CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
 Author| Post time 16-6-2012 09:55 PM | Show all posts
Salam tu alll....

skrng dok sibuk mencari tadika si abg gagah si ibu masuk keluar call tadika apa ...
virginity Post at 1-6-2012 13:36



    Maaf Virginity, lama tak masuk.     Anak you baru 4 tahun, oklah baru nak perkenal dan berkawan, saya rasa ok aje masuk Krista.  Tapi kalau serius nak sambung sekolah cina,  umur 5 tahun nanti kena daftar tadika cina sebab takut tak cukup persediaan kalau belajar cina part time aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2012 09:57 PM | Show all posts
Reply  virginity



   salam virgin?   

roses selama nih silent reader kt forum nih tp  ...
roses Post at 13-6-2012 22:13


Roses, rajin-rajinkan update tentang anak kat sini ye.   Sunyi je sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2012 02:48 PM | Show all posts
Esok ada Minggu Sains di Persada Johor.  Sarah dan 2 pelajar Cina diplih wakil sekolah untuk robotic competition.  Hah inilah untungnya jadi budak melayu kat sekolah cina.  Walau ada ramai lagi budak Cina yg jauh lebih layak dari dia, Sarah tetap dipilih sebab nampak elok je kalau wakil sekolah lebih dari 1 kaum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 06:27 PM | Show all posts
Tak lama lagi nak sambut Ramadhan, ujian bagi anak-anak kita di sekolah Cina.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 07:08 PM | Show all posts
Sekolah Sarah dan Basel dah adakan perjumpaan cikgu dan ibubapa dan lihat report kemajuan anak.   Ada benda baru, tengok BMI anak.   Mungkin semua sekolah di Malaysia dah wajib benda ni sebab ramai sangat budak2 obese  sekarang.

Basel darjah 3Bahasa Cina lisan dan pemahaman = B, bacaan dan penulisan = C.
Matematik Cina = A, Sains Cina = B.  Sekarang dah tak ada markah matematik dan sains english lagi.  

Cikgu komen Basel agak pendiam, selalu tak dengar apa cikgu cakap dan tak berapa pandai bergaul.  Husband ku minta cikgu tengok samada Basel ada ciri2 dileksia dan autism.   Ish ish biar betul, dileksia tu mungkin la, tapi autism?

Sarah darjah 5Bahasa Cina lisan = B, pemahaman = C, bacaan dan penulisan = D  !!!!!!!!.
Matematik Cina = B, Sains Cina = D !!!!!.   Ini markah untuk penggal 2, yang jatuh teruk berbanding markah penggal 1.   Aku dapati Sarah ni sangat aktif kokurikulumm, boleh jadi ketua,  dan excellent dalam bidang tu, tapi agak lemah akademik.    Dia rajin siapkan hw, tapi mungkin dia tak memahami apa yg dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 10:07 AM | Show all posts
Sis aurorae,

Sarah & Basel fasih tak bercakap Mandarin?

apa ekk beza autism dgn sileksia tu ek?hehehe sorry tanya confius antara dua ni...

Kira matematik & Sains tu mmg tulisan cina kan?kenapa kena ada markah matematik dan sains englis plak?x de dwi bahasa kan skrg ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2012 11:33 AM | Show all posts
Sis aurorae,

Sarah & Basel fasih tak bercakap Mandarin?

apa ekk beza autism dgn sileksia tu ek ...
Achoo_zikris Post at 3-7-2012 10:07



    kita dengar memang macam fasih, tapi cikgu je yg tau tahap kecekapan diaorang.  Rayyan dulju memang fasih, oral Cina dalam sijil sekolah dapat A.  Tapi Sarah dan Basel ni, tengok result dapat B aje.  Dan masa nak masuk pertandingan poem hari tu, cikgu cakap sebutan Sarah banyak yg pelat.  Bila hari2 taining sebab nak masuk pertandingan,  baru ada peningkatan.

Anak2 lelaki saya semua ada ciri2 dileksia, cuma tahap aje berbeza.  Rayyan dan Basel tak nampak sangat, tapi yg bungsu Habel memang tunjukkan semua ciri2 dileksia seperti yg dilistkan pakar. (Boleh check dlm thread dileksia).  Salah satu darinya, tak pandai pegang pensil walau dah berusia 5 tahun.  Ini sebab otak di bahagian motor untuk grip pensil belum berkembang.  Mereka pegang pensil macam pegang barang lain  (genggam dari atas), jadi macammana nak menulis.  Patutlah Habel menangis2 tak mau sekolah dulu, masa tu kami tak perasan lagi sebab ingat dia masih tak matang tak suka belajar.  

