CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6161|Reply: 18

Wanita Malaysia Dr Segi Sejarah

[Copy link]
Post time 12-1-2005 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Salam n good day,

Di samping anak Melayu jati, penduduk Melayu terdiri dr gabungan penghijrahan dr Indonesia iaitu dr Minangkabau, Aceh, Mandiling, Rawa, Kerinci, batak, Bugis dan Jawa.

Manakala masyarakat Arab, meski pun kecil bilangannya, amat berpengaruh dlm soal agama dan perdagangan.  

Setiap kump mempunyai budaya dan adat berbeza.  Spt bahasa, pakaian, pekerjaan dll.

Penghijrahan Minangkabau dr Sumatera membawa bersama sistem undang2 Adat Pepatih.  Disifatkan juga sbg sistem amalan demokratik dan egilitari. Sifat yg paling menonjol adalah undang2 warisan nasab ibu.  Manakala Adat Temenggung lebih bersifat autokratik.

Perbezaan masyarakat Melayu lebih ketara dgn perbezaan geografi dan penggunaan bahasa.  Terutama di kalangan masyarakat di negeri2 utara, pantai barat  dan di Pantai Timur Semenanjung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2005 12:04 PM | Show all posts
Walau pun wujud berbagai budaya dan adat, masyarakat Melayu bersatu dgn ikatan penyatuan Islam.  Islam tlh bertapak di Sem Tnh Melayu pd awal thn 1400.  Di kalangan masyarakat Melayu purba, mereka mengamal cara hidup yg berbeza.  Mempercayai kewujudan kuasa ghaib, kepercayaan kuno, sihir dan unsur magis.

Dlm hal2 tertentu, pengaruh dan amalan kepercayaan lama masih wujud sehingga ke hari ini.

Tetapi pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam serta kedatangan Portugis dan penaklukan Melaka pd thn 1511 menyebabkan kehidupan masyarakat melayu mengalami perubahan yg nyata.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2005 03:20 PM | Show all posts
Apakah kesan penjajahan Inggeris terhadap wanita Melayu?

Secara amnya, lelaki dan wanita mengalami pengalaman yg sama.   Sebahagian besar org Melayu tidak mengalami sebarang perubahan dgn dasar ekonomi yg dilaksanakan oleh penjajajah Inggeris.

Dlm masyarakat Melayu agraria, kaum wanita terlibat 'di dlm aktiviti ekonomi yg dpt membantu keperluan rumah tangga.  Tanaman padi perlu ditanam dan dituai.  Menjaga binatang ternakan, menyediakan pakaian dan makanan.

Sumbangan wanita amat penting kpd pengurusan rumah tangga dan keamanan kampung seluruhnya.

Wanita memainkan peranan penting dlm menentukan corak ekonomi masyarakat.  Cthnya, kebiasaan wanita Kelantan dan Terengganu menjalankan perniagaan di pasar.  Wanita menceburi bidang perubatan, dan berkhidmat sbg bidan.

Yg paling menonjol pd zaman Inggeris ialah norma2 budaya yg mengongkong dan menentukan kehidupan wanita.  Sikap terhadap peranan dan kedudukan wanita lebih nyata apabila kalangan ibu bapa enggan memasukkan anak2 perempuan mereka ke sekolah yg ditubuhkan oleh org perseorangan atau penyebar agama Kristian.

Pd penghujung abad ke 19, pihak pemerintah Inggeris menghadapi tentangan apabila mereka cuba memperkenalkan program pendidikan bg kanak2 perempuan.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-1-2005 12:04 PM:
Walau pun wujud berbagai budaya dan adat, masyarakat Melayu bersatu dgn ikatan penyatuan Islam.  Islam tlh bertapak di Sem Tnh Melayu pd awal thn 1400.  Di kalangan masyarakat Melayu purba, mereka  ...



SEMENANJUNG TANAH MELAYU telah terima kedatangan Islam seawal

1200 atau 1300 masihi....kan  ?  .

bukankah Patani &  Terengganu yg mula2 didatangi Islam ?

