Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
152005
View
1100
Reply

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]

Author: aurorae       Show all posts   Read mode

Post time 17-5-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 17-5-2007 10:36 AM


meiciput.....meiciput....

Ni nak tanya skit kat you, nak minta pendapat/nasihat/tips.
B'mana cara nak lulus dgn cemerlang dlm kertas Penulisan?

A'bila tanya cikgu sklh jawabnya :
Ra ...


kalau nak cemerlang penulisan/pemahaman, pergila tuition sekejap kat cikgu BM sekolah kebangsaan.
Sampai dia faham konsep.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #126 macademia's post

Penulisan. Tak ada cara lain dengan cara latih tubi saja. I selalu buat adalah baca newspaper, baca buku (banyak banhan bacaan Mandarin ni) then tiru macamana mereka tulis. Lama ke lamaan you pun boleh tulis. Tapi kena ingat, kalau kita meniru tu, make sure buat yg lebih bagus dari yg asal (prinsip org Nipon).
Sama saja kalau you hantar anak gi belajar Kumon atau Sachita method, caranya adalah melalui latihan & brain mapping je. Selamat mencuba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-6-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #123 ibuina's post

Ibuina, so sorry dgn your hubby dengan pengalaman tak best masa belajar dulu, tapi hasil yang dituai sekarang ni ok kan.   Some of your concern tu anak saya pun hadapi macam buat homework parents tak dapat ajar dan masalah makanan.  Cuma bab sekolah agama tu rasanya anak2 saya ok sama mcm murid dari sekolah kebangsaan.

Anak pertama memang kesian, semua kena belajar sendiri, tapi yang adik2nya alhamdulillah kami dah ada pengalaman dan abangnya pun dah boleh ajar.

Sebab tu bagi saya yg paling penting tengok keupayaan anak, kalau dia tak boleh bawa jangan paksa.  Nanti self-esteem dia jatuh, and we don't want it to happen to our children.

[ Last edited by  aurorae at 26-6-2007 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-6-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #124 mieciput's post

Mieciput baru je jumpa nick you kat forum travel middle east.   Your experience ni boleh jadi panduan dan motivasi untuk my children especially masa diaorang down habis.   My son dari segi pergaulan memang ok, kawan2 rapatnya kat rumah pun sorang melayu mix cina dan sorang india.  Speaking cina dengan budak mix tu, english dengan kawan india, sealng seli dengan bahasa melayu.  Ada gak saya gurau2 suruh dia belajar tamil dengan kawan dia tu.  

Dengan bebudak melayu pun dia ok, cuma saya je yg agak memilih sebab mostly budak2 kawasan kami jenis tak suka pegi sekolah.  Ni yg parents kontraktor kaya tapi belajar tak tinggi.  Bahaya la, duit banyak + malas belajar.  Dah nampak contoh kat perumahan mak saya, budak2 jenis ni end up tak habis sekolah dan asyik nak enjoy je.  Setakat nak tukar2 game atau buku komik ok la, tapi tak bagi dia ikut diaorang merayau sana sini.

Plan saya, bila dah masuk sekolah menengah, nak concentrate bahasa Arab pulak.  Itule harapan kitaorang, supaya anak2 boleh menguasai bahasa2 penting dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:04 PM | Show all posts

Reply #47 akubest's post

aku pon semangat melayu lebih.....sumer benda aku nak utamakan orang melayu. beli barang ker...shopping ker...isi minyak ke sumer ku pilih kedai melayu. aku nak bantu tingkatkan ekonomi orang melayu walopun kena bayar mahal sikit. sampai nak bli suratkabar pon pegi ujung taman umah aku sebab nak beli ngan orang melayu.ku memang utamakan kaum ku. tapi aku sekolahkan anak kat sekolah cina.

kenapa?

sebab, aku nak anak aku belajar susah senang kehidupan. aku da biasa ngan susah. perit sangat hidup ni sepanjang aku membesar. padahal masa aku kecik2 takde pon kelorga aku miskin ker haper... bila tetiba rasa susah. aku jadik cam tertekan lebih2.

