CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67936|Reply: 91

Info Asas Negeri Johor

[Copy link]
Post time 23-3-2005 08:03 PM | Show all posts |Read mode


Nama rasmi: Negeri Johor Darul Takzim
Ibu negeri: Johor Bahru (populasi anggaran: sekitar 500,000)
Keluasan: 19,984 sq km
Populasi penduduk: 2.8 juta (2000)
Kadar pertumbuhan pernduduk: 2.6% (2000)
Sultan: Sultan Iskandar al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
Menteri Besar: Datuk Hj Abdul Ghani Othman
Lagu rasmi negeri: Lagu Bangsa Johor
Cogan kata rasmi negeri: Kepada Allah Berserah
Daerah dalam negeri Johor: Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing.

Negeri Johor atau juga dikenali sebagai Johor Darul Takzim merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Johor merupakan negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan Singapura di Selatan. Dahulunya ibu negeri dan bandar diraja Johor ialah Johor Lama, kini  berpindah ke Johor Bahru.


Maksud bendera negeri Johor



Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.


Maksud jata negeri Johor



Jata negeri Johor mula diwartakan sebagai jata rasmi kerajaan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Mahkota pada jata bermaksud kedaulatan Sultan Johor sebagai pemerintah negeri Johor. Dua ekor harimau yang memegang perisai bermaksud keberanian. Pada perisai pula, anak bukan dan bintang di bahagian tengah perisai melambangkan Islam sebagai agama rasmi kerajaan Johor manakala 4 bintang kecil pada setiap penjuru perisai mewakili 4 daerah asal dalam negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Sedili. Corak awan larat pada jata negeri pula adalah simbolik mewakili gambir dan lada hitam sebagai hasil tanaman utama negeri pada masa itu. Akhir sekali di bawah jata negeri Johor terpampang satu banner dengan cogan kata rasmi negeri Johor iaitu Kepada Allah Berserah.


Lagu bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

[klik sini untuk dengar lagu negeri Johor]

[ Last edited by Squall-Leonhart on 23-3-2005 at 08:10 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2005 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 23-3-2005 08:03 PM:


Nama rasmi: Negeri Johor Darul Takzim
...



Good info.
Tak ramai rakyat Johor sendiri tahu fact2 ni..








Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 9-7-2005 04:25 PM | Show all posts

terpinga2 sebab baru firsttime dengar lagu negeri johor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2005 11:38 AM | Show all posts
perkhhh..lame siot xdengo lagu nihh.....tabik2! nnt boring2 bley le wa on lagu nih...hihkhihkihkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 10:00 AM | Show all posts
tambah sket

bendera johor?

Johore 1855-1865

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 10:02 AM | Show all posts
bendera lagi
Standard of the Sultan's Marshall

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2005 10:03 AM | Show all posts
Ceremonial State Flag

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 10:07 AM | Show all posts
bendera muo
Flag of the State Commissioner for Muar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2005 10:09 AM | Show all posts
bendera bp
Flag of the State Commissioner for Batu Pahat

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 10:14 AM | Show all posts
bendera segamat
Flag of the State Commissioner for Segamat



inilah antara bendera bendera yg aku masukkan.. errm  ade lagi yg lain... kalo nak tau cube check kat sini

http://www.hampshireflag.co.uk/world-flags/allflags/my-johor.html

hidup johor, hidup muo, hidup johorean, hidup muorian...
selamat hari rayee......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 03:20 AM | Show all posts
Cantek nyer info... dari mana kau dapat info nie...? Nah amik tangan nie... [check posting kau kat atas]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 11:11 AM | Show all posts
anak johor sejati akan mengambil berat tentang negerinya. jangan lah jadi johor murtad, hahahahha. tapi aku galat sket sebab anak aku tempat kelahirannya kat negeri sembilan. tapi takper.. aku akan menyerapkan perasaan sayang kat johor n muor(tempat kelahiran aku n wife) dan aku akan pastikan dia tau banyak perkara tentang johor, adat temenggung, makanan johor, semua sekali pasal johor... hahahahahah.
Reply

Use magic Report

yginsaf This user has been deleted
Post time 6-12-2005 04:32 PM | Show all posts
tambahan...

Negeri Johor (atau juga dikenali sebagai Johor Darul Takzim) merupakan negeri yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dan yang kelima terbesar di Malaysia.
Darul Ta'azim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang maruah".

tapi betulke 'Johor' tuh asal dari 'Jauhari', batu permata?
muor76, mana bendera pontian? ... tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2005 05:20 PM | Show all posts
bendera pontian? aku tak dapat carik lah bendera pontian... yg aku dpt tu aje... cuba try carik.. mana tau ade.. leh masukkan sekali
Reply

Use magic Report

ribena This user has been deleted
Post time 3-1-2006 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 28-10-2005 10:14 AM
bendera segamat
Flag of the State Commissioner for Segamat





ooo..ni rupanya bendera daerahku...cantek gak rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by yginsaf at 6-12-2005 04:32 PM
tambahan...

Negeri Johor (atau juga dikenali sebagai Johor Darul Takzim) merupakan negeri yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dan yang kelima terbesar di Malaysia.
Darul Ta'azim, nama  ...

