CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mia_Sara

Arghhh!!! Im in love

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-6-2005 10:25 AM | Show all posts
Kemas setiap langkah  Alia. Hatinya tidak sabar melihat Rin sahabat baiknya berpakaian cantik selaku pengantin baru.

Alia masuk ke kamar pengantin. Di hias indah. Rin menjerit.

" Ah!!!!! Lia!" Rin menghampiri Alia bagaikan sepuluh tahun tidak bertemu.

Alia juga seronok, di cium pipi mulus Rin.

" Tahniah  Rin, dah jadi pengantin baru dah kau " tersenyum manis wajah  Alia. Sesungguhnya dia amat gembira dengan kebahagian yang bakal dikecap  Rin.

"  Thanks dear, aku pun macam tak percaya" kedua duanya ketawa.

Malisa yang tercegat disitu turut ketawa melihat keletah Rin dan Alia. Dia tahu Alia mata rapat dengan Rin.

Baru Alia perasan akan kelibat Malisa.

" Eh , kak Lisa, sorry Lia tak perasan. Ni lah , pengantin ni .. menjerit bukan main lagi" Alia menghempiri Malisa.

Malisa mencium pipi Alia tanda mesra. Biasalah perempuan jika bertemu rakan atau sesiapa sahaja yang disukai..salam pasti tidak mencukupi.

Rrin kembali ke meja solek. Mmak andam kembali membetulkan mekapnya.

" Akak datang dengan husband?" tanya  Alia lembut.

" Ah ah ! nanti bolehlah akak kenalkan husband akak." Malisa senyum ramah.

" Emm boleh apa salahnya.. and you know what Lia datang dengan siapa ?" Alia cuba menarik perhatian Rin.

Rin mula ketawa ." ha ha ..betul ke ?" dia ketawa girang.

"  Iiyerr !!! " Alia kembali menghampiri Rin. Ddia mencubit lengan Rin.

" Aduii!" kau ni ! aku kan pengantin?" tersenyum Rin sambil mengosok gosok lengannya yang di cubit.

Malisa terpinga pinga dia tidak faham. Menghampiri Alia.

" Apa ni I tak faham lah ?"

Alia menjelaskan.

" Tak, ni hah ! pengantin baru kita ni pandai pandai nak jadi match maker !"

Alia menjelaskan lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2005 10:49 AM | Show all posts
" oh ye ke ? so Lia datang dengan sapa ni ? dengan match mate tu ke?"

Malisa bertanya lagi.

Alia mengangguk.

"  Yelah dah Si makcik ni  sibuk sibuk bagi alamat Lia, contact no so takkan Lia nak kecewakan effort pengantin kita ni ?" Alia memeluk Rin

Rin juga.

"Alaah .. Lia, kau janganlah marah aku, aku ikhlas.. Iqbal tu ok.. dia bukan macam ex bf kau tu "

Malisa turut senyum.

" Ah ah lah  Lia give it a try" Malisa juga turut menyampuk .

"  Yeah  I am  dan Lia pun dtg dgn dia ni, tu dia ada kat depan tu "

Malisa seronok. Dia ingin melihat lelaki yang di match mate kan Rin untuk Lia .

"  Jom , tunjuk akak ." dia menarik tangan Alia.

" Eh ! nanti! Aku pun nak tengok" sama sama  Rin berlari anak mengekori Alia dan Malisa.

Mak andam menggeleng kepala.

"Ish bertuah punya pengantin "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2005 03:54 PM | Show all posts
merungut mak andam melihat kelatah 3 wanita yang ceria itu. Siapa tahu apa natijahnya selapas ini. Saat mata bertentang mata nanti apa reaksi Alia dan Amir.

Rin sempat menoleh nak mengenyet matanya kpd Mak Andam.

Malisa kejap memimpin tangan Alia, dia suka akan Alia ini.  Perwatakkan manja dan lembut. Baik orangnya tapi wajahnya terlalu banyak menyimpan rahsia. Rin seperti biasa perwatakkan cerianya sering menghiburkan. Manakala  Alia. seperti biasa sering sahaja berdiam diri. Dia mengekori Rin, apa tidaknya tangannya ditarik kemas oleh  Rin dan Malisa.

" Mana Iiqbal?" tanya Rin tidak sabar.

"  Ah tu " Alia menunjukkan sepasang tubuh sasa kemas duduk tertib bersila menantikan Pak Imam tiba. Hatinya tiba tiba berderau. Berbisik hatinya.

"  Amir! " tangannya mula seram sejuk. Kejang rasanya seluruh anggota badannya tidak dia percaya dia terlihat  Amir yang sekian lama menghilang.

Alia cuba menarik nafas dalam. Di gosok matanya yang tidak gatal itu untuk memastikan.

Rin tidak perasan bahawasanya itu Amir.  Apa tidaknya dia sendiri begitu teruja melihat jika Majid bakal suaminya ada disitu.