Mereka ada masalah nak melihat huruf/abjad dan selalu confuse arah  kiri/kanan.   Mereka susah nak mengeja sebab otak mereka melihat abjad jadi tonggang terbalik, jadi secara puratanya mereka ni lambat mengeja dan akhirnya lambat dapat membaca.

Mereka ni tak bodoh, tapi sebab banyak sangat ciri2 dia yg lambat matang dan tak match dengan orang lain, orang yg tak memahami ingat mereka bodoh  Anak2 lelaki saya sangat aktif dan smart (berani bercakap dan bertanya soalan).  Tapi tang mengeja, terus jadi corot (zaman2 sekolah tadika).  Bila dah masuk sekolah rendah, perlahan2 masalah ni diatasi dan alhamdulillah, mereka bijak dalam akademik.

Autism pulak sangat berbeza.  Ciri2 utamanya ialah budak2 ni tak pandai bergaul dan susah nak berinteraksi dengan orang lain.  Dia lebih suka menyendiri dan suka buat kerja berulang-ulang sampai perfect.  Kadang2 kalau dlm bilik tu terlalu bising, dia katup telinga dan menjerit.   Saya tak rasa anak2 saya ada ciri2 ni sebab mereka semua jenis friendly dan suka bersosial.  Dan setiap kali saya ambil Basel dari sekolah, elok je dia bertegur sapa dan menjerit bergurau panggil nama kawan2 yg berselisih macam budak2 lelaki lain.  Mungkin perangai dia lain sikit dalam kelas, jadi pendiam sebab itu yg cikgu bagitau.

Saya faham kenapa husband saya takut Basel ada ciri tu sebab ada sorang sepupu Basel dah disahkan autistik.   Tetapi ciri2 tu sangat jelas, dari kecil lagi kanak2 tu buat tak dengar kalau kita panggil.  Tak faham bila kita bercakap dengan dia, dan masa kenduri-kendara di kampung bila semua sepupu-sepapat bermain ramai2, dia cuma duduk seorang diri dan menjerit2 bila dah bosan   Dia dah berumur 11 tahun, tapi kami tak pernah berbual sebab dia tak boleh berinteraksi.  Cuma maknya saja yg memahami dan dapat berbual dengan dia.  Dia tak bisu atau pekak, cuma tak boleh bersosial dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2012 05:20 PM | Show all posts
Sis aurorae,

Kira matematik & Sains tu mmg tulisan cina kan?kenapa kena ada markah matematik dan sains englis plak?x de dwi bahasa kan skrg ni?
Achoo_zikris Post at 3-7-2012 10:07


dulu2 ada exam  berasingan  matematik dan sains dalam bahasa cina dan english.  Jadi kita tau markah anak matematik english let say dapat A, biasanya dalam cina dapat B.   Tp masa exam UPSR, exam dibuat dalam dwibahasa.

    sejak upsr maths sains  english dimansuhkan, exam sekolah  cuma dalam bahasa cina sahaja.  Masih ada belajar maths sains dalam english, tapi dah  tak de exam.   UPSR nanti pun cuma dalam bahasa cina saja lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 03:14 PM | Show all posts
mak aiii...menakutkan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 03:13 PM | Show all posts
Salam forumer sini..
lama dh xdgar kabar. aurorae. Achoo_zikris n former lain..
ok perkembangan anak i di sek tdika nuri 5y, y ambil subject cina pula..
bln 6 itu hr ada open day parents..
ini result assessment..
1.Written assesment malay 100%, English 100% , Math 100%, Sains 100% and Mandarin 84%.
2.Oral Assesment English 95%, Malay 95%, Mandarin 70%
3.Reading English A, Malay A, Mandarin A
Overal conduct Excellent percentage 96.8%.
Teacher komen : anak i mmg selalu 1st. buat tugasan dlm kelast 1st..hantar hwork 1st siap jadi ketua kelas tolong bg kn buku kawan2 (sbb dia lancar membaca nama kawan).
Tapi satu jer perangai y xboleh blah..sgt..dh siap exam/tugasan pasti org 1st then M.Afiq Darwisy org pertama akan bangun tolong jwbkan kawan2 punya paper exam...tlong tulis jawapan (adoii..i n hasben bpndangan mcm sm jer komen teacher dia  time 4thn di Smartreader dl kui3..).
ha3..bila i tnya pd anak i knpa buat mcm tu??..dia jwb 'abis kwn smua lmbat, smpai nk balik pun xsiap..darwisy buatknlah '..
pada pandangan i lah sbenarnya ank i ni mmg pantas buat kerja (skill dr sistem tusiyen KUMON jepun) ank I alert setting masa. apa2 y bkaitan nombor mcm masa,tarikh,umur, no tel,alamat rumah, no plat knderaan.. dia mmg expert. mmg xboleh tipu..
inilah salah satu ciri2 otak kiri dia sedang proses mgikut umur dia..smpaikn semua teacher2 nuri dia tnya, umur and n no tel hwa3...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 01:26 PM | Show all posts
salam
nak tanya kawan2 semua la..mcm mn yer awk semua nak pantau bab permakanan diorg kat tadika tu yer...sbb kalau ada breakfast mesti bwk bekal..tak takut ker bercampur makanan..anak2 bkn th pun kan blh mkn ke tak kan...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 07:34 AM | Show all posts
Salam Ramadhan semua.  Dah masuk Ramadhan ni, tentu ada cerita menarik.  Kami tak pernah ajar anak puasa masa  umur tadika ni.  Masuk darjah 1 nanti baru nak mula.  Tapi di sekolah tadika Cina, Habel terkejut tengok budak2 melayu lain (ada dua budak umur 5 tahun) dah berpuasa.  Malu ah Habel sebab dia satu-satunya budak melayu yg tak puasa.  Ini cikgu dia cerita.

