CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 24-2-2006 09:49 AM | Show all posts
tahu bahasa cina tu a big advantage, sebab kat mana2 di dunia ni pun (rata2 la) mesti ada bangsa cina, and most negara ada chinatown. mcm tina cakap le jugak....
tapi tak semestinya sekolah cina tu bagus.

dalam 2-3 bulan lepas ada pembaca berbangsa cina, tulis ke the star dalam section "opinion", dia dulu product sekolah cinalah, skrg dah kerja bagus. tapi dia luahkan perasaan dia betapa sekolah2 cina kat malaysia ni membentuk minda kanak2 menjadi seorang WORKER, and
not THINKER. terlalu byk kerja rumah yg diberi memaksa murid2 menghafal, bukan menggunakan EQ atau IQ menyelesaikan masalah (sbb tak cukup masa utk tu semua krn terlalu byk homework).
tah la saya tak pernah study kat chinese school, tapi memang teringin nak kuasai bahasa cina lah kalau boleh.

oh lupa pulak, ni FAKTA saya dapat dari mulut org cina sendiri melalui my experience. dulu kat US saya kerja part time kat library. so ramai lah students from china yg pinjam buku2 post-graduate sebab derang ambik master & phd. english derang memang lah teruk. then ada sorang kawan from taiwan pun kerja sekali dgn saya, yg ni pun english cukup2 makan je, so saya tanya lah kat dia, nak buat master/phd, kene ambik tests kan, like master u hv to sit for either GRE or GMAT, so macamana these people, simple english pun tak master, boleh pulak lepas further studies sini?
then my friend tu cakap, laa tak tau ke, most chinese, what they do is, they memorize everything, they are extremely good in memorizing, doesn't matter if they don't understand whatever they memorized.

so, lebih kurang sama je la dgn cara sekolah cina kat malaysia ni agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2006 05:23 PM | Show all posts

Reply #41 mclaren's post

Akak rasa ada kebenarannya tentang menghafal ni, tapi tak semualah.  Masa akak degree dulu, coursemate yang dapat first class, budak hong kong, dia HAFAL UK GAAP ( General Accounting Practice) yang tebalnya beribu muka surat. Cakap english pun so-so aja.  Tapi coursemate chinese dari Malaysia dia tak hafal, dia memang faham concept...dapat second class upper.  Mungkin bergantung pada learning style jugak kot.

Anak-anak akak  sekolah Islam english medium.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by akubest at 14-10-2005 09:10 AM


bab makanan aku tak akan tolerate...sebab aku tak percaya langsung budak2 kalo umur 4-5 tahun tahuke makanan halal haram.....lagi satu kalau budak kecik sekolah rendah...if kengkawan ajak makan ...


Aku pon tak tolerate bab makanan ni, in fact masa anak aku tadika English pun, aku tak bagi dia minum air coklat yg cikgu dia buat, sebab letak marshmellow dalam tu.   Dia sendiri yg cerita pasal air coklat tu, dan tanya boleh minum tak?   Sebabnya ada marshmellow, yg aku dah bagitau dia awal2 dulu tak boleh makan.   Aku ajar anak aku semua benda halal haram ni.

Dia sendiri dah dilatih untuk tanya dan minta kebenaran kami dulu sebelum makan benda2 yg dimasak oleh cikgu dia, apalagi yg dibawa dari rumah oleh kawan2 dia.  

Bila masuk sekolah Cina lagilah, memang kami benarkan dia beli nasi lemak Melayu dan roti (yg datang dari kilang) aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by akubest at 21-10-2005 12:19 PM


sementelah ko bengang tuh aku nak tanya...kalo anak kat sekolah rendah cina...pendidikan islam sapa yang ajar???? adaka amali  ...


Akubest,

sekolah Cina cuma ada minimum masa pendidikan Islam, itupun ustaz selalu tak ada, dan tadika Cina memang langsung tak ada pendidikan Islam, puas hati?  Tengok nawaitu la masa hantar anak ke sekolah Cina tu.  Saya nak anak menguasai bahasa Cina, itu je.

Anak saya  masuk tadika English setahun, Islam  setahun, tadika Cina cuma sempat 6 bulan sebelum dia bersekolah darjah 1.   Dia dah diajar solat dari umur 6 tahun, cuma tinggal Zohor aje masa umur 7 dan 8 tahun (sebab sekolah ptg), solat Asar lepas balik sekolah,  dan tak pernah tinggal solat 5 waktu dari umur 9 tahun (sekolah pagi).  

