CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 25-1-2013 09:49 AM | Show all posts
aurorae posted on 24-1-2013 08:39 PM
ina, saya di Skudai.   Sekolah Cina yg famous kat sini Pu Sze yang terletak betul2 tepi jalan Skud ...

nak tanye sek kangkar pulai tu dekat mana yer...dlm area kulai ke atau kat mana...leh terangkan lagi tak...dkt umah saya nie pun ada gak srkc nie tp nak kene survey dl lar...skrg nie saya tengah survey gak sekolah rendah...skrg dia kt srk dah bincang gan cikgu mandarin dia...insyaallah thn dpn nak anta tuisyen b.mandarin,math n sains dlm b.mandarin gan cikgu mandarin srk dia skrg nie...cikgu nie cina n biar la dia tuisyen dulu  2 tahun n kalo dia dah msk sekolah nanti dia tak mengalami kejutan...selain tu kene gak anta dia belajar agama kan...kalo mengajar sendiri nanti bukannye dia nak belajar pun gan mak dia nie...main jer lebihnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2013 11:11 PM | Show all posts
ina_na posted on 25-1-2013 09:49 AM
nak tanye sek kangkar pulai tu dekat mana yer...dlm area kulai ke atau kat mana...leh terangkan la ...

kangkar pulai ni terletak  halfway antara skudai - pekan nanas.  

anak ina di srk dan akan ambik tusyen cina, maknanya tak masuk tadika cina ke?  Boleh juga cara ni sebab ada parents yang buat begini, tapi  masa darjah 1 anaknya transit di tadika cina, dan nampaknya itulah cara yg bagus untuk anaknya kuasai bahasa tu.   
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 11:42 AM | Show all posts
anak saya skrg ni di smart reader kids(srk) n kami ambikkan dia bahasa mandarin...suami saya tak bagi anak pegi tadika cina kat sini coz takut bab2 makanan...tp nak sekolahkan anak ke sekolah cina...kata suami saya kalo sekolah cina tu akan mengajar anak berdisiplin...n bab2 makanan pun kita leh kontrol...berbanding sekolah biasa...nanti saya usahakan jugak lar mcm mn...bgs gak awak bagi idea pegi ke sekolah rendah tu tanye tadika budak2 yg belajar kat situ...agak2nye kalo smart reader kids dia org ambik tak...mcm dah mls nak tukarkan tadika anak nie...dah nampak dia menyanyi2 balik tadika...enjoy kot dia kat sana walaupun pernah kene gigit gan budak lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 10:24 AM | Show all posts
ina_na posted on 28-1-2013 11:42 AM
anak saya skrg ni di smart reader kids(srk) n kami ambikkan dia bahasa mandarin...suami saya tak bag ...

selepas setahun di tusyen cina, cuba tanya cikgu samada anak ina bersedia untuk ke sekolah cina.

Situasi di tadika dan di sekolah tak sama.  Di tadika cikgu dengan rela hati bercakap dalam bahasa melayu sekiranya anak tak faham.    Di sekolah anak kita cuma seorang dari berpuluh2 murid yang cikgu nak pantau.  Semua arahan, pengajaran, di dalam bahasa Cina.  Cikgu tak ada masa untuk beri perhatian khusus pada anak kita.  Sekiranya anak ina jenis talkative, mudah bergaul dan bertanya soalan, ini sangat membantu.  

Tetapi jika dari pemerhatian cikgu tusyen, anak ina tidak bersedia, atau sukar berbahasa cina, atau agak ketinggalan berbanding budak tadika cina, mungkin patut usaha lebih sikit.  Keywordsnya ialah pergaulan.  Bolehkah dia berbual dalam bahasa cina?  Bincang dengan cikgu tusyen jalan yang terbaik tanpa perlu masuk tadika cina.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 10:26 AM | Show all posts
anak2 ni walaupun masing2 dah bersekolah cina, tapi dioarang memang takkan speaking cina di rumah.  Jadi semalam semasa ambik Habel balik sekolah, rasa teruja bila terdengar dia berbalas cakap dengan kawan sekelasnya.  Kami sedang berjalan kaki ke kereta, dan kawannya sudah berada di dalam kereta yang sedang bergerak.