jadik, aku rasa nak latih anak aku erti susah dari kecik. bukan pasal math...pasal bahasa mungkin ada la sikit. aku nak bagi dia peluang blajar bahasa lain... tapi sebab utama ialah aku nak ajar dia jadik "kebal" dengan cabaran. tengok orang cina. depa ni selalu dianaktirikan dalam kerajaan kita ni. nak buat tokong takde peruntukan. kena collect duit, beli tanah, bina sendiri. orang melayu? modal surat jer ada la agensi nak bagi duit bina masjid. sebab tu depa tau appreciate compared to malays... cina kena kerja keras nak masuk IPTA. melayu tak payah nak risau sangat. study lebih sikit...banyak kuota nak masuk U. cina kena bayar lebih untuk beli rumah. melayu? ada harga bumiputera...kan? sebab tu cina kebal ngan cabaran idup. walo g negara mana pon ada cina...depa memang leh idop!!

ku kerja gomen dalam bidang pembangunan orang kampung. pendekatan gomen kita ni memang "manjakan" bumiputera. sebab tu melayu kita kurang daya saing. orang2 miskin majoriti is melayu. ku pergi survey sampai kampung2... memang ku dapati depa ni miskin sebab MALAS. bukan sebab apa.... cemana tu? sikit-sikit minta bantuan. aku pon tension ngadap permohonan!!

lain lak citer...sori

kesimpulannya.... aku ok je anakku sekolah cina. walopun memang kena pengorbanan sikit...
1.ari2 kena bawakkan bekal makanan...sebab takde makanan halal (walaupon indon masak tapi ku tak bagi anakku makan).
2. PIBG lebih mahal.
3. aktiviti sangat banyak.
4. bulan posa pon balik skolah lambat..buka posa dalam kete,
5. cuti raya pendek jer...
6.homework pon melambak2 tetiap malam kena temankan dia.
dan banyak lagi laaa

tapi tu la aku rasa nak besarkan anak yg biasa2 memang usaha kita pon biasa2 tapi kalo nak besarkan anak yang luar biasa...usaha pon kena luar biasa...(ni ayat sedapkan ati sendiri ehehe)

terpulang kat masing2 nak menilai... ku rasakan itu yang terbaik jadi itu la pilihanku untuk anakku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 17-5-2007 10:36 AM


meiciput.....meiciput....

Ni nak tanya skit kat you, nak minta pendapat/nasihat/tips.
B'mana cara nak lulus dgn cemerlang dlm kertas Penulisan?

A'bila tanya cikgu sklh jawabnya :
Ra ...



shahir...
mmmmm nak citer sket... anak i ni kuat membca dan tak minat subject maths... totally diff ngan i n hubby..tatau mana dapat gen i dok latih dia dengan selalu suruh dia buat karangan...ada la buku tulis dia yang diletak kat dapor n everytime i masak i bagi dia satu topik cam Ayam, Rumah ker Kereta ker... apa2 la... suh dia tulis apa jer dia nak tulis...pasal tajuk tu.

ni pon i ikut sorang kakak opis ni yang amalkan...

i amalkan sejak doter 4yrs++....sebab dia memang rajin menulis. hasilnya: anak i mesti score 100% dalam bahasa melayu n english (so far la...) dalam tiap kali ujian n mid year exam. bagusla kot leh develop d punya skill berpikir dan terjemahkan dalam ayat. memula dulu kelakarlaaa tah apa2 citer...lama2 ayat dia makin bagus. u try la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:22 AM | Show all posts
dulu bila tgk kawan2 htr anak ke sekolah cina..aku pun pnh terfikir gak kalu ada rezeki dpt anak nak htr dia gi sekolah cina..tapi bila aku tgk budak2 skolah cina nie..kalu part homework..punyalah byk..pastu balik skolah pun lewat dari skolah biasa..mana nak sempat gi sekolah agama belah petang..org cina takperlah, diorg bukan islam..tak perlu nak belajar agama cam kita. Pastu kawan2 aku yg htr anak skolah cina, anak diorg takdelah pandai mana pun..so-so jer..Bagi aku kalu stakat nak anak pandai ckp cina..htr jer ke kelas bahasa mandarin..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 29-6-2007 06:04 PM
aku pon semangat melayu lebih.....sumer benda aku nak utamakan orang melayu. beli barang ker...shopping ker...isi minyak ke sumer ku pilih kedai melayu. aku nak bantu tingkatkan ekonomi orang mel ...


