CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17636|Reply: 61

diary yang pahit..

 Close [Copy link]
Post time 27-3-2005 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Sekadar coretan hati....

Jumaat, 2004

Aku melihat suamiku membimbit beg besarnya. Dia melangkah perlahan ke
pintu, sebelum menoleh ke arahku. Wajahnya sedikit suram.
"Tak nak kejutkan Aisyah?" Aku menggeleng. "Tak payahlah bang, dia baru
tidur. Kesian pulak..."
"Ma..."Suami menggamitku. Aku malas untuk mendekati. Tetapi kupaksakan
diriku juga.
"Abang pergi dulu ye...."Suami merangkulku. Aku membiarkan saja. Tidak
langsung membalas pelukannya.
"Abang minta maaf..."Suaranya bergetar. "Terima kasih sebab izinkan
abang. Abang terlalu sayangkan Mama..."

Dakapannya sungguh erat. Tapi aku tidak merasa apa-apa. Walaupun aku
terasa seperti ingin menangis, Tapi kutahankan juga. Janganlah airmata
ini jatuh didepan suamiku. Aku tidak mahu menunjukkan kesedihan
walaupun aku juga tidak mampu mempamerkan kegembiraan. Aku tidak
sanggup berpura-pura gembira.

"Jaga Aisyah baik-baik..."Dia merenungku. Aku angguk.
"Abang pun.....bawak kereta baik-baik..."Pesanku seperti biasa.
Tangannya kuraih lalu kukucup. Selepas ini mungkin suamiku tidak kisah
kalau aku tidak mencium tangannya lagi.

Sabtu, 2004
"Ibu nak pergi mana?"Aisyah menggoyangkan tanganku.
"Kita makan ayam goreng nak?"
"Yeah...yeah..aisyah nak kentang lembik tu...."Anakku melonjak
keriangan. Aku memeluknya lalu kucium pipinya yang tembam itu.

Sebenarnya dari awal pagi tadi aku sudah tercegat di depan pasaraya
tersebut. Aku telah habiskan separuh gajiku membeli barang-barang yang
tidak perlu. Aku tidak berfikir lagi waktu membayarnya. Biarlah
asalkan aku puas dan sedikit menghilangkan resahku. Aku tidak mahu
pulang ke rumah untuk satu hari itu. Jenuh aku dan Aisyah pusing
pasaraya tersebut. Hampir semua kedai kami masuk. Hinggalah muka Aisyah
naik muncung sebab penat berjalan. Akhirnya aku kendung dia masuk ke
dalam kereta. Aku memandu sendirian dan hampir malam baru sampai ke
rumah. Di rumah, aku lambakkan barang-barang yang aku beli bersepah di
ruang tamu.

Aku tidurkan Aisyah di bilikku. Setelah termangu tidak tahu apa lagi
yang harus aku lakukan, akhirnya aku menangis tersedu-sedu.

Ahad, 2004
Hari ini, aku seperti tidak bermaya. Aku tidak buat satupun kerja
rumah. Pakaian kotor masih berselerakan dan aku tidak langsung
bersemangat untuk melakukan apa-apa. Aku tidak makan seharian. Perutku
berkeroncong, tetapi aku tahankan. Aku teguk air sejuk saja sehingga
muntah, dah akhirnya aku menangis lagi.

"Ibu kenapa?"Aisyah memelukku, takut melihat aku menangis tak
henti-henti. Aku menggeleng.
"Tak ada apa-apa sayang..."Cepat-cepat aku kesat air mata. Aisyah
kembali bermain dengan permainannya. Aku memerhatikan dengan penuh rasa
hiba. Buah cintaku itu, tidak mengerti apa-apa. Dia terlalu kecil dan
terlalu comel untuk mengetahui kisah sedihku ini.

Malam, aku gelisah diperbaringan. Aku terbayangkan suamiku. Saat ini
saat yang paling aku takuti berlaku. Hatiku terlalu sakit dan ngilu
bila mengenangkan. Malam ini, suamiku mengulit tubuh seorang wanita.
Memeluk dengan kasih sayang, seperti yang aku alami 4 tahun yang lalu.
Ya, Allah....pedihnya hatiku...

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana suamiku memeluk dan mencium wanita
lain selain aku. Bagaimana wanita itu akan menggosokkan pakaian
suamiku, menyediakan sarapan untuk suamiku, dan melakukan semua yang
pernah aku lakukan terhadap suamiku. Alangkah pedihnya hatiku.

