CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: m_vaughn

~MERGED~Tapak sejarah Kota Gelanggi

[Copy link]
Post time 1-3-2005 05:58 PM | Show all posts
MOD, bole merge tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2005 01:16 PM | Show all posts
Aku actually rasa seronok bila dengar cerita-cerita ni sebab boleh membuatkan kita banyak berfikir, dan inilah juga masanya untuk kita mengetahui lebih mendalam asal usul bumi Malaya. I'm sick of tired hearing Hang Tuah asalnya orang negara Cambodia. It's time we know
and learn something else.

Isu ini amat misteri. Jika kita benar-benar dapat coverage, it will be an advantage of us, orang2 Melayu agar lebih menghargai asal-usul dan budaya kita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:36 AM | Show all posts
ekspedisi dorang dah bertukar nama jadi The Search for Kota Purba Linggiu

THE STAR 26/2/2005

Teams to look for 慙inggiu抂/b]

SUNGAI PETANI: The Culture, Arts and Heritage Ministry has named the expedition to locate the lost city of Kota Gelanggi as 揟he Search for Kota Purba Linggiu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 04:45 PM | Show all posts
errkkk.. ni takde kaitan ngan tempat aku kan.. FELDA KOTA GELANGGI kat JERANTUT, PAHANG..:nerd::nerd:
saspen gak aku tengok thread ni tadi..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 04:11 PM | Show all posts
aper citer terbaru???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 05:58 PM | Show all posts
teruja plak aku nak citer pasal sejarah nie...

aku dapati yg mengkin pihak kerajaan johor mengambil langkah berhati hati sebelum mengumumkan kota yg ditemui itu adalah kota gelanggi...
byk kemungkinan yg aku fikirkan kenapa kerajan johor buat begitu...
salah satunya munkin taknak berita tu tersebar luas oleh media dan para2 akeolago barat mula masuk utk mengkaji dan timbul propaganda...
dan ade byk lagi...

Kota Gelanggi nie kalau betullah kota yg hilang tu...
Ia lebih tua dari Borobudur di indonesia dan Angkor Wat di cambodia...
dan bayangkanlah...
sejarah melayu yg dok kita belajar kat sekolah dulu...
akan berubah...
dan mungkin sejarah peradaban kesultanan melayu juga berubah...
nie salah satu sebab mengapa kerajaan johor cuba menutup/menafikan tentang Kota tu...

sekang nie aku memang teruja nak tahu lebih lanjut pasal nie...
kene gi kedai buku dan baca mana tahu jumpa citer pasal Kota nie...
sebab setahu aku, masa sekolah ade citer pasal kota nie...
tapi tak byk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2005 03:20 PM | Show all posts
chumpon... walaupun kota ni dijumpai.. ia tetap takkan mengubah sejarah keagungan melaka.. cuma sejarah kota di tanah melayu ni akan bermula atau bertarikh lebih awal dari sejarah yg dipelajari sebelum ni.. ia juga jadi bukti semenanjung ni telah mempunyai kota sebelum angkor wat atau borobudur (tak tau eja lah)..

jaja... nama felda tu mungkin diambil sempena nama kota gelanggi ni.. sebab sebelum ni dipercayai kota gelanggi di pahang.. sebab ada penemuan penempatan org zaman apa ntah tak ingat.. neolitik ke apa.. di gua gelanggi.. arkeologi zaman penjajah lagi dah cuba carik... tapi dorang cuma jumpa gua.. kali ni berkemungkinan akan jumpa kesan2 kota... dan ini juga mungkin bermakna kawasan jajahan kota ni luas...

yg kerajaan johor tu.. aku tak tau nak komen sebab sebelum ni dorang yg cakap kota gelanggi tak de kat johor... lepas campur tgn menteri kebudayaan.. baru la ekspedisi ni dapat diteruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2005-3-9 03:20 PM:
chumpon... walaupun kota ni dijumpai.. ia tetap takkan mengubah sejarah keagungan melaka.. cuma sejarah kota di tanah melayu ni akan bermula atau bertarikh lebih awal dari sejarah yg dipelajari seb ...


heheh.. bangga aku kejap. sebab nama tempat aku kota gelanggi.. sblom  nih.. kalo aku sebut kota gelanggi jek.. sume orang nganga:kant: tatau kat mana.. aku sebut gua gelanggi tau plak..derang ingat aku dok dalam gua agak nyelol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2005 11:39 PM | Show all posts
  boleh juga ke   :   http://www.kotagelanggi.com/
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 22-3-2005 12:26 AM | Show all posts
Lokasinya kat mana?kat daerah mana?sampai susah sangat nak pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 22-3-2005 12:26 AM:
Lokasinya kat mana?kat daerah mana?sampai susah sangat nak pergi?