[ Last edited by senyum_77 on 17-1-2005 at 03:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2005 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by senyum_77 at 17-1-2005 03:41 PM:
SEMENANJUNG TANAH MELAYU telah terima kedatangan Islam seawal
1200 atau 1300 masihi....kan  ?  .
bukankah Patani &  Terengganu yg mula2 didatangi Islam ?
[ Last edited by seny ...


Ahli sejarah mengatakan bhw penyebaran agama Islam yg pertama bermula di Terengganu melalui negeri China.  Ini berdasarkan sebuah batu bersurat yg dijumpai, yg membuktikan bhw sekump org Islam tlh mendiami di Terengganu dlm thn 1303 M.

Ini diragui krn kedudukan Islam di Terengganu pd masa itu tidak kukuh utk berkembang ke negeri2 lain di T Melayu.  Lebih2 lagi pelopor pertamanya ialah ahli perniagaan dan panglima perang China yg beragama Islam sj.  Tidak ada pembesar2 spt di Melaka.

Lebih2 lagi tidak ada bukti yg menunjukkan bhw pemerintah negeri Terengganu sendiri mengambil anisiatif yg tegas dlm penyebaran agama Islam, atau pun sekurang2nya memeluk agama Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2005 05:16 PM | Show all posts
Begitu juga halnya  dgn apa yg berlaku di Kedah waktu zaman pemerintahan Raja Merung Maha Wangsa yg mana dikatakan negeri Kedah yg mula menjadi pusat penyebaran agama Islam.  Dgn alasan bhw seorg muballigh Arab dr Yaman bernama Syeikh Abdullah anak murid kpd Ibnu Batutah tlh sampai ke Kedah kira2 1400 Masehi.

Tidak ada bukti bhw berlaku penyebaran Islam di waktu itu.  Apa lagi Raja Merung Maha Wangsa sendiri bukan beragama Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2005 09:08 PM | Show all posts
Perubahan politik dan sosial yg dilakukan oleh pemerintah Inggeris tlh merangsang pelbagai persepsi dan kegiatan baru.  Hal yg paling ketara ialah perwujudan peluang yg membolehkan wanita turut melibatkan diri 'di dlm hal-ehwal masyarakat'.

Kepentingan politik yg berasaskan keturunan kaum mulai bercambah mengikut pelbagai kump etnik: Melayu, Cina dan India.  

Cadangan pemerintah Inggeris utk menghapuskan kuasa raja2 Melayu (melalui pembentukan Malayan Union) tlh menjadi asas yg menyemarakkan semangat dan tindakan sebahagian besar golongan Melayu menentang cadangan itu.

Wanita tidak terkecuali, wanita bukan shj turut serta di dlm perarakan menentang Malayan Union tetapi juga mengambil bahagian cergas meluahkan pandangan mereka.

Peranan isteri2 para pegawai pentadbir penjajah Inggeris umpama Lady Peggy Templer, bertanggungjawab menubuhkan perkumpulan Wanita di Tanah Melayu.  Lady Templer tlh diminta oleh Templer utk memikirkan beberapa cara utk meningkatkan taraf hidup melalui beberapa kegiatan yg boleh menarik minat wanita ketika menghadapi kerumitan.

Ketika itu, pertubuhan Pandu Puteri dan Persatuan Palang Merah tlh wujud.  Lady Templer ingin suatu bentuk kegiatan yg boleh disertai oleh semua kaum.  Beliau mencadangkan penubuhan perkumpulan Wanita.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2005 03:22 PM | Show all posts
Kaum wanita memperolehi suatu bentuk kebebasan baru menerusi Perkumpulan wanita dan Jawatankuasanya.  Ia tlh memberi dimensi baru dlm kehidupan wanita.  Perubahan ini tidak begitu ketara.

Ia tlh mencapai matlamat sosial khususnya memberi kesempatan bg penglibatan wanita drp semua kump etnik.

