CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296154|Reply: 1181

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 27-4-2005 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aurorae at 22-6-2018 02:32 PM

Jom kongsi cerita.

Anak saya dah darjah 3.  Paling best kalau dengar dia terjemah bahasa Cina pada kitaorang.

Satu hari kami pergi nursery bunga, bawa semua anak dari  umur 2 tahun ke 9 tahun.

Dalam perjalanan balik, anak saya Rayyan yg sekolah Cina bercerita,

"ummi, tadi pekerja kat nursery cakap kat kawan dia: budak itu telah memetik bunga itu.
kemudian kawan dia tanya:  budak yang mana satu?
pekerja tu jawab: budak kecil yang sedang dipeluk oleh emak dia.  
kawan dia cakap: kenapa tak marah budak itu?
pekerja tu jawab: budak itu fahamkah?  b*d*h!"

Nak tergelak terguling-guling saya.  Terjemah ke Melayu baku lagi!!!


Urusan pendaftaran anak ke SJKC sumbangan Puan Lizs:
salam forumer..
alhamdulilah saya dah reg anak di Srjk (c) Masai untuk kemasukkan anak drjah 1 thn 2014.. wahh..2014 lama lagih tuhh!!..
so utk parents y masih nk reg sepanjang bulan 3 ni boleh reg..
document y dperlukan:
1. salinan Sura beranak anak (original bawa)
2. salinan my kids (original bawa)
3. Salinan i/c ibu/bapa/ penjaga (original bawa)
4. salinan Sijil nikah (original bawa)
5. salinan bil/api/air (original bawa)
6. Salinan pengesahan Pengetua tadika anak, y menyatakan anak ada mengambil subject  mandarin / Salinan kad penyata tadika aliran cina (original bawa)
*semua salinan dlm saiz A4
ok bila dh siap smua doc
1.pihak sekolah akan suruh parents isi borang
2.pihak sekolah akan 'Cop Sekolah' di belakang original surat beranak anak.
3.Keratan kertas myatakan pada thn 8.8.2013 tarikh utk mengesahkan pendaftran serta perlu bawa kad penyata utk diidi pada pengkalan data.



Ini pula Profile anak2 saya (4 SJKC, 1 SK).


My 1st, Rayyan umur 4-5 tahun - tadika english.   Umur 6 tahun 2002 selama setahun tadika islam 11-2 pm.    Dah setengah tahun baru terfikir nak masukkan anak ke sekolah Cina, jadi daftarkan ke tadika cina, sempat belajar 6 bulan sahaja - tadika cina 8-11 am.   Dia sangat penat, kitaorang pun takde experience lagi.  Cikgu kata selalu tidur time kat tadika islam, tapi alhamdulillah dapat no 1 gak.  Dia memang stress masa darjah 1 sebab tak cukup exposure bahasa cina.  Tapi dia friendly dan talkative, UPSR 2008 oral Cina => Cemerlang,  Bahasa Cina Paper 1 dan 2 => C Form 1 masuk sekolah agama -  jadi assistant cikgu koperasi masa beli barang2 kedai.  Baru dia nampak benefit pandai cakap Cina.  Update 2018:  Rayyan tahun akhir univ di Australia.  Bila nak mohon kerja part time, memang dia gunakan kelebihan berbahasa Cina dalam resume.   Ambil Accounting.

2nd, Aisyah umur 5 tahun 2004- tadika Cina 6 bulan, dia tak boleh cope.  Ingatkan tadika + cikgu tak sesuai,  pindah tadika Cina lain 6 bulan lagi - still dia tak boleh cope.  We did a lot of discussion with her teachers.    Umur6 tahunkeputusan muktamad, tadika Islam sepenuhnya dan masuk darjah 1 Sekolah Kebangsaan.  She's so happy to be there.  Form 1 sekolah agama.  Dia pendiam dan pemalu, lebih2 lagi dalam suasana asing.  Mungkin itu salah satu sebab dia tak boleh cope tadika Cina.   Sekolah menengah agama, Aisyah excel bahasa Arab, A1 dalm SPM dan jadi  'assistant teacher bahasa Arab'  semasa di sekolah.   Alhamdulillah, walaupun tiada bahasa Cina, dia dapat bahasa kedua Arab.  Update 2018, Aisyah di TAFE college, belajar English full time dan belajar Jepun part time.  Nampaknya Aisyah juga excel dalam bahasa Jepun, sehinggakan guru Jepun tak bagi dia jawap soalan dalam kelas lagi, bagi chance pada pelajar lain.   Dia boleh berkomunikasi dengan pelanggan2 kami dari Jepun.  Bercita2 nak jadi translator.