tempat tu RAHSIA. :ah:

diRAHSIAkan untuk sementara, takut kawasan tu diceroboh PENCURI
KHAZANAH SEJARAH .
  ;)

[ Last edited by my_3A on 22-3-2005 at 12:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 02:30 AM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 2005-3-22 12:26 AM:
Lokasinya kat mana?kat daerah mana?sampai susah sangat nak pergi?


di tengah hutan belantara.. yg dulunya kawasan hitam.. tempat komunis... mungkin kena hantar askar dulu buat tinjauan.. kang pijak jerangkap samar... mati pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 02:45 AM | Show all posts
'KOTA PURBA JOHOR DI DASAR EMPANGAN'

KOTA TINGGI (Johor) - Lokasi sebenar Kota Gelanggi yang dikatakan berusia lebih seribu tahun di hulu Sungai Johor dikatakan sudah tenggelam di dasar Empangan Linggiu di sini.

Tapak kota purba itu dikatakan berada di situ berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) tulisan Tun Sri Lanang susunan A. Samad Ahmad dan W.G. Shellabear.

Sejarawan tempatan, Encik Zakaria Hadi, 77 tahun, dan penghulu Orang Asli, Tok Batin Kampung Pasir Intan, Encik Abdul Rahman Abdullah, 85 tahun, mendakwa lokasi Kota Gelanggi itu terletak di hulu Sungai Johor.

Encik Zakaria berkata mengikut cerita bapanya, nama Gelanggi sama dengan nama Linggiu, yang terletak di hulu Sungai Johor pada masa ini.

Menurut beliau, kota tersebut dibina daripada batu hitam.

Raja India, Raja Siam dan Raja Majapahit pernah menyerang kota itu, yang wujud lebih awal dari Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

'Saya diberitahu ada orang pernah menemui kota batu hitam dan kawasan gua di situ,' kata Encik Zakaria, sebagaimana ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.

Tok Batin Abdul Rahman pula berkata tapak kota lama itu terletak antara Sungai Tebak dengan Sungai Senterok, di Sungai Linggiu sebelum ia ditenggelami air di Empangan Linggiu.

'Kota itu memang besar. Saya pernah melihat sendiri kerana ia berada dalam kawasan kampung kami dan terdapat tiga lubang seperti tingkap pada dinding kota,' kata beliau.

Dua lagi penghulu Orang Asli, Tok Batin Kampung Kempas Menang, Encik Daud Kadir, dan Tok Batin Sayong Pinang, Encik Adong Kuau, mengesahkan keterangan Tok Batin Abdul Rahman.

Sementara itu, seorang bekas pensyarah sejarah Asia di Universiti Malaya, Dr Chandran Jeshrum, ditukil akhbar The Star sebagai berkata Kota Gelanggi mungkin termasuk salah satu daripada 12 kota purba dalam empayar Siam silam. - BHM, The Star, Harian Metro.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2005 03:55 PM | Show all posts
Aku tak faham camner sejarah awal Melayu Melaka di ubah ke sejarah awal Melayu

Johor...in fact, kerajaan Melayu Melaka bukanlah kerajaan Melayu yang

pertama...dah wujud sebelumnya Kerajaan Melayu yg terawal di Langkasuka,

Lembah Bujang, Mataram & Majapahit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2005 11:35 PM | Show all posts
x de citer terbaru ke pasal kota nih?...
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 5-4-2005 10:59 PM | Show all posts
Lokasinya ialah di Daerah Kota Tinggi.
Lokasinya lebih kurang 2'U 103.5'T
Bandar yang terdekat ialah bandar Kluang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2005 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2005-3-29 03:55 PM:
Aku tak faham camner sejarah awal Melayu Melaka di ubah ke sejarah awal Melayu

Johor...in fact, kerajaan Melayu Melaka bukanlah kerajaan Melayu yang

pertama...dah wujud sebelumnya Kerajaan  ...


ha'ah sejarah melayu bermula lebih awal dari sejarah melayu melaka... sejarah melayu melaka adalah sejarah melayu moden.. dan ada banyak bukti2 bertulis yg wujud sampai hari ini... dan bermulanya masyarakat hari ini... kerajaan yg wujud sebelum tu pupus.. mungkin dikalahkan oleh kerajaan lain.. atau perpecahan yg mewujudkan puak2 yg hidup berasingan antara satu sama lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 2005-4-5 10:59 PM:
Lokasinya ialah di Daerah Kota Tinggi.
Lokasinya lebih kurang 2'U 103.5'T
Bandar yang terdekat ialah bandar Kluang


