CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 14-12-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 14-12-2007 11:44 AM


Sklh anak saya tu, klau yg beragama Islam dibenarkan pakai seluar panjang.
Nak pakai pendek pun boleh...dan ada gak budak cina pakai seluar panjang.
Tak de masalah.
Rasanya nak kena buat s ...


ooo ok....

7.15am-3.30pm tu waktu skolah biasa...bukan masa orientasi...lama kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 10:23 AM | Show all posts

Reply #261 Acun's post

Lama pula tak tulis dalam ruangan ni.
Memang waktu sekolah kat SRJK C ni lama. Masa 80'an dulu pun, habis sekolah rata2 1.45pm, then petang ada kelas tambahan & ada lagi caligraphy class. Seronok juga. Teringat lagi dulu I selalu kena tinggal bus sekolah sebab sekolah2 lain semua habis awal, tambahan pula hari Jumaat. Sabtu pun ada 1/2 day dulu. Menarik terkenang kisah2 dulu. Tapi kalau bukan ayah & mak yang beri semangat utk terus belajar, tak tahu lah kemana agaknya sekarang. Untuk mak ayah yg hendak hantar anak2 ke sekolah cina tu, selamat berjaya & selalu berikan anak2 semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 03:58 PM | Show all posts

Reply #262 mieciput's post

Thanksssss.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 10:14 AM | Show all posts
Acun, sekolah anak saya dibenarkan pakai seluar panjang.  Masa darjah 1 dulu my son pakai seluar pendek, lepas tu terus seluar panjang.  Budak2 perempuan pun boleh pakai tudung.

Tang rambut pun very strict, mesti pendek tak kira lelaki perempuan.  My son ni degil sikit, rambut dah sampai tengkuk baru nak potong.  Pijak rumput pun tak boleh. Berlari pun kena tulis nama.   ButI told my son, kalau dia tahan kena rotan, dan dia dapat kepuasan lari2 atas rumput tu, go ahead.

Masa sekolah, hanya untuk darjah 4 ke atas, hari Rabu stay back until 3.30 untuk kelas tambahan bahasa Melayu, English dan Cina.  But my son dapat excuse sebab pegi sekolah agama sebelah petang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 01:36 PM | Show all posts

Reply #264 aurorae's post

ayyooo...berlari pun kena tulis nama...ni baru betul2 strict

saya rasa darjah 1-3 takde pilihan la...mmg kena stay back sampai kol 3.30pm.

tadi saya baru jumpa tpt yg boleh guide homework anak saya tiap2 hari lepas waktu skolah. dia cuma caj RM180 monthly. murah kan  
dia tak kira plak berapa jam sehari...kira lumpsum je..cuma dia suh datang je kol 4.30pm lepas sekolah.lega rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 04:50 PM | Show all posts
my adik sedara 4 org masuk sekolah cina..dari tadika sampai la form 5...antara depa siap ckp cina je memanjang...time kutuk org depa num 1...hehehe kesian my aunty
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #266 poison32's post

mcm my husband dengan adik beradik dia kalo sembang secret2 mesti lam bahasa mandarin...kiterang nganga je la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 01:17 PM | Show all posts

Reply #266 poison32's post

I adik beradik semua product SRJK C. Memang kalau nak berbicara dlm mandarin sahaja, senang. Tapi yg membezakan adalah dialect2 yg dikuasai berbeza2... Tapi yg penting adalah usaha sendiri & dorongan kedua org tua. So kepada anda yg masih belajar kat Uni ke atau yg ada anak SRJK C ke, teruskan bagi mereka galakkan. Harap2 besar nanti tak "allergic" bila berjiran, bekerja atau berurusan dgn bangsa asing.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2007 10:49 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat tahun baru.

Tentu semua sibuk dengan anak2 yg nak masuk sekolah.   Anak saya kat sekolah Cina dah dapat buku teks sebelum cuti hari tu lagi.  Yang sekolah kebangsaan, tak tau apa status.  Cikgu kata tunggu sampai sekolah buka, samada dapat pinjaman atau kena beli.

My son dah darjah enam, macam tak percaya.  Baru je rasanya daftarkan dia ke tadika cina tahun 2002 dulu, pastu sibuk drive ke sana ke mari carikan sekolah rendah cina pulak.   Masa tu pagi 8 -11  dia pergi sekolah adika cina, pastu tukar baju tadika Islam.  Naik bas sekolah pegi tadika Islam pulak.  Ustazah cakap dia penat sangat kat tadika Islam tu, kadang2 tertidur.   Tapi kitaorang tak paksa dia buat homework masa tu.  So selalu jugak dia kena denda kat dua2 tadika, walaupun kami dah terangkan kat cikgu kitaorang tak beratkan sangat homework tu.  

