CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: acegal

Orang Asli (merged: herman)

[Copy link]
Post time 6-12-2009 04:01 PM | Show all posts
Orang Asli Bukit Lanjan ni memang gila main muzik live band. Agaknya MKLand sponser peralatan muzik kots kat diorang kots ..... dan orang asli suka menyanyi, suka menari dan suka bermain muzik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 12:30 AM | Show all posts
aku rsa yg berbogel tu sbb budaya diorg kot camtu...
sbb tu diowg xkesah berbogel..
erm sapa yg komplen pasal astro tu???
bagi aku la kan, utk ilmu xde lucah ke x....
so panda2 la tafsir..

cita la lagi pasal org asli kt msial..aku nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:07 AM | Show all posts
Dulu satu artikel kat paper Mingguan Malaysia, ditulis oleh Ustaz Amran Kasimin ada menyebut sebab Orang Asli ni payah nak terima Islam. Tapi aku ingat lupa2 jek kandungannya. Aku try.

Katanya, sesetengah Orang Asli tak nak masuk Islam sebab takut nanti lepas mati, roh diorang akan 'tergantung' di antara langit dengan bumi; tidak diterima Tuhan.

Orang Asli percaya bahawa agama orang Melayu yg duduk di tepi laut/lembah sungai MEMANG DAH DITETAPKAN berbeza drpd agama Orang Asli yg tinggal di hutan. Ala2 hukum alam yg tak dapat diubah.

Bila masuk Islam, kena berkhatan. So lepas mati nanti, bila Tuhan check kemaluan diorang dah dikhatankan seperti orang Melayu Islam sedangkan diorang tu Orang Asli, maka roh diorang akan tergantung di antara langit dengan bumi, seterusnya menjadi hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 01:34 PM | Show all posts
orang asli skang kbykan dah maju2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 01:39 PM | Show all posts
Dilarang keluar rumah seminggu

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

Seperti masyarakat lain di Malaysia, kaum Orang Asli Semai juga mempunyai adat dan pantang larang yang perlu dipatuhi dalam urusan perkahwinan yang diwarisi sejak datuk nenek moyang mereka.



"BOLEHKAH kamu tinggalkan isteri di rumah sedangkan kamu pula merayap di luar? Bolehkah kamu laksanakan semua tugas yang saya beritahu kepada kamu tadi?"

Sambil menunjukkan beberapa peralatan seperti beliung, bubu ikan dan sumpit sebagai simbolik menggalas tanggungjawab sebagai suami, itulah soalan yang diajukan oleh penghulu kampung atau Tok Batin kepada pasangan bakal pengantin.

Sambil diapit oleh pengapit, jika ya jawapan si teruna daripada setiap soalan, Tok Batin itu dan pengantin perempuan juga menjawab ya, maka sahlah mereka sebagai pasangan suami isteri.

Soalan itu perlu diajukan di depan pengantin. Turut serta dalam upacara itu seorang wakil daripada pihak perempuan dan seorang wakil daripada pihak lelaki.


AZIMAH Bah Habis (dua dari kanan) dan pasangannya, Nazri Bah Cupoi masing-masing berumur 17 tahun pada majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.

Begitulah serba sedikit gambaran awal mengenai adat perkahwinan kaum Semai yang disaksikan media di Kampung Sungai Rengsak, Batu 7, Tapah, Perak, baru-baru ini. Kaum Semai merupakan salah satu kaum Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Kampung Sungai Rengsak ialah penempatan kaum Semai yang terbesar di Tapah, Perak.

Jelas Tok Batin, mengikut resam perkahwinan kaum Semai, mereka juga mempunyai adat merisik dan bertunang seperti kaum lain. Bertunang biasanya dilakukan dengan hanya percakapan dan persetujuan mulut sahaja.

"Terpulang kepada bakal pengantin. Jika mereka tidak ada duit, mereka boleh bertunang dahulu. Atau jika mereka sudah ada duit yang cukup perkahwinan boleh dijalankan serentak selepas majlis pertunangan," kata Tok Batin atau nama sebenarnya Bah Tamin.

Menurut Bah Tamin, 50, secara tradisinya, orang Semai akan berkahwin pada usia belasan tahun. Ini kerana kehidupan mereka hanya berlegar di persekitaran kampung yang tidak memungkinkan mereka hidup membujang dalam tempoh yang lama.

"Bagi lelaki yang ingin berkahwin, dia hanya perlu menyediakan wang belanja tubuh sebanyak RM25 untuk diberikan kepada bakal isteri serta sedia menggalas tanggungjawab memberi makan dan minum kepada isteri dan anak-anak," cerita Bah Tamin.

Jamuan ringan

Wang belanja tubuh itu seperti mas kahwin bagi masyarakat Melayu.

Namun, situasi berbeza sekiranya ada pemuda kampung yang berhasrat untuk mengahwini anak Tok Batin. Bezanya ialah wang belanja tubuh yang lebih tinggi iaitu RM60. Ia bagi menunjukkan martabat sebagai ketua penghulu dalam kampung itu sendiri.

Lazimnya, majlis perkahwinan kaum Semai dilangsungkan dalam sebuah pondok. Pondok itu merupakan balai untuk sebarang majlis keraian penduduk kampung.


KEBANYAKAN perhiasan menggunakan tumbuhan semula jadi.

Apabila tiba hari perkahwinan, balai yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah itu dihias indah dengan pelbagai bunga dan daun yang dipetik dari hutan.