:clap: terer..terer.. sumber?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 10:33 PM | Show all posts
Kewujudan Kota Gelanggi Di Ragui Ahli Arkeologi
BERNAMA 1April 2005

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kewujudan tapak Kota Gelanggi atau Gangga Ayu seperti yang disebut dalam Sejarah Melayu versi W.G. Shellabear di satu kawasan di Johor seperti yang didakwa seorang pengkaji bebas baru-baru ini masih diragui sesetengah ahli arkeologi tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Datuk Dr Adi Taha ketika ditemui Bernama berkata lawatan awal ke tapak yang dimaksudkan oleh pengkaji bebas itu, Raimy Che Ross, tidak menunjukkan kesan-kesan penempatan sebuah kota daripada segi fizikalnya.

Selain itu beliau berkata tiada terdapat sebarang petunjuk di kawasan berkenaan yang boleh dikaitkan dengan kewujudan kota tersebut seperti sumber untuk membuat bahan pembinaan atau tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.

"Kita telah gunakan imejan remote sensing dan menggunakan khidmat pakar geologi yang pernah buat kajian di sana tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan wujudnya sebuah kota di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata khidmat ahli geologi digunakan untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan untuk membina sebuah kota. Sekiranya ia dibina daripada batu bata mesti terdapat tempat untuk menghasilkan bahan tersebut.

Kewujudan Kota Batu Lada Hitam atau Klang Kio atau Gangga Ayu seperti disebut dalam Sejarah Melayu hanya dalam perenggan yang cukup ringkas dan ia menyukarkan kajian terperinci dijalankan ke atasnya.

Ketika mengaitkan kota itu yang kononnya wujud pada tahun 1036, Sejarah Melayu mengisahkan kedatangan Raja Suran yang menyerang negeri-negeri tua di Selat Melaka dan Gangga Ayu.

Raja Suran yang disebut dalam Sejarah Melayu adalah Raja Chola yang berasal dari India.

Keraguan yang timbul akibat dakwaan awal daripada Raimy menyebabkan kajian semula perlu dilakukan oleh beberapa pihak bagi mencari lokasi sebenar kota tersebut.

"Sekarang ini kami mulakan kajian daripada awal bermula dengan kajian di perpustakaan, sejarah lisan menerusi perbualan dengan penduduk tempatan termasuk mereka yang menjalankan kegiatan ekonomi dan pengumpulan maklumat daripada masyarakat Orang Asli tempatan," katanya.

Dr Adi berkata, sebuah jawatankuasa juga dibentuk terdiri daripada ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Muzium dan Yayasan Johor, di samping mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Jabatan Geologi Universiti Malaya dan Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) untuk mengkaji secara menyeluruh lokasi yang didakwa sebagai tapak kota berkenaan.

Katanya satu kumpulan eksplorasi juga ditubuhkan untuk membuat kajian di tapak-tapak yang dirasakan besar kemungkinan wujudnya kota tersebut.

Kajian yang akan bermula pada awal April ini dijangka siap sepenuhnya dan dapat diserahkan kepada Kabinet pada Ogos ini.

Sementara itu Fellow Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman berkata kota tersebut berkemungkinan wujud di kawasan lain di sepanjang Sungai Johor dan bukan seperti yang didakwa oleh Raimy.

"Kota Batu Hitam memang wujud seperti yang diceritakan dalam Sejarah Melayu, bagaimanapun sekiranya pengkaji bebas tersebut menyebut Kota Gelanggi ia tidak terdapat dalam penulisan Sejarah Melayu dan ia tidak wujud di kawasan yang didakwa," katanya.

Beliau berkata sekiranya kota tersebut benar-benar wujud di kawasan yang didakwa maka ia akan mempunyai kesan-kesan tamadun seperti tinggalan seramik atau bahan-bahan yang digunakan oleh penduduk setempat pada waktu itu.

Kesan lain yang boleh membuktikan kewujudan kota biasanya ialah jenis tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok lama yang tumbuh meliar di situ selain busut dan dinding kota yang boleh dikesan melalui udara.

"Pencarian masih lagi diteruskan dan hanya masa sahaja yang akan menentukan di mana lokasi sebenar kota yang hilang itu," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 10:34 PM | Show all posts
artikel atas tu nampak mereka ragu2 dgn Raimy.. sama2 lah kita tunggu perkembangan seterusnya.. cuma aku harap.. nanti janganlah org luar yg lebih percaya untuk terus mencari atau kita lebih percaya pada kata2 orang luar...:hmm:

[ Last edited by eyka on 8-4-2005 at 10:45 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.125326 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list