CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: m_vaughn

~MERGED~Tapak sejarah Kota Gelanggi

[Copy link]
Post time 5-1-2010 11:25 PM | Show all posts
3# AdrianMutu



wat pe nak ajak org luar..ni warisan kita..kita la yang menerokanya...nanti ntah ape puter belit org luar pasal sejarah kita...kita pun ramai cerdik pandai dalam bidang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 12:15 AM | Show all posts
betul ke wujud? setau aku ketamaduna paling awal bg org melayu antaranya ialah kerajaan langkasuka, funan, champa dan chermin, malah ada dlm rekod2 china
-jadi kota gelanggi ni, kisahnya pun tak didengar dr mana2 rekod bngsa asing, rekod2 kerajaan lama melayu pun takde sebut. atau adakah ia terlalu lama smpai saat kota gelanggi ni runtuh, kerajaan yg aku sebut di atas tu baru muncul? kalau la betul, tahun bilakah? sebelum Masehi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 05:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by arisa_imamura at 6-1-2010 17:17

nama kota gelanggi ada disebut dalam sejarah melayu, kata wikipedia

tp ai tgh check nama kota ni dlm sejarah melayu ni jap tak jumpa plak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 05:21 PM | Show all posts
ok dah jumpa

Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per¬bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.


source : Sulatus Salatin / Sejarah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 01:46 PM | Show all posts
ape cita kota gelanggi sekarang?aku google banyak berita lama jer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 12:36 PM | Show all posts
kepada semua, sebelum melaka, org melayu sudah ada peradaban sendiri iaitu
gangga negara,kedah tua ( kalha),pan pan dan langkasuka.

sebagai contoh lembah bujang ialah tapak peradaban yg tertua di asia tenggara

ia menunjukkan org melayu yg mengasaskan tamadun di nusantara ini ( bukan org2 di indon)

aku dh gi lembah bujang..aku terkejut tgk peninggalan nenek moyang kita kat situ. kalau kat melaka, barang2  ada yg replika dan koleksi yg dipinjam dri luar negara. tp di lembah bujang,semua yg asli.

korang pergi lah lembah bujang...korang mesti terkejut. xde la commercial mcm melaka,tp penuh dgn sejarah yg kaya. yg paling penting bukan sejarah portugis,belanda. tp sejarah org melayu hindu buddha

semua binaan di sana di bina org nenek moyang kita. aku hairan kenapa kita agungkan peninggalan penjajah sedangkan nenek moyang kita dah ada tamadun hebat di saat london,amsterdam,,lisbon ialah kampung setinggan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 01:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 6-6-2010 12:28
kepada semua, sebelum melaka, org melayu sudah ada peradaban sendiri iaitu
gangga negara,kedah tua ( kalha),pan pan dan langkasuka.

sebagai contoh lembah bujang ialah tapak peradaban yg tertua di asia tenggara

ia menunjukkan org melayu yg mengasaskan tamadun di nusantara ini ( bukan org2 di indon)


Hahahahaha ....... lucu ... lucu ...

Tahukah anda bahwa penduduk asli semenanjung pada masa itu adalah orang Mon-Khmer..... bukan austronesia ... dan semenanjung baru dimelayukan pada abad ke VII ketika menjadi wilayah jajahan sriwijaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 04:09 PM | Show all posts
Kota Gelangi ni sama lah macam Kerajaan Gunung Jerai.Misteri.Kedua-duanya tempat orang bertapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 09:24 AM | Show all posts
Hahahahaha ....... lucu ... lucu ...

Tahukah anda bahwa penduduk asli semenanjung pada  ...
jf_pratama Post at 6-6-2010 13:26



haha lucu banget...indonesia itu dibina oleh pedagang2 India..so jdla Indianesia atau lebih glamour Indonesia.:re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:10 PM | Show all posts
Hahahahaha ....... lucu ... lucu ...

Tahukah anda bahwa penduduk asli semenanjung pada  ...
jf_pratama Post at 6-6-2010 13:26



    Sriwijaya?.Sriwijaya juga pernah berpusat di Brunei.Amacam kalau aku cakap pusat Sriwijaya di Sumatera dibuka oleh orang-orang dari Brunei!.Jangan berfikiran sempit.Empayar dulu-dulu bukan macam sekarang nak kena ada pasport pelbagai.Dulu-dulu tak kisah kalau sesiapa saja nak merantau kemana-mana sama ada orang dari Semenanjung nak berhijrah ke Sumatera atau orang Sumatera atau pulau-pulau lainnya nak berhijrah ke Semenanjung atau terus ke Champa.Empayar Sriwijaya bukan macam empayar British atau Belanda yg menguasai secara menjarah atau menjajah tanah orang lain.Empayar Sriwijaya ialah suatu empayar yg menceritakan suatu kekuasaan bangsa Melayu atas bangsanya sendiri.Pusat pemerintahan Sriwijaya di Palembang ialah Ibukota kepada seluruh empayar tersebut dan bukannya penjajah keatas tempat lain yg berada dalam empayar itu.

        *Tak tahulah kalau-kalau Wak JF anggap Jakarta atau Pulau Jawa sekarang ini sebagai penjajah kepada Provinsi lain di Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:30 PM | Show all posts
Hahahahaha ....... lucu ... lucu ...