Pagi tadi aku terima sms dari suamiku.."Ma, abang dah selamat nikah.
Esok abang dan Zura ke Tioman, Hari Sabtu depan, abang balik rumah. Ma
jaga diri bebaik. I miss you."

Sabtu, 2004
Betul janji suamiku. Dia muncul pada pagi sabtu itu sewaktu aku sedang
menyuapkan Aisyah makan. Sebaik terpandang wajahnya, bagai ingin luruh
jantungku. Dadaku berdenyut ngilu dan airmataku bagai ingin tumpah. Aku
terlalu rindu padanya tetapi aku tahu aku tidak mampu lagi untuk
melepaskan rindu-rinduku itu padanya. Terlalu sukar untuk aku menerima
kenyataan yang suamiku kini bukan milikku seorang. Aku ingin memeluknya
erat seperti dulu, tetapi aku malu. Aku jadi malu kerana aku bukan lagi
satu-satunya isterinya yang dia dambakan. Dan aku tidak tahu bagaimana
kasihnya padaku. Adakah seperti dulu atau sudah terbahagi dua. Atau
hanya tinggal sisa?

"Ma, abang tetap sayangkan Ma macam dulu. Cinta Abang pada Ma tak
pernah berubah..."Bisik suamiku malam itu. Bila dia memelukku, aku rasa
janggal. Aku tidak tahu mahu bersikap bagaimana. Aku tidak tahu adakah
dia mengingati Zura sewaktu bersamaku. Aku jadi prejudis terhadapnya.

"Ma penat ye?"Tanyanya bila melihat aku membatu, tiada balasan. Aku
angguk kepala tanpa suara. Suamiku sedikit kecewa. Tapi sungguh, aku
tidak mampu menipu hatiku. Aku tidak mampu menerimanya seperti
dulu-dulu. Ya Allah...ampunilah dosaku.

April 2005
3 bulan berlalu, sehingga kini aku masih belum bertemu muka dengan
Zura, maduku. Aku selalu mengelak bila suamiku ingin membawanya ke
rumah. Aku tidak sanggup menghadapi keadaan itu. Aku tidak sanggup
melihat wanita itu dan menyedari betapa dia mungkin lebih sempurna
dariku, lebih menarik, lebih manja atan melebihi segala-galanya dari
aku. Benar, aku ikhlas mengizinkan suamiku bernikah lagi, tetapi demi
Allah, hati perempuanku tidak dapat menipu betapa kecewa, sedih,
cemburu dan tersiksanya jiwa ragaku. Aku rasakan cintaku yang amat
terhadap suamiku seperti dikhianati. Adakah aku wanita yang tamak? Yang
mementingkan diri sendiri? Berdosakah aku mempunyai perasaan ini?

"Mama dah tak ceria macam dulu. Mama dah tak mahu ketawa macam dulu.
Gurau-gurau dengan abang macam dulu...."Suamiku bersuara suatu hari.
Aku senyum.
"Iyerke?...Mama tak perasan pulak...."Aku cuba ketawa. "Mama macam
biasa je. Kalau abang terasa, Ma minta maaf yer...."Aku cium tangannya.

Jauh disudut hatiku, aku rasa berdosa kerana benar kata suamiku itu.
Sebahagian dari jiwaku telah mati dan dibawa pergi oleh kekecewaan. Dan
aku tidak mampu menjadi seperti dulu. Abang...maafkan Mama..Benar,
kasih sayang Mama terhadap Abang tidak pernah berubah. Ia terlalu utuh
untuk diruntuhkan. Tetapi maafkan Mama. Mama tidak mungkin menjadi
isterimu yang dulu. Yang riang, yang manja, yang sentiasa gembira
bersamamu. Mama tidak mampu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2005 04:33 PM | Show all posts
isk..sedihnye..siannye..tapi ade sambungannye kan?kan?:pray:


p/s:nape april 2005?silap type ke cite back to the future nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2005 04:59 PM | Show all posts
kiranya selepas 3 bulan la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 12:26 PM | Show all posts
sambungan?
Reply

Use magic Report

puteri-san This user has been deleted
Post time 1-4-2005 01:27 PM | Show all posts
:clap::clap: BRAVO!!
SATU SUDUT EKSPOSURE YANG MENARIK!