Kawan keluarkan kepala dan cakap sesuatu, si Habel pun balas sambil tunjuk kereta.  Saya cuma faham dia sebut 'Hape a' , iaitu sebutan Habel dalam bahasa Cina.  Saya tanya apa yang mereka cakap tadi.  Rupanya kawan Habel usik, 'Habel, kenapa awak lambat sangat?  Jadi Habel balas, "awak naik kereta memanglah cepat".  Kenangan macam ni yang takkan saya lupa sampai mereka besar nanti sebab memang susah nak dengar mereka berbahasa Cina sesama adik-beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 03:15 PM | Show all posts
Salam All,

Saya dalam dilemma. My boy 6 tahun, dah start hantar kindergarten dari umur 2 tahun Chinese based kindy, bila dia 4 tahun hantar Montessori and now 6 tahun tukar to another Montessori. Sepanjang 5 tahun di kindy dia memang ada compulsory mandarin class, kawan2 pun 95% Chinese in the class every year. Persekitaran hidup pun di kelilingi orang bercakap Mandarin dari kecil, since my MIL is chinese so she speaks mandarin whenever possible with my son. Masalahnya..anak saya tak suka subject mandarin, dia tak mahu cakap mandarin langsung. Saya rasa antara sebab walaupun kawan2 di kindergarten mostly chinese tapi mereka hanya ckp english dan di rumah pun kami ckp english.

Bebaru ni, the mandarin teacher bincang dgn saya, dia kata he is the last in the mandarin class, tak concentrate, bila cikgu ckp in mandarin dia diam aje (actually dia faham tapi di pura2 tak faham). Setiap hari ada extra mandarin class during day care for 2 hours, dia akan guna mcm2 cara utk escape class to the extend dia nak lari dari school ikut gate belakang aduh (dia ckp dgn saya). Dia suka school baru tapi dia tak suka mandarin class. Saya selama ni lepas pandang dan skrg lebih tumpukan english, bahasa dan math dia sebab recently we discovered dia ada mild dyslexia tapi alhamdullilah he is doing well so far, dah boleh membaca sikit dan spelling, tulisan pun dah boleh pantau kekadang terbalik. tapi pakar kata dyslexia children easily adopt mandarin sebab tulisan tu bukan mirror image.

Apa patut saya buat..patutkan saya teruskan niat hantar dia ke sekolah jenis cina tahun depan?
boleh tak bagi cara2 mcm mana nak bagi dia suka mandarin, cikgu2 di kindergarten mcm tak dpt membantu sgt, garang, tapi saya dgr cikgu2 sekolah jenis cina memang garang2 kan, itu salah satu sebab anak saya tak suka mandarin, takut cikgu marah.


   Last edited by Nisda_ on 19-2-2013 03:17 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2013 12:34 PM | Show all posts
Nisda_ posted on 19-2-2013 03:15 PM
Salam All,

Saya dalam dilemma. My boy 6 tahun, dah start hantar kindergarten dari umur 2 tahun Ch ...

Hantar je kot Nisda.. lama2 msti dia suka.

Macam anak saya, saya mmg hantar tadika cina since 5 yo sbb mmg determine nk hntar skolah cina.mula2 dia tak minat, even smpai 6yo pun tak pandai bercakap sepatah pun sbb dgn murid lain communicated in english..kalau tanya dia, dia kata teacher tak ajar... risau jgk asalnya nak hantar skolah cina.. tp consult principle dia di tadika cina tu, dia kata just gv a try, sbb anak saya faham cuma mgkin malu nak converse dlm mandarin.

so, saya hantar je skolah cina, br daftar ths year. Dia masih tuisyen kt tadika yg sama, dgn kwn2 yg lama... cuma skrg tuisyen tu lebih tekankan mandarin. n private car hantar ke sekolah cina tu.. so far, so good.even his best fren pun cina.setiap hari duk ajar kami pulak mandarin. alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 11:25 AM | Show all posts
tu la skrg nie anak saya tadika di smart reader ambik mandarin...dah bawak balik buku homework ada gak buku mandarin...dia lak ajar saya ckp mandarin tak tau la btl ke tidak kan...yg bagusnye anak saya selalu speaking london...nampaknye dia suka tadika di sana...rancangan kami nak menghantar dia tuisyen gan cikgu mandarin boleh la dilaksanakan thn dpn...coz skrg nie tak anta tuisyen pun dia dah speaking london n ajar kami bahasa mandarin...anak saya suruh suami saya baca buku mandarin dia...suami saya tak reti bahasa mandarin tp perkataan tu ada dlm perkataan jepun....jd suami saya pandai berbahasa jepun...suami saya baca dalam bahasa jepun dan terjemahkan dlm bahasa melayu...anak saya pun nampak berminat sangat bila abah dia baca dlm bahasa jepun...dia ada ikut sikit2...walaupun dia kecik2 n msh main2 time belajar tp dah nampak dia suka nak belajar...saya harap dia boleh terima la nanti saya masukkan dia ke tuisyen...bukan per ssh2 sgt nanti anak saya dah reti banyak bahasa...dia jugak yg senangnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2013 12:45 PM | Show all posts
Nisda_ posted on 19-2-2013 03:15 PM
Salam All,