Fungsi perkumpulan wanita masih kekal sbg pertubuhan kebajikan yg menitikberatkan soal2 kekeluargaan dan rumahtangga.  Pd waktu yg sama ia memberi kesempatan kpd wanita menengah memperluaskan pelbagai kegiatan mereka di luar rumah, tetapi masih terikat dgn kegiatan yg bercorak kekeluargaan.

[ Last edited by fleurzsa on 20-1-2005 at 03:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2005 03:29 PM | Show all posts
Pendudukan Jepun

Pemerintahan Inggeris tlh menyediakan konteks asas bg gerakan politik tetapi org Jepunlah yg menanamkan benih kesedaran berpolitik di kalangan wanita.

Berbeza dgn lelaki wanita tidak diberi kesempatan berpolitik sebelumnya disebabkan suasana pengalaman pendidikan tidak memberi mereka pandangan yg lebih luas ttg kehidupan.

Di bwh pemerintahan Jepun, wanita menyedari bhw hak2 asasi mereka tidak diberi perhatian umpamanya utk makan dan hidup dlm suasana yg lebih terjamin tanpa sebarang ancaman dr pihak tentera.

Ibu2 dan anak2 perempuan terpaksa menyamar dan bersembunyi disebabkan ketakutan.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2005 11:31 PM | Show all posts
Zaman peralihan pemerintahan menjadi titik tolak yg merangsang kebangkitan semangat politik di kalangan kaum ibu.  Berlainan dgn lelaki, mereka tlh menunjukkan rasa benci yg meluap2 terhdp pemerintah Jepun.

Timbulnya perasaan benci dan marah dilihat dr segi peluang pekerjaan.  Meski pun ia memberi peluang kpd lelaki yg sanggup bekerjasama di bawah rejim baru, sebahagian besar wanita menganggap bhw pemerintahan tentera Jepun tlh menimbulkan kesusahan dan penindasan terhdp masyarakat tempatan.

Guru2 sekolah Melayu mula kecewa apabila sekolah2 yg mereka usaha bertungkus lumus merosot.  Murid perempuan yg sebelum ini terpaksa dipujuk utk bersekolah, terpaksa meninggalkan persekolahan krn kekurangan bekalan makanan dan pakaian.

Bersambung…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2005 01:00 PM | Show all posts
Wanita yg lulus dr Maktab Perguruan Melayu yg ditubuhkan pd thn 1935 adalah satu2nya institusi yg menyediakan pendidikan tinggi bg wanita pd masa itu.  Menjadi penggerak utama yg dpt meningkatkan status wanita melalui pendidikan.

Usaha2 ke arah pembaharuan sosial terbantut seketika dlm thn 1942.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2005 01:24 PM | Show all posts
Bagaimana pun pendudukan Jepun tlh memberikan sumbangan penting dr segi politik wanita, yg kemudiannya menjadi titik tolak penglibatan wanita dlm soal2 kemasyarakatan.

Selaras dgn usaha mereka utk menggalakkan wanita memasuki tenaga buruh, Jepun menggalakkan penubuhan pertubuhan wanita.

Walau pun pertubuhan tersebut tidak begitu cergas dan popular, penting bg perkembangan politik wanita.  Tambahan pula pertubuhan sukarelaq itu merupakan persatuan pertama yg bersifat umum berbanding dgn persatuan lain, contohnya persatuan guru.

Persatuan wanita ini memberi pengetahuan baru kpd ahli2nya dan secara tidak langsung memberikan pendidikan ttg peraturan menganggotai pertubuhan.

Selepas kekalahan jepun dan Inggeris memerintah,  pertubuhan sukarela tumbuh dgn pesat di seluruh pelusok negara.  Berdasarkan sifat semasa penjajah, kebanyakan pertubuhan masih terikat dgn kepentingan sosial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2005 01:44 PM | Show all posts
Pd zaman Jepun beribu2 wanita keluar bekerja.  Mungkin krn terpengaruh ngan propaganda Jepun supaya turut beri bantuan semasa perang. Mungkin juga krn berminat dpt kerja bergaji disebabkan kesempitan hidup.