Dia juga bersekolah agama ~ 2 jam sehari.  Saya tengok academic performance dan akhlak budak2 sekolah agama tu, (semua dari sekolah kebangsaan)  tak la pulak lebih baik dari anak saya, serupa je.  Yg paling banyak, lebih teruk lagi.   Tengok didikan mak bapak jugak kot.  

Ustaz dan ustazah  kat sekolah agama galakkan anak saya ke jurusan Arab bila sekolah menengah nanti, diaorang pun excited dengar wawasan kami yg nak anak multilingual.   In fact memang my husband tengah cari2 sekolah yg bagus untuk pendidikan dalam bahasa Arab pulak.


Anak kedua pula, aim kami berbeza. Dia pelajar yg sederhana, tak cemerlang sangat dalam akademik, dan kami pun tak yakin dia boleh survive di sekolah Cina.  Jadi kami biarkan dia dalam environment yang dia rasa selesa, dan galakkan dia dalam bidang yg dia minat.  Dia nampak suka menghafal doa-doa dan ayat Quran, dan lembut hati orangnya.  

Kami tak pernah paksa dia ikut jalan macam abangnya (multilingual), walau itulah yg sebenarnya kami inginkan pada semua anak2 kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by pelicano at 23-2-2006 08:19 PM
Haritu I had a chat wiv a chinese friend tentang hantar anak sekolah cina. Dia kata sekolah cina selalunya approach dia drastik sikit. Homework banyak, cikgunya garang ya ampun...Kalau anak you jen ...



Itu memang aku setuju, homework banyak, dan kena banyak menghafal.  Sebabnya tulisan Cina tu sendiri begitu sifatnya, kalau tak hafal, memang tak dapat apalah, walau fasih macamana pun budak tu bercakap.

Jadi kalau tengok anak menderita dan tak boleh cope, mungkin elok sekolah kebangsaan aje.

Cuma ada berita gembira di sini, anak aku tu cerdik, tapi benci menghafal.    Aku tau sifat dia macam ni sebab sifir 2 pun dia masih tak hafal masa dah darjah 3.

Tapi dia masih among top 10 dalam kelasnya, sebab bukan semua subjek kena menghafal.   Mana2 yg banyak hafalan, markah dia rendah.  Suhjek tulisan bahasa cina dia memang tiap tahun fail, bukan sebab dia tak tau bahasa cina, tapi sebab dia tak hafal semua karakter tulisan untuk setiap perkataan tu.  

Contohnya aku tengok dalam kertas ujian komputer, ada gambar 'mouse atau tetikus', dan ada garis kosong  di bawah gambar tu.  Anak aku tulis sesuatu dalam bahasa Cina kat situ, tapi salah.   

Aku tanya dia, takkan mouse dlm bahasa cina pun dia tak tau?  Dia kata dia tau sebut, tapi tak ingat tulisannya.  (sebab dia tak menghafal la tu, aku dah faham sangat).

Paling dia suffer masa darjah satu dulu, sebab masa tu ayat2 mudah pun dia tak faham, dan selalu miss kerja rumah sebab dia tak boleh buat.  Kena rotan tu dah lali sangat.

Tapi kebaikannya ialah, ia melatih anak aku untuk menghafal masa kat sekolah ugama.  Kat sekolah ugama kan banyak hafalan ayat, hadis, nahu Arab, fekah, sejarah.  Alhamdulillah, anak aku jadi cemerlang pulak kat situ.   Benda tu simple aje bagi dia sebab tulisan cina tu sendiri  dah terlalu mencabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by akubest at 11-1-2006 05:35 PM

ADI PUTRA...bukan anak cina maupun sekolah cina.....


Adi Putra satu dalam sejuta, jgn libatkan dia di sini.

Bagi aku, sesiapa yg hantar anak ke sekolah Cina sebab nak pandai matematik cuma membuang masa sahaja.   Lebih baik hantar sekolah melayu.  Pandai matematik tak kira bangsa.

Pandai matematik ni, memerlukan kefahaman.   Orang Cina sendiri cakap, pemahaman akan lebih berkesan dalam bahasa native kita sendiri.   

Aku dulu sekolah kat ulu kampung, pandai jugak, ajar matematik advanced lagi sekarang.  Anak kedua aku, sekolah kebangsaan kat bandar, dengan semua kemudahan, belikan software lagi, latih tubi lagi, masih gak guna jari nak kira dua tambah tiga.  Kalau dua tambah kosong, dia blank terus.  

