CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo

  [Copy link]
Post time 15-2-2008 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 15-1-2008 11:40 PM
The Nine Walis (Saints) Of Kelantan



He married three Kelantanese princesses - Putri Selindung Bulan, Putri Johor and Putri Ramawati - to start this famous family.

Putri Selindung Bulan and Putri Johor were siblings and they were the daughters of Sultan Baki Shah of Kelantan


EH, bukan ikut Islam, mazhab shafie, seorg lelaki tidak boleh berkahwin dgn 2 adik beradik at the same time. err, mazhab lain boleh ke? or dia kawin the 2, one at a time?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 01:18 PM | Show all posts
Tuan Tulis ulama terbilang
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

CATATAN ringkas riwayat hidup Tuan Tulis ditulis pada papan tanda replika keris di hadapan Masjid Tuan Tulis Ismail di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

DI NEGERI SEMBILAN, tokoh agama, Ismail Hussein atau lebih dikenali sebagai Tuan Tulis dianggap antara wali Allah yang cukup terkenal khasnya di Kuala Talang, Kuala Pilah.

Tuan Tulis juga dikenali sebagai kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana pernah mengubati Yang Dipertuan Besar pertama di London pada 1925, sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sudah meninggal dunia.

Dilahirkan di kalangan keluarga miskin, beliau dikatakan sangat tekun mendalami ilmu agama walaupun dalam kesukaran. Sanggup berjalan kaki merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abd Rahman).



Ketika berguru dengan Tok Ayah Man, Tuan Tulis tidak mampu membeli kitab disebabkan miskin, tetapi rajin dengan berusaha menyalin semua kitab yang dipelajari serta isu kuliah gurunya. Setiap malam beliau akan menyalin kitab yang akan dipelajari pada keesokan hari dengan meminjam buku daripada rakannya.

Tabiatnya yang rajin dan tekun menulis menyebabkan beliau digelar 慖smail Tulis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:14 PM | Show all posts
Islamic Syncretism Examples
May 7th, 2008, in News, by Patung
http://www.indonesiamatters.com/1697/syncretism-example/

Sunan Bonang How many men taught the Javanese their Islam, how far they succeeded and whether the Javanese are really just heathens.

Wali Songo

The men who proselytised Islam to the Javanese, the 揥ali Songo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 10:03 PM | Show all posts
Wali 7, Wali 9, Kelantan-Patanni-Champa & Jawa

[size=1.2em]Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Mereka ini merupakan sebahagian daripada 7 orang Wali bersaudara yang telah belayar ke Nusantara untuk tujuan dakwah. Pada masa itu Kelantan telah pun menerima Islam lebih awal daripada pedagang-pedagang Arab yang belayar ke China untuk berdagang. Batu bersurat Terengganu merupakan bukti yang nyata lagi kukuh tentang kedatangan Islam yang lebih awal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama 'Jeddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Danau Tok Uban. Kota tersebut telah tenggelam ke dalam bumi dan kawasan itu telah dibanjiri dengan tasik yang luas sekali sehingga berombak apabila angin kencang bertiup.
[size=1.2em]

[size=1.2em]
[size=1.2em]Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.
[size=1.2em]Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Tahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]
[size=1.2em]Melalui firasat Saiyid Thana'uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri, Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara. Saiyid Thana'uddin telah memilih untuk bertapa di puncak Bukit Panau di Tanah Merah, Kelantan. Beliau wafat di sana dan kuburnya masih ada di sana tetapi batu nesan telah dibuang kerana menjadi tempat orang Siam dan Cina memuja nombor ekor.

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.

[size=1.2em]Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.
[size=1.2em]Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.
[size=1.2em]Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.
[size=1.2em]Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.
[size=1.2em]Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan 'rahmat' apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
[size=1.2em]Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).
[size=1.2em]
[size=1.2em]Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
[size=1.2em]Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
[size=1.2em]
[size=1.2em]Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan 'Wali Songo' manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 01:01 AM | Show all posts
Satu soalan..siapa tahu siapa sebenarnya Tn Guru Dato' N_k A_i_?

Cuba kaji Tok Perdana zaman Al-Marhum Mulut Merah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 04:49 PM | Show all posts

MB kealntan

ini jawapan tepat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2008 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by pengembara_alam at 8-6-2008 01:01 AM
Satu soalan..siapa tahu siapa sebenarnya Tn Guru Dato' N_k A_i_?

Cuba kaji Tok Perdana zaman Al-Marhum Mulut Merah


Tok Perdana (Nik Mahmud) Dato Perdana Menteri Paduka Raja sudah lama tiada, dan banjir merah yang melanda Kelantan selepas kematiannya turut menyapu bersih banyak buku-buku ilmu beliau. Namun sedikit cebisan ilmu beliau masih ada hingga kini. Pewarisnya masih ada. Tanyalah pada dia, banyak rahsia yang dia tahu. Tapi secebis daripadanya telah pun aku tulis di dalam forum ini.

Ada orang tanya, kenapa kecoh sangat pasal Wali 9?