3rd, Sarah umur 5 tahun 2006- tadika cina sepenuhnya, 6 tahun - tadika cina 8 - 11 am  , rehat rumah baby sitter, fardhu ain kat tadika islam 4 - 6 pm.  Fardhu ain lebih relaks, khusus pada subjek agama seperti ibadah (belajar solat dan puasa), jawi, quran dan ahlak.   Hari Jumaat sahaja stay di tadika Cina untuk hw guidance.     Teacher mandikan dan pakaikan baju kurung+tudung untuk ke Fardhu Ain.  Karakter anak no 3 sama macam anak no 1, talkative, friendly,  jadi dia excel di SJKC.   Wakil sekolah pasukan robotik, acara sukan dan lari, serta juara Chinese Poem Recitation  untuk murid bukan Cina bagi daerah Kulai tahun 2012 dan 2013.   Update 2018, Sarah juara Chinese Recitation seluruh Australia kategori high school bukan Cina.  Kebanyakan pelanggan homestay kami adalah Cina dari tanah besar Cina, bahasa english mereka pun samada susah nak difahami (totally wrong vocab, grammar and sentence structure) atau langsung tak boleh cakap english.  Sarah yang jadi  main translator untuk kami.

4th, Basel umur 5 tahun 2008 - tadika islam sepenuhnya.  6 tahun - tadika cina 8-11 am, rehat, stay untuk 2 jam tusyen cina 12 - 2 pm, rehat, fardhu ain 3-5 pm.  Semasa 6 tahun sama mcm method untuk kakaknya, cuma ada kelainan masa umur 5 tahun sebab kami tak pasti adakah Basel boleh terima persekitaran sekolah Cina kerana karakternya sama macam Aisyah.  Jad kami dedahkan dia pada dua2 sekolah tadika, supaya ada pilihan masuk SK atau SJKC.  Walaupun pendiam dan tak pernah dengar perkataan Cina dari mulutnya, Basel cemerlang dari segi akademik dan dapat no 1 di tadika Cina.  Lain dari kakak dan abangnya,  dia banyak membaca dan menghafal, tapi kurang berbual.    Dia juga boleh buat assignment tanpa pertolongan sejak darjah 3 (masa ni dah mula susah), dan boleh ajar saya cara2 menggunakan kamus Cina.   Saya rasa dia memang budak bijak  walau mulut ada jongkong emas.   Tahun 2015 kami pindah Australia,  sekolah English sepenuhnya.  Basel berusia 12 tahun, tak sempat ambik UPSR.  Dia terus masuk sekolah menengah di sini.   Basel masih ingat karakter dan masih boleh membaca bahasa Cina yang mudah, tapi dah tak  boleh bercakap Cina.

5th, Habel ikut method sama seperti Sarah, tadika Cina dan fardhu ain.   Habel ada mild dileksia dan effect juga akademiknya pada 2 tahun pertama di SJKC.  Dia banyak tertinggal arahan dan nota2 yang ditulis cikgu di whiteboard kerana kesukaran menulis, serta kadangkala terbalik atau salah apa yang disalinnya.  Tahun2 pertama Habel di sekolah agak teruk, hingga kami menyangka Habel ada masalah akademik.  Darjah 3, Habel bersekolah di Australia.  Kami bersyukur dia bersekolah di sini.  Dia masih lambat pick up akademik.   Tetapi cikgu2 dan sistem di sini menyokong semua pelajar dengan mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka.  Baru kami tahu tahu dia pandai melukis rupanya, kerana dimasukkan ke kelas khas lukisan.  Satu posternya tergantung di hall sekolah. Update 2018: Semasa darjah 6,  dia jadi kapten sukan, dan dapat markah tertinggi maths.   Atas recommendation cikgu, Habel akan masuk sekolah menengah  teknologi tahun hadapan.  Habel adalah contoh tipikal kanak2 dileksia yang perlukan suasana pembelajaran yang sesuai untuk menggilap bakat mereka.  