Esoknya terus nak  puasa tapi tahan sampai pukul 5 petang je.  Tengok air kat pasar Ramadhan .... mula kecur air liur.  Jadi tiap2 hari sekarang ni, biarkan aje dia puasa sampai pukul 5 petang.

Basel dan Sarah tak ada masalah, lagipun cikgu benarkan mereka duduk di dewan atau di kelas semasa waktu rehat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 07:35 AM | Show all posts
Achoo_zikris posted on 11-7-2012 03:14 PM
mak aiii...menakutkan betul...

tak faham ....  tang exam cina saja ke, tang penyakit kanak2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 07:41 AM | Show all posts
lizs posted on 14-7-2012 03:13 PM
Salam forumer sini..
lama dh xdgar kabar. aurorae. Achoo_zikris n former lain..
ok perkembangan an ...

Tahniah Lisz, Darwisy tak ada masalah langsung kat sekolah ... kurang sikit susah hati kita sebagai ibu bapa.   Saya yakin dia akan jadi anak yang cergas dan smart kat sekolah cina nanti.  

Terbalik dengan Habel, bahasa Cina dia 100%, bahasa Melayu dan English yang kureng sikit .... ...   Mana taknya, kalau ada 1 je huruf terbalik, cikgu bagi markah 0.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 09:08 AM | Show all posts
virginity posted on 25-7-2012 01:26 PM
salam
nak tanya kawan2 semua la..mcm mn yer awk semua nak pantau bab permakanan diorg kat tadika tu ...

semua kanak2 tadika cina bawak bekal dari rumah ke?   Atau budak2 melayu saja?

Di tadika anak2 saya, memang sudah disediakan makanan untuk break pukul 10 am.   Satu masa dulu, makanan di cater dari rumah orang Cina, jadi kami bawakan bekal untuk anak2.  Dan kami memang pesan pada cikgu, anak2 tak boleh makan makanan selain dari yang kami bekalkan.   Tapi sekarang dah disediakan di sekolah, setakat makanan ringan seperti roti dan jem.   Hari Jumaat saja berat sikit, bihun goreng, tapi kami dah lihat menunya.   

Makan tengahari saya hantar setiap hari, sebab anak saya duduk situ lagi sampai pukul 3 petang.  Cikgu sediakan bekas makanan khas untuk setiap budak, dan saya pernah nampak mereka makan di sekolah.  Teratur sangat.  Setiap orang duduk makan di kerusi masing2 dalam bekas makanan khas masing2 (ada nama).    Rasanya tak ada masalah budak2 campur aduk makanan, sebab cikgu pun duduk sekali makan dan kawal mereka.




Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 08:14 PM | Show all posts
aurorae posted on 26-7-2012 09:08 AM
semua kanak2 tadika cina bawak bekal dari rumah ke?   Atau budak2 melayu saja?