Tiba tiba Malisa bersuara lembut.

"  Lia, yang sebelah pemuda match mate Lia tulah husband akak, tu! yang pakai baju biru lembut tu sama macam warna baju akak ni ?" Malisa menunding jari kearah Amir suaminya.

Bagai hali lintar saat dia dengar akan kata kata Malisa itu. Iingin sahaja dia meraung saat itu. Ah! untuk apa? dia tidak tahu yang pasti hatinya saat sedih saat itu.  Wajah yang sangat dia rindukan muncul  dengan tiba tiba dan lebih menyedihkan ..Amir suami Malisa. Mengapa dia tidak tahu akan hal ini lebih awal.

" Handsome tak Lia?" tanya Malisa manja.

" Hmmm " Alia sekadar mengangguk. Saat ini dia seperti hilang punca hendak ketawa hendak senyum malah untuk turut bergembira bersama Rrin juga dia sudah tidak berdaya.

Rin pula begitu gembira. Dia menoleh.

" Emm handsome Iqbal. yang sebelah tu husband Lisa?" Rin bertanya.

" Yup!" anggup Malisa bangga.

" Hmm not bad sis !" Rin menepuk bahu Malisa.

"  Wei!!" Rin menepuk bahu  Alia pula.

"  Takkan kerana lihat bakal suami kau je dah kaku semacam ni ?" Rin menyakat lagi.

" Mana ada !" Alia cuba menyembunyikan resah hatinya.

" Jomlah Cik adik manis, lagi sat Pak  Imam sampai ..dah lah tu hah! mak andam kau dan muncung je tu !" Malisa menarik tangan Rin. Alia sekadar memerhatikan sahaja.

Kembali Rin duduk di hadapan meja solek. Semuanya sudah lengkap disolek sekadar membetulkan alis mata dan bedak asas yang tidak rata. Semuanya kelihatan amat cantik. Mak andam terasa puas.

Malisa kagum melihat kecantikan asli wajah Rin.  Sedangkan  Alia. masih lagi berdiri di situ . Kaku dan sepertinya mahu saja jasadnya melayang pergi.

Suasana kembali ceria.

Saat yang dinantikan telah tiba. Paluan kompang memecah keheningan petang amat menghiburkan. Suara anak anak muda berkumpulan menyanyikan lagu menyambut pengantin lagi menggamatkan  suasana. Pak Imam telah sampai dan telah bersedia menanti Majid yang tidak kurang dari setengah hari bakal menjadi suami yang sah Rin.Kelihatan segak dia.

Rin duduk sopan. Kali ini dia tidak lagi becok seperti tadi. Hatinya sudah mula gementar. Akad nikah yang bakal disaksikan bakal mencetus sejarah dalam hidupnya. Dia tidak sabar menanti saat itu tiba saat dia sah menjadi isteri Majid. Hatinya berbunga bunga.

Pengantin perempuan dan kesemua sanak saudara dan rakan taulan yang terdiri dari golongan wanita duduk disebalh sudut bilik. Manakala lelaki disebalah sudut depan bertentangan. Alia duduk betul betul bersebelahan Rin, manakala Malisa disebalah belakangnya. Perlahan dia mengekori Rin yang duduk di kusyen pengantin. Duduk bersimpuh manja. Alia terketar ketar tanganya membetulkan selendang Rin.  Bukan dia malu menemani Rin, siapa tahu  saat itu jika Amir melihatnya. " Ah tidak dapat dia bayangkan. Dia benar benar gelisah.

Tidak berganjak kepalanya. Tepat mengadap Pak Imam, matanya juga amat takut untuk melihat kearah lain.  Takut dia . Takut matanya bertembung dengan mata yang amat dia rindukan.

Amir yang duduk disebalah Iiqbal membetulkan songkoknya. Dia menanti Rin pengantin perempuan dibawa duduk ke kusyen yang telah disediakan pihak keluarga pengantin perempuan tadi.

Saat dia lihat ..

" Alia!" terkeluar suara itu dari mulutnya. Jantung berdegup kencang.Apatah lagi bila dia melihat Malisa mesra berbual dengan Alia.

Iqbal menoleh ke arah Amir, berkerut dahinya. Apa yang dia dengar tadi nama Alia disebut benarke ? atau salah dengar semata.

Iqbal ingin mencari kepastian. Dia menoleh lagi kepada Amir. Amir pula berpeluh dahinya. Dapat dia lihat mata Amir tidak lekang menatap  Alia. Iqbal juga melihat Alia. Serba tidak kena, kenapa Aia tidak langsung memandangnya. Kenapa Alia sepertinya hanya ingin tunduk. Dia lihat tangan  Alia sedikit terketar ketar ketika membetulkan tudung Rin.

Iiqbal mula mengesyaki sesuatu. Apa ini Amir? bisik hatinya. Dia ingin mencari kepastian.