I ingat u kena sambung cerita nih... boleh guna teknik flashback.. camne suami dia leh kawin lagi satu.. Kupaskan plot yang meneritakan bagaimana lak wife dia setuju membenarkan suami dia kawin lagi. .tentu ada sebab musabab kan.. Boleh dijadikan padnuan untuk menilai peribadi seorang wanita.. di sebalik keizinan yang diberikan.. adakah rela dalam terpaksa? atau terpaksa rela?? aik.. aku pun dah pening nih.. Anyway.. keep writing... puteri memang minat nak tau lagi nih...  (teringat suatu ayat hiperbola dalam novel senjakala... "di luar angin mendesah.. menyenandungkan lagu alam yang pasrah..."
:dia:
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2005 03:43 PM | Show all posts
sedihnya aku baca.... harap-harap kalau aku dah kahwin nanti....jgnlah suami aku buat mcm tu :pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2005 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-san at 1-4-2005 01:27 PM:
:clap::clap: BRAVO!!
SATU SUDUT EKSPOSURE YANG MENARIK!

I ingat u kena sambung cerita nih... boleh guna teknik flashback.. camne suami dia leh kawin lagi satu.. Kupaskan plot yang meneritakan  ...



a'ahhh... sambunglaa.... plss...plsss...plssss....
siannye isteri die...
kenape suami die kawin lain?
nak tahu jugak... kalo masih sayang...cinta... zuriat pon dah ade...
nape nak kawin lain?
selagi tak sambong takleh wat keje laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2005 12:01 AM | Show all posts
sambungan? aiyoo... kena amik masa mau pikir crita ni.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


soledad This user has been deleted
Post time 2-4-2005 11:34 PM | Show all posts
ish..mata masuk habuk ler...
:cry::cry:


sambung cepat yer...x sabar nak tunggu sambungannyer..
Reply

Use magic Report

lilac This user has been deleted
Post time 3-4-2005 01:58 PM | Show all posts
:hug: cite yg sgt menyentuh..

en tommy tulis sdiri ye?..:clap:

sambung yer..sambunglaaa....pas2 leh wat novel trus...foh yoooo ;)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2005 02:55 PM | Show all posts
卼ak perlu disambung
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by TommyHilfiger at 2-4-2005 12:01 AM:
sambungan? aiyoo... kena amik masa mau pikir crita ni.. hehehe



ehhh, hang karang sendiri ka??

aiseyy sambung2....:bgrin:
Reply

Use magic Report

puteri-san This user has been deleted
Post time 4-4-2005 02:58 PM | Show all posts
puteri tertunggu2 bila tommy nak sambung nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 04:33 PM | Show all posts
sambung aaaaaa...
rupa2nya suami tue dok tolong si zura tue..
rupanya zura tue cacat ker aper ker...
sambung aaaaaaa

mandai jek aku... ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2005 03:04 PM | Show all posts
mana next...sambung le cepat..tak sabar dah ni nak tau apa sebab musabab si isteri membenarkan diri dimadukan....atau dipaksa utk bermadu..alahai..sedihnye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by mama26 at 5-4-2005 03:04 PM:
mana next...sambung le cepat..tak sabar dah ni nak tau apa sebab musabab si isteri membenarkan diri dimadukan....atau dipaksa utk bermadu..alahai..sedihnye...


rasa nyer tak der ler...

kota dah pernah baca citer nie
mmg tak der sambungannyer...

unless tommy is d writer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2005 11:55 PM | Show all posts
jap..jap... dah salah paham ni... tommy tak buat citer ni... tapi ambik dari seorang kawan... sambungannya ada tapi kena carik.... nak sambungkan sendiri buleh..tapi...ambik masa... hik! hik!
Reply

Use magic Report

dewajimak This user has been deleted
Post time 8-4-2005 09:37 AM | Show all posts
dayung sampan...dayung dayung sampan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by mancis at 3-4-2005 02:55 PM:
…tak perlu disambung… jangan ada belas kesian kat pembaca


huh mancis api betul ler ko ni.... tapi aku stuju gak... jgn sambung... suruh ler kawan ko buat citer bini curang lak.. mana aci asyik2 laki jer yg curang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 07:10 PM | Show all posts
Ceriter dah best,,,,,,,, tapi anti-climax

tatau kesudahan.....  dan tatau aper yg ingin dipaparkan....

wa dah cam sedih dah.... pastuh aik... dah abisss???  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.371206 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list