Jawapan aku:  Aku sedang menanti kebangkitan Islam kali kedua dari sebelah Timur Jauh. Ianya akan berlaku. Mereka adalah daripada keturunan Nabi Muhammad SAW, melalui susur galur Wali 7.

Orang Ameno & BN tentu tidak suka kerana menurut ramalan berdasarkan kasyaf , orangnya seorang yang berserban.

[ Last edited by  WonBin at 27-6-2008 06:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 04:48 PM | Show all posts

Reply #128 aizverus's post

Saya pun cmtu... Sibuk2 org predic anwar/najib terdetik di hati N=Nik Aziz
Tok2 guru kat kelantan pun sayang Nik Aziz ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 27-6-2008 05:52 PM


Tok Perdana (Nik Mahmud) Dato Perdana Menteri Paduka Raja sudah lama tiada, dan banjir merah yang melanda Kelantan selepas kematiannya turut menyapu bersih banyak buku-buku ilmu beliau. Namun ...



Satu soalan... siapakah yg memainkan peranan dalam pembunuhan keluarga raja salor pada pemrintahan mulut merah? Perdana menterinyakah atau sultankah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:20 PM | Show all posts

Wali Songo

Dah ada ke thread ni?
kalau dah ada mod tolong mergekan..

kalau tak ada..
sudi le kiranya kita berkongsi info..
kisah2 menarik tentang wali sembilan orang tu..
dalam websitenya banyak bahasa indo..
banyak tim tak paham daripada paham..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:41 PM | Show all posts

Balas #124 WonBin\ catat

Kedatangan Islam ke Jawa

Di Gresik (daerah Leran) ditemukan batu bertahun 1082 Masehi berhuruf Arab yang menceritakan bahwa telah meninggal seorang perempuan bernama Fatimah binti Maimun yang beragama Islam. Lalu disekitar tahun 1350 saat memuncaknya kebesaran Majapahit, di pelabuhan Tuban dan Gresik banyak kedatangan para pedagang Islam dari India dan dari kerajaan Samudra (Aceh Utara) yang juga awalnya merupakan bagian dari Majapahit, disamping para pedagang Majapahit yang berdagang ke Samudra. Juga menurut cerita, ada seorang putri Islam berjuluk Putri Cempa dan Putri Cina yang menjadi isteri salah satu raja Majapahit.

Sangat toleransinya Majapahit terhadap Islam terlihat dari banyaknya makam Islam di desa Tralaya, dalam kota kerajaan, dengan angka tertua di batu nisan adalah tahun 1369 (saat Hayam Wuruk memerintah). Yang menarik, walau kuburan Islam tetapi bentuk batu nisannya seperti kurawal yang mengingatkan kala-makara, berangka tahun huruf Kawi, yang berarti bahwa di abad XIV Islam walau agama baru bagi Majapahit tetapi sebagai unsur kebudayaan telah diterima masyarakat. Diketahui pula bahwa para pendatang dari barat maupun orang-orang Tionghoa ternyata sebagian besar beragama Islam, yang terus berkembang dan mencapai puncaknya di abad XVI saat kerajaan Demak.

Wali Sanga (9)


Mereka yang dianggap sebagai penyiar terpenting yang sangat giat menyebarkan agama Islam diberi julukan Wali-Ullah dan di Jawa dikenal sebagai Wali Sanga (9), yang merupakan dewan Dakwah/Mubaligh. Kelebihan mereka dibanding kepercayaan/agama penduduk lama adalah tentang kekuatan bathin yang lebih, ilmu yang tinggi dan tenaga gaib. Sehingga mereka selalu dihubungkan dengan tasawwuf serta sangat kurang dalam pengajaran fiqh ataupun qalam. Mereka tidak hanya berkuasa dalam agama, tapi juga dalam hal pemerintahan dan politik.

Menurut kitab Kanzul Ulum Ibnul Bathuthah, Wali Sanga berganti susunan orangnya sebanyak 5 ( lima ) kali yaitu :


Dewan I tahun 1404 M :

Syeh Maulana Malik Ibrahim, asal Turki, ahli mengatur negara, dakwah di Jawa Timur, wafat di Gresik tahun 1419;
Maulana Ishaq, asal Samarkan Rusia, ahli pengobatan, dakwah di Jawa lalu pindah dan wafat di Pasai (Aceh) ;
Maulana Ahmad Jumadil Kubra, asal Mesir, dakwah keliling, makam di Troloyo - Triwulan Mojokerto;
Maulana Muhammad Al Maghrobi, asal Maghrib - Maroko, dakwah keliling, makamnya di Jatinom Klaten tahun 1465;
Maulana Malik Isro’il, asal Turki, ahli mengatur negara, dimakamkan di Gunung Santri antara Serang Merak di tahun 1435;
Maulana Muhammad Ali Akbar, asal Persia/Iran, ahli pengobatan, dimakamkan di Gunung Santri tahun 1435;
Maulana Hasanuddin, asal Palestina, dakwah keliling, dimakamkan tahun 1462 di samping masjid Banten Lama;
Maulana Aliyuddin, asal Palestina, dakwah keliling, dimakamkan tahun 1462 di samping masjid Banten Lama;
Syeh Subakir, asal Persia, ahli menumbali tanah angker yang dihuni jin jahat, beberapa waktu di Jawa lalu kembali dan wafat di persia tahun 1462.