FYI ada sekolah kebangsaan (selalunya sekolah2 cemerlang kebangsaan) yang beri banyak sangat homework, kelas2 bimbingan wajib as early as std 3  dan nonstop activities (koko). These schools selalunya mmg top in UPSR/PMR/SPM. Homework2 mereka ni kadang2 kalah sekolah Cina.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-7-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #132 midori88's post

Memang betul start dari darjah 4, budak2 sekolah cina  ni balik lewat, pukul 3 pm baru balik sebab ada kelas tusyen cina, english dan melayu.  Tapi tak sure setiap hari atau seminggu sekali sebab anak kami dapat pengecualian.

Senang je, hubby aku tulis surat kat cikgu besar bagitau dia ada kelas agama sebelah petang, terus lulus tak yah stay back.

TErpulang pada mak bapak la nak anak pergi sekolahj agama ke pergi tusyen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #134 aurorae's post

oh camtu erk..balik kul 3..lewat gak erk..kesian kat budak..kalu ada anak, aku nak anak aku belajar ker haper ker..wat moderate jer dah ler..takyah nak teruk2 sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 02:30 PM | Show all posts
ermmmm.....i do admire kids with diff kind of ability esp in language tapikan....nak bandingkan sekolah bagus tak bagus dgn kelebihan homework yg diberikan oleh cikgu sekolah....rasanya menyimpang jauh drp matlamat pembelajaran itu sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #130 erleyna's post

sorry to say erleyna...me tak rasa masalah sekolah mana yg kita hantar, pendedahan tu bermula dr rumah....

sekolah hanya medium utk pembelajaran formal sedangkan rumah adalah tapak anak2 belajar segala jenis kehidupan...susah dirumah, susahlah kehidupan dia....

me setuju kalo pendedahan berbeza, mix around with other races
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-7-2007 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by erleyna at 29-6-2007 06:21 PM



shahir...
mmmmm nak citer sket... anak i ni kuat membca dan tak minat subject maths... totally diff ngan i n hubby..tatau mana dapat gen i dok latih dia dengan selalu suruh di ...



Erleyna, rasanya menulis ni macam melukis jugak, disamping belajar teknik dan berlatih, bakat sedia ada tu sama penting.  Macam aku ni langsung tak ada bakat menulis, masa sekolah dulu bm dengan english harap markah non-essay je la.  Lepas tu first time berjauhan dari parents masa masuk kolej, satu malam tak tidur sebab trying so hard nak tulis surat kat mak.  Hasilnya adala satu muka surat.  Dalam tong sampah penuh kertas bergumpal2.

Adik aku pulak, mesin type writer dengan kertas a4 sentiasa ready n everytime idea dia datang, terus menulis.  Kadang2 aku curi baca tulisan dia, pehh macam tulisan penulis2 terkenal.  Tapi maths dia hancurla, tiap2 malam tusyen dengan aku.

Tu la kesian kat anak aku, sebab start darjah 4 sekolah dia tekankan essay.  Aku memang hopeless, cuma tolong bagi semangat je.  Tapi sekolah cina bagi sample essay dengan various kind of topics kan, pas tu masa upsr pemeriksa yang stress sebab nanti2 budak2 dari sekolah cina tulis benda yang sama je. Kat sekolah anak aku bm dan english peratus lulus sangat rendah, ~ 30% je, sebab tu cikgu struggle bagi tusyen lagi.  Sekolah tu  kat tengah2 kampung baru cina, most budak memang langsung tak reti cakap english dan melayu sebelum masuk sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 02:10 PM | Show all posts
Ini ada beberapa perkara yg I tempuhi dulu & sekarang ni. Memang tak dapat dinafikan memang susah mula2 nak belajar dulu. Tambahan pula dlm family tak ada sesiapa yg nak menolong. I pun pasal karang mengarang ni memang la teramat lemahnya, sampai sekarang tak juga pandai2 (bahasa apa pun). Tapi yg I belajar adalah kita kena tekun, kena selalu ulangkaji, kalau tak buat homework sure kena rotan kat sekolah. Kira2 semua kena hafal. I dulu pun sekolah kg. rata2 anak2 cina sana tak pandai bahasa melayu & english, tapi bab2 maths & sains ni semuanya minat. I tak pilih jurusan yg memerlukan penulisan pun utk kerjaya. Tapi yg I belajar, bila kita bukan sesama bangsa kita, kita jauh lebih kebal & bersedia utk survive.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 2-7-2007 05:47 PM



