CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21450|Reply: 118

Sejarah Republik Singapura

[Copy link]
Post time 13-4-2005 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Republik Singapura (Cina 新加坡共和国, Xīnjīapō G騨gh間u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2005 01:58 PM | Show all posts
Sejarah Singapura bermula seawal kurun ke-14 Masihi. Pada masa itu, Singapura dikenali sebagai Temasek, salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Ia berada di bawah pemerintahan empayar Sri Vijaya yang pada masa itu sedang melalui kemunduran.

Selepas hilangnya kuasa Sri Vijaya ke atas Temasek, ia dituntut oleh empayar Majapahit dan kerajaan Ayuthia (Siam). Namun kubu pertahanan bandar tersebut berjaya menghalang pencerobohan daripada Siam. Pada masa itu juga, nama Temasek bertukar kepada Singha Pura, atau "Bandar Singa" dalah bahasa Sanskrit.

British tiba di Singapura pada tahun 1819 apabila Sir Thomas Stamford Raffles mengasaskannya sebagai sebuah pusat perdagangan.

Dari kurun 19 hingga 20, Singapura merupakan jajahan British dan menjadi salah satu anggota Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) bersama Pulau Pinang dan Melaka.

Singapura berada di bawah pentadbiran Jepun (1942-45) apabila British tewas semasa Perang Dunia II. Singapura dikembalikan kepada Pentadbiran Tentera British pada akhir Perang Dunia.

Ia diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Pada September 1963, Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia tetapi berpisah dua tahun kemudian. Pada 9 Ogos 1965, Singapura merdeka dan didirikan sebagai sebuah republik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2005 02:00 PM | Show all posts
Singapura membangun dengan pesat dan menjadi sebuah negara yang berjaya

dari segi ekonomi.


Ia mempunyai perhubungan dagang yang kuat, sebuah perlabuhan yang sibuk,

dan GDP per kapita yang setanding dengan negara-negara di Eropah Barat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2005 02:01 PM | Show all posts
Politik



Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana ia merupakan bekas jajahan British.

Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan perdana menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di parliamen.

Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak menggalak penumbuhan parti-parti pembangkang yang efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada authoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berjaya menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para saintis poitik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2005 02:02 PM | Show all posts
Ekonomi


Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka, bebas daripada rasuah dengan GDP per kapita kelima tertinggi di dunia. Bidang ekspot, perindustiran dan perkhidmatan merupakan jentera penting dalam ekonomi Singapura. Pemerintah Singapura berjaya mengekalkan simpanan wang yang tinggi dengan mengenalkan skim penyimpanan wang yang wajib kepada para pekerja. Lihat: Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Ia juga melabur dalam bidang pendidikan dan teknologi. Era globalisasi yang kini menyebabkan Singapura memberi lebih perhatian kepada usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi serantau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2005 02:03 PM | Show all posts
Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografii Singapura

Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km
Reply

Use magic Report

Follow Us
liyana306 This user has been deleted
Post time 14-4-2005 01:03 PM | Show all posts
Masih ramai orang Eropah dan Amerika yang tidak tahu di mana Malaysia. tetapi selepas diberitahu bahawa malaysia terletak di antara Singapura dan Thailand, barulah mereka faham.

Singapura merupakan destinasi antarabangsa bagi dunia perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 14-4-2005 12:03 AM:
Masih ramai orang Eropah dan Amerika yang tidak tahu di mana Malaysia. tetapi selepas diberitahu bahawa malaysia terletak di antara Singapura dan Thailand, barulah mereka faham.

Singapura merupa ...


kalau kat tempat mok nik nie cakap ler mana msia duduk pon mereka tak tahu,mereka tetap anggap msia tuh dalam spore ker dalam thailand ker

sia-sia aje dok promote msia berjuta2 ringgit habis...rakyat US nie tak tahu pun mana letaknya msia,apa lagi nak tahu tentang sejarahnya..tapi kalau sebut spore/thailand/isia hatta brunei sekali pon meeka tahu dimana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


liyana306 This user has been deleted
Post time 15-4-2005 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 14-4-2005 07:41 PM:


kalau kat tempat mok nik nie cakap ler mana msia duduk pon mereka tak tahu,mereka tetap anggap msia tuh dalam spore ker dalam thailand ker

sia-sia aje dok promote msia berjuta2 ringgit habi ...


mok nik kat state mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 05:40 AM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 14-4-2005 12:16 PM:


mok nik kat state mana?


mok nik di Miami, Florida, US :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2005 10:54 AM | Show all posts
diharapkan orang Barat tidak lagi menganggap orang Mesia masih lagi memakai cawat

dan duduk di atas pokok........
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 16-4-2005 12:31 AM | Show all posts
ehh aku musykil bab spore ni
dulu2 majoriti sana org melayu kan
nape skang cine lagi ramai ?
adakah sbb org melayu ramai pindah ke tanah melayu/malaysia ?
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 16-4-2005 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 15-4-2005 05:40 AM:


mok nik di Miami, Florida, US :bgrin:


parents saya dulu menetap kat New York. diorang pernah pi Miami, Florida. Saya ada simpan lagi t-shirt bertulis 'FLORIDA'.
best tak lepak2 kat Miami Beach bawak camera/video phone ?

[ Last edited by liyana306 on 16-4-2005 at 01:20 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2005 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 2005-4-16 12:31 AM:
ehh aku musykil bab spore ni
dulu2 majoriti sana org melayu kan
nape skang cine lagi ramai ?
adakah sbb org melayu ramai pindah ke tanah melayu/malaysia ?


:::
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 17-4-2005 03:58 AM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 16-4-2005 10:43 AM:


:::


Agaknya Lee Kwan Yew banyak import imigran dari Tanah Besar Cina masuk ke S'pore dengan tujuan untuk meramaikan populasi orang Cina kat sana.
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 18-4-2005 03:13 AM | Show all posts
kesian melayu spore
hilang ketuanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2005 02:18 PM | Show all posts
no offense...just hate chinese s'porean.. chauvinism about their petite country...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 2005-4-18 03:13 AM:
kesian melayu spore
hilang ketuanan




betui tu...aku pun kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2005 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 17-4-2005 03:58:


Agaknya Lee Kwan Yew banyak import imigran dari Tanah Besar Cina masuk ke S'pore dengan tujuan untuk meramaikan populasi orang Cina kat sana.


Yg mengimpot imigran Cina masa dulu tu penjajah british la, bukan LKY la. Ko tak belajar sejarah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2005 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 14-4-2005 08:41 PM:


kalau kat tempat mok nik nie cakap ler mana msia duduk pon mereka tak tahu,mereka tetap anggap msia tuh dalam spore ker dalam thailand ker

sia-sia aje dok promote msia berjuta2 ringgit habi ...


kat tempat saya dulu pun sama la jugak...kebanyakkan pensyarah n kawan jepun saya...sebut aje malaysia mesti blank kejap...lepas dah bagi hint singapore ngan thailand baru la tau...tapi ada jugak yg tau (sebab dah penah gi melancong malaysia )..they know alot about singapore than us (malaysia)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.240216 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list