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts

Update anak2 saya.

Edited by aurorae at 14-2-2023 02:21 PM

2015 Kami migrate ke Sydney dan membuka homestay. Majoriti pelanggan dari tanah besar China yang tak pandai berbahasa English. Anak2 yang jadi translator.  Kami kini mengendalikan pakej lawatan ke Sydney dan menawarkan kediaman di homestay kepunyaan masjid di sini. Ikuti kami di

2018. Sarah ketika ini 17 tahun, juara Chinese Recitation peringkat Australia, kategori non Chinese. Wakil Australia ke Beijing.


2023. Rayyan 26 tahun, guru sekolah menengah di Sydney.  Baru saja kawin dan rupanya, ibu mertuanya adalah anak Cina yang dijadikan anak angkat keluarga melayu. Masih berhubung dengan keluarga kandung Cina. Nenek dan datuk mertua usia 70+ tak pandai berbahasa melayu. Rayyan jadi jurubahasa kepada keluarga mertua semasa melawat mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 08:26 AM | Show all posts
pandainya...adik princess yang kecik sekolah tadika cina...dia cakap pun sebijik ler budak cina..dahlah putih cam cina. Kadang2 bila dia cakap english pun sleng cina. Masalahnya bila dia buat homework yg dia tak tahu, kami pun tak tahu nak ajar camna. Nasiblah ada jiran cina. Selalu uncle tu lah yg tunjuk camna nak buat..Cute sangat bila dia menyanyi lagu kanak-kanak dalam bahasa cina..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 05:03 PM | Show all posts
mana sekolah cina yg ok kat area KL ni ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2005 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by mamamikhail at 2005-4-29 05:03 PM:
mana sekolah cina yg ok kat area KL ni ye?


Saya kat Skudai, jadi tak tahu apa2 sekolah kat KL.  Tapi petua saya ialah objektif kita -  samada nak anak menguasai  bahasa Cina atau nak good school  + tahu bahasa Cina.

Saya pilih untuk anak kuasai bahasa Cina, so pilih sekolah Cina kampung yg majoriti pelajarnya tak reti sangat cakap Melayu @ English masa darjah 1 dulu..

Anak saya tak ada pilihan, kena cakap Cina kalau nak survive.  Kelebihan lain, anak saya selalu diminta tolong oleh cikgu dia untuk jadi tutor kawan2 sekelas dalam bahasa Inggeris dan Melayu.   

Sebelum tu saya tinjau ke sekolah Cina yg paling bagus academically kat Skudai ni, tapi tengok student dia cakap campur2 Cina dan English.  Ramai mak bapak dia pun cakap English dgn anak2.   Cuma dia nak anak2 dia belajar bahasa Cina.  Not good for my child.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 10:23 AM | Show all posts
tumpang lalu....:nyorok:

anak i sekarang baru 5 tahun....next year nak kena register tuk darjah 1 tahun 2007 ler kan? i pon tengah carik skolah cina.....sekarang ni dia dok kat tadika english. bahasa cina ada sebagai subject jer.tapi dia takleh cakap pon lagi since budak2 cina skolah dia pon tatau cakap cina. anyone got idea mana skolah cina yang ok tuk orang islam kat KL nih???? plzzz
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2005 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 2005-5-4 10:23 AM:
tumpang lalu....:nyorok:

anak i sekarang baru 5 tahun....next year nak kena register tuk darjah 1 tahun 2007 ler kan? i pon tengah carik skolah cina.....sekarang ni dia dok kat tadika english. b ...


Erleyna kena tukarkan anak ke tadika Cina.   Dari situ cikgu boleh judge anak kita bersedia atau tidak nak masuk sekolah Cina.  

Anak pertama saya dulu sempat 6 bulan je tadika Cina tapi cikgu cakap dia dah bersedia, sebab dia independent, cepat tangkap dan friendly.