Disaksikan oleh Tok Batin dan wakil keluarga kedua-dua belah pihak, barang-barang seperti beliung, bubu ikan dan sumpit menjadi simbolik sebagai tanda bermulanya kehidupan sebagai suami isteri.

Majlis itu biasanya disusuli dengan jamuan makan ringan khas buat tetamu yang hadir. Tetapi, tidak ada nasi minyak atau ayam masak merah, sebaliknya sekadar ubi kayu dan ulam-ulaman yang direbus.

Perhiasan

Untuk menunjukkan mereka adalah pasangan mempelai yang diraikan, kedua-dua pasangan tersebut akan dihias oleh seorang jurusolek. Dari segi pakaian, pengantin perempuan hanya memakai kain batik yang diikat pada paras dada, sementara pengantin lelaki pula hanya menyarung seluar pendek tanpa baju.

Perhiasan yang digunakan hanyalah rantai yang diperbuat daripada ubi kayu dan diwarnakan dengan pewarna merah.

Pengantin juga akan dihias dengan 'mahkota' yang dipakai di kepala. Mahkota yang diperbuat daripada daun nipah serta beberapa kuntum bunga menambahkan seri pada wajah pengantin. Selain mahkota di kepala, kedua-dua mempelai juga akan memakai daun di pinggang dan selimpang pada badan.


KETUA Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail sempat berkenalan dengan pengantin kaum Semai.


DALAM upacara ini, bakal suami dan isteri hanya perlu menjawab 'ya' untuk disahkan sebagai suami isteri.

Sebagai raja sehari, wajah pengantin turut disolek. Menurut jurusolek pengantin, Minah, 27, tidak ada bahan kimia digunakan untuk menyolek wajah pengantin. Apa yang digunakan hanyalah pewarna merah yang terhasil daripada sejenis tumbuhan dari hutan dan tepung beras.

"Tepung beras digunakan untuk menghasilkan garisan putus-putus pada wajah pengantin. Saya gunakan sikat untuk hasilkan garisan putus-putus warna putih pada muka mereka. Tidak ada bedak dalam bekas.


"Kaum Semai dianggap cukup cantik apabila disolek menggunakan pewarna merah yang dicalit pada wajah pengantin lelaki dan perempuan," kata Minah yang merupakan satu-satunya jurusolek pengantin di kampung itu. Minah memberitahu, lazimnya dia akan menyiapkan bakal pengantin sebelum waktu malam.

Pantang larang selepas kahwin

Mengikut adat kaum Semai, pasangan baru berkahwin perlu mematuhi beberapa pantang larang. Selepas berkahwin, pengantin dilarang keluar rumah selama seminggu. Ia dipercayai untuk menghindar daripada gangguan makhluk halus kerana masing-masing berdarah manis.

Memandangkan pasangan yang baru berkahwin masih muda dan belum mampu memiliki rumah sendiri, mereka dikehendaki berlaku adil untuk tempat tinggal selepas berkahwin.


TOK Batin menguji bakal pengantin dengan soalan-soalan mengenai kehidupan.

"Ini mesti dipatuhi. Selepas berkahwin, pasangan perlu bergilir-gilir menetap di rumah mertua. Kiraannya pula, setahun akan tinggal di rumah pengantin perempuan dan setahun kemudian tinggal di rumah pengantin lelaki.

"Selepas semua stabil mereka boleh membina rumah dan melayari kehidupan berumahtangga secara sendiri," cerita Bah Tamin.

Kaum Semai tidak mempunyai agama, kehidupan mereka seperti ekonomi, sosial dan kepercayaan banyak dipengaruhi daripada kepercayaan nenek moyang.


ANTARA peralatan yang dibawa sebagai simbolik perkahwinan.

Justeru, kaum Semai tidak pernah mengehadkan lelaki untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri.

"Datuk saya sendiri mempunyai tujuh orang isteri. Apa yang penting kemampuan untuk menggalas tanggungjawab sahaja," ujarnya.

Begitu juga dengan hal perceraian. Perceraian bagi kaum Semai adalah sesuatu yang tidak baik. Selain menjadi jurunikah, Tok Batin juga berperanan sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah rumahtangga pasangan yang bermasalah.

"Pertama sekali kita nasihat, kedua pun kita nasihat, ketiga tidak ada lagi nasihat dan keempat jatuh talak kepada pasangan itu.

"Tidak habis di situ, jika jatuh talak, kita akan cari penawar untuk memulihkan semangat pasangan yang baru bercerai," jelasnya.


WAJAH Azimah Bah Habis disolek dengan warna merah mengikut tradisi kaum Semai.

Pengalaman kahwin muda

Kuten, 24, adalah antara golongan wanita yang berkahwin muda di kampung itu. Pada usia itu dia kini mempunyai tiga orang cahaya mata bersama suami Bah Ong berumur 29 tahun.

"Saya nikah pada usia 19 tahun. Saya tidak sekolah, sebab itu saya pilih untuk berkahwin. Kini saya hanya membesarkan tiga orang anak," katanya ketika ditemui. Rutin harian Kuten hanya membesarkan tiga orang anaknya dan menuai tanaman seperti pucuk paku, pucuk ibu dan sebagainya di sekitar rumah untuk dimasak.

"Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan apabila suami bekerja di hutan kerana itulah kehidupan kami. Malah, tanggungjawab memburu di hutan itu sendiri ialah tugas seorang suami," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 05:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.287410 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list