CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Pembohongan Karut Bruce Lee Pernah Tewas Di Tangan Mahaguru Silat Gayong.

[Copy link]
Vendetta This user has been deleted
Post time 31-5-2005 01:02 PM | Show all posts
yup tak ramai rela kena test ngan guru sendiri...hahaha komeng hang pun ader ilmu bela dirika ?? namer hang ganaslah samseng gitu...hahaha salam perkenalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bug_vengeance This user has been deleted
Post time 31-5-2005 10:25 PM | Show all posts
setuju dgn posting sikomeng
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2005 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by Vendetta at 31-5-2005 01:02 PM:
yup tak ramai rela kena test ngan guru sendiri...hahaha komeng hang pun ader ilmu bela dirika ?? namer hang ganaslah samseng gitu...hahaha salam perkenalan

nama komeng ni kalau zaman dulu, spesis gengster kampung dusun ni.. cak:
--> jangan marah.. gurau senda di waktu petang
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2005 05:21 PM | Show all posts
Ilmu menjaga diri memang elok kalau kita ada dan boleh pula dimanafaat untuk kebaikan diri dan orang lain. Pokok pangkalnya kalau kita belajar untuk niat baik, maka baiklah jadinya, insyaAllah. Tak kisah apa yang kita belajar; silat ka, kung-fu ka, muaythai ka, judo ka, jujitsu ka, kendo ka, tae-kwon-do ka, capoeira ka, silambam ka, kalari payat ka, wushu ka, dll lah yang memang banyak dan baik-baik belaka, tentu saja niat baik balasnya baik pula...
Kalau kita tengok semua ilmu menjaga diri, terasnya sama, niatnya sama, tujuannya sama. Yang jadi tak baik kalau orang yang belajar terasa diri lebih baik dari orang lain, tak ada sifat merunduk atau cara kasarnya kurang ajarlah...
guru memang penting dalam apa ilmu sekali pun. Dia lah pelita, dialah pedoman. Tak ada guru, maka murid jadi haru biru dan mungkin tak dapat apa yang dia niatkan. Guru pun bukan semuanya faham seperti gurunya...jadi kena hati-hati juga memilih guru. Apa pun, secara umumnya guru akan selalu lebih baik daripada murid...sekurang-kurangnya dia lebih pengalaman, walau pun dia hanya orang biasa yang tak ada apa-apa...
Kisah pertarungan Dato'Meor dan Bruce Lee akan kekal sebagai satu cerita, kalaupun bukan sejarah, buat orang-orang yang mahu mengambil manafaat dan ikhtibar. Saya cuma peminat seni bela diri, selalu melihat dengan rasa gembira dan bangga akan hebat orang dahulu dan orang sekarang. Untuk jadi begitu, jauh sekali...tidak mampu kerana diri terlalu kecil dan tiada apa-apa...
Kalau kita lihat, negara kita kaya dengan sejarah kehebatan yang begitu unggul. Sama saja seperti lain-lain tempat yang punya wira masing-masing. Kalau di Eropah, wira-wira mereka gagah sebagai pelayar, pemanah dan pemain pedang, kita juga ada Laksamana Tuah dll. yang juga gagah sebagai pelayar, pemanah dan pemain pedang. Kalau di Zaman Salahuddin Al-Ayubi, semangat kental dan jiwa merdeka Islam jadi tunjang, kita juga ada Mat Kilau, Datuk bahaman dan senarai ulama' yang jadi pejuang kerana agamanya. Kalau di Jepun kita ada samurai yang mati kerana pemerintah, kita ada seribu satu nama yang tak perlu kita sebut sanggup buat begitu dari dulu sampai sekarang...
Cuma kini orang tidak melihat, sebagai contoh, Laksamana Hang Tuah sebagai Hang Tuah. Orang lebih gemar menilai dia berdasar kayu ukur sendiri yang tentu saja punya nilai dan tafsir yang berbeza. Lebih malang lagi kalau yang ingin menilai bukan di kalangan orang yang faham apa yang ditanggung Hang Tuah sebagai Laksamana, di zaman feudal, perlu pula menjadi contoh kepada orang ramai, dalam masa yang sama dia manusia biasa yang juga punya hati dan rasa. Hang Tuah adalah seorang yang tidak dapat dinilai secara lateral atau secara lahiriah. Mungkin kalau kita punyai apa yang dia punya...maka pandangan kita akan sedikit berbeza........
Begitu juga Dato' Meor Abd Rahman. Dia bukan manusia biasa dalam konteks dia sebagai Mahaguru PSSGM. Jadi jika dia bertembung dengan Bruce Lee, kita tidak boleh menilai pertembungan itu seperti kita menilai perlawanan Muaythai di Bangkok atau Kejohanan Silat terbuka dunia misalnya. Tentu pertembungan sehebat itu punya sebab yang bukan biasa. Kalau pun ada yang mengatakan mereka tidak pernah bertemu pun, itu bukan soalnya, yang penting, kita harus terima bahawa pada satu peringkat, kayu ukur kita tidak cukup panjang atau ilmu kita tidak cukup dalam untuk membuat penilaian tentang satu-satu hal. Contohnya tentang Laksamana Tuah, sampai sekarang orang sibuk berbincang siapa dia...tapi tak ramai yang sibuk berbincang adakah kita sudah mewarisi kehebatan dan kemuliaan peribadinya..........Waalahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2005 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 1-6-2005 05:21 PM:
Ilmu menjaga diri memang elok kalau kita ada dan boleh pula dimanafaat untuk kebaikan diri dan orang lain. Pokok pangkalnya kalau kita belajar untuk niat baik, maka baiklah jadinya, insyaAllah. Tak ...