Tahukah anda bahwa penduduk asli semenanjung pada  ...
jf_pratama Post at 6-6-2010 13:26



    Agak-agak encik JF, mana perginya habis melayu-melayu Sriwijaya tu.Takkan pewaris-pewaris Sriwijaya pun dah tak jadi Melayu dah?Takkan hanya tinggal Orang Kepri saja yg masih melayu.Takkanlah orang mon khmer pula nak berbangga-bangga jadi Melayu.Melayu yg ada kat Kemboja pun berbeza darah dari puak Khmer tu.Takkan orang Melayu kat Semenanjung Tanah Melayu ni orang Mon Khmer pula.Alas(Lebar) sangat ke Laut Melayu(nama purba Selat Melaka) sehingga penduduk Pulau Melayu(Sumatera) dengan Semenanjung Melayu tu nak jauh berbeza darahnya?.Bangsa melaut macam orang Melayu ni main balik(ulang)hari je dari Sumatera ke Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 06:08 PM | Show all posts
Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:07 PM
Agak-agak encik JF, mana perginya habis melayu-melayu Sriwijaya tu.Takkan pewaris-pewaris  ...
sayapghaib Post at 9-6-2010 14:30



In shaa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 03:22 AM | Show all posts
terus terang aku kata, kerajaan tak mahu dan takkan ambil berat tentang kesan tinggalan nih atas banyak faktor, antara satu faktor utama yg boleh nampak adalah faktor kewangan. dalam faktor ni, mereka lebih mementingkan simpanan berjuta malah berbillion ringgit untuk kos pilihan raya bagi menjamin masa depan kerusi kerusi empuk mereka.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:59 AM | Show all posts
Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:08 PM
terus terang aku kata, kerajaan tak mahu dan takkan ambil berat tentang kesan tinggalan nih atas ban ...
winamp05 Post at 11-6-2010 03:22

In shaa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 02:32 PM | Show all posts
Aime Che Ros and others tengok kat tempat yg salah...

Berdasarkan leads and clue2 yg aku ade..... walauopun skolah tak pandai sangat...

Membersembah kan:

http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1

Berkemungkinan besar kat sini... bukan kat 'hulu' sungai johor.. tapi hulu sungai sedeli...

Remember, Sejarah Melayu di ambil dari Melaka < yg mane, dibawa lari ke Pahang dulu.. bari di ambil oleh Tun Seri Lanang dan ditulis semula....

Jalan yg dilalui Tun Seri Lanang tentu laut,.... and cerite Kota Gelanggi ni adalah satu penambahan dari Sejarah Melayu yg disalin semula = penambahan dibuat dari cerite2 orang yg ditemui sepanjang perjalanan pergi dan balik...

Dalam Perjalanan pergi dan balik.. cume ade 4 buah Kuala Sungai Besar je  yg dia jumpe - biasenye tempat kapal2 berlabuh :

- Kuala Pahang
- Kuala Sg Endau
- Kuala Sg Sedeli
- Kuala Sg Johor (Kota Tinggi)..

So, tak mungkin kat Linggui, kat tasek etc.. << Sebab.... pembinaan Kuil untuk rumah ibadat buddha sume atas bukit.. borobudur, tibets, angkor watt etc...

So, tak mungkin dibawah tasik yg mane kawasan nye rendah...

Dan tak mungkin dekat dgn sungai kerana = Ini BUKAN KOTA perdagangan... Ini KOtA Ibadat.. tempat pilgrime.. === same dgn angkor watt, same dgn borobudur << dibina jauh dari sungai..

Aku nak kerajaan bagi aku 14 juta.. nanti aku tunjuk kat mane.. hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:29 AM | Show all posts
InsyaALLAH .. am sure Kota Gelanggi ni wujud .. tapi di mana ya .. ??
Flower007 Post at 10-6-2010 18:08



    Kawasan Gua Kota Gelangi  dikatakan pusatnya.Mungkin bukan kota yg besar kerana sudah jadi kebiasaan orang Melayu menamakan sesuatu tempat yg bertembok sebagai Kota.Contohnya Kota Aur.Kota kat situ cuma bertembokkan tambunan tanah dan pokok buluh.Contoh yg lain ialah Kota Sarang Semut.Kotanya terlalu kecil sehingga tiada peninggalan sejarahnya sekarang akibat pembangunan.Tempoh masa yg lama mungkin menjadi penyebab Kota seperti Gelangi diselaputi rimba dan kemudiannya diterokai tanpa disedari kawasan itu ialah sebuah kota yg lama lebih-lebih lagi sang pembangun itu tidak mengambil berat tentang peninggalan sejarah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 06:06 PM | Show all posts
wujud...gunung jerai dan kota gelanggi pusat ilmu fizikal dan rohani...

gunung jerai-tempat panglima-panglima berkumpul...

kota gelanggi-sebuah kota yang berteknologi tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 02:02 AM | Show all posts
aku masih menantikan perkembangan menarik ini.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:07 PM | Show all posts
Adoi... bile kate Melaka menguasai seluruh semenanjung tanah melayu, maknenyer semue orang melaka duk kat seluruh tanah melayu ke? lol orang kedah still ade di kedah.. orang kelantan still ade di kelantan... same gak empire dulu2... bukanyer dieorng pi duduk ramai2 seluruh kawasan.. cume dubawah naungan aja.. huhu..  jf_pramata, kadangkala komen anda nampak bijak, tpi bgi yg ini anda nampak kurang bijak huhu.... Sama juga bila Empire British memerintah Semenanjung Tanah Melayu, India n lain2... Bangsa2 lain yg asal tetap ada...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:20 PM | Show all posts
wujud...gunung jerai dan kota gelanggi pusat ilmu fizikal dan rohani...

gunung jerai-tempat panglima-panglima berkumpul...

kota gelanggi-sebuah kota yang berteknologi tinggi...


teringat cite mlm tadi.. arjuna.. hahaaahahaa.. tinggi betul imiginasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058569 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list