Finally, masa akhir tahun, dia dapat highest mark kat tadika Islam.  Kat tadika Cina sederhana je, sebab dia belajar pun sempat 6 bulan je.    Masa darjah satu, sengsara jugak sebab bahasa Cina belum kukuh lagi.  Banyak jugak homework yg termiss sebab dia tak dapat tangkap masa cikgu cakap.   Masa tu, bahasa Cina sentiasa gagal.  We never scold him, but gave more encouragement and support.

Sekarang ni, alhamdulillah, segala penat lelah dan pengorbanan 5-6 tahun dulu dah nampak hasilnya.    Dah tiba masa untuk rancang ke sekolah menengah pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 02:59 PM | Show all posts
Mana korang semua, ....wahh wah semua orang sibuk dengan urusan daftar dan hantar anak ke sekolah.  

Anak saya yg ketiga pun baru aje masuk ke darjah 1 sekolah Woon Hwa, sekolah baru, tak sama sekolah dgn abangnya.  Sibuk betul, sebelum pukul 7 dah hantar  3 anak ke 3 sekolah berlainan.  Pukul 1 tgh ambil balik.  Pukul 2 ptg budak2 ni pegi sekolah agama pulak.  Tak  naik bas sekolah sebab tak de sesapa yg sejalan dengan anak2 kami.

Yg darjah 1 tu, perempuan.  Dia tengok kakaknya pakai baju kurung dan tudung pegi sekolah kebangsaan.  Dia pun cakap nanti nak pakai macam kakak.  Hari pertama dia pakai baju kurung, tapi entah apasal tak jadi pakai tudung.  Sampai sekolah dia tak nampak sorang budak pun pakai baju kurung, apa lagi minta nak pakai uniform gown masa tu jugak.  Tapi takde la sampai nangis2 menjerit, cuma bisik2 sambil senyum malu-malu.

Lepas pujuk2, barulah dia nak teruskan pakai baju kurung.  Pastu kita pun puji la, kata senang nak cari dia, dari jauh dah nampak.  Sekarang ni dah ok, nampak dia pun confident aje, tak malu2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #269 aurorae's post

Waalaikumussalam...selamat tahun baru kembali..

Memang kebanyakan bz semula...sebab routine dah kembali kepada biasa...hantar anak sekolah...kelas...mengaji...semuanya yang mengikut jadual...

Aurorae...nak tanya sket...kenapa ur daughter x sama sekolah ngan abang dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #271 mommyallya's post

sekolah abangnya dah penuh, dan keutamaan untuk murid baru diberi pada budak2 dari kampung Cina tu.  Budak2 dari tempat lain semua di tempatkan kat sekolah Woon Hwa.  Ok jugak, masa pegi sesi orientasi dgn parents, guru besar dia pun friendly.  Masa ambik budak tgh, guru besar pun ada sama kat gate mengawasi budak2 keluar.

Budak darjah 1 ni ada orientasi weeks selama 3 minggu.  Diaorang tak payah bawa buku teks atau buku tulis, cuma bawa pensil, pensil warna dan barang2 kraf je.   Cikgu kata nak bagi they all enjoy the school and get to know each other.  Wahh bagus ni.  Pastu agaknya sebab dah ramai gak budak2 dari kaum lain, masa ucapan hari tu dalm 2 bahasa, Chinese dan Melayu.  Keburukannya, lambat sikit la anak aku nak kuasai bahasa Cina kalau macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #272 aurorae's post

ooo...macam tu citenya.  Sekolah Woon Hwa ni macam ok gak lah...memang bagus dia ambil pendekatan camtu untuk students std.1....nak get use to new environment....sekolah baru...system baru and all kan.

I skang ni...walaupun anak i kindy 6 yrs tapi di sebabkan nak hantar ke srjkc 2009 nanti...agak2 mengelabah jugak...cam ne ye nak cite..asik pikir je...ok ke tak nanti...macamana kalau tak ok...what alternative sd i opt to...things like that.  Tapi macamana pun i am determine to make it ok.... .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2008 11:59 AM | Show all posts

Reply #273 mommyallya's post

Mommyallya,

masa my first child dulu tu, takde langsung perasaan gelabah tu, agaknya sebab kitaorang confident sangat yg dia boleh buat.  Walaupun dia belajar tadika cina 6 bln je dan chinese dia pun tersangatlah lemahnya masa tu, somehow we knew he will survive, and he already proved it.

But my daughter ni, ada sikit2 seram sejuk gakla, sebab dia agak pendiam dan pemalu, walaupun bijak jugak budaknya, kat tadika Islam jadi murid contoh.   Because of her personality, we do not anticipate anything miracle.  She might fail Chinese for the first 1 or 2 years, but will catch up slowly.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #274 aurorae's post

My doter ni pun...pemalu and pendiam...tu sebab ada rasa ngelabah tu.  We are confident that she would do fine academically tapi takut dek kerana environment..dia pulak x nak continue...yelah sebab pemalu tu...takut lak susah dpr kawan.  

