CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eezah

JAMU LEPAS BERSALIN

[Copy link]
Post time 19-4-2005 09:55 AM | Show all posts
set ni ade ape? bole tau ke ade ubat periuk ke..bole explain detail sket ke..rase cam berminat gak..tapi nak tau ngan lebih lanjut setiap barang tu ape dia..lagi satu..org lepas bersalin makan terus lepas bersalin 1st day ke..or lepas seminggu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 10:45 AM | Show all posts
and ade yg macam letak kat dahi tu..yg kuning2 tu..ape nama ntah..param ke pilis..ade ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 2005-4-19 10:45 AM:
and ade yg macam letak kat dahi tu..yg kuning2 tu..ape nama ntah..param ke pilis..ade ke?

phoenix..pilis tu...dalam set sari herba pun ada jugak...

pilis ni untuk menyegarkan ibu-ibu dlm pantang supaya tidak mudah mengantuk.Juga bagus utk megelakkan sakit kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:01 AM | Show all posts
kot le ada bakal2 ibu kt sini yg tercari2 set lepas bersalin yg lengkap dan murah serta berpatutan harganya...cuba belek2 SET LEPAS BERSALIN SARI HERBA ni.



kandungan dlm set sari herba:

1.Tampang-Campuran akar kayu yang direbus untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya mengeluarkan darah kotor dari rahim.

2.Jamu bersalin 1-Jamu untuk melancarkan peredaran darah.Menambahkan tenaga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan.

3.Jamu bersalin 2-Jamu ini berkhasiat untuk mengecutkan kembali rahim yang mengembang semasa mengandung,merapatkan kembali otot-otot vagina dan menurunkan berat badan.

4.Param-Ubat badan untuk mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak terutamanya dikaki yang selalunya kebas dan sengal2.

5.Tapel-Ubat perut untuk mengecutkan otot-otot perutyang kendur.Memutihkan kembali perut yang selalunya mempunyai tanda2 hitam selepas melahirkan.

6.Pilis-Ubat khas untuk menyegarkan ibu-ibu dlm pantang supaya tidak mudah mengantuk.Juga bagus utk megelakkan sakit kepala.

7.Minyak unta-Campuran minyak kelapa sawit dengan herba2 seperti halia bara yang bagus utk memanaskan badan.Tidak mengandungi kandungan sulfur.Boleh digunakan sebagai minyak gosok semasa urutanselepasa bersalin atau sebelum bersalin terutamanya jika ada maslaah pembekakan kaki.Mengandungi minyak kayu putih yang bagus utk mengubati masalah kembung perut.Boleh digunakan utk seluruh keluarga utk merawati luka2 kecil,terseliuh,kembung perut dan gigitan serangga.

8.Sabun manggir-Istimewa bagi ibu2 selepas bersalin kerana lazimnya terdapat tanda2 hitam pada kulit perut,leher,kelangkang dan ketiak.Juga bagus utk anak2 yang mempunyai ruam panas.Permukaan kasar sabun ini akan melancarkan pelancaran darah dibawah permukaan kulit dan akan membuat ibu2 berasa lebih segar.

satu set lengkap RM100.

dlm set sari herba ni tak de bengkung/barut. kalau nk boleh order berasingan. saya ada jual barut berubat, cuma RM30 je.

setiap pembelian, percuma sebotol minyak telon utk bayi.

kalau ada yg berminat, sila pm saya...


[ Last edited by riss_1688 on 19-4-2005 at 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 19-4-2005 09:55 AM:
set ni ade ape? bole tau ke ade ubat periuk ke..bole explain detail sket ke..rase cam berminat gak..tapi nak tau ngan lebih lanjut setiap barang tu ape dia..lagi satu..org lepas bersalin makan teru ...



ok ini serba sedikit info dan kandungan TH amway, mula dimakan sehari selepasa bersalin utk tempoh berpantang 44 hari

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.


Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Ciri-ciri dan Faedah
Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:12 AM | Show all posts
dideal...dengar harga TH ni dealer rm195..and ade gak yg dealer leh bg rm 210...mak phoenix nak tanye dealer amway dia leh bg baper..hehe..dideal leh bagi ke harga rm210 tu? ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2005 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 19-4-2005 10:45 AM:
and ade yg macam letak kat dahi tu..yg kuning2 tu..ape nama ntah..param ke pilis..ade ke?



yg letak kat dahi tu kalau TH nama dia Campuran penenang, tempek kat dahi, param kot nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 19-4-2005 11:12 AM:
dideal...dengar harga TH ni dealer rm195..and ade gak yg dealer leh bg rm 210...mak phoenix nak tanye dealer amway dia leh bg baper..hehe..dideal leh bagi ke harga rm210 tu? ...



phoenix, yg hrg dealer Rm195 tu ialah harga sebelum bulan dec 2004, start dec 2004 semua produk amway naik hrg so termasuk la TH ni, so hrg dealer yg baru RM210,..

chechk Pm yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 11:24 AM | Show all posts
takde pepun kat PM
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by dideal_2004 at 2005-4-19 11:12 AM:



yg letak kat dahi tu kalau TH nama dia Campuran penenang, tempek kat dahi, param kot nama dia


param tu sapu kat badan.. pilis tempek kat dahi.....

