CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22583|Reply: 142

Islam hadhari

 Close [Copy link]
Post time 25-2-2005 11:29 PM | Show all posts |Read mode
10 Prinsip Utama Islam Hadhari :

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.

2. Kerajaan adil dan beramanah.

3. Rakyat berjiwa merdeka.

4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.

6. Kehidupan berkualiti.

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

8. Keutuhan budaya dan moral.

9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2005 12:37 AM | Show all posts
KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI


Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. ( Siri Monografi Islam Hadhari Terengganu Bistari , m/s 3 - Idris Jusoh )

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.

........................................................................................................
MAKSUD ISLAM HADHARI


Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? 'Islam Hadhari' adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat). Asal perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada perkataan 'badawah' ( kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan 'hadharah' ataupun sifatnya 'hadhari' bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa ( waqie).

Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 12:38 AM | Show all posts
ISLAM HADHARI - SIASAH SYARIYYAH


Islam Hadhari boleh juga diertikan sebagai Islam Semasa , iaitu mengimplimentasikan kaedah Siasah as-Syar'iyah dalam sistem politik, pentadbiran dan undang-undang negara yang bertujuan untuk menjaga tatasusila, kepentingan umum serta sistem kehidupan manusia di dunia ini mengikut keperluan semasa. Ianya bersandarkan kepada Maslahah Ammah (kemaslahatan umum) bagi tujuan melaksanakan siasah ad-dunia (memakmurkan dunia) dalam ruang likup memberi rahmat kepada sekelian alam.

Siasah Syar'iyyah ialah apa-apa tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi tujuan membawa manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari keburukan - untuk menjaga kepentingan umum, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasulullah S.a.w dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan secara khusus berkenaannya.

Ini kerana Syariah Islam itu bersifat 'murunah' (flexible) dan ianya bersifat syumul (universal ). Di antara ciri-ciri utama Syariah Islam itu yang termasuk dalam ruang lingkup Siasah Syar'iyyah ialah:

Objektif Syariah ( Maqasid al-Syariah ) ialah melindungi dan mensejahterakan lima kategori asas : agama, akal, keturunan, nyawa dan harta.

Syariah Islam bersifat komprehensif - merangkumi perkara dunia dan akhirat serta kehidupan individu dan kehidupan sosial.( Hubungan Manusia - Allah , Manusia - Manusia , dan manusia sesama makhluk )

Syariah Islam bukanlah suatu sistem perundangan semata-mata - malah ia lebih merupakan sistem akhlak dan moral.

Berdasarkan kepada ciri-ciri tersebut, maka matlamat Siasah Syar'iyyah ialah untuk menyusun peraturan-peraturan hidup di kalangan manusia dan memakmurkan bumi ini dengan mengambil kira kepentingan rakyat (umum) berasaskan kepada 5 Prinsip Maqasid as-Syariah , iaitu bagi menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta benda. Inilah yang telah dinyatakan oleh Allah S.w.t menerusi firmanNya:

Bermaksud: "Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

( Surah Hud : Ayat 61 )

Memakmurkan bumi Allah ini dengan segala perancangan pembangunan untuk menjamin kehidupan berkualiti untuk manusia di dunia ini samada dari aspek kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi , keselamatan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur adalah merupakan satu tugas menunaikan amanah Allah dalam ruang lingkup 'hadharah'. Ini semua bagi memastikan dunia ini lebih aman dan damai. Dan dalam konteks dunia global masa kini kemakmuran yang dirancang berasaskan prinsip Siasah Syar'iyyah ini hendaklah berlandaskan kepada beberapa prinsip utama, iaitu :

1. Menghormati undang-undang dan institusi antarabangsa.

2. Menghormati kedaulatan kemerdekaan sesebuah negara.

3. Menyelesaikan pertikaian secara rundingan.

4. Tidak menggunakan kekerasan melainkan dengan mendapat restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

5. Mengagihkan kekayaan secara saksama demi kebahagiaan manusia sejagat.

Prinsip-prinsip 'Siasah Syar'iyyah' yang digariskan oleh kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti mana yang dinyatakan di atas adalah bertepatan dengan firman Allah S.w.t:

Bermaksud: " Hai Manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal "

( Surah al-Hujurat : Ayat 13 )

Malaysia Negara Majmuk. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad sewaktu merasmikan Persidangan Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk anjuran IKIM, pada 17 Ogos 1995 menyatakan bahawa:

" Malaysia adalah negara majmuk dengan penduduk dan rakyat yang menganuti berbagai-bagai agama. Kerajaan Malaysia diterajui oleh orang Islam, bahkan Malaysia mengiktiraf Agama Islam sebagai agama rasmi"

Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia, mengimplimentasikan Islam Hadhari tidak bermakna bahawa kita harus mengikut sepenuhnya sistem pemerintahan di zaman Rasulullah dan Khulafa' ar-Rasyidin ; tetapi kita boleh mengambil faedah dari pengalaman orang-orang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan umum. Yang pentingnya ia tidak bertentangan dengan mana-mana nas syarak sama ada secara khusus atau secara umum mengikut kepentingan-kepentingan ad-dharuriyat (kepentingan asasi) , al-hajiyat ( kepentingan biasa ) dan at-tahsiniyat (kepentingan mewah ).
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 12:40 AM | Show all posts
PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Prof Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim dalam Kertas Kerjanya bertajuk Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perundangan yang dibentangkan di IKIM pada tahun 1999 menjelaskan :

" Al-Quran dan Sunnah tidak meletakkan Perlembagaan yang terperinci untuk diikuti oleh orang-orang Islam pada masa ini. Akan tetapi terdapat beberapa prinsip yang disebutkan yang boleh memberi panduan kepada orang-orang Islam untuk memilih sistem yang terbaik bagi aturan politik bagi masyarakat dan zaman mereka "

Islam Agama Rasmi Negara. Untuk merealisasikan pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia, Perkara 3 (1): Perlembagaan Malaysia telah secara jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara :

"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Islam sebagai agama rasmi bukanlah hanya sekadar melaksanakan Islam dalam perkara-perkara kera'ian dan sambutan perayaan hari-hari kebesaran Islam semata-mata sepertimana yang difahami oleh sesetengah pengamal undang-undang sivil di negara ini, bahkan ianya berkaitan dengan soal pelaksanaan syariat Islam dan aqidah. Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia - tercatat dalam beberapa Fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1), Agama Rasmi , iaitu :

Perkara 11 (4) :

" Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam "

Perkara 12 ( 2): Hak-Hak Berkenaan dengan Pelajaran.

" …adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan"

Perkara 160 ( tafsiran ) :

" Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu "

33. Pelaksanaan Hukum Islam di Malaysia. Melalui peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah kepada kita bahawa prinsip-prinsip Islam telahpun sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memberi ruang kepada kerajaan pada hari ini untuk melaksanakan Islam Hadhari . Ianya telah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan hukum-hukum Islam yang mencakupi akidah, akhlak, ibadah, muamalah, munakahat dan jinayah (ta'zir). Cuma hukum jinayah yang melibatkan hudud sahaja yang masih belum mampu dilaksanakan, kerana ianya perlukan kepada cara dan kaedah yang bijaksana.

Menurut pendapat Prof Dr Mohammad Hashim Kamali ( UIA ):

"Sebenarnya hudud adalah sebahagian atau salah satu aspek hukum syariah. Islam diasaskan oleh lima perkara, iaitu akidah (mengucap dua kalimah syahadah), mengerjakan solat, zakat, puasa dan haji. Kelima-lima ini adalah tiang agama Islam. Sebenarnya hudud itu tiada yang lain hanyalah soal hukuman. Malah nabi Muhammad sendiri dalam hadisnya meminta supaya dielakkan atau menghentikan hukuman yang berbentuk keras dan berat, terutama jika wujud elemen yang meragukan."
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 12:41 AM | Show all posts
KENAPA ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN?


Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia dalam suasana di mana dunia Islam dan umatnya masa kini telah dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai pengganas, militan, huru-hara, kemiskinan dan kemunduran. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal mencerminkan dirinya sebagai umat yang maju, membangun dan bertamadun kepada masyarakat sekitarnya yang 'non-muslim'.

Ini kerana setelah sekian lama negara-negara Umat Islam dijajah oleh barat, kebanyakan dari kalangan alim ulamak serta para cendekiawan di negara-negara Islam hanya melihat ketamadunan Islam itu dari sudut akidah dan ibadah khusus semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara-perkara furu' dan khilafiah yang akhirnya umat Islam berpecah sesama sendiri dan berlaku peperangan saudara sehingga kini tiada sebuah negara umat Islampun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa umat Islam itu sebagai 'khaira ummah'.

Punca Tamadun Islam Kini Jadi Kaku dan Lesu. Kenapa ianya terjadi sedemikian dan mengapa Tamadun Islam hari ini menjadi kaku dan lesu setelah dahulunya mencapai kegemilangan yang menakjubkan? Di antara sebabnya adalah seperti berikut :

Ketaksuban dan terbelenggunya gerakan pemikiran dan ijtihad di kalangan alim ulamak.