:setuju: pendapat sikomeng
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 2-6-2005 09:43 AM | Show all posts
bruce lee telah bersemadi di dalam kubur. dato meor pun begitu. mereka membawa amal amal mereka besama mereka. kita yang hidup ini tidak perlulah mengumpat mereka.

sekiranya mereka benar benar bertarung, itu bukanlah suatu yang mustahil. jin tidak diperlukan untuk membuat pukulan yang kekuatannya berlipat ganda.

aku pernah melihat suatu rancangan tv mengenai tenaga alam, dalam rancangan tersebut tenaga ini digelar sebagai "shizen no chikara" (natural force). mungkin ini juga disebut sebagai tenaga dalam atau tenaga batin (tenaga yang tak nampak?).

dalam rancangan secara live tersebut, orang orang yang lalu lalang dipelawa untuk mengkarate beberapa keping genting/bata. orang yang tak belajar karate macam aku ni memang la rasa cuak sikit kan?

mula mula pengacara suruh karate dengan 100% kekuatan. selepas itu disuruh pula karate dengan 80% kekuatan. ujian ini dijalankan beberapa kali kepada pelbagai jenis orang secara rawak.

keputusannya ialah bilangan bata/genting yang patah adalah lebih banyak apabila menggunakan 80% kekuatan. kata sifu jemputan pada hari itu, jika kita menggunakan 100% tenaga zahir, kita hanya akan mendapat kekuatan 100%. tetapi jika mengenakan hanya 80% peratus tenaga zahir. kekuatan yang terhasil adalah lebih daripada 100% peratus. ini adalah kerana apabila kita hanya menggunakan 80% tenaga zahir, kita akan dibantu oleh tenaga alam yang lebih besar.

sepertimana yang telah pun disebut dalam post yang sebelum ini, kita mempunyai tenaga dalam yang boleh diaktifkan untuk menghasilkan tenaga yang berganda ganda.

apa yang kita perlukan ialah latihan yang baik dan teratur.
kita tentu masih ingat akan kehebatan aura biru nila Ji Fat dan juga daya putaran medan magnetik Pai Chuen Lang?

[ Last edited by ninjamerah on 2-6-2005 at 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2005 05:17 PM | Show all posts
Bruce Lee suka cabar orang lain?? tak pernah dengar pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 07:13 PM | Show all posts
Besa la member aku pon penah pi gelangang orang rembat master dia ni kan lagi org yg tererl mcm bruce lee. Depa suka test dan belajar dari org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2005 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 2-6-2005 09:43 AM:
bruce lee telah bersemadi di dalam kubur. dato meor pun begitu. mereka membawa amal amal mereka besama mereka. kita yang hidup ini tidak perlulah mengumpat mereka.

sekiranya mereka benar benar b ...