Iqbal mematikan lamunan dan gelodak hati Amir.

" Bang, dari tadi kita berborak , tidak pula abang beritahu saya nama abang?"

Amir gugup. Hatinya jaki.

"  Ish! saat ini pula ingin tahu nama aku lelaki ni !" bisik hatinya.

"  Eh lupa pulak" Amir cuba berlagak biasa. Berbisik dia menjawab.

" Amir " dia menoleh dan senyum perlahan suaranya. Bbarangkali menghormati upacara akda nikah yang  yang sedang berlangsung itu.

" Oh, Iqbal ! mendatar suara Iqbal.

Dia melihat kehadapan. Dapat dia lihat Alia dan Amir tergamam. Mata mereka sudah cukup menjelaskan semuanya. Iiqbal dapat lihat Alia seperti hendak menangis. Amir...renungannya tajam.

Iqbal berlagak biasa. Dia tidak mahu terburu buru berbuat apa apa. Tapi siapa dia untuk melakukan apa apa .. kekasih juga bukan sekadar teman ke majlis Rin ini. Bila dia teringat itu Iqbal menarik nafas dalam. Ketika itu dia yakin. Inilah Amir yang diceritakan Rin itu.

[ Last edited by Mia_Sara on 27-6-2005 at 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2005 10:08 AM | Show all posts
Selesai akad nikah .. sah Majid dan Rin menjadi pasangan suami isteri yang sah. Alia sedari tadi cuba mengawal dirinya utuk tidak menangis. Dai amat sebak sekali " sampai hati Amir" bisik hatinya. Tidak langsung memberitahunya akan kemana ia diam dan menghilangkan diri. Sudah puas dia menahan sabar hatinya. Megeluh dan mengalah. Tapi, bila dia terlihat Amir tadi jiwanya benar bena kecewa.

Alia bangun dari duduknya. Dia masuk kebilik belakang. Ah! bilik siapa pun dia tidak tahu. Dia perlu duduk dan menenangkan hatinya.

Alia tidak dapat menahan sebaknya.

" Ergh !" Alia mengeluh hiba. Di tarik nafas cuba dia mengembalikan kekuatan dirinya.

Iqbal mencari cari Alia. Dia ingin mengajak Alia makan. Sudah tersedia semua lauk pauk yang sungguh menyelerakan. Pastinya dia tidak mahu makan tanpa Alia. Tercari cari dia.

Alia muncul menyapanya.

Dalam renungan Iqbal. Tapi dia buat tidak tahu.

"  Jom Lia makan, saya dah lapar ni " Iqbal cuba bergurau. Berlagak biasa sahaja dia.

Alia cuba senyum. " Ok "

Iqbal sengaja menarik tangan Alia. Digenggam eat tangganya .. Alia terperanjat dengan perlakuan Iqbal. Alia cuba menarik tangannya dari genggaman Iqbal. Namun tidak berdaya. Iqbal pula selamba sahaja. Ah! sengaja dia bebuat begitu kerana dia sedar ada mata yang memandangnya dan Alia dari tadi.

Peliknya .. Alia tidak begitu bersungguh sungguh menarik lepas tangganya. Dia hanya membiarkan. Tatkala ini ingin sungguh dia dipeluk ah! tak kira siapa sahaja juga bisa. Robek hatinya tatkala melihat cintanya ada disitu dan lebih memedihkan peristiwa cintanya yang terbengkalai begitu sahaja.

Alia mengikuti Iqbal. Tiba tiba.

Malisa memanggil namanya.

" Lia! " Malisa mengahmpirinya.

" Nak makan ke ?" tanya Malisa.

Terasa malas menjawab. Tapi Malisa tidak besalah dalam soal ini. Langsung tidak bersalah. Malah jika Malisa tahu dirinya pasti akan dicaci.

Perlahan dan dengan rasa ragu ragu Alia menjawab. " Ya kak."

Malisa spontan menjawab. " Emm ok gak, jom makan sama sama. " Malisa menoleh kepada Iqbal.

" Oh ni your match mate ye?" Malisa senyum dan menghulur tangan.

Sedang Alia dadanya semakin berombak ombak.

Amir menghanmpiri. Dia tidak tahan lagi dia harus mendekati  Alia. Tidak tahulah mengapa dia sudah tidak peduli. Terasa hantinya sakit saat dia lihat Alia dan Iqbal begitu mesra sekali.

Iqbal bersuara .

" Emm bagus tu jomlah..err Malisa bukan ?" dia bertanya lagi.

" Ye, emm ah! ni my hubby Amir " Malisa memperkenalkan suaminya. Mana tahu suaminya sebenarnya bukanlah asing buat Alia. Ke ranjang juga sudah. Sialan!

Amir menghulurkan tangan kepada Alia.