Mereka bekerja sbg kerani atau operator telefon.  Pd masa ini wujud kekurangan makanan, inflasi, dan gangguan pd corak hidup harian.

Walau pun propaganda Jepun gagal mendpt sambutan wanita Melayu, mereka terpaksa juga bekerja krn ganjaran yg diperolehi, terutama pd masa itu adanya catuan beras.

Keadaan wanita bekerja wujud di bandar2, bhgn Pantai Barat Semenanjung.  Di tempat2 lain terdpt tentangan krn curiga org Jepun hanya mahu wanita menjadi pelacur.

bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2005 01:36 AM | Show all posts

salam...

Bagaimana pula dengan manuskrip Melayu lama ataupun sejarah Melayu lama ttg WANITA- yg famous yg ternama ialah Tun Fatimah. Tun Teja and Puteti Hang Li Po.Selain mereka tarak - apakah wanita dianggap penting untuk didokumentasikan  setelah era penjajahan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2005 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 25-6-2005 01:36 AM:
Bagaimana pula dengan manuskrip Melayu lama ataupun sejarah Melayu lama ttg WANITA- yg famous yg ternama ialah Tun Fatimah. Tun Teja and Puteti Hang Li Po.Selain mereka tarak - apakah wanita diangg ...


Sebelum zaman penjajahan org Melayu kurang menitikberatkan penulisan sejarah. Byk unsur2 dongeng dan khayalan.  Selepas penjajahan, beberapa org penulis je yg ada kesedaran. Itu pun krn maklumat utk penjajah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 07:38 PM | Show all posts
Keadaan darurat bukan sahaja memberikan pe1uang kepada sebahagian wanita Melayu bekerja di pejabat, malahan te1ah menimbulkan kesedaran betapa pentingnya peranan organisasi sukarela dan kegiatan persatuan di dalam kehidupan mereka.

Bermulanya pergerakan po1itik 'kaum ibu' sebenarnya daripada organisasi yang bercorak kebajikan atau sosial. Hanya me1a1ui pertubuhan sedemikianlah kumpulan wanita kampung mempero1ehi pengalaman sekitaran di luar rumah atau di bendang.

Manakala bagi wanita di bandar, kegiatan berpersatuan memberikan mereka kesempatan bergerak di luar rumah dan mencari ruang pengaruh di kalangan masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2006 08:07 PM | Show all posts

Kemerdekaan

Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan apabila pihak penjajah berundur. Mereka telah meninggalkan pelbagai masa1ah sosial, budaya dan politik yang memperlihatkan keperibadian dan semangat perkauman yang kuat di kalangan kumpulan etnik.

Jurang yang wujud semakin meluas apabila berlaku perubahan yang tidak seimbang dalam sosioekonomi orang Melayu, Cina dan India akibat perkembangan dasar kapitalistik secara besar-besaran di seluruh Malaysia.

Memandangkan kepada identiti dan minat wanita Melayu, maka latar belakang sejarah dan pemetaan sosial kumpulan masyarakat yang mencetuskan semangat kesedaran dan agenda perubahan di kalangan masyarakat Melayu agraria perlu diambil kira.

Kesedaran kaum telah mendesak wanita Melayu tampil ke muka untuk memikul tanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan mengekalkan dan melindungi kepentingan bangsa Melayu. Tanggungjawab ini terjalin erat dengan pihak lelaki bagi mencapai matlamat ini.

Bekerja di samping lelaki, hanya bermaksud bekerjasama, tidak semestinya setaraf antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 05:41 AM | Show all posts
fleurzsa replied at 17-1-2005 09:11 AM
Ahli sejarah mengatakan bhw penyebaran agama Islam yg pertama bermula di Terengganu melalui nege ...

Hihih.  Mana laaah panglima cina bangsa lembik pernah berani jejak kaki di tanah melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya baca fakta2 sejarah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057817 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list