Anak kedua masuk tadika Cina dari umur 5 tahun, tapi sebab dia pendiam dan asyik nangis je, kami dan cikgu pun rasa dia tak boleh survive kat sekolah Cina.   Dia kena pergi environment yg dia rasa secure, dari segi sosial dan bahasa.  Jadi anak kedua kami masuk sekolah kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 11:17 PM | Show all posts
bagus kan..kalau sekolah cina ank ble pandai byk bhs..bella n hb mmg paln nak hantar ank sekolah rendah cina... insyaallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2005 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 27-4-2005 02:47 PM:
Jom kongsi cerita.

Anak saya dah darjah 3.  Paling best kalau dengar dia terjemah bahasa Cina pada kitaorang.

Satu hari kami pergi nursery bunga, bawa semua anak dari  umur 2 tahun ke 9 tahun ...


best gak kan kalu anak pandai ckp cina, interested jugak nak antar depa kat SRJK (C) nih, tapi camne dng food kat kantin tu, agak2 halal tak, nih yg buat aku risau ni...nak bawak bekal ari2, belum tentu diaorg nak, cos maklum le bebudak, karang tengok kengkawan gi kantin, mesti nak ikut skali..auro n princess, frm yr experience, camner yek?
Reply

Use magic Report

saayang79 This user has been deleted
Post time 23-9-2005 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by mamamikhail at 29-4-2005 05:03 PM
mana sekolah cina yg ok kat area KL ni ye?



hehehehh...anak sy br umo 3 bulan stengah....tp dah beso nnti nak bg sekolah cina...sbb saya dulu pon sek cina gak...:cak:
kalo nak tanya sek cina mane yg ok kat area kl ni...mesti la sek saya yg dulu....saya ngan adik beradik sume sek kat situ dari tadika sampai la darja 6...pastu sek menengah tukar sek agama plak....hheheh.......
sek saya dulu kat jalan ampang tu......SRJKC Lai Meng.......pada saya sek tu memang bagussss.....(almaklumla sek.lama saya.ehheheheh)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 08:31 AM | Show all posts
Pernah hantar ke tadika Cina masa kat Kerteh dulu...bukan purely cina...tadika tu english medium.... tp ada bahasa cina....masa buat homework bahasa cina..mmg prob la...nak tergelak pun ye..tp bila ckp cina..mak aiii...lancar betul...siap lagu cina pun terer....cuma tadika cina ni byk homework & tak byk sgt mengembangkan otak kanan...berbanding dgn tadika english lain...mungkin juga kerteh mmg limited resources.

ini pandangan peribadi ajer ler ye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2005 09:16 AM | Show all posts

Makanan kat sekolah Cina

Tentang makanan, kita terpaksa banyak berkorbanla.  Latih juga anak kita supaya sabar.  
Anak2 saya alhamdulillah masuk ke tadika Cina yang order makanan dari orang Melayu.  
Cikgu cuma bancuhkan air dan makanan ringan je.

Tapi di sekolah rendah, memang semua masakan Cina.   Sebelah pagi ada nasi lemak yg dihantar orang Melayu tapi anak saya selalu tak dapat beli.
Sebelah petang cuma ada roti aje yg halal.  Pau kat kantin pun saya tak bagi beli.

Dulu memang anak saya dibekalkan nasi, tapi selalu bawa balik tak makan, sebab dia memang tak suka makan nasi.
so lepas tu saya bekalkan samada roti/kepingan piza/burger/hotdog/sandwich.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 04:37 PM | Show all posts
room mate sayer sekolah cina dari dejah 1-6.

seronok biler kuar ngn dier...buat muker bodo depan cina...pehtu biler cina kutuk2 ker...dier jawab balik dlm basa cina. cina terus tekejut.

kawan sayer tue kulit jawa abes. manaler org expect dier pandai spekang cina.

sayer ader gak tanyer dier...camana dier survive foods kat skolah dier dulu? dier ckp, mak dier dah bagi explaination awal2 pasal foods yg halal & haram. so..dier pon ok ajek nak adapt ngn situasi sbb mak dier bekalkan dier foods dari rumah hari2.