Tapi dalam kelas, dia dianggap pelajar sederhana, dan mewakili majoriti pelajar sekolah rendah.  Tu yang aku sedih sekolah rendah sekarang ajar Math dlm bahasa Inggeris,   majoriti pelajar termasuk anak kedua aku tu memang tak faham langsung apa yg diajar kat sekolah.   Kena mak bapak pulak terangkan dalam bahasa melayu.  Pemahaman tu penting.

Anak pertama aku, dah memang otak cepat tangkap.  Ajar matematik dalam bahasa Cina pun dia faham.  Aku dgn husband aku selalu cakap, budak macam ni, kalau ajar math dalam bahasa Rusia pun dia faham.   so inborn talent tu pun memainkan peranan.  Tak boleh pukul rata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by mclaren at 24-2-2006 09:49 AM
tahu bahasa cina tu a big advantage, sebab kat mana2 di dunia ni pun (rata2 la) mesti ada bangsa cina, and most negara ada chinatown. mcm tina cakap le jugak....
tapi tak semestinya sekolah cina  ...


agreed ngan mclaren.....

sepanjang aku study dulupon cenggitula....bab2 hapai nih bagikla kat cina....they are good in memorizing.....too much emphasis on emorizing may be membuka hanya sedikit ruang untuk berfikir.....which is aku tanak anak2 aku falls into that.... tapi kalo dia dah minat menghapal nak buek cemano?????

aku bukan apa aurorae.....aku nih cam actually it is personal....aku macam rasa sedi, terkilan, pasai apa kita nak ikut sangat style2 cina, walopon bahasa....nak2 alasan senang keje ngan cina....aku sebagai anak melayu dan islam...terasa agak regret ahh.... phal plah objektif anak hantarsekolah cina, senang dapat keje, and keje ngan cina....which i personally think, we are in the chinese shell, uknow..... which is tak sehebat mana....malay student can simply beat chinese globally....bukan aku racist if anybody kat sini cina.....even mybestfriend is chinese..... but aku rasa please feel proud on what we have.....jgn terpk nak keje ngan bangsa lain....let bangsa lain keje ngan kita.....

actually, suka hati mak tok korang la nak hantar sekolah mana pon kan????? aku pon sama....aku pedulik hape orang lain kata....kan??/ cuma aku nih semangat melayu lebih sikit......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:46 PM | Show all posts
i think kuat menghafal nie is a BIG advantage sbb teknik hafalan is salah satu teknik utk kiter boost our brains' capability & power.

sayer terbaca di mana ntah, org yg kuat hafalan nie to the extend mcm dier boleh rewind balik otak dier tue kat mana mana point yg dier nak ingat.

cth mcm kalau hilang kunci kereta. org yg kuat pemikiran nie, mereka boleh rewind satu persatu episod tue sampai dier boleh detect balik where the key is? kunci keta tak hilang, cuma tak jumper ajek in specific period. sumthing camtuelah...the power of brain, kalau kiter 'massage'  otak dgn beberapa teknik, antaranya termasoklah teknik hafalan.

mcm ayat2 al quran lah. kiter baca ajek. tp cuba kiter tgk orang yg HAFAL ayat quran. how they behave? how they re-act over sumthing??? cumanyer, mereka hafal ayat2 suci, jadik jiwa mereka tue tenang dan senang masok aper2 ilmu. ini facts. anybody can deny ??? :cak:

ader dah poremer yg stated that skolah cina byk menghafal. i think, in a way of boosting ur brain, it's good. cuma, kiter dah nampak kan...hafal tapi tak paham...itu satu berita sedey la....so, perhaps kiter boleh impose bab pahaman tue together with konsep hafalan.yg ini, boleh dididk lagik.......boleh di touch up lagik.

jgnlah kiter pukul rata ajek...juz becoz byk hafal, so it seems like u r brainless. tak pakai otak. sumer main pakai hafal. creative thinking tue tarak......rugilah camtue. kiter dah nampak hafal tanpa paham tue satu kerugian besar...so....touch up la bab pemahaman tue.

antar anak skolah cina, bukan suruh mereka jadik mcm cina. katakan cina belajar byk hafal ajek, pahamnyer idak. kiter usahalah didik anak...belajar bukan setakat hafal, tp mesti faham. u r not chineese and wud never be one of em...so, teknik kiter ubah sket.

i dont think parents melayu yg hantar anak ke skolah cina sbb nak anak mereka keja dgn cina. wat a tot, huh???? i dont think that's an objective, but merely an ADVANTAGE....for learning other language selain malay and english.