Terketar ketar tangannya menyambut salam Amir. Dia langsung tidak memandang Amir.

" Iqbal, hmm I dah kenal dah tadi kita duduk berdua semasa akad nikah tadi. " Amir menerangkan kepada isterinya Malisa. Saat Malisa kehairanan kerana Amir tidak bersalam dengan Iqbal.

Iqbal menyahut.

" Ye Lisa.. I dah kenal husband you tadi, Kita berborak macam dah kenal lama pun ye jugak" Iqbal senyum sinis.

Ketawa yang di buat buat. Keempat mereka menju ke khemah diahadapan. Entahlah bagaimana reaksi Alia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 03:37 PM | Show all posts
alahai... siannye ngan aliaa....
miaa... bilo nak abih ni... tak sabau den! hehehee...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 04:35 PM | Show all posts

..............

just like I said in my post at other thread.. it's full of mixed feeling...

[ Last edited by bb_nessa on 27-6-2005 at 04:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2005 10:17 AM | Show all posts
Amir mengekori. Sengaja dia berjalan berhampiran Alia. Sedang Iiqbal dadanya berdebar debar muncul satu perasaan yang sangat dia jengkelkan. Cemburukah dia.

Amir sempat melirikkan matanya kepada Alia. Iqbal perasan akan perlakuan Amir itu. Sengaja dia merapatkan dirinya kepada Alia. Sekali lagi dia genggam tangan Alia. Kali ini  Alia sudah tidak perasan akan semua itu. Saat ini dia hanya menumpukan perhatiannya mengawal gelodak perasaannya.

Malisa pula seperti biasa mesra dan sentiasa menunjukkan kasihnya kepada Amir. Apa butakah wanita ini? yakin sungguh dia akan keikhlasan suaminya apa agaknya riaksinya nanti jika dia tahu suaminya penah bersama Alia. alah saat ini juga kedua duanya sedang bermain mata. Ggelodak perasaan yang bercampur baur antara Amir dan Alia telah pun dapat dihidu Iqbal. Semakin sakit hatinya melihat perilaku Amir yang selamba itu.

Keempat empat mereka menjamu selera. Hanya Malisa dan Iqbal yang rancak berbual.

[ Last edited by Mia_Sara on 28-6-2005 at 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 28-6-2005 07:00 PM | Show all posts
hey great!
i luv this part!

pssst:baru sekarang aku baca abisss post niii....jenuh nak baca dari page 1...hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2005 08:47 PM | Show all posts
hurms...isk isk...berperang ngan perasaan la si alia nih..sian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 10:31 AM | Show all posts
Perjalanan pulang.


Sepanjang perjalanan Alia tidak banyak bercakap. Begitu juga Iqbal. Lain sungguh perilakunya sekarang ini berbanding sewaktu makan tadi. Iqbal cermat memandu.Sesekali matanya melirik kepada Alia.

Iqbal memulakan perbualannya.

" Lia, kenapa ni ? tak sihat ke ?" sengaja dia bertanya walau dia tahu sebabnya.

Alia menoleh kepada Iqbal dan senyum

" Tak lah saya ok je , maybe penat tak.. " Alia memberikan alasan. Sebole bolehnya dia cuba menenggelamkan rasa gemuruhnya dari penegtahuan Iqbal. Mahupun Rin kawannya.

" Hmmm ok" Iqbal mengiayakan sahaja. Padanya tidak apalah masih banyak waktu untuk dia bertanya Alia nanti. Biarlah wanita ini menenangkan perasaannya dahulu.

20 minit perjalanan pulang. Iqbal dan Alia lebih banyak membuai perasaan sendiri. Iqbal dengan fikiran dan angan angannya sendiri untuk mencuri hati  Alia. Walhal Alia masih lagi berperang dengan perasaannya. Semuanya kucar kacir jadinya.

Sampai di perkerangan rumah  Alia.

Kereta diberhentikan betul betul dihadapan pintu gate rumah Alia. Iqbal turun. Dia ingin membukakan pintu buat Alia. Tidak sempat.

" Ah! Lia ni tak kasi saya peluang langsung !" Iiqbal berseloroh.

Alia ketawa kecil terhivur juga hatinya dengan perlakuan Iqbal yang sopan itu.

"  Takpe, kan kita dan setuju, kalau Iqbal dan berkawan dengan Lia, biar Lia buka sendiri pintu kereta ni kan ?" Alia cuba mengingatkan Iqbal.

"  Hmm ok , sorry saya lupa" Iqbal megangkat bahunya sambil tangannya memegang pintu yang terkuak lebar itu.

" Thanks  Iqbal, err maaf yer kalau Lia tak banyak berbual dengan Iiqbal" Alia cuba hendak menjelaskan tapi kerongkongnya sepertinya tersekat sukar untuk dia meluahkan kata katanya.

" Ops! its ok, Iunderstand" Pintas Iqbal.