Berleluasanya pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi mudah menjadi rendah diri dan menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan berleluasanya fahaman tasawwuf , Qadariyah dan Jabariyah yang menyimpang dari ajaran sebenar Islam.

Kegagalan menghayati dan mentadabbur terhadap metode al-Quran berkaitan membina tamadun dan tidak mendapat petunjuk tentang rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu.

Kecetekan dan kedangkalan umat Islam tentang merasai kesan 'basirah' al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan. Justeru itu mereka gagal untuk memakmurkan dunia ini.

Malaysia Contoh Negara Islam. Setelah sekian lama dunia Islam dibelenggu oleh pemikiran jumud dan ketinggalan dari aspek pembangunan dan peradaban, maka kini muncul sebuah negara kecil di Asia Tenggara (di sebelah Timur) iaitu Malaysia, yang menjadi pelopor kepada usaha membina semula kegemilangan Tamadun Islam di dunia ini. . Ini diperakui sendiri oleh Prof Dr Mohamad Sayed Tantawi, Syeikhul Azhar ketika menghadiri Multaqa Ulamak Sedunia di Putrajaya pada Julai 2003, yang mana beliau telah memperakukan bahawa: " Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara Islam di dunia masa kini. Ianya berlandaskan kepada dua ciri utama: iaitu, yang pertama kerana rakyatnya yang aman dan damai tanpa peperangan serta tanpa huru hara dan keduanya kerana pembangunannya yang pesat serta maju di bawah kepimpinan umat Islam ".

Ini diperkukuhan lagi oleh kenyataan Prof Dr Tariq Ramadan dari Islamic Study University of Fribourg, Geneva, ketika membentangkan kertas kerjanya di Multaqa Ulama Sedunia yang sama di Putrajaya pada Julai 2003, dengan berpendapat bahawa :

"Saya lihat Malaysia dalam proses membentuk sebuah model negara Islam dengan caranya tersendiri. Bagi saya sebahagian besar daripada asasnya adalah tepat. Sesetengah daripada peraturan Islam telahpun dilaksanakan dan diguna pakai.. Apa yang perlu dilakukan kini ialah usaha untuk memperbaharui aspek-aspek tertentu berdasarkan kepada keperluan (aulawiyat) ".

Berdasarkan kepada kedua-dua ciri yang dinyatakan oleh Syeikhul Azhar dan Prof Dr Tariq Ramadhan ini, maka YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu telah berjanji di dalam manifesto pilihanrayanya untuk melaksanakan Pengurusan Negara berasaskan kepada 'Islam Hadhari'.

Islam Hadhari Manifesto Pilihanraya Umum Ke-11. Manifesto Islam Hadhari ini telah dipersetujui oleh semua parti-parti komponen BN yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama. Mereka mempersetujuinya atas dasar menghormati Kontrak Sosial yang termaktub di dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai.

Tiada halangan dan curiga di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini dan juga negara-negara bukan Islam di rantau ini terhadap kesungguhan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan Gagasan Islam Hadhari. Ini kerana Malaysia memang sudah diperakui sebagai sebuah Negara Islam.

Berdasarkan kepada Perkara 32 (1) Perlembagaan Malaysia : "Maka hendaklah ada seorang kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang diPertuan Agong". Menjelaskan kepada kita bahawa negara kita diketuai oleh orang Islam yang mana kuasa pemerintahan negara ini terletak dibawah Yang DiPertuan Agong (semestinya di kalangan Sultan dan Raja Melayu yang sudah pasti beragama Islam). Ia diperkukuhkan lagi dengan Perkara 41, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa: " Yang DiPertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan ". Ini bermakna bahawa kekuatan pertahanan di negara ini dikuasai dan diketuai oleh seorang Islam yang bergelar Yang DiPertuan Agong.

Ini bertepatan dengan pendapat Sheikh Muhammad Abu Zuhrah di dalam mendefinisikan takrif sebuah negara Islam, iaitu :

"Negara Islam (Darul Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam "

Ini diperkukuhkan lagi dengan penegasan dan pengisytiharan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada September 2001, dengan penegasan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Disebabkan negara-negara umat Islam masa kini dipandang hina dan rendah oleh negara-negara bukan Islam di atas kelemahan dari sudut penguasaan ilmu dan juga kemundurannya dalam aspek pembangunan, maka Malaysia yang telah mendapat jolokan sebagai negara Islam contoh perlu membuktikan sebaliknya. Cara yang amat komprehensif di era globalisasi ini ialah dengan memartabatkan 'Islam Hadhari' di dalam sistem pengurusan negara.