Nway, i rasa sekolah primary ni besar cabaran utk siorang..yelah kan nak banding dengan sekolah tadika ni...memang banyak beza dia.  Hari tu i pergi survey sekolah kat sini...bila tgk keadaan sekolah tu macam sekolah i 20++ years ago....agak terkejut gak. Yelah dia sekolah lama kan...tapi i rasa kebayakan sekolah SRJKC sume camtu.  Hari tu masa survey kat KL pun camtu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 09:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah kepada semua....

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar...anak i pun boleh bawa diri...i plak yg berdebar2 masa memula nak hantar dia tu..
muka anak i ni macam cina so kawan2 dia semua pelik kenapa dia tak pandai berbahasa cina

minggu ni kelas tambahan masih belum start....balik jam 1.15 tengahhari. jam 5 - 6.30 pm my bibik antar dia pegi tuition mandarin....

jam 8 -9 pm pulak gi kelas mengaji....

dia nampak letih tp i akan pastikan dia tido jam 10 malam.

byk gak yuran tambahan yg kena bayar ye...

buku2 tulis dan aktiviti aritu dah RM140
masa orientasi ada lagi yuran RM116 termasuk insuran RM20.
kelas tambahan (sekolah 1.30pm -3.30pm) RM50
yuran buku RM38.50
yuran lagi RM27.30

memang macam ni ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2008 10:01 AM | Show all posts

Reply #276 Acun's post

Yuran2 tambahan ni terpulang pada sekolah sebenarnya.  Sekolah my son yuran2 tambahan termasuk buku tulis around RM100 aje, but the new school tu lebih kurang macam your daughter punya je. Walau dah dapat buku teks free, dia punya yuran tambahan + additional books+buku tulis, dah over RM200.  4 anak sekolah, beribu jugakla dah habis.  Hubby aku masih hutang RM500 kat sekolah tadika anak no 4, cuma mampu bayar RM200 aje dulu.


Pastu sekolah tu pun ada class tuition tambahan everyday until 3 pm rasa nya, (darjah 1 tak termasuk).  Tapi results UPSR dia tahun lepas so much better than sekolah my son, BM and English kelulusan each around 65%.  Walaupun sekolah baru (2007 buka), dia terus ambil students dari standard 1 till 6.

Baby pipi tembam kat sebelah tu ke daughter yg darjah 1 tu?

[ Last edited by  aurorae at 9-1-2008 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #277 aurorae's post

anak i lelaki....kat avatar tu ntah pic baby mana i rembat aurorae

i baru sorang anak yg sekolah pun dah rasa banyak kena bayar...u lagilah 4 orang...
tp tak kisahlah...tu pun dah kira ok sbb tak payah beli buku teks kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2008 01:31 PM | Show all posts

Reply #278 Acun's post

Sorry ishh si pipi tembam tu dah mengkonfiuskan haku la.  Ohh anak lelaki, aku dulu pun masa sekolah pakai uniform, orang selalu ingat cina.  Orang dok cakap cina ngan aku, selalu kena explain aku budak melayu.   

Aku rasa tu salah satu pemangkin kenapa aku nak anak2 aku belajar bahasa cina, rasa rugi sangat sebab tak faham dan tak boleh communicate.  Aku pun teringin sangat nak belajar, tapi asyik tangguh, sebab utama kelas mandarin ni selalu buat waktu malam dan week end, time kita nak spend time dgn family.

[ Last edited by  aurorae at 11-1-2008 12:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #277 aurorae's post

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429, semoga semua kita sentiasa
dalam peliharaan Allah SWT serta mendapat rahmat dan limpah KurniaNya
yang berterusan.

Aurorae, dekat puchong ni pun ada sekolah srjkc baru...relocate from ayer tawar, perak...nama sekolah dikekalkan SRJKC Ladang Harcroft.  Hari tu i pergi survey ngan hubby...sekolah barulah katakan...memang cantik tapi atas bukit.  Tahun 2008 ni baru bukak...hanya std 1 je yang dia ambil tp start nx year...rasanya std 1-3.  I ingat nak enrol my doter kat sana...skang ni pun dia kindy kat area tu.  But, kalau ikut dekat...SRJKC Yak Chee memang lagi dekatlah dengan rumah and sekolah yak chee ni pun bagus.  I takut jugak nak hantar ke sekolah baru...takut guru x de experience and x cukup guru...tapi ikutkan apa yg u cite...sekolah baru kat sana tu ok kan...tu lah yg i x sure tu,what dya think?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.082782 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list