" Hmm can I call you tonite Lia?" Iqbal bertanya lembut.

" Err ok " lembut jawab Alia.

" Ok then I'll see you when i see you?" hopefully I hope " Iqbal mengetap bibirnya. Dia senyum. Gadis seperti ini dia amat tahu tidak boleh terlalu mendesak. Dan dia juga tidak mahu Alia berasa tidak senang dengan dirinya. Ttidak apalah dia boleh bersabar. Buat Alia dia sanggup . " Ah bodohnya Iqbal kan ?"

" Bye" Ucap  Alia.

Dia masuk. Tidak dia menoleh  Iiqbal atau menunggu Iqbal beredar dari depan rumahnya.Alia tidak mampu untuk tunggu lagi. Ddai harus masuk kedalam. Dia harus masuk dan mengeluarkan semua tangisan kecewanya.

Iiqbal hanya memerhati. Masuk ke dalam kereta. Sedang mata masih memerhatikan  Alia. Hhatinya akan senang hinggalah Alia masuk ke dalam rumah.

Iqbal hanya senyum.

Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Alia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 10:59 AM | Show all posts
Seminggu selepas majlis perkahwinan Rin dan Majid. Kedua dua mempelai itu telah selamat berlepas berbulan madu di Bali. Dan sekembalinya mereka 2 minggu nanti Rin akan berpindah ke Sarawak. Dan yang pasti Alia pasti akan keseorangan. Terasa kehilangan pasti akan dirasakan.

Dan seminggu itulah juga. Amir tidak senang duduk. Fikirannya tidak henti berfikir akan Alia. Wujud rasa bersalah. Wujud rasa kasih kepada Alia. Tapi dia takut apa akan jadi jika Malisa tahu.."ergh!" berderau darahnya. Malisa isteri yang baik tidak pernah langsung isterinya itu mengabaikannya. Tapi nalurinya juga tidak pernah puas. Dia inginkan Alia.

Jari jemarinya leka mengetuk ngetuk meja tulisnya. Skrin komputer tidak langsung dijamah anak matanya. Berkeliaran akalnya mencarijalan penyelesaian. Penyelesaian apa ? ah! dasar lelaki bodoh!

" Kau ni apa kau nak ah ?" bisik hatinya. Memberontak lagi.

" Kau tak puas ke dengan apa yang kau ada ?" sekali lagi hatinya bergolak.

" Apa kau ingat Alia dan Malisa itu barang mainan kau?! "

" Pikirlah Amir, jangan kau jahanamkan semua hati wanita!"

Amir mendengus perlahan. Menarik nafas dalam.

"Shit!" dia mendengus lagi. Tangannya pantas mencapai telefon. Nombor yang telah lama dia tidak hubungi perlahan lahan dan teragak agak dia dial.

Deringan berbunyi. Handset Alia yang dia hubungi.
Beberapa saat ia berbunyi. Seolah olah seiring dengan gerak nadinya yang kencang. Apa kata Alia nanti. Dia kaget.

Ganggang telefon diangkat.

" Hello " suara Alia sedikit serak.

" Assalamualaikum " Amir perlahan memberikan salam.

Suasana senyap sebentar.

Kedua duanya kaget. Alia lagi. Hatinya terus berdegup kencang.

" Ya " Alia menjawab perlahan.

" Emm its me " Amir memulakan perbualan.

" Yeah I know" diam lagi dia.

" Err how are you ?" tanya Amir.

" Im ok " Alia menjawab nak tak nak sahaja.

" Err Im sorry " kelu lidah Amir untuk meneruskan kata katanya.

" Im sorry that day you and my wife , err she is my wife " Amir teragak agak untuk berkata.

Alia sepertinya faham apa yang dirisaukan Amir. " Dont worry, she did not know anything ok, so you dont have to worry about that " tanpa banyak soalan Alia terus memberikan jawapan. Terasa mual untuk dia terus bercakap dengan Amir. Hatinya memang rindu tapi perilaku Amir keatasnya benar benar membuatnya berkecil hati.

" Errr can we meet ?" tanya Amir lagi.

" Im sorry Im not free " Alia menjawab pantas.

Alia malas meneruskan perbualan itu jiwanya terasa amat seksa sekali.

" Amir, you know what, I have no time to talk to you , Im in the midts of meeting now. So I have to go ok" err and further more Amir, I dont want to talk to you ok, so harap sangat you jangan call I lagi."

"Lagi pun you pun dah lama tinggalkan I so .. what the heck you call I sekarang ni ?"

" Ah ! ok lah bye !" ganggang telefon diletakkan. Alia tidak mampu menahan rasa marahnya. Bukannya ada meeting pun dia MC dan dia tidak mampu untuk bercakap dengan Amir. Tidak mahu dimakan pujuk rayu Amir lagi.

Amir terkesima. Dia diam. Telefon diletakkan.