ninjamerah terang tentang tenaga (Aura) dipanggil Ki / Chi (Ki Goong) kebanyakan diamalkan oleh seni mempertahankan diri dari china dan jepun
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2005 06:29 PM | Show all posts
ASM. Cabar-mencabar ni rasanya biasa terjadi. Sebabnya pun kita semua tahu, banyaklah. Ada yang saja nak tunjuk kuat, ada yang nak tengok sapa kuat, ada yang saja nak tengok kekuatan orang. Ada juga orang mencabar kerana dia rasa dia berani tapi tak kurang juga yang mencabar sebab dia takut sebenarnya...
PAsal "tenaga dalam" ni dari zaman dulu lagi semua orang dah cerita. Tak kisah dari tamadun mana pun, tentu ada sikit sebanyak ceritanya. Bab ini setahu sayalah, susah nak cerita dalam tulisan-tulisan melainkan dalam amalan & perbuatan. Bak kata orang, manis gula tu terpulang kepada lidah. Kenalah rasa dulu, baru tahu manis tu macamana sebenarnya. Tu pun terpulang, kalau lidah yang merasa tu "kebas", tak juga rasa manisnya...
Moga kita semua jadi orang yang bermanafaat...WaAllahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 02:42 AM | Show all posts
Salam sejahtera.
   Sebenarnya, kebaikan seni pertahanan diri yang luhur tidak pernah dinafikan. Ketokohan jaguh-jaguh bangsa yang sejati tidak pernah disangkalkan. Sejarah dan proses tamadun serta budaya yang sah dan tidak diputar-belitkan tidak pernah dipertikaikan. Hanya kekadang gelagat sesetengah manusia yang suka memanipulasikan fakta yang tidak pernah sahih menjadikan kehidupan dan maruah kita satu gurauan besar, yang bisa dipersendakan orang lain.
   Macam mana kita dan bangsa kita nak menjadi yang berakhlak, yang bermunafaat sekiranya kita masih lagi taksub atau berpura-pura taksub dengan kepercayaan dan dongeng sekadar nak membanggakan kita, nak melindungi kelemahan kita dan membohongi kita semua? Sedarlah kita dan jangan sesekali kita berselindung di sebalik kepincangan dan keaiban kita. Kita tidak dapat mengaburi mata dan menipu kepintaran orang lain selain kita sendiri dan bangsa kita sendiri. Malang sekali kiranya kita terus terjerumus dengan perangkap kita sendiri kerana yang rugi dan kasihannya adalah kita sendiri.
   Saya yakin ramai lagi antara kita yang masih berpijak di bumi nyata, masih lagi menjalani kehidupan dan tanggungjawab kita, tidak terpengaruh dengan gurauan dan gelagat manusia-manusia ini yang tidak membantu bangsa kita sama sekali. Sedihnya manusia-manusia inilah melemahkan kita dengan cerita-cerita dan dakwah-dakwah yang tahyul dan palsu. Kita menerima dan berbangga dengan kebenaran seperti kepahlawanan Hang Tuah menpertahankan kedaulatan Sultan, keberanian Hang Jebat menjunjung semangat kesetiaan kawan, kehebatan dan manfaat seni budaya silat, sumbangan dan jasa serta kejaguhan Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman serta banyak lagi fakta-fakta yang benar yang tidak pernah dimanipulasikan untuk gurauan dan kepentingan sesetengah pihak. Tetapi yang menjadikan kita tergelak dan kemudian sayu bila tersedar ialah cerita-cerita tahyul dan kesaktian yang tidak munasabah mengenai pahlawan-pahlawan silam kita seperti Hang Tuah dan rakan-rakannya, senjata keris Taming Sari, ilmu persilatan dan kehebatan Dato Meor dalam pertarungan dengan jaguh lain. Di manakah pegangan dan landasan agama manusia yang masih lagi ingin memartabatkan kita dengan cara sebegini.
   Sedarlah kita sebelum kita tersungkur dan jauh ditinggalkan arus kehidupan. Tuhan tidak akan mengasihani bangsa yang tidak mengasihani bangsanya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 10:56 AM | Show all posts
Setelah membaca 2 ~ 3 pertama aku terus meng'email' kepada kawan baik aku kat Air Kuning, Taiping dgn tujuan utk mengesahkan cerita tersebut. Beliau ni salah sorang anak murid Arwah Dato' Meor. Walaupun kawan aku ni bukanlah pendekar besar, tapi beliau sempat berguru secara terus dgn arwah Dato' sebelum meninggal dunia. Di bawah aku pastekan e-mail kawan aku ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
versi yg pertama............

begitulah yg aku dengar sendiri drp mulut arwah Meor Rahman masa hayat beliau,
                                    sikit tak ubah....cuma mungkin diaorang lupa ada lagi org yg bersama beliau masa kejadian di airport tu....iaitu org besar lapan perak namanya aku tak ingat..