Justeru itu, pengumuman oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan negara berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari pada ketika ini adalah amat bertepatan sekali di dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020.

Link.

http://www.islamhadhari.org/main.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2005 01:22 PM | Show all posts
Ada intelek Pas kata:

  1. Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bahawa buku karangan ilmuan Islam, Dr Muhammad Said Ramadan Al-Buti iaitu, 'Manhaj Al-Hadharatul Insaniah Fi Al-Quran, diterjemahkan kepada 'Islam Hadhari Dalam Pembangunan Insan (Asas kepada Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia).

  2. Dakwa Nasharuddin tajuk buku itu sepatutnya diterjemah kepada 'Tamadun Kemanusiaan di Dalam al-Quran' dan dakwanya lagi kandungannya pula sama sekali tidak menyentuh istilah 'Islam Hadhari' atau 'Malaysia'.
Copy the Code


Bagi dia terjemahan harus dibuat sepatah-sepatah :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2005 09:29 PM | Show all posts
hmm..no komen...
bagi saya malaysia ialah negara islam yang hadhari
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 12:27 AM | Show all posts
apa bezanya Islam hadhari dengan ugama anutan lain sekiranya aku tukar no 1 tu.

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan, (semua ugama adalah sama).
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Sekiranya Hindu juga ingin memperkenalkan 10 prinsip di dalam parti/pertubuhan/keagamaan mereka, lalu mereka menciplak 100% prinsip di atas dan hanya menukar Illahi kepada Keimanan dan ketaqwaan kepada Siva ... apakah yang membezakan antara penganut Islam dan penganut Hindu di dalam kerajaan BN? Apatah lagi BN sekarang ingin memperkenalkan 'konsep' ugama semua adalah sama.

Ada berani jawab? ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


KuntaKinteJr This user has been deleted
Post time 3-3-2005 02:46 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 3-3-2005 12:27 AM:
apa bezanya Islam hadhari dengan ugama anutan lain sekiranya aku tukar no 1 tu.

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan, (semua ugama adalah sama).
2. Kerajaan adil dan beramanah.
...


adakah maksud hang tuhan dan allah itu berbeza awe?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 01:03 PM | Show all posts
tak sudi nak jawab ke
Reply

Use magic Report

KuntaKinteJr This user has been deleted
Post time 3-3-2005 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 3-3-2005 01:03 PM:
tak sudi nak jawab ke


aku bukan tak sudi nak jawab awang, tapi hang tak buat kenyataan premis hang macam mana aku nak jawab? Sebab tu aku tanya apa premis hang? Adakah tuhan dengan allah tak sama? dari situ baru kita boleh pergi lebih jauh. Kalau tak nak bincang macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 02:10 PM | Show all posts
Ohh..

orang Islam sebut nama Tuhan sebagai Allah
orang Hindu sebut nama Tuhan dia Siva. Jangan gelak kalau salah, ni ada geng india kata nama Tuhan dia Siva.

Tuhan is too general la KK, duit pun boleh jadi Tuhan. Kambing pun boleh jadi tuhan. Matahari pun ada orang anggap Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 2005-3-3 12:27 AM:
apa bezanya Islam hadhari dengan ugama anutan lain sekiranya aku tukar no 1 tu.

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan, (semua ugama adalah sama).
2. Kerajaan adil dan beramanah.
...



. Keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan masing2
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

yelah awang..aku tenguk prinsip2 dia ni sama je dgn agama lain,
dan jugak negara2 lain didunia ini...aku rasa kerajaan thailandtu pon  mahu mengamalkan 10 prinsip ni..

dia ingat kehidupan kualiti ka,penguasaan ilmu pengetahuan, jaga alamsekitar tu iegara mesia islam hadari sorang je ko yg buat..negara /agama lain tak buat.:lol

syabas thaksin

[ Last edited by peYno on 3-3-2005 at 08:19 PM ]
Reply

Use magic Report

KuntaKinteJr This user has been deleted
Post time 3-3-2005 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 3-3-2005 08:15 PM:



yelah awang..aku tenguk prinsip2 dia ni sama je dgn agama lain,
dan jugak negara2 lain didunia ini...aku rasa kerajaan thailandtu pon  mahu mengamalkan 10 prinsip ni..