Entah apa yang Alia fikirkan.

[ Last edited by Mia_Sara on 29-6-2005 at 02:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 02:49 PM | Show all posts
Sementara itu Malisa di rumah sibuk mengemas pakaiannya dan Amir. Dia dan Amir akan menyambut hari ulang tahun mereka di Cherating. Itu hadiah anniversary mereka. 12 tahun hidup bersama dia amat bahagia. Dan bulan madu kedua mereka Malisa yakin akan membahagiakan lagi hidup mereka selaku suami dan isteri.

Malisa mengeluarkan bag baju yang besar di atas almari. Bag baju yang juga pernah digunakan Amir semasa ke Hongkong dulu. Tercungap cungap dia mengambil bag itu. Memandangkan ia terletak agak tinggi. Perlahan lahan diturunkan.

Malisa mengesat habuk yang menghinggapi bag itu. Berwarna hitam. Ah! biasalh debu debu halus yang melekat di situ. Di bersihkan. Dia senyum. Pikirnya bag ini sudah cukup mengisi kelengkapan dia dan Amir. Dibuka bag itu. Di bersihkan dalamnya agar baju baju yang bakal diletakkan kekal bersih. Di celah celah bag itu Malisa melakukan perkara yang sama.

Sedang dia leka membersihkan. Tangannya tersentuh sesuatu .

" Eh apa ni ?" bisik hati Malisa.

" Hmm photo" photo siapa itu mungkin Amir photo yang lupa dikeluarkan semasa di Hongkong dulu.

Di buka sampul photo itu. Agak banyak juga kepingan gambar di situ. Gambar Amir dan rakannya. Satu persatu dibelek Malisa. Dia tersenyum melihat suaminya.

Tiba tiba hatinya berderau saat dia melihat gambar yang dia sedang lihat ketika itu. Wajah seorang wanita yang sedang ceria memeluk suaminya. Bbegitu mesra dan akrab sekali. Malisa melihat satu persatu gambar yang ada. Dia kenal wanita itu. Alia! Tangannya terketar ketar tidak percaya dengan apa yang dia telah lihat ketika ini. Sungguh dia tidak percaya. Benarkah suaminya Amir yang selama ini dia sanjung dan percayai telah menduakannya. Apatah lagi wanita itu adalah Alia, kenalan yang baru dia kenali dan amat menyenanginya. Malah dia juga menganggap Alia seperti adiknya.

Wujud persoalan dihatinya apa Alia sudah tahu bahawa dia ini isteri Amir atau tidak . Atau Alia sengaja mendekatinya hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Amir.Tapi pada perkiraannya selama dia mengenali Alia tidak langsung dia memperkenalkan suaminya. Sepatah kata tentang suaminya juga tidak langsung pernah diberitahu kepada Alia. Malisa bingung.

Hilang kesungguhannya untuk mengemas baju baju yang hendak di bawa. Hilang juga semangatnya untuk berbulan madu. Di campak gambar gambar itu. Bertaburan di lantai.

Malisa bangun, dia membuka pintu almari bajunya. Dengan hanya memakai skirt dan blouse. Malisa mencapai kunci kereta dan keluar rumah. Daniel di tinggalkan bersama bibik.

Kemana dia ? ah! mampus Alia dan Amir.

Sepanjang perjalanan. Malisa cuba mengawal perasaan marahnya. Di kawal air matanya agak tidak terus jatuh berguguran. Dia ingin bertanya akan Alia benarkan Amir ini lelaki yang pernah Alia ceritakan padanya.  Malisa memakai handsfreenya. Nombor pejabat Alia di dial.

" Hello can I speak to Alia " tidak sabar Malisa.

Suara receptionist begitu manja menjawab.

" Im sorry Miss Alia is on MC today, any messages ?"

" Err shit! its ok " Handphone dimatikan. Malisa mengubah arah haluannya ke rumah Alia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 03:04 PM | Show all posts
Saat Malisa sampai di rumah Alia.

Door bell dibunyikan. Malisa sudah pun tercegat di hadapan pintu gate Alia.

Alia pula pada hari itu dia kurang sihat.Sejak dia lihat Amir tempih hari. Hilang semangatnya. Dia buntu tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia takut kalau kalau Malisa dapat tahu bahawa Amirlah lelaki yang pernah menjalin hubungan dengannya.

Lemah dia bangkit dari katil. MAlah baru pagi tdai dia menelefon emaknya di kampung katanya hari minggu ini dia ingin pulang. Perlahan Alia bangkit dari perbaringan. Di jengukkan kepalanya di tingkap.

" Eh ! Malisa " macam mana dia tahu aku ada dirumah?" Alia sedikit kaget. Hatinya berdebar debar. Apa gerak hatinya telah memberitahunyakah bahawa Malisa sudah tahu semuanya. Ah!" bisik hatinya.