Erleyna, rasanya menulis ni macam melukis jugak, disamping belajar teknik dan berlatih, bakat sedia ada tu sama penting.  Macam aku ni langsung tak ada bakat menulis, masa sekolah dulu bm d ...


btollah...setuju la kot. sebab ku memang kayu abis bila bab melukis...

hik hik hik teringat dulu masa darjah 4 kena masuk spital, kakak bawakkan drawing block ngan colour suh i lukis kartun cam kat dinding wad tuh...tapi hasilnya ku lukis corak awan larat jerr.... sebab ku memang tak reti lukis akakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 9-3-2006 03:22 PM
Rotibakar,
anak saya masuk tadika cina masa umur 6 tahun (6 bln aje).  Disebabkan dia langsung tak ada basic Cina, kami minta dia dimasukkan ke kelas pelajar 5 tahun.


Salam untuk semua forumer,

Saya rasa sronok sangat bila jumpa forum nie...especially bila dengat cite aurorae, erleyna, shahar, meciput dan lain2 yang hantar anak gi sekolah cina.  Saya sebenarnya memang dah plan nak antar je sekolah chinese medium...sekarang ni hantar tadika untuk 5 tahun pun in chinese medium.  Stakat baca n tulis (basic) memang boleh cope after almost 7 months cuma cakap memang tak reti.  Tu yang buat saya risau n mulalah rasa doubtful though cikgu dia kata she's progressing very good.  Lagi pulak mak n ayah tak tau anything about mandarin n stakat ni since she's the only child and x de adik beradik yang lain...she's all alone on this.  Of course lah kita boleh bagi support n provide tuition lessons tapi kadang-kadang i sendiri rasa takut dengan the possible n expected challenges.

I would appreciate kalau forumers yang lain boleh bagi pendapat or perhaps moral support to us.:handshake:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #141 mommyallya's post

MOMMYALLYA

setiap anak memang tak sama perkembangan akademiknya.  Anak pertama saya belajar kat tadika Cina 6 bulan aje, dia cepat dapat sebab personaliti dia yg talkative tu.  Sekarang dah darjah 5, fasih bercakap dan menulis Cina.

Anak saya yg berusia 6 tahun pula, baru tahun ni dia catch up everything, baik bahasa Melayu, English dan Cina.   Masa umur 5 tahun dulu, dia tak reti apa-apa.  Sekolah tadika tu pula dah introduce spelling untuk ketiga2 subjek bahasa, jadi dia selalu dapat 0 atau setakat 1 markah untuk part tu.  

Cina ni pentingkan hafalan, so saya pun tolongla dia berlatih menghafal dan hasilnya at the end of year tu spelling dia dah almost perfect.  Tapi saya tak tekankan sangat result yg dia dapat, kalau dapat betul 1 pun, saya akan cakap wow adik betul satu.  Good.  Saya selalu puji anak saya dan sokong dengan galakan.  Tak pernah pressure dan tunjukkan dia yg kita risau dan stress dgn result dia tu.  Saya nak dia happy pegi sekolah Cina.

Sekarang dah takde masalah langsung, dia dah pandai plan belajar sendiri.  Kerja rumau  jangan cakaplah, satu hari tu kalau ada 4 subjek, ada 4 kerja rumah.   Saya juga selalu baca buku bahasa Cina dia dan cuba sebut.  Yang bestnya nanti dia betulkan sebutan kita tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by mommyallya at 13-7-2007 10:17 AM

sekarang ni hantar tadika untuk 5 tahun pun in chinese medium.  Stakatbaca n tulis (basic) memang boleh cope after almost 7 months cuma cakapmemang tak reti.  Tu yang buat saya risau n mulalah rasa doubtfulthough cikgu dia kata she's progressing very good.  Lagi pulak mak nayah tak tau anything about mandarin n stakat ni since she's the onlychild and x de adik beradik yang lain...she's all alone on this.  Ofcourse lah kita boleh bagi support n provide tuition lessons tapikadang-kadang i sendiri rasa takut dengan the possible n expectedchallenges...
.