Di tadika anak2  ...

btul tu...aurorae
skrg smua sekolah tadika yang ada aliran bhs cina biasa principle sek akan bg th menu n dr mn sumber makann..
ada y salah erti sbg cth...
ada seorg hamba Allah ni tabur fitnah cerita katanya sek tadika cina mak bapak melayu boleh biarkan makanan yang dihidangkan oleh bukan islam dn mempertikaikan halal..
sebenarnya..parents y hntar anak mereka sek lebih alert dlm hal halal nie..
kkdg tu sakit hati tersangat bila di perli..sedang kn kita lebih tahu siapa tukang masak???..menu apa y dihidangkan??..
berbanding mereka..(mereka ni jeles sbnarnya)
seperti sek anak saya Nuri education..tidak perlu lah risau sbb sy mmg kenal benar dgn tukang masak di situ sbb nuri ada childcare smpai ptg..so tukang masak dia pun teacher n mgajar agama /jawi/ iqra' dsbelah ptg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 08:43 PM | Show all posts
aurorae posted on 26-7-2012 07:41 AM
Tahniah Lisz, Darwisy tak ada masalah langsung kat sekolah ... kurang sikit susah hati kita sebaga ...

alhamdulilah Darwisy skrg dh semakin yakin berkomunikasi..
baru 3bulan masuk kelas bhs cina di easymandarin..n 7bulan ambil subjek mandarin di Nuri..
sy mmg nmpak progress dia..baru2 ni sy bw Darwisy ke kedai casing handphone..
saya minta Darwisy ckp dgn taukeh kedai 'Darwisy tolong mama dapatkan casing hp wrna merah'..
Darwisy terus berdiolog bhs cinaa..
antara butiran y darwisy ckp..y sy pun faham eheh3..(sbb sy pun dh separuh kelas ikuti kelas bhs cina dewasa)
Darwisy -->Laufan wanshang hao = taukeh selamat malam..
terus taukey tu pandang saya..smbil senyum..
lepas tu terus taukey tu tnya
Taukey --> dajia Wanshang hao..
Taukey --> Ni jiao shenme ming zi = siapa nama awak??
Darwisy --> Wo jiao Darwisy = Panggil saja nama saya Darwisy
Taukey --> Oo..Darwisy
Darwisy -->Zhe ge dongxi duoshao qian ? = berapa harga barang ini ?
                 (tangan darwisy terus tunjuk casing n sebut) --> hong se E72 Nokia = warna merah model hp E72 nokia
ha3..lepas tu lizs dh xingat apa dia ckp laju sgt almaklumlah bbdak ni umur 5thn cepat pick up..
kita y dh berumur pening2 lalat plak nak susun ayat klo nk ckap
lain2 topik plak..
skrg Darwisy tersangat la rajin guna word bhs cina di rumah klo sy membebel..
cth macam..arahan saya
Lizs--> Darwisy pergi dapur basuh tangan sekarang
Darwisy ---> wo bu yao xi shou ( saya tak nak basuh tangan)
ha3...baba dia gelak jer tengok gelagat sy marah anak plak menjawab bhs cina..
ayat2 len2 darwisy selalu mengeluh --> wo ming pai (saya faham lah) aishhhkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 04:41 AM | Show all posts
lizs posted on 26-7-2012 08:43 PM
alhamdulilah Darwisy skrg dh semakin yakin berkomunikasi..
baru 3bulan masuk kelas bhs cina di ea ...

Lizs ... jelesnya boleh tangkap satu-satu apa anak cakap.   Tak sia-sia Lizs ambik kelas tu.  Boleh tolong listkan common worrds/phrases yang budak-budak selalu cakap?

Selalu dengar diaorang cakap berulang-ulang tapi tak boleh tangkap

contoh aje
tak nak
tak tau
nak makan/minum



Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 01:39 AM | Show all posts
aurorae posted on 27-7-2012 04:41 AM
Lizs ... jelesnya boleh tangkap satu-satu apa anak cakap.   Tak sia-sia Lizs ambik kelas tu.  Bole ...


eheh3..
nk tgelak juga dlm hati tgok gelagat anak bcakap..
tak tahulah sebutan dia pelat ker tak..
tp klo kiter y bcakap otak bligat kepala nak susun..
Lizs masih dlm proses pembelajran utk mghafal word..
tp belum ada skill nk lancarkan..
ok ni sikit word InsyaAllah membantu Aurorae
Ni = awak
Wo= saya
Wo bu yao = saya tak nak
Wo bu che tau = saya tak tahu
Ni yao chi = awak nak makan
Wo yao chi = saya nak makan
Wo yao chi fan = saya nak makan nasi

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 01:30 PM | Show all posts
lizs posted on 14-7-2012 03:13 PM
Salam forumer sini..
lama dh xdgar kabar. aurorae. Achoo_zikris n former lain..
ok perkembangan an ...

lizz...nak tny...

awk antar darwisy mandrin kelas bila n kumon tu awk antar bila?kumon jepun tu apa..kalau thn depan anak sy masuk 4 thn boleh ke antar ke kumon...dia just hafal 1-20 je kenal nya idok...hu3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081809 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list