Alia cuba untuk tidak risau.

Diambil kunci dan Alia melangkah keluar rumah.

" Eh kak , kenapa akak datang rumah Lia? akak tau Lia MC ke ?"

Malisa yang telah tercegat disitu cuba berlagak biasa. Masam mencukan mukanya. Sambil tangannya masih tergenggam erat sampul yang berisi gambar gambar yang dia lihat tadi.

" Masuklah. " pelawa Alia sopan.

" Hmm " Malisa cuba senyum dia melangkah masuk.

Kedua dua masuk keperkarangan rumah Alia.

" Jemput duduk kak" pelawa Alia lagi.

Malisa duduk dan dia menarik nafas dalam. Di renung wajah Alia dalam. Terbit wajah simpati . Kerana dia tahu apa yang telah Alia lalui. Malah sebelum ini dia juga yang banyak menasihati Alia untuk melupakan lelaki itu. Cuba memaafkannya dan acapkali dia mangatakan bukan salah Alia seorang. Namun kini semuanya lain jadinya sama sekali dia tidak sangka lelaki yang selama ini dia sayang dan hormatkan adalah lelaki yang telah mengadakan hubungan sulit dengan Alia. Apatah lagi tiap kali Malisa terbayang akan perbuatan terkutuk mereka berdua terasa jijik dia.

Alia terkesima melihat Malisa yang diam begitu. Wajahnya serius. Tidak pernah dia melihat Malisa begini setahunya Malisa adalah seorang yang ceria.

Malisa mengeluarkan gambar gambar dari sampul photo tadi. Di hulurkan kepada Alia.

" Nah ! " Malisa mencampakkan gambar gambar itu di atas meja.

Alia gumam. " Sah! agakkannya benar belaka.

Terketar ketar tangnannya meligat satu persatu gambar gambar itu.

Kedua duanya diam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 04:49 PM | Show all posts
saya ingat nak amik le crite nih masuk blog saya simpan dalam kategori khas bila dah siap nanti..:ah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2005 10:29 AM | Show all posts
" kak ..." Alia bersuara perlahan dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

" kak Lia mintak maaf, Lia tak tahu dia suami akak" Air matanya jatuh berjujuran.

Malisa juga hiba. Hendak dia salahkan Alia juga dia tahu tidak adil, suaminya juga bersalah.

Serius muka Malisa. Dia lihat wajah Alia.

" Lia, errrgh pergh! ikut hati akak ni errrgh memang akak marah dan kecewa sangat Lia" Malisa memulakan kata katanya.

" Akak tak percaya dengan apa yang akak dapat tahu ni, selama ni akak dan suami sangat bahagia"

" Apa silap akak? akak tak tau . Sampai hati Amir!"

Malisa menarik nafasnya dalam.

" Lia masih cintakan Amir ?" Malisa mengumpul kesemua kekuatan yang ada padanya. Dia ingin dengar pengakuan Alia.

Alia tersentak.

"  Kak!" kak Lia mintak maaf , Lia tahu Lia wanita jahat..jahat sangat!" Alia mula menangis. Disambung kata katanya.

" Demi Allah kak, kalau Lia tahu dia suami akak, Lia takkan sambut salam perkenalan tu kak"

Malisa memotong kata kata Alia.

" Lia.. akak tanya ..Alia masih cintakan Amir ?"

Alia menarik nafas dalam lagi. Dia harus menyimpan semua yang dia rasa biarlah dia menipu Malisa agar dapat dia merasai semua balasan dari kesilapannya. Sumpah! dia masih merindui Amir malah Amir adalah cinta pertamanya.

"  Tak kak" perlahan Alia menjawab. Mukanya tertunduk ke bawah.

Malisa merenung Alia.Dia tahu Alia berbohong. Otaknya ligat berfikir. Dia cuba berfikir secara waras dan tenang. Dikumpul semua tenaga yang ada.

" Jom ikut akak !"

Alia terperanjat. Didongakkan kepalanya.

"  Kemana kak? Lia tak nak ikut!" Alia cuba menolak.

Malisa masih berkeras.

"  I said follow me ok !" tegas suara Malisa.

" Jom" Malisa bangkit ditarik tangan Alia untuk mengikutinya.

" Kak!! please nak kemana ni ?" Alia panik.

" Kita jumpa Amir!"

"  Lia tak nak ! " Alia cuba membantah.

" I said follow me! " We have to get this done Alia!" Malisa berkeras.

Alia telah mula menangis teresak esak. Berat hatinya hendak mengikut Malisa tapi apa dayanya semua telah pun terbongkar. Alia hanya sempat mencapai handphonenya.

Di dalam kereta Alia tidak sudah sudah mengesat air matanya. Dia bukan takut dengan musibah apa sekalipun yang bakal dia lalui. Tapi hatinya tak sampai hati melihat hati Malisa kecewa sebegini. Apatah lagi puncanya adalah dia sendiri.