Satu ketika dulu saya pernah rasai apa yg mommyallya rasai.
Cuma...now, saya boleh tersenyum sbb anak yg dulunya tak
pernah saya dgr sepatah mandrin drp his mouth...dah boleh bertutur
dgn fasih dan konfiden, w/pun baru std 2. Cuma, saya selalu galakkan
dia bertutur setiap kali berpeluang berinteraksi dgn chinese yg boleh speak
mandrin. Bhn bacaan mandrin, VCD mmg bnyk yg saya beli serta saya akan
duduk sama2 membaca mahupun menonton VCD mandrin nih, (walaupun sy tidak paham..)

Apa yg sy lihat, bila dah masuk std 1, mmg ketara penguasaan mandrinnya.
Mungkin lebih masa di sklh dan  faktor persekitaran juga memainkan peranan.
Satu jer...terus galakkan...beri pujian...sering ambil tahu apa yg dia belajar...
dorongan dan sokongan nih juga ...bnyk membantu dia utk konfiden bila bertutur.

[ Last edited by  Shahir at 16-7-2007 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #141 mommyallya's post

Terima kasih aurorae & shahir....memang u all n d rest kat forum nie membakar semangat i untuk teruskan hasrat yang pada i sangat mencabar...I have been reading this thread and memang banyak panduan yang i dapat actually from here.  Macam apa yang aurorae cakap tu memang i agree...different children memang punya different ability and I myself x pernah push my daughter...selalu bagi dia encouragement n always praise that dia je yang tahu baca n tulis mandarin in d family and that she have to teach us...memang nampak dia bersemangat n siap nak ajar kite balik...

Apa yang shahir cakap tu memang betul...kite pun kena bagi semangat tu join along masa reading and revision walaupun x tau sebenarnya...kira follow je...bab ni memang kena consistent and for me memang mencabar especially bila masa kita limited...lepas bali kerja baru boleh attend to it..tapi i know that our commitment is vital to enable them to cope and compete...

Macam my daughter kan...i beli dia CD on learning how to write tapi dia x suka... dia hanya suka workbook tapi since workbook nyer instructions are all in mandarin...so, i x beli.  I hanya beli reading books and writing materials.

Sebenarmya memang x sabar nak dengar dia cakap mandarin...cuma kelas tadika skang, 1/2 of d chinese students pun converse in English...so she tends to mix around with this group je...but i understand that i hv to be patient and wait for the development.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 03:55 PM | Show all posts

Reply #144 mommyallya's post

sabar mommyalya...

nanti u sendiri akan surprise bila tiba-tiba dia dah leh cakap cina..
anak i dulu even worse. tak masuk tadika cina pon...tetiba kena masuk skolah cina. siap menangis sindrom taknak g skolah tau...berbulan2 i punch card merah manjang ikikikikiiii..........

anak i pon takde adik beradik lain lagi.
cuma tinggal ngan i, hubby n my sisters.
takde sape leh tlg d wat homework sebab kami sumer tak paham arahan kat buku tu. sebab...buku kerja maths pon arahan dlm bhs cina...lerr

banyak kali gaks kami suh dia biar kosong tak jawab sebab tatau apa arahan tu...
sekarang makin ok ler... i antar tuisyen + daycare pagi from 8am - 12.00pm kat tpt cina.
dia belajar banyak benda n leh ler bergaul ngan bebudak cina tu....
buat homework pon cekgu kat situ guide.. so malam2 i suh d buat yang d tau jer yang tak paham tanya cekgu sebab i pon tak paham uhuhu siannn....

tapi takper jangan risau. anak2 kita ni still fresh lagi otak dia...leh cope punya. skang bli sayur pon nak g kedai cina sebab nak show off kat apek tu dia  leh cakap cina! haper ler plak anak aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #145 erleyna's post

Itula kan memang kena banyak sabar kan....kiranya walaupun dia sorang okay lah kan...janji kite support dia n bagi semangat.  Erleyna, anak u skang dah standard berapa n sekolah kat mane?I pun memang plan nak hantar dia tuition + day care cam tu...although macam2 jugak benda yang i risaukan especially food kan.  But i believe that is d most suitable place for her to be able to cope.  At d moment pun i memang hantar dia day care kat sekolah tadika dia and memang ramai chinese...cumanya they all sume converse in English most of the time.