YUps, nama Johor tu memang berasal daripada perkataan Jauhari yang bermaksud batu permata dalam bahasa Arab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2006 02:44 PM | Show all posts


Untuk makluman forumer Segamat... (kenalilah tempat korang sendiri ek...)

Segamat mula diasaskan oleh Bendahara Tepok dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1511 time diorang melarikan diri daripada ancaman Portugis kat Melaka. Sampai kat satu part lubuk berbatu, si bendahara tu pun mandi dan berkata "Segar amat..." So daripada perkataan tu la lahirnya nama Segamat dan kampung kat lubuk tu dinamakan Kampung Lubuk Batu.

Tapi nama Segamat tak digunakan sebagai nama rasmi untuk petempatan baru tu, sebaliknya nama Rantau Panjang yang digunakan. So bila kerajaan Johor mulakan persempadanan semula 4 daerah lama kepada 8 daerah yang kita sedia tau sekarang, time tu la nama Segamat digunakan sebagai nama rasmi bagi daerah kita nie laa, dan Pegawai Daerah Segamat yang pertama ialah Encik Menthol (sebab tu ada Jalan Menthol kat Segamat tu, tu sempena nama dia laa...). Dan sejak mulanya time pentadbiran Encik Menthol sebagai Pegawai Daerah Segamat nie laa Segamat mula berkembang jadik bandar, estet2 getah dgn kelapa sawit banyak dibangunkan kat daerah nie dan gak jalan raya dan jalan keretapi dibina oleh penjajah melalui bandar Segamat nie laa.

Sekarang nie bandar Segamat bukan setakat ada 2 jambatan, tapi sebenarnya 3 jambatan (satu lagi tu jambatan dah siap tapi jalan dier belum siap, tu kira jalan nak ke area perumahan baru kat sekitar jambatan kedua Segamat), dan penduduk Segamat sekarang nie sekitar 75,000 orang. Bandar Segamat ada 2 pusat bandar - Bandar Atas aka Uptown (nie la pusat bandar sebenar Segamat) dan gak Bandar Seberang aka Crosstown. Antara 2 pusat bandar nie, Bandar Seberang nie la yang terus idup time malam berbanding Bandar Atas yang kedai2 dier cepat tutup sebelum pukul 9 kecuali kat Derang Emas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 05:31 PM | Show all posts
Info Johor paste dari satu website:

Johor

Johor, formerly Johore (Jawi:جوهور), is a state of Malaysia between 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 05:49 PM | Show all posts
Peta Johor..





Places of interest

Major tourist attraction
Desaru - beaches & golf courses along the South China Sea
Johor Bahru- shopping, night market, colonial/royal district
Endau-Rompin Natural Park- pristine jungle
Kota Tinggi 34 meter waterfall.
Kukup - a fishing village with seafood restaurants built over water
Muar- picturesque riverside town
Seribuat Archipelago- islands with beautiful beaches, coral reefs
Tanjung Piai- the southernmost tip of mainland Asia


National park and forest reserves
Johor currently has five national parks, with a combined area of more than 700 km
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 05:53 PM | Show all posts
Cultural heritage of Johor
Culture in Johor is influenced by visitors and traders throughout history. The biggest influence would be the Javanese and the Arabs. The strong Arab influence is apparent in art performances like Zapin and Hamdolok, musical instruments like gambus. Other visible legacies in Johor Bahru are the names Wadi Hana and Wadi Hassan area populated by Arab community from Hadhramaut in the southeast of Yemen. Wadi means valley in Arabic.

Clothing
* Cekak Musang and Teluk Belanga are types of collar design of the male attire ' baju melayu'. It is said that Teluk Belanga was design by Sultan Abu Bakar in 1866 to reminisce the transfer of Johor capital from Teluk Belanga to Johor Bahru. The Teluk Belanga design is a simple hemmed round collar with a stiff stitching called 'tulang belut' or 'eel's spine' and ended with a loop at the end to fit a 'kancing'. This collar design creates an exposed neck in contrast to the neck covering Cekak Musang design that is a raised stiff collar of about 1-2cm with an opening down to the chest. The collar ends have matching holes to fit it a 'butang' or buttons.
* Kurung Johor
* Kurung Riau
* Belah kebaya Panjang

Zapin dance
Main article: Zapin
Zapin is a dance form which is popular in Malaysia especially in the state of Johor. It is believed to have been introduced by Muslim missionaries from the Middle East in the 14th century.

In the old days, only males were allowed to perform but nowadays, female dancers are included. It used to be performed exclusively for religious ceremonies but through the years it has become a form of traditional entertainment, hence the participation of female dancers are allowed.

The dancers usually perform in pairs and are accompanied by a traditional music ensemble normally consists of the gambus, accordion, violin, marwas (bongos), rebana (drum) and dok.


Kuda Kepang
Kuda kepang is a dance or game performed by Johoreans, especially of Javanese descent. Kuda kepang is a legless horse shaped puppet that is straddled by the performers. Usually, a troupe of performers consists of 10 to 15 people. It is performed in wedding ceremonies and cultural celebrations. There are several possible origins of Kuda Kepang. It is said to be originated from the struggles of 揥ali Songo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.064252 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list