Saya dalam dilemma. My boy 6 tahun, dah start hantar kindergarten dari umur 2 tahun Ch ...

anak Nisda ni ada sikit2 persamaan dengan anak no 1 saya.  Kelas mandarin ni memang mencabar minda budak2 lasak dan tak suka duduk diam.  Dgn peraturannya, kurang mainnya, dan dengan hwnya.  Anak no 1 saya tu dah selalu kena rotan sebab kacau kawan2 atau berjalan2 dalam kelas semasa cikgu mengajar, terutama masa tadika dan darjah 1.  Tp darjah 2 dia dah improve, dah kurang mainnya.  Dia tingkatan 5 sekarang, dan dari ceritanya yang selalu dibawa cikgu koperasi untuk beli barang2, dia memang bersyukur kami masukkan dia ke sekolah cina.

Ada ahli keluarga yang boleh berbahasa mandarin kan, jadi tak perlu risau sangat.  Anak sulung saya tu  sempat belajar mandarin 6 bulan aje, agak suffer masa darjah 1.  Dan tak pernah masuk tusyen apa pun.  Kami biarkan ajer kalau dia tak nak buat hw ke, sebab tak nak dia stress masa darjah 1.    Tapi alhamdulillah, cepat aje dia catch up lepas tu.  Oral mandarin pun dapat cemerlang.

Lagi satu, semua anak2 lelaki saya ada mild dileksia.  Tulisan cina memang takde masalah, tulisan yang menggunakan abjad dan nombor yang mereka selalu tunggang terbalik.
Last edited by aurorae on 25-2-2013 01:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 01:11 PM | Show all posts
ina_na posted on 23-2-2013 11:25 AM
tu la skrg nie anak saya tadika di smart reader ambik mandarin...dah bawak balik buku homework ada g ...

Tulisan jepun memang banyak adapt atau ciplak sebijik2 tulisan cina.  Sebab tu bila anak2 tengok katun jepun, diaorang boleh kenal tulisan tu walaupun sebutan atau maknanya kadang2 berbeza.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:21 PM | Show all posts
tu la pasalnye tp sebutan tu lain lar...anak aku mintak suami aku bckan buku mandarin dia...suami aku bc dlm bahasa jepun...menangis2 dia ckp tak sama mcm cikgu dia bc...adeh lar...aku lg tak ingt dah b.mandarin nie...beljar ms kat univ dl pun dah lama lupa...jln penyelesaiannye suami aku bc dlm b.jepun alih ke b.melayu...n ckp kat dia thn dpn pegi tuisyen gan cikgu cina...baru dia diam...coz anak aku tak berapa suka cikgu mandarin dia...dia kata garang...faham2 je la cikgu cina kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:22 PM | Show all posts
Thanks semua..lega baca komen korang.

Saya baru dpt tutor mandarin 1 to 1 dan pusat mandarin centre. So, kami decide nak hantar dia extra class setiap sabtu ke mandarin centre, bercampur dgn mandarin speaking kids, kene paksa dia bercakap bahasa mandarin. Setiap malam saya ajar sendiri subject lain, skrg mandarin pun saya try ajar sendiri guna flash cards, tulisan mandarin ni kene hafal kan, bukan macam abc, dimana kita mengeja or phonics sound. saya guna website ni mengajar dia, dah seminggu ajar senang sikit ada audio, dgn saya pun dah tahu warna, numbering dan anggota badan dlm mandarin   http://www.chinesehour.com/library/chinese-cards/ Last edited by Nisda_ on 25-2-2013 02:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:35 PM | Show all posts
ina_na posted on 25-2-2013 02:21 PM
tu la pasalnye tp sebutan tu lain lar...anak aku mintak suami aku bckan buku mandarin dia...suami ak ...

betul ina...anak saya tak suka subject mandarin kerana cikgu mandarinnya garang, ingat kan tukar school baru dpt lah cikgu mandarin yg lembut sikit, rupanya sama. cikgu nya ajar takde sabar, kalau salah di marah aje. kata my friend cikgu2 sekolah cina memang gitu, garang2 ye..my nephew tahun di darjah satu, salah tulis abc, kene rotan tangan.  

