..

Kimmy dah beli Bool Sae ... bagus bagus bagus ingatkan sara sorang je bercerita pasal Bool Sae kat sini ... nanti kalau dah tengok drama tu .. jenguk-jenguklah kat thread Bool Sae yang sara dah buka .. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=139154&fpage=2

tapi sara susah sikit nak update thread ni sebab sibuk dengan assignment, study, quiz, project yang entah bila nak habis ... balik rumah baru boleh online .. macam sekarang ni ...

oh yeah forget to mention .. one of Eun Chae scene yang sara suka sangat masa 3 last episode ... bila dia pandai tembok tu dia nampak Moo Hyuk ..even Moo Hyuk is not there ... she will call ..AJUHSSI .. so sad .. i mean everybody even her mother call her nuts ... she only see Moo Hyuk ... and its make me sad .. and my heart cried while she called AHJUSSHI ...

one more thing do you can speak or read korean ... belajar ke??

[ Last edited by sara on 2-1-2005 at 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2005 01:52 PM | Show all posts
Sara, I think Monnhyuk loved Eunchae so much, that's why the  title I'M Sorry I love You.  He was sorry he love Eunchae , he' s sorry he could not be with her till the end. Sebab tu dia buat semua yg tak munasabah. Dia nak balik pada diri dia yg asal, sebelum dia datang ke Korea dulu. Dia juga tak mahu Eunchae  lihat hari terakhir dia sbb tu dia balik ke Australia. Aku cerita pun dah nak nangis.

. ff:aku tak pandai bahasa korea, cuma tahu sikit2 ikut dari drama. Kalau tgk online aku cari dia punya epiosd guide to help me to understand. Kadang2 watching raw boleh jugak faham

Aku tak tahu samada nak sambung atau tak drama ni ke Episod seterusnya.. Nampak mcm kita dua orang je yg seronok tgk drama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2005 05:42 PM | Show all posts
suka im so jung tuh..muka budak-budak tapi umur dah 24 tahun...comel sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 02:43 PM | Show all posts
tak pelah Kimmy ... may be we just can talk about So Ji SUp oppa and Im Jo Sung ... i mean drama ni memang worth to watch lah ... tak macam sesetengah drama ... i don't wanna to mention any .. yang slow sangat ... lambat ... dan bosan ..

tapi drama ni boleh buat kita rasa macam kita part of his life ... i can feel the way he feel .. it just something that .. very touching ...like when he knew that mak dia bukan buang dia and mak dia tak tahu pun dia masih lagi hidup. and sara terkejut sangat bila dapat tahu yang Yoon tu cuma anak angkat. cuba bayangkan ... anak angkat pun mak dia sayang sampai macam tu. takkan dia sanggup buang anak sendiri. masa ni air mata sara dah berbaldi tumpah. sedih sangat .

please .. keep talking about Mianhada saranghada ni ye ...please
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at  13:52:
Sara, I think Monnhyuk loved Eunchae so much, that's why the  title I'M Sorry I love You.  He was sorry he love Eunchae , he' s sorry he could not be with her till the end. Sebab tu dia buat semua  ...



keep it up kimmy....mungkin ramai gi yg belum tau citer ni gi...nanti bila bel dah beli citer ni....boleh ler bel pun ikut menyampuk nanti okey....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.080271 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list