Hiihhh... rimasnya pikir nak berpantang nanti.. Panas.... Tapi sayangkan laki punya pasal, kenalah overhaul balik..  Yang longgar kena bagi ketat.. Yang londeh kena bagi firm....  ..;)

On top of jamu2 ni, jangan lupa buat kegel exercise.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 01:00 PM | Show all posts
toink, cam na kegel exercise tuh tak pernah dgr /
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 01:05 PM | Show all posts
kalau salin c-sect bleh ke makan jamu jamuan nie ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by katabatik at 2005-4-19 01:00 PM:
toink, cam na kegel exercise tuh tak pernah dgr /


kegel exercise tu bagus utk menguatkan pelvic floor.. Bila bersalin nanti kita punya muscles rahim longgar, so kegel ni boleh ketatkan baliklah mana2 yang longgar...

Mudah saja caranya.. First you kena identify mana satu pelvic muscles... Masa buang air kecik, cuba tahan urine punya flow.....  Pastu lepas, pastu tahan... Once you dah kenal which muscle, praktikkanlah dimana saja tak kira masa... Time tengah tengok2 TV ke, buatlah cam you hold rasa nak buang air kecik dan besar for few seconds, pastu lepas....   Masa hold tu, you kena feel the sensation of pengecutan di depan dan belakang.....  Paham tak agaknya I citer ni?  

Exercise ni sangat simple & bagus utk semua pompuan tak kira yang mengandung atau tidak.... Buat lah on regular basis... I've been training myself utk buat everytime bawak keta jumpa lampu merah.... Asal jumpa lampu merah, tahan, kecut, hold for few seconds & lepas....  Pastu buat lagi.... Ingat.. jumpa lampu merah je, kecut.... Lampu merah.. kecut...

Tapi kan lepas bersalin, susah sikit nak buat pengecutan tu sebab rasa cam kebas.... Kalau tak selesa, jgn buat dulu... Tunggu lepas agak2 dah rasa cam ok....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by oyeen at 2005-4-19 01:05 PM:
kalau salin c-sect bleh ke makan jamu jamuan nie ?

oyeen..jamu ni utk jagaan dalaman, insyallah boleh...cuma selalu org berjaga bab bertungku dan berbengkung tu...sebab seriau...tapi kebiasaan minggu ke 3-4 tu..dah baik..boleh berbengkung atau bertungku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by toink77 at 2005-4-19 01:25 PM:


kegel exercise tu bagus utk menguatkan pelvic floor.. Bila bersalin nanti kita punya muscles rahim longgar, so kegel ni boleh ketatkan baliklah mana2 yang longgar...

Mudah saja caranya.. Fir ...

wah...bagus tul tips dr toink ni...thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by toink77 at 19-4-2005 12:41 PM:


param tu sapu kat badan.. pilis tempek kat dahi.....

Hiihhh... rimasnya pikir nak berpantang nanti.. Panas.... Tapi sayangkan laki punya pasal, kenalah overhaul balik..  Yang longgar kena ba ...



ekekek... dideal pun tak perasan ler... thanks toink!

kalau TH amway - pilis tu yg campuran penenang, yg param tu campuran penghangat badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by oyeen at 19-4-2005 01:05 PM:
kalau salin c-sect bleh ke makan jamu jamuan nie ?



tak de masalah sebenarnyer oyyen lagi bagus sebab boleh membantu mempercepatkan badan rasa segar dan bertenaga, cuma bab barut dan bengkung jer kena guna lambat sikit, mcm yg riss dah ternagkan tu..

cuma kalau tak sesuai makan jamu boleh amik supplemen mcm vit c, asid folic, vit b, fibre dan sebagainyer
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 10:38 AM | Show all posts
phoenix smalam ade kawan call..and phoenix citer laa yg phoenix nnanti nak beli la amway TH ni..pastu dia cakapa laa..ni dia kata tak tau laa betul ke tak, dia pernah dapat satu email...yg cakap brg amway tak halal and tak diluluskan jakim..sbb mase dia dulu nak beli..kebetulan dia dpt email camtu, terus laa dia tak beli...sbb dia was was...tapi dia dgr TH ni mmg ramai kata bagus..

so phoenix nak tanye laa..betul ke tak halal...dideal agen kan..ade timbul ke isu2 ni? sbb actually phoenix cam konpiden je sbb doktor yg rekemen ni pun, doktor tu doktor pompuan and alim gak orgnya...kalau tak halal takkan dia pun berani makan...agi satu hubby phoenix kata, kekadang email ni sbb org dengki produk tu bagus..so bole ke clarify sket, tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 10:39 AM | Show all posts
lagi satu kan nak tanye, kalau makan TH ni, at the same time boleh ke makan vitamin yg doktor bagi lepas bersalin...leh makan serentak ke? ke kena makan TH je ke..or camne ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 20-4-2005 10:38 AM:
phoenix smalam ade kawan call..and phoenix citer laa yg phoenix nnanti nak beli la amway TH ni..pastu dia cakapa laa..ni dia kata tak tau laa betul ke tak, dia pernah dapat satu email...yg cakap br ...


blue pon pernah dgr the same thing pasal TH ni..blue dah order pon..next month amik..masa memula bagitau my mom nak amik TH ni die cam tak bagi jek tapi tak cakap directly lah..katanya kan imported product tu..memula blue tak amik port tapi dan explain kat mak takkan boleh lepas kalo tak halal kan..tapi hati ni still nak tahu keadaan sebenarnya..so sesiapa dealer amway..care to share?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.366709 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list