mcm jugak org lain yg belajar ke jepon, biler balik mesia, derang ader extra advantage daripada mereka yg balik dari UK,misalnyer. advantagenyer, paling koman, mereka boleh jadik translator nihon-malay-english biler balik ke mesia utk menabur bakti.

being patriotik doesnt mean kiter tak boleh nak 'explore' culture, bahasa dari bangsa selain bangsa kiter, kan??? malah, those yg berpengalaman utk explore misteri dunia nie amat amat bertuah. kalau tidak, buat aper kerajaan hantar anak anak melayu pegi oversea ker over the river ker? aper kat mesia nie tadek universiti sdirik ker?? ini kalau kiter nak tgk skop yg lebih luas....betol tak??? :cak:

kiter ader Universiti Malaya, watper nak bazir duit, nak dedahkan anak melayu dgn culture shock lah aper lah dgn anto student gi University of New York betol tak????? Univ Science of Malaysia ader, watper nak gi anto Uni. Science of Tokyo, kan?? kan???:cak:

so, wats the purpose of sending out sumer anak melayu tue pergi luar??? kalau ikot lojiklah......

in this case, kiter cerita pasal anta anak ke skolah cina, wats the purpose?? wats the advantage??? yang saya nampak, kiter nak 'curik' aper resia mereka berjaya? kalau tidak, tidaklah ada satu pepatah femes tue  sebut, "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China".......:cak: (kan ader resia disitu????? -bagi mereka mereka yg boleh nampak laaa......

[ Last edited by tina^^ at 3-3-2006 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 2-3-2006 03:46 PM
i think kuat menghafal nie is a BIG advantage sbb teknik hafalan is salah satu teknik utk kiter boost our brains' capability & power.

sayer terbaca di mana ntah, org yg kuat hafalan nie to t ...


ha...ttg pepatah femes tu kan...mana datang ek?  sejak  zaman bila ada pepatah tu?  Akak  dah lama curious ttg pepatah tu..
:stp:

Ini nak kena masuk dalam board "history, myth and legend" ke??:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 2-3-2006 05:20 PM


ha...ttg pepatah femes tu kan...mana datang ek?  sejak  zaman bila ada pepatah tu?  Akak  dah lama curious ttg pepatah tu..
:stp:

Ini nak kena masuk dalam board "history, myth and lege ...



masoklah kak....hasilnya boleh bawak bincang disini :cak:

sayer dah nak cabut nie...cik abang dah sampai....eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 11:32 AM | Show all posts

aurorae...

saya teringin nak hantar anak belajar di skolah cina. anak saya baru 4 tahun.

ada orang cakap kalo nak skolah cina, kena pergi prasekolah di sekolah cina tu jugak.

lepas tu saya terpikir, nanti kalo anak saya ade kerja sekolah, tapi x tau buat, macam mane ye?

saya nak ajar pun x reti, kena amik guru tusyen ke pulak?

:stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 03:22 PM | Show all posts
Rotibakar,
anak saya masuk tadika cina masa umur 6 tahun (6 bln aje).  Disebabkan dia langsung tak ada basic Cina, kami minta dia dimasukkan ke kelas pelajar 5 tahun.

Saya tengok buku tu sangat basic, baru nak perkenal perkataan Cina yg mudah seperti ayah, emak, datuk, adik, abang, dan sebagainya.  Kita pun boleh sama-sama belajar.

Kalau anak you masuk dari umur 4 tahun, tentu lagi mudah.  Mungkin masih banyak main dari belajar.

Buku lain pula baru nak ajar stroke.  Kalau tulisan cina tu terdiri dari dua garisan lurus atau bengkok, dipanggil dua stroke.

Kalau buku math pulak, ajar tulisan satu sampai sepuluh dlm bahasa Cina.

So overall, sangat basic lah.   Tapi yg penting you mesti buat research betul2 untuk pastikan tadika tu yg terbaik untuk anak you, dari segi silibus, kebersihan, penyediaan makanan dan apa-apa je lah.

Macam kami, kami round hampir semua tadika cina kat dari Skudai ke Kangkar Pulai, check semua buku teks yg digunakan,dan  tanya polisi tadika tu.  Lagi basic buku yg mereka guna, lebih baik bagi kami.  

Adakah mereka lebihkan development kanak2 atau keputusan peperiksaan.  Development tu dari segi sosial, fizikal, mental dan artistik.   Maknanya pelajar akan jadi well-rounded individual.  Kami lebih suka tadika yg banyak bermain dari belajar, dan tak dera/punish pelajar yg tak buat homework.  To us, let the children play as much as they want.  Their childhood is not that long anyway.