Setelah kematian bruce le. kalau kau masih ingat...pesilat indonesia Dicky Zulkernain mengaku dia yg mengalahkan bruce lee.....tapi tahukah anda pada satu masa semasa berlangsungnya kejohanan silat  di Malaysia...dicky zulkernain telah dtg menghadap arwah Meor Rahman utk memohon maaf kerana dia tahu siapa sebenarnya yg mengalahkan bruce lee.

utk versi yg kedua..........arwah tak pernah pun cerita yg dia panggil bruce lee, tetapi bruce lee yg beriya2 sgt nak jumpa dan beradu silat dgn beliau.

pertemuan dgn yg lain2 tu.........aku tak pernah tanya arwah pun....cuma gambar2 beliau bersama2 dgn nama2 yg disebutkan tu memang aku pernah tengok.

satu cerita lagi yg diaorang tak cerita ialah.....seorang ahli gusti terkenal ...namanya pun aku dah lupa ( nanti aku cari balik ) telah dtg ke pusat latihan tertinggi gayong di air kuning....kesnya sama nak cabar arwah...sebelum lawan arwah angkat tangan sambil kata jika kamu boleh turunkan tangan saya...baru kita boleh lawan....penggusti ni cubalah dgn sedaya upaya utk menurunkan tangan arwah tetapi gagal.....

selepas itu arwah juga menunjukan kehebatan org melayu pd penggusti mat saleh tu...buah kelapa tua..dgn sekali tumbukan .. penyek..!! berkecai..!!! makin heranlah si pengguti tersebut...

        wallahualam.........


[ Last edited by azmi_hisham on 18-7-2005 at 08:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 06:20 PM | Show all posts
ada satu gurindam lame melayu .......
          .......bangau oh...bangau.....

biarlah kita jadikan satu pedoman....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 04:36 PM | Show all posts
ASM. Rasanya kalau kita jadikan hebat orang dulu untuk kekuatan dan semangat kita, tak salah. Malah kalau cerita-cerita yang seperti tidak masuk akal pun, jika dilihat dari sudut yang baik, boleh jadi teladan agar kita bekerja atau belajar lebih hebat dari orang lain, dan kalau mungkin, melangkau batas manusia biasa. Kadang tu apa yang kita fikir tak masuk akal, sebenarnya masuk akal bagi orang lain dan satu perkara biasa saja. ini semua terpulanglah pada pengalaman, pelajaran dan Ilmu masing-masing. Banyak perkara tersembunyi...tak nampak, tapi tak bermakna tak ada.
BAngga juga bila dengar Dato' MEor hebat dan pernah tewaskan ramai orang. Tapi bila tengok gambar dia dengan lengan yang punyalah hebat, tak hairan dia hebat dan gagah.
Hikmat dan kekuatan dalam diri, memang ada. Cuma apalah daya jiwa yang besar, untuk ditampung jasad yang lemah dan lembik...memang senang bercerita... macam yang ramai orang buat sekarang, tekan saja keyboard, kita boleh bersuara dengan sekuat hati tak siapa yang halang. Serupa lah dengan budaya budak-budak sekarang, main bola dalam skren TV, bertempur ala ninja dll. dalam PS2, dan khayal dengan suatu yang tak ada... tak kurang juga yang suka peleceh Ilmu bela diri, katanya lecehlah, sakitlah, kotorlah dll. lah yang kalau didengar, membazir saja. Biarlah, tak rugi apa pun.
Apa yang lebih penting adalah untuk kita semua memerhati diri dan baiki diri sendiri. Kalau kita bekerja, biar jadi yang terbaik. Kalau jadi murid pun sama juga. Beri manafaat pada diri, keluarga dan masyarakat. Contohi semangat juang MEor Rahman, Bruce Lee dll. yang pernah ada dan sampai sekarang jadi lagenda dalam bidang masing-masing. Tak perlulah kita celoteh pasal buruk mereka, kita pun bukan sempurna. Kalau hidup memikir yang buruk , maka buruk lah yang datang...
WaAllahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 08:19 PM | Show all posts
Salam kpd semua.

["Pd akhir zaman akn muncul pembohong
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 10:23 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by riccckyyy at 12-7-2005 08:19 PM:
Salam kpd semua.

["d akhir zaman akn muncul pembohong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2005 10:53 AM | Show all posts
Ye setahu aku pun bruce lee ni tewas kan dicky.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 11:34 AM | Show all posts
aku rasa dicky nie lagi terrer dari Lee...tapi aku tetap suka bruce sebab best tgk dia fight dalam the fist of fury..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by AzusaFuyutsuki at 14-9-2005 11:34 AM
aku rasa dicky nie lagi terrer dari Lee...tapi aku tetap suka bruce sebab best tgk dia fight dalam the fist of fury..


citer tu ader semangat nasionalis china sebab BL kalahkan orang jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 14-9-2005 07:12 AM


citer tu ader semangat nasionalis china sebab BL kalahkan orang jepun...


bestkan tgk gaya tangan dia masa aksi dia dirakamkan depan camera...ada trivia kata,  speed camera tu terpaksa ditinggikan utk match speed pergerakkan Bruce.. anyway nasionalis or not..orang jepun bukan kisah sangat pun, cerita tu ada gak tayang kat Jepun..(mungkin sebab depa rasa depa lagi superior dari orang china)..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.116923 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list