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:40 PM | Show all posts
Nisda_ posted on 25-2-2013 02:35 PM
betul ina...anak saya tak suka subject mandarin kerana cikgu mandarinnya garang, ingat kan tukar s ...

mmg pun dl ms adik2 aku kecik mak aku pun anta adik2 aku tadika yg ada b.mandarin kira2 20thn lepas la kan...adik aku yg no 3 nie mls skt nak belajar n bt homework...lps tu mak aku anta dia pegi tuisyen ms dia tadika...subject lain ok jer dia leh terima...tp subject mandarin mmg dia tiap2 ari gaduh gan cikgu mandarin dia...adik aku ms tu kecik lagi kan siap leh ckp kat cikgu tu lagi..."orang tau la jgn la pakse2 orang buat susah nie tau tak...ingat senang ke nak ingat semua nie"...kejadian 20 tahun dulu kalo tak silap aku...skrg nie pun msh sama...aku rs org cina mmg garang dlm bab2 belajar...tu sebab anak2 dia org kebanyakannye berjaya berbanding gan anak bangsa kita...nak ingt tulisan tu aku yg penah belajar dulu skt pun dah jadi gelong...nie pulak budak2 kecik yg dlm hati sentiasa ada permainan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 09:32 PM | Show all posts
esok ada perjumpaan antara ibubapa dan wakil kementerian pelajaran untuk terangkan sistem baru penilaian berterusan ni.  Balik nanti saya sampaikan apa2 yang patut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 02:30 PM | Show all posts
Semalam ada perjumpaan PIBG di sekolah, tapi tak pergilah, cuma hantar cadangan je kat kawan yang jadi AJK.  

Sebenarnya nak bagi komen pasal sistem baru ni, Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS).  Saya tengok banyak kebaikannya jika cikgu berjaya menjalankan proses ini.

Sistem ni berlainan dari dulu dimana anak kita tak ada ujian bulanan/penggal lagi,  cuma d akhir tahun akan dapat markah penilaian dari yang berasaskan band 1 - 6.  1 = setakat tahu, 6 = cemerlang.  Masa pergi meeting dengan wakil majlis peperiksaan temphari, dia ada tunjukkan contoh pelajar yang tak dapat band pun.  Maknanya budak ni tak tahu apa2 tentang subjek yang dia ambik.  

Band ni bukan cikgu yang bagi, sebaliknya cikgu akan jawab beebrapa soalan yg ada kena mengena dengan pelajar ni secara online, dan hasilnya band tertentu akan keluar.   Cara penilaian tentang pelajar bukan setakat jawab soalan bertulis, tapi juga lain2 cara seperti oral, permainan, pemerhatian dan lain2 yang sekolah tu sendiri tentukan.  Itulah teorinya, tapi saya tengok sekolah cina anak saya ni sama je cara belajarnya macam dulu, malah buku aktiviti bertambah banyak.  

Jadi saya cadangkan masa belajar untuk setiap subjek penting dipanjangkan (1 period = 1 jam) supaya kurang buku yang nak dibawa, dan cikgu boleh buat aktiviti yang lain dari route learning.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2013 02:30 PM | Show all posts
BAND  PERNYATAAN STANDARD (Subjek Matematik Tahun 1)

1 Tahu pengetahuan asas matematik
2 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik
3 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
4 Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah
5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi
6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 03:05 PM | Show all posts
Contoh kemahiran tahun 1 yang perlu anak tahu:
B1D3 Mengetahui konsep asas bagi nombor bulat, bentuk tiga dimensi (3D) dan bentuk dua dimensi (2D)

Evidence: (pemerhatian cikgu samada dengan memberi soalan bertulis, bertanya secara oral atau apa-apa cara)
B1D3E1 Menamakan nombor bulat sehingga 100
B2D5 Memahami ciri-ciri bentuk 3D dan 2D


Kalau anak setakat tahu sahaja = band 1.
Kalau nak sebut 1 sampai 100 pun tak boleh, atau bentuk 2D dan 3D anak masih tak tahu, tak dapat apa2 band.  Nanti kat result tu kosong aje (pegawai dah tunjuk contoh result murid yg tak dapat apa2 band).

