CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tuahayam

All About KPLI - DPLI : Pengalaman dan Tips

[Copy link]
mawar_purple This user has been deleted
Post time 16-8-2006 12:27 PM | Show all posts

ADA KE PATUT, KPLI DI BERI POSTING SEDANGKAN GRAD IPTA MENGANGGUR?

Hi salam sejahtera semua,
Apakah pendapat korang semua? Golongan KPLI yang telah memilih profession perguruan sebagai opsyen ke 2 telah diberi layanan "anak emas" dan diberi posting sebaik sahaja tamat kursus express mereka sedangkan Graduan Pendidikan IPTA yang telah memilih opsyen perguruan sebagai opsyen pertama mereka dibiar menganggur oleh pihak KPM? Grad Pendidikan IPTA nie juga telah belajar dan "berkorban" selama 4 tahun hanya untuk memiliki segulung ijazah pendidikan, tetapi telah dikecewakan oleh KPM apabila mereka disisihkan dan dilebelkan sebagai "anak tiri" KPM. Mawar rasa tindakan ini memanglah tidak adil bagi golongan grad IPTA. Kalau nak cakap rezeki pun....mestilah diagihkan sama rata..buat apa  nak beza-bezakan status kedua-dua golongan ini, sedangkan kita nie semua ANAK MALAYSIA yang berjiwa suci untuk memdidik anak bangsa? Anak tiri la....anak emas lah...huish!, dimanakah sifat murni dan keadilan kita sebagai umat islam?  Apasal pula nak buat beza-bezakan antara guru "keluaran BPG" dengan guru "keluaran IPTA"? Kita nie semua kat hidup dalam satu negara dibawah satu kerajaan yang tercinta? Mengapa nak pilih kasih dan beri keutamaan kepada golongan KPLI? Apakah pandangan anda semua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 12:57 PM | Show all posts

Reply #1 mawar_purple's post

Hi,

nih pendapat aku ler....

Dalam dunia nih tak ade such thing of "diagihkan sama rata".

Nothing is perfect !!!

just my 2 sen
adios
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 12:58 PM | Show all posts
aku rasa apa ko patut buat komplen kat jabatan/kementerian berkenaan
sbb apa yg aku paham kpli ngan graduate pendidikan tak sama pengurusan
maybe pasal tuh kpli senang dapat posting

try aaa tanya
tp jangan kang dapat posting pegi ulu2 korang tanak pegi pulak
dekat pedalaman sarawak satu sekolah ada 2 cikgu je nak ajar
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:14 AM | Show all posts
Yang aku tahu, KPLI ni memang bawah Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan sekolah-sekolah manakala graduan IPTA berada di bawah Kementerian Pelajaran Tinggi. Sedangkan yang berada di bawah satu kementerian pun banyak kerenah birokrasinya inikan pula kementerian yang berlainan. Walauapapun, bersabarlah jangan pula menuding jari kepada orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan. Macam mana u tahu budak-budak KPLI ni menjadikan perguruan as second choice? Kalau betul pun rasanya bukan semua yang macam itu. Ada yang terpaksa mohon KPLI kerana universitinya dahulu tiada program pendidikan. Contohnya graduan bahasa dan agama dari UIA. Selain dari menjadi guru atau pensyarah, apakah bidang yang paling bersesuaian untuk mereka? Mungkin ada bidang lain tapi x banyak. Satu lagi kalau nak cepat dapat posting, janganlah memilih tempat insya-Allah senang dapat.
Reply

Use magic Report

mawar_purple This user has been deleted
Post time 17-8-2006 12:11 PM | Show all posts

Sedih sungguh........

Mawar memang tahu bahawa dunia ni memanglah tak adil sungguh pun  kita dididik dengan nilai-nilai keadilan melalui agama dan sekolah. Tapi Mawar memang tak dapat menjangka bahawa keadaan ketidakadilan dalam posting adalah seburuk ini. Mawar tak mendengki golongan KPLI pun, pasal itu memang bukan salah mereka kalau mereka diberi keutamaan oleh KPM. Cuma Mawar harap KPM dapat buat sesuatu atau sedekahlah sikit rezeki kepada kami nie yang grad dari IPTA. Kami nie tak buat apa yang salah...kami nie manusia juga yang menganggur macam golongan KPLI tu...cuma nasib kami tidak dibela dan tak dilayan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 01:57 PM | Show all posts
pada pandangan saya, perkara ini telah beberapa kali dijelaskan oleh warga forum yang lain. ada beberapa thread lain yang turut mengutarakan isu yang sama. harap anda dapatlah meluangkan sedikit masa untuk membaca thread lain.

saya juga harap MOD dapat gabungkan thread-thread yang serupa ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2006 06:21 PM | Show all posts
Pd yg betul2 minat ngajar apply lah tapi klu sbb takde keje nak apply klu blh jgn lah. Takut jd mcm sepupu kwn sy apply KPLI tapi bila dah abih course dpt posting tak nak pegi coz minat yg cuba dibentuk dlm diri tak terbentuk2. Cian anak2 murid
Reply

Use magic Report

Sweaty_Betty This user has been deleted
Post time 18-8-2006 01:39 AM | Show all posts
Tahniah la kepada sesapa yang memang berminat nak jadi Cikgu.

Bukan ramai yg nak jadi Cikgu sekarang ni.