dia ingat kehidupan kualiti ka,penguasaan ilmu pengetahuan, jaga alamsekitar tu iegara mesia islam hadari sorang je ko yg buat..negara /agama lain tak buat.

syabas thaksin


Err aku tak berapa paham maksud hang peyno? Kalau ada persamaan dengan negara lain kira tak boleh dianggap termasuk dalam islam jugakkah? Misalnya, kalau agama lain atau negara lain kat mencuri tu salah dan berdosa, kira samalah agama mereka dengan Islam? Atau kalau thaksin anggap mencuri tu salah dan berdosa ertinya buddha dengan Islam itu serupa atau bagaimana?

err hang tak paham konsep universalisme ka? Apakah hang menganggap apa sahaja yang ada pada agama lain tak boleh ada pada Islam atau macam mana?

[ Last edited by KuntaKinteJr on 3-3-2005 at 10:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinteJr at 2005-3-3 22:55:


Err aku tak berapa paham maksud hang peyno? Kalau ada persamaan dengan negara lain kira tak boleh dianggap termasuk dalam islam jugakkah? Misalnya, kalau agama lain atau negara lain kat mencuri tu salah dan berdosa, kira samalah agama mereka dengan Islam? Atau kalau thaksin anggap mencuri tu salah dan berdosa ertinya buddha dengan Islam itu serupa atau bagaimana?

err hang tak paham konsep universalisme ka? Apakah hang menganggap apa sahaja yang ada pada agama lain tak boleh ada pada Islam atau macam mana?  


Boleh aku simplify di sini

di Malaysia - islam Hadhari, kalau Samy Vellu mau buat jugak jadi hindu hadhari..
di Israel - Jews Hadhari
di UK - christian hadhari


So apa yang best sangat islam hadhari ni berbanding dengan Jews Hadhari, Christian Hadhari.. nampak sama jek???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 05:34 PM | Show all posts
makin takut aku dengan malaysia ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


KuntaKinteJr This user has been deleted
Post time 4-3-2005 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 4-3-2005 02:28 PM:


Boleh aku simplify di sini

di Malaysia - islam Hadhari, kalau Samy Vellu mau buat jugak jadi hindu hadhari..
di Israel - Jews Hadhari
di UK - christian hadhari


So apa yang best sanga ...


bagi aku secara peribadi tak apa yang best sangat pun. Tapi tak ada salahnya. apa salahnya pak lah nak perkenalkan konsep Islam hadhari bila dia jadi PM? konsep Islam hadhari ini konsep yang akan menjadi dasar kepimpinan beliau itu saja. Janji konsep dia tu tak salah dan mampu dilaksanakan. Jangan jadi macam setengah orang gah nak buat negara Islam tapi bertanding tak cukup kerusi.

Hadhari ni berasaskan perkataan tamadun atau peradaban. Jadi terserah kalau nak ada kristian hadhari ker Yahudi hadhari ker kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinteJr at 2005-3-4 17:54:


bagi aku secara peribadi tak apa yang best sangat pun. Tapi tak ada salahnya. apa salahnya pak lah nak perkenalkan konsep Islam hadhari bila dia jadi PM? konsep Islam hadhari ini konsep yang ak ...



jadi maksud ko Islam Hadhari itu hanyalah satu solekan pemerintahan Pak Lah sekarang ..

kalau tak lawa maka elok lah bersolek.. tapi tak ori. :lol
Reply

Use magic Report

KuntaKinteJr This user has been deleted
Post time 4-3-2005 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 4-3-2005 07:07 PM:



jadi maksud ko Islam Hadhari itu hanyalah satu solekan pemerintahan Pak Lah sekarang ..

kalau tak lawa maka elok lah bersolek.. tapi tak ori. :lol


ori ker tak tak penting awang. yang penting ia boleh membawa manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinteJr at 2005-3-3 10:55 PM:


Err aku tak berapa paham maksud hang peyno? Kalau ada persamaan dengan negara lain kira tak boleh dianggap termasuk dalam islam jugakkah? Misalnya, Misalnya, kalau agama lain atau negara lain kat mencuri tu salah dan berdosa, kira samalah agama mereka dengan Islam? Atau kalau thaksin anggap mencuri tu salah dan berdosa ertinya buddha dengan Islam itu serupa atau bagaimana?

...


ia hanya sama dgn islam hadari tetapi tak sama dgn islam :ah:

tapi aku paham korang KK..sedangkan pak lah batal sambutan tahun baru pon korang kata ini bukti pak lah pemimpin islam hadari...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.095036 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list