kalau nak beli kat kantin skolah pon, mak dier dah cakap dah foods camana yg boleh dimakan ngn tidak boleh dimakan...sebagai org islam.

kata dier, she n her sbiling (12 adek badek suuumer masok skolah cina) tadek masalah when it comes to buying foods from canteen.


m
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 13-10-2005 04:37 PM
room mate sayer sekolah cina dari dejah 1-6.

seronok biler kuar ngn dier...buat muker bodo depan cina...pehtu biler cina kutuk2 ker...dier jawab balik dlm basa cina. cina terus tekejut.

kawan ...


bab makanan aku tak akan tolerate...sebab aku tak percaya langsung budak2 kalo umur 4-5 tahun tahuke makanan halal haram.....lagi satu kalau budak kecik sekolah rendah...if kengkawan ajak makan apa yang they all makan.....kalo budak yang tegar oklah...but mostly budak akan ikut apa yang kawan dia buat...

tak tau lah....for me...sending to chinese school the benefits tak justify risk yang patut diambil. aku tau mungkin pandangan aku nih skeptical.....may be u all can share...sbb ada collegue aku nak hantar gak..aku kata sbb apa ko nak hantar..pandai maths and cakap cina....ok...aku kata pemkanan jugak main peranan untuk budak nak pandai ke tak....bagi aku sekolah yang pengtua cina, walopon, smart reader sekalipon, aku tak mo amik riusk termakan makanan haram....sbb aku tau ramai gak tadika cina amik bibik indon masakkan untuk student...bibik tuh mmg la indon...bahan2nya??????
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by akubest at 14-10-2005 09:10 AM


bab makanan aku tak akan tolerate...sebab aku tak percaya langsung budak2 kalo umur 4-5 tahun tahuke makanan halal haram.....lagi satu kalau budak kecik sekolah rendah...if kengkawan ajak makan ...



akubest..aku rasa depends kot...

kalau anak awal2 dah bole paham makanan bersey, makanan yg dier boleh makan ngn tak boleh makan sumer tue...insya Allah ....

kalau camtue...teringin gak nak tanyer mak mak yg ader anak G6PD.

camana ek depa sumer mengawal anak2 utk tidak makan@termakan secara sengaja @ tidak sengaja akan kacang2 @kandungan makanan yg ada kacang dan bahan2 yg intolerate utk kanak2 G6PD di skolah? series nie nak tanyer....

camana mereka solve isu foods di skolah utk anak2 mereka? tak kesahlah skolah kat mana sekalipon...

tau tau jeklah..cam akubest cakap....budak2 kebanyakkan ikot kawan kawan....

aku dulu bukan sekolah cina, tp dalam kelas aku, cuma ader 5 org ajek budak melayu termasuk aku.

so..ko paham2 jeklah..kawan2 cina aku nie kalau bawak bekal ker, ajak gi makan ker, aku tgk pelik pelik sket...aku mesti tanyer aper tue??? kadang tue..mee goreng biasa pon aku tanyer dulu....

nanti depa jawabler nie ler daging BAB1 yg dah dimasak ler, direbus ler aper ler...geli anak tekak aku!

dah lama lama tue, depa sdirik cakap...aku tokleh makan nie, makan tue, sbb ada bab1 and the geng...

ermm..aku rasa, saper2 yg ada anak g6pd mungkin boleh share experience mereka didik anak dan terangkan anak aper yg mereka boleh makan ngn tokleh makan sbb g6pd mereka tue... mungkin knowledge tue boleh apply utk anak2 yg nak ke skolah cina d@ senang ckp ke skolah yg bukan environment islam@melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 09:46 AM | Show all posts
Sekarang ni anak saya belajar di tadika Cina.
Sependapat dgn aurorae, kalau nak hantar anak ke sekolah Cina ni,
kita kena hantar anak ke tadika Cina yg mana majority murid dan gurunya
berbangsa Cina. Hari2 dilatih dan dengar pertuturan Mandrin, so mmg cepat
jer menangkap. homework jangan cakaplah. Walaupun baru tadika, mmg setiap
hari ada homework.