Workload yang banyak tapi gaji yg sedikit nak dibandingkan dengan profesion2 yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semut_merah This user has been deleted
Post time 18-8-2006 06:50 PM | Show all posts

Reply #18 Sweaty_Betty's post

yes tul tuh....
fikir dulu sebelum apply...
Reply

Use magic Report

wanzura_aisyah This user has been deleted
Post time 20-8-2006 03:36 PM | Show all posts
Aku pun setuju..pikir dululah sebelum apply nanti kalau dah dapat tak nak plak..kan dah potong org lainnye rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 03:40 PM | Show all posts
tiap2 tahun mmg berlambak2 apply kpli...

rasanya sb depa rasa lepas kpli, keje akan lebih senang dapat sb biasanya gomen akan terus send them for posting after graduation...kalo ambik course lain, nak cari keje, paling2 kena 1 year menapak sana sini for interview..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 12:24 AM | Show all posts
kira KPLI ni mcm batu loncatan lah....

jadi guru ni kalau ada skill takde minat, tak lama bertahan
kalau ada ilmu, takde skill penyampaian...ilmu tak kesampaian
kalau ada skill ada minat ada ilmu tapi takde kesabaran.....silap2 guru tu sendiri meroyan
sapa-sapa pun bleh jadi guru tapi nak jadi guru yang berkualiti tinggi, perlukan banyak pengorbanan
Reply

Use magic Report

wanzura_aisyah This user has been deleted
Post time 26-8-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 22-8-2006 12:24 AM
kira KPLI ni mcm batu loncatan lah....

jadi guru ni kalau ada skill takde minat, tak lama bertahan
kalau ada ilmu, takde skill penyampaian...ilmu tak kesampaian
kalau ada skill ada minat ada i ...



:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 03:40 AM | Show all posts
banyak kali juga dengar pasal graduan pendidikan vs kpli ni...... just to share with all of you, sekarang ni MOE i think dah buat something untuk diorang ni, hari tu i aga pergi interview kpli english subject,untuk high school but dapat primary school and tanya why interviewer tu sendiri cakap... u now why why u got primary school it is becausde yg high school punya dikuotakan untuk graduan pendidikan,,,,so ada la allocation untuk graduan pendidikan , at least in this instance
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:46 PM | Show all posts
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dihentikan serta-merta

Aug 30, 06 11:36am

Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi guru sekolah menengah dihentikan serta-merta bagi mengatasi masalah lebihan graduan pendidikan.

Lebihan graduan
Ingatan pada graduan


malaysiakini


komen?
Reply

Use magic Report

husnul82 This user has been deleted
Post time 31-8-2006 01:29 PM | Show all posts
eloklaa ditamatkn KPLI menengah dn bg peluang pd yg benar2 graduate dlm pendidikan....
KPLI tu tak salah ler.... peluang jg untuk kite yg dr bidang lain dpt keje...
soal minat , skill sume tuh, boleh diusahakn...
kalo kater dh terpilih, tu kirenya Allah yg letak kite kt situ....
kena redha ler dgn setiap ketentuan...dn usaha ler baiki segala kelemahan , yakin apa yg ditentukn itu , itulah yg terbaik untuk kita
bg yg saje2 nk test market, atau yg dh sedia ada kerja tetap.... bg ler laluan pd mereka yg benar2 memerlukn pekerjaan pula...
payah ler kalo msg2 nk pentingkn diri snd...
pikir sama2 laa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2006 09:15 PM | Show all posts
elok lah tu bagi lah pelajar maktab yang tiga tahun di maktab tu..
bukannya yang half baked KPLI..

p/s- aku juga seorang guru lepasan maktab perguruan.. aku sampai hari ni mendengar rintihan pelajar maktab yang peluang mereka posting terhalang dek sebab kpli..

[ Last edited by  kermittx at 31-8-2006 09:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 01:03 AM | Show all posts
takder kerja kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 02:59 PM | Show all posts
pendapat aku lak...kalau yg betul2 minat, mintak dan kalau dapat jaga amanah tue baik2...tapi ada juga yg saja test market, nak buat camna kan? sebenarnya secara tak langsung dah tutup peluang orang lain...

KPLI-masa aku belajar dulu, berebut senior2 nak apply dip.ed (lebih kurang sama cam KPLI) tapi belajar di universiti dan masa pun setahun gak
Reply

Use magic Report

megalo_gurl This user has been deleted
Post time 1-9-2006 06:39 PM | Show all posts
salam..saje ni nak share pengalaman
sy dah selamat interview some days ago..hehe lego raso
antara soklan nye ialan: berkenaan sukan (ni utk group punya)..tgk memula tu mmg blur sket..tak tahu nak ckp ape sbb mmg tak fokus tajuk tu mase prepare..tapi bile kwan2 satu grup dah start berbincang, dgn sendirinya hujah sambungan tu ade la..at least kita kena aktif gak mase group tu,jgn over plak..
pastu soklan individu plak, sy dapat ttg ICT dalam pendidikan..korang bacalah sket pasal RMK 9 ke , isu2 terbaru..boleh kait dgn jawapan mase interview n make the interviewers impressed with ur knowledge..

dgr2 KPLI 2006 ni last batch ek?sbb nak bagi laluan utk dak Bachelor EDu yg tak dapat posting(UPSI?)
whtever it is, gud lak utk bakal calon interview..solat hajat jgn lupa minta permudah dan senyum sokmo..
*only my 2 sen of views*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.060806 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list