Sempat Alia sms Iqbal. Nama itu sahaja yang dia ingat. Pesanan ringkas yang dihantar menyuruh Iqbal datang dan menjempunya di rumah Malisa.

Malisa pula ligat kepala otaknya menerawang membayankan apa yang pernah dilakukan Amir dan Alia sewaktu bersama di Hongkong. Apa lagi dia tahu kedua duanya telah pun terlanjur.

Pedih hatinya seperti disiat siat rabak.

Malisa mendail no handphone Amir.

Dia tidak memberikan peluang Amir untuk bertanya dengan lebih lanjut. Amir yang di pejabat tadi sibuk memikirkan Alia mati angan angannya yerbit rasa cuak. Suara Malisa serius sungguh. Apa ada perkara tidak baik berlaku di rumahnya ke ? pantas dia keluar dari pejabat dan pulang ke rumah.

Hairan dan berdebar hatinya mengapa Malisa berkeadaan begitu. Tidak langsung ada suara manja dan kata kata sayang dari isterinya. Amir cuak.

Manakala Iqbal pula. Kehairanan hampir seminggu selepas dia menghantar Alia pulang tidak langsung Alia menghubunginya. Malah dia juga khuatir sesuatu yang buruk berlaku kepada Alia. Ttidak mungkin dia mengendahkan sms Alia itu. Dia juga ingin cepat sampai kepada Alia. Hatinya berbunga bunga kerana Alia memerlukannya.


Di rumah Malisa dan Amir. Alia tidak lagi dapat dibayangkan wajahnya yang muram itu. Iqbal juga baru sampai. Dia sudah dapat mengagak Malisa sudah tahu akan hubungan suaminya dan Amir.

" Ah! tapi itu dulu 6 bulan yang lalu !" apa Malisa masih menuduh Alia ke ?" atau Malisa terus memaki hamun Alia ke ?" Iqbal cuak. Tidak tahulah padanya Alia tidak boleh dipersalahkan seorang diri. Amir juga harus dipersalahkan. Mungkin keadaan semakin rumit memandangkan Malisa agak rapat dengan Alia. Dan padanya yang malang adalah  Alia dan Malisa itu sendiri. Dan lelaki tolo itu Amirlah yang paling bodoh kerana mengikut nafsu semata.

Keempat empat mereka ada di situ. Malisa mula meraung bagai orang gila. Amir terkesima.

[ Last edited by Mia_Sara on 30-6-2005 at 11:10 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2005 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2005 11:33 AM | Show all posts
mia...good thing that you end it that way.. i mean Alia n Iqbal..instead of Alia n Amir which is so yuckky...

u go girlll:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

mawarbiru This user has been deleted
Post time 8-7-2005 08:47 AM | Show all posts

Dah habis baca....

My komen:-
1) Watak Amir dlm citer ni, memang ramaiiiii kat luar nunnn saneeerrr... dah byk kali jumpe. Solution utk mengelakkan dr terpikat senang jeekk, jgn di layan sgt perasaan tu, jgn build trust sikit pun, biar dia kata kita sombong, it is much more better than too late.  :no:

2) Watak Alia dlm citer ni, she is strong enuf utk menerima dan meninggalkan. I salute her.. the only weakness in Alia is... she's lonely... she needs sum1 to encourage her, she needs good guide... tapi dia tersilap jalan, iaitu memilih utk bersama dgn org yg dia sendiri tak pasti.. tapi lastly dia dpt gakk Iqbal yg much more better than her former bf laa... congrats!! :hug:

3) Watak Iqbal dlm citer ni, raser2nye jarang ada org lelaki mcm ni kat dunia ni... laki2 yg berpangkat mcm Iqbal ni boleh pilih mana2 'fresh' klu dia nak dan dia pasti dpt. Klu ada pun, boleh dikira dgn jari.............. satu 'miracle' laa coz he can accept her. :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 09:15 AM | Show all posts
sebenarnye citer ni ...terlalu common ...dlm drama swasta banyak ... bezanya mungkin citer ni ditulis dgn niat nak mengubah diri dan tak mau buat dosa lagi.

Moral of the story ni

1) Jgn berzina
2) Jaga maruah
3) Jgn porak peranda rumah tangga org
4) Jjgn takut mengakui kesilapan
5) Bertaubat


Terima Kasih kerana membaca. Moga Alia, Iqbal, Malisa dan juga Amir diampunkan dosa dan diberi petunjuk.  Amin:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 01:11 PM | Show all posts
touching story...ada bakat sungguh menulis.. apa kata you jd novelis..jdkan cerita tuh sebagai permulaan and then kesinambungannya cerita alia and iqbal...hantar ke alaf 21..you are very talented!! manalaa tau jd cam norhayati berahim kan...go go.. i know you can do it...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062528 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list