Dewan II tahun 1436 M :

Raden Rahmad Ali Rahmatullah berasal dari Cempa Muangthai Selatan, datang tahun 1421 dan dikenal sebagai Sunan Ampel (Surabaya) menggantikan Malik Ibrahim yang wafat;
Sayyid Ja’far Shodiq, asal Palestina, datang tahun 1436 dan tinggal di Kudus sehingga dikenal sebagai Sunan Kudus, menggantikan malik Isro’il ;
Syarif Hidayatullah, asal Palestina, datang tahun 1436 menggantikan Ali Akbar yang wafat.

Dewan III tahun 1463 M :

Raden Paku/Syeh Maulana A’inul Yaqin pengganti ayahnya yang pulang ke Pasai, kelahiran Blambangan, putra dari Syeh Maulana Ishak, berjuluk Sunan Giri dan makamnya di Gresik;
Raden Said atau Sunan Kalijaga, putra adipati Tuban bernama Wilatikta, yang menggantikan Syeh Subakir yang kembali ke Persia;
Raden Makdum Ibrahim atau Sunan Bonang kelahiran Ampel, putra Sunan Ampel yang menggantikan Hasanuddin yang wafat;
Raden Qosim atau Sunan Drajad kelahiran Ampel, putra Sunan Ampel yang menggantikan Aliyyuddin yang wafat.

Dewan IV tahun 1466 M :

Raden Patah putra raja Brawijaya Majapahit (tahun 1462 sebagai adipati Bintoro, tahun 1465 membangun masjid Demak dan menjadi raja tahun 1468) murid Sunan Ampel, menggantikan Ahmad Jumadil Kubro yang wafat;
Fathullah Khan, putra Sunan Gunung jati, menggantikan Al Maghrobi yang wafat.

Dewan V :

Raden Umar Said atau Sunan Muria, putra Sunan Kalijaga, yang menggantikan wali yang telah wafat;
Syeh Siti Jenar adalah wali serba kontraversiol, dari mulai asal muasal yang muncul dengan berbagai versi, ajarannya yang dianggap menyimpang dari agama Islam tapi sampai saat ini masih dibahas di berbagai lapisan masyarakat, masih ada pengikutnya, sampai dengan kematiannya yang masih dipertanyakan caranya termasuk dimana ia wafat dan dimakamkan.
Sunan Tembayat atau adipati Pandanarang yang menggantikan Syeh Siti jenar yang wafat (bunuh diri atau dihukum mati).

[ Last edited by  jf_pratama at 16-11-2008 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:20 PM | Show all posts
buku2 pasal wali songo ni
kita boleh dapat kat mana?
dalam versi bahasa malaysia le..
yang bahasa indonesia..banyak yang enggak paham lhooo..

ada ke sesape tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 08:05 AM | Show all posts

WALI SONGO

TAHU KAH ANDA LEBIH SEPARUH WALI SONGO BERASAL DARI TANAH MELAYU.
SIAPA PANDAI NAMAKAN WALI SONGO YANG BERASAL DARI TANAH MELAYU
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 08:29 AM | Show all posts

Reply #1 knowhow's post

byk nye ko bukak thread ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by johor_rockers at 20-12-2008 08:29 AM
byk nye ko bukak thread ari ni


tengah bosan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #3 knowhow's post

ko pasti ke tengah??
bukan tepi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2008 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by knowhow at 20-12-2008 08:05 AM
TAHU KAH ANDA LEBIH SEPARUH WALI SONGO BERASAL DARI TANAH MELAYU.
SIAPA PANDAI NAMAKAN WALI SONGO YANG BERASAL DARI TANAH MELAYU



pernah dngr pasal Walisongo ni...

sape ke depa ni?  sila sambung citer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:45 AM | Show all posts

Balas #1 knowhow\ catat

cuba rajin2 selak belakang2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 12:09 PM | Show all posts
kawan.. ko kalu bukak tread bleh tak ko lampirkan ngan info sekali.. takat bukak treate nak dapat kredit, tapi tinggal bodo dengan pertanyaan.. nek som kat kampung pun leh bukak baii....

yerr..yerr jer bukak ingat ader info...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 20-12-2008 12:09 PM
kawan.. ko kalu bukak tread bleh tak ko lampirkan ngan info sekali.. takat bukak treate nak dapat kredit, tapi tinggal bodo dengan pertanyaan.. nek som kat kampung pun leh bukak baii....

yerr. ...


siapa yang bodo dengan pengetahuan kalau tak tahu tanya ingat ilmu tu senang dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.101732 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list