Pernah satu hari saya bawa anak ke kedai textile. Nak beli kain ela wat baju kurung
raya. Harga semeter dlm $15 tapi saya cuma nak beli 2 meter jer. Saya suruh anak saya
cakap kat uncle tu (tuan kedai) nak 2 meter, dan nak mintak kurang skit.

Orang tua bila dia dgr budak kecik cakap mandrin, maka bnyklah yg ditanya...
sapa nama, umur brapa, sekolah mana ...semuanya dlm mandrin...saya kat blakang
terdiam dgr anak bertutur dlm mandrin. Sbbnya kat rumah mmg jarang dengar kecuali
dia nyanyi2 lagu cina. Tup...tup...bila nak bayar, 2m kain tu hanya dicaj $20 jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 10:04 AM | Show all posts
Ttng makanan...

Saya bukan drp sekolah cina tapi saya dtng drp sekolah yg canteen operatornya
adalah bangsa cina. Gurubesarnya pula adalah serani-india. Mungkin sbb drp rumah
lagi dah dididik apa yg halal dan haram dan apa yg boleh makan dan sebaliknya
maka dgn sendri saya dan juga kawan2 melayu yg lain (w/pun masa tuh dlm darjah 1)
tak tingin nak beli masakan yg dijual kat kantin kecuali air botol dan kuih2 ajer.
Sbb kuih ni dihantar oleh orang melayu.

Jadi ttng makanan ni pada saya, bukan sekolah cina ajer....dan pernah masa di Form 5,
cuma ada 10 orng jer melayu dlm kelas saya. Saya duduk sebelah budak cina. Dia ada bawa bekal.
Cuma kalau dia ada bawa b##i, dia akan bg tahu dan minta kebenaran utk makan dpn saya.
Lama2 dia sendrik paham yg budak melayu tak leh makan daging bab...mahupun ingredients yg
ada bab...Dan dia sendrik paham takkan makan depan budak2 melayu kalau bawa bekal yg ada bab..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by saayang79 at 23-9-2005 09:54 AM

hehehehh...anak sy br umo 3 bulan stengah....tp dah beso nnti nak bg sekolah cina...sbb saya dulu pon sek cina gak...:cak:
kalo nak tanya sek cina mane yg ok kat area kl ni...mesti la sek sa ...


Lai Meng mmg sekolah cina yg popular kat KL.
Kalau lalu dpn sekolah tu, mesti nampak ramai budak melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 14-10-2005 09:46 AM
Sekarang ni anak saya belajar di tadika Cina.
Sependapat dgn aurorae, kalau nak hantar anak ke sekolah Cina ni,
kita kena hantar anak ke tadika Cina yg mana majority murid dan gurunya
berbang ...



that's a good thing of learning mandarin @ any chineese language like cantonn sumer tue.

my chineese fwenz cakap, bangsa mereka sgt respek & hormat dkt bangsa lain yg boleh converse dlm language derang.

kalau kita pasan, zaman skang...mana2 co. yg dipelopori oleh kaum cina mesti ada tulis dalam iklan keje nak someone yg literate in mandarin.(secara x langsung tertutup peluan anak melayu utk dpt keje disitu) :cak:

nampak tak camana mereka 'protect' bangsa mereka sdirik indirectly??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 08:18 PM | Show all posts
kalau kita pasan, zaman skang...mana2 co. yg dipelopori oleh kaum cina mesti ada tulis dalam iklan keje nak someone yg literate in mandarin.(secara x langsung tertutup peluan anak melayu utk dpt keje disitu)

nampak tak camana mereka 'protect' bangsa mereka sdirik indirectly??

Mmg selalu ada dlm job advert.
Can converse in mandrin dan satu lg ialah fair complexion....(kalau sawo matang tu
sendri mau hingatlah...)
Reply

Use magic Report

isaura This user has been deleted
Post time 18-10-2005 08:22 AM | Show all posts
Seronok is  baca thraad nih..cuma me tak de experience nak kongsi bersama.

Macam comel je budak2  kecik esp malays pandai speaking mandarin...;)

Teringat cite "green green grass by the river"..suka tengok keletah budak pompuan tu, cara dia cakap comel sangat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.098606 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list