Jika anak boleh menyatakan ciri2 2D dan 3D, dan boleh letakkan kedudukan mana2 nombor bulat 1- 100 di tempat yg betul = band 2

Jika anak boleh bundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat, dan boleh lengkapkan bentuk 2D/3D = band 3


Ada 6 kemahiran matematik semuanya yang anak perlu tahun dalam band 1.

Untuk band2 tinggi (4,5,6), semua kemahiran tadi digabung dan jika anak boleh menjawab soalan matematik mudah (contoh + dan -_) =serta boleh jawab soalan berdasarkan situasi = band 4

Jika dapat jawab soalan + - mengikut prosedur yang betul dan dapat menghasilkan corak 2D  = band 5

Boleh menggunakan logik matematik yg tepat semasa berkomunikasi/menyelesaikan masalah harian dengan guru dan rakan2,  atau dapat merekacipta model 3D secara inovatif dan dapat menerangkannya, atau menggunakan teknologi untuk menghasilkan idea/kaedah penyelesaian  matematik secara mudah= band 6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 11:19 PM | Show all posts
Hari ni ada majlis maulidur rasul di sekolah.  Semua pelajar Islam berkumpul di dewan dari pukul 12 tgh ke 3 petang.  Masa saya datang nak ambil mereka balik tu, masih makan lagi bersila ramai2 atas pentas dewan.  Apa yang saya suka dalam majlis2 macam ni, mereka buat macam2 aktiviti seperti kuiz dan macam2 pertandingan, dan sapa yang berani menjawab banyaklah dapat hadiah bawa balik.  Tapi semua pun dapat satu set hadiah bunga telur dan peralatan alat tulis.  Memang kena pada masanya sebab semua pensil, pemadam dan pengorek anak2 ku dah lesap entah ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 03:04 PM | Show all posts
Nisda_ posted on 19-2-2013 03:15 PM
Salam All,

Saya dalam dilemma. My boy 6 tahun, dah start hantar kindergarten dari umur 2 tahun Ch ...

yerp..saya rasa terpanggil nk komen dgn hal anda..
baru2 ni anak sy Darwisy sering kali ketika sedang tidur / terjaga dr tidur petang dia akan nanggis..
rupanya anak saya selalu bermimpi 'SEDANG BUAT KERJA SEKOLAH YANG BANYAK' dia menanggis sebab 'TAKUT TAK SIAP'
saya herann dan cuba bertnya pada guru cina di sekolah..rupanya guru cina dia selalu PESAN KERJA SEKOLAH harus SIAP DAN HANTAR tepat pada waktunya.. mungkin dari situ ada tekanan..
sekarang saya telah tampal jadual waktu dan aktiviti yang anak saya perlu ikut..
saya didik anak saya agar menepati waktu dan berdisiplin serta melakukan kerja BERSUNGGUH2 supaya dpt HASIL YANG BAIK!!
saya juga TERAPKAN amalan agar anak saya SENTIASA BERDOA DAN JANGAN PUTUS ASA.
Saya dpt merasakan anak saya sedang mengalami tekanan kerana kerja sekolah yang banyak,kelas tusyen..
Saya juga menasihatkan diri dan parents jgn berhenti berdoa dan berusaha minta pertunjuk dari Nya..
Saya selepas solat dengan anak sengaja saya doa kuat2 dan ulang3x cth doa y saya buat macam ni.
'Ya Allah kau terangi hati anakku Darwisy agar mudah faham dan ingat pelajaran, Sentiasa berdisiplin serta sanggup berusaha belajar kerana Alllah swt'. doa ibu itu makbul. Sekarang Alhamdulilah bila anak saya mengeluh bangun awal pagi untuk siapkan baki kerja sekolah pasti saya ckp... belajar bukan kerana saya, belajar kerana Allah. Allah akan lihat jika hati tak ikhlas. InsyaAllah mudah2 an sedikit sebnyak membantu Nisda dr hasil pengalaman saya ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.112446 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list