I am really glad to have found this thread and really appreciate to all yang banyak berkongsi pengalaman dan menyokong!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 06:34 PM | Show all posts

Reply #146 mommyallya's post

anak i skolah kat SJKC Yak Chee kat Bandar Kinrara. day care + tuiton centre tu dekat je ngan skolah.

makanan plaks...
pagi2 kena bekfast kat umah
pastu i tapaukan nasik tu dia makan tengahari sebelom g skolah.

untuk makan time recess plak, dulu i bawakkan nasik. suh satu taska melayu ni sediakan nasik bekalkan dia sebab dia komplen lapar...

tapi pastu dia taknak plak sebab nak bawak roti@ donut@biskut jer... kekadang jer bawak air kotak susu@milo.. dia nak yang ringkas2 jer yelah time rehat kan sekejap

so far ok jer.... memang kena susah sikit la...since i takda maid, i masakkan bekal dia tetiap pagi sebab takmau dia makan masakan kedai memanjang.... tapi i rasa takpelah...
Reply

Use magic Report

lela_manja1979 This user has been deleted
Post time 6-8-2007 09:35 AM | Show all posts

Reply #125 Shahir's post

Hi semua, anak i darjah 1 di Sekolah Yu Hua Kajang....hmmm memang susah sikit kalau kita tak hantar anak ke sekolah tadika yang ajar mandrin....Takes time ....Cikgu2 kat sekolah tu pulak garang2 kalau tak tahu terus dia rotan....make sure parent hantar anak2 pergi tusyen....anak I kalau bercakap dia faham tapi kalau nak membaca susah sikit....Kesian juga la ...tapi sorry 2 say ...kalau org melayu dia orang buat tak endah je....kena belajar sendiri....
Reply

Use magic Report

lela_manja1979 This user has been deleted
Post time 6-8-2007 10:10 AM | Show all posts
lagi satu i nak kongsi pengalaman...Bulan January hari tu, i ambil annual leave untuk register anak i masuk sekolah cina ni...Sebelum tu memang pihak sekolah ada bagi list pasal undang2 sekolah....kena berpakaian kemas...standard 1, boy or gal mesti rambut pendek macam askar. Jadi i dah bersedia semua tu, bila masuk class i dan anak i duduk tunggu giliran..setiap class dia orang pilih 8 orang melayu...so nama anak i pun cikgu tu panggil kemudian dia cakap dgn i...rambut anak i masih panjang so cikgu tu suruh i dan anak i keluar dari kawasan sekolah tak boleh register hari tu...nak di jadi kan cerita kerata i pulak kena block...tanpa membuang masa i pergi la pinjam gunting dekat ada sorang uncle tu...masa tu i menangis sebab my husband outstation than i tak boleh ambil cuti lagi....bila i dah gunting pendek rambut anak i, i pun terus masuk balik class tu, cikgu tu suprise sebab cepat betul i pergi kedai gunting rambut....than i isi form ....tetiba anak i bisik dekat i..."ibu turn back pls" i dengan geram nye tengok anak cina tu rambut panjang sampai ke bahu....i terus panggil cikgu tu...dia boleh cakap "kita tak mahu gado2 u isi form tu saja than u boleh balik" i terpaksa sabar memandang kan perempuan tu bakal my dotter teacher....so sekarang ni i lebih bersemangat semua nanti anak i ...akan i hantar ke sekolah cina....jadi dia orang tak kan senang nak tipu kita....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #149 lela_manja1979's post

eiskkk geram sungguh kan??? boleh pulak dia buat camtuh??

haaa lupa nak share ngan kekawan. SJKC nih memang takleh berambut panjang ek? dulu pon cekgu suh aku potong rambut anakku. kecuali kalo anak kita ada masuk apa2 kelas tarian kat luar (BALLET especially) dibenarkan simpan rambut panjang.

aku pon pi la registerkan anakku kat kelas ballet (cost me about Rm200++ gaks) then  kelas ballet tu buat surat kepada sekolah. so