In fact kami beritahu cikgu tadika, we don't force our children to do homework, kalau dia letih, kami biarkan dia tidur.  Lagipun anak kami memang letih pun, sebab dia masuk tadika Cina dan Islam serentak.

When we and cikgu tadika dah capai sefahaman, barulah kami register dia belajar di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 05:28 PM | Show all posts
Gitu ye...Terima kasih banyak2 aurorae.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 9-3-2006 03:22 PM
Kalau anak you masuk dari umur 4 tahun, tentu lagi mudah.  Mungkin masih banyak main dari belajar.
...

Mmg betul tu...kalau masuk dr umur 4 thn, lebih mudah lg bg anak tertesbut menguasai bah. mandrin
bila masuk drjh 1 nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 03:51 PM | Show all posts
dulu2 i ada niat nak hantar anak i ke sekolah cina bila besar nanti...tp baru2 ni macam pudar sikit...coz my friend...sister dia sekolah cina sampai habis la.......and dia ada tunjuk gambar sister dia...u tau they all buat party kat restoran cina...sister dia join sekali...ialah...maybe sbb semua  kawan2 dia cina...

apa ayat i ni...anywhere i harap you all paham apa i nak sampaikan...

so..i tukar anak pompuan sekolah biasa...anak lelaki sekolah tahfiz...he...actually anak i baru umur 3thn ,and 2nd 2bln...pompuan...lambat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 07:47 PM | Show all posts

Reply #22 akubest's post

Aku setuju sbnrnya ngan ko... mmg skrg ni mandarin tu penting utk grab opportunity kerja di masa depan, tapi dia punya kepentingan tu takdelah sampai nak kena korbankan pembelajaran basic agama utk anak2 kita... kalau nak bagi dia bergaul ngan bangsa lain, ajar dia dr rumah lagi supaya tak memilih utk kwn ngan melayu saja & kalau dah nak sgt anak pandai ckp mandarin, hantar je ke kelas b. mandarin.. kan

~aku bukan racist, tapi pendapat adobe & akubest rasanya tak selari sbb kita berbeza bangsa @ negara. Sorry kalau aku silap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2006 03:45 PM | Show all posts
Mintak maaf.... siapa kata orang cina pandai..... bezanya hanya satu.... orang cina rajin, orang melayu ada sifat malas...

Jika kita ubah sikap kita dari awal, sesiapa saja boleh jadi pandai.... tak ade kena mengena dengan any race...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 01:29 AM | Show all posts
dira dlm dilema sekrg..harap forumer dpt bantu sedikit utk selesaikan masalah ni...

hubby nak anak kami masuk sekolah cina..
dira pula nak anak kami masuk sekolah biasa..

dira dah byk hari discuz pasal ni dgn hubby tapi still tak jumpa jln nak settle..

apa pendapat u all??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by Asdira at 3-7-2006 01:29 AM
dira dlm dilema sekrg..harap forumer dpt bantu sedikit utk selesaikan masalah ni...

hubby nak anak kami masuk sekolah cina..
dira pula nak anak kami masuk sekolah biasa..

dira dah byk hari d ...


Dira kenapa hubby nak anak masuk sekolah Cina?  To me, the only reason  nak masuk sekolah Cina supaya anak fasih berbahasa Cina dan boleh membaca tulisan Cina.  Satu lagi kena tengok keupayaan anak Dira, supaya dia tak tension kat situ.

Kalau reason2 lain, mcm nak anak pandai math atau bergaul dgn bangsa asing, memang tak payah.  Benda tu semua boleh dapat walau sekolah kat mana pun.

Dan kenapa pula Dira tak setuju, any spesific reason?   Saya sedia membantu kalau ada apa2 kemusykilan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 12:36 PM | Show all posts
Biarlah anak mac tak tau cakap cina...... janji dia masuk sek biasa dan terror cakap English dan Bahasa Arab..... Tahniah pada Kementrian PElajaran sebab mewajibkan JQAF disemua sekolah di negara ini..... bangga sangat bila anak darjah satu petah berbahasa Arab.....

Budak2 dari sekolah Cina kebanyakkannya hancus in English..... kat office ni, senang aje nak tau which chinese dari sekolah keb and which chinese dari sek cina..... selalunya yg ckp English hancus tu la dari sekolah cina...... dia punya outlook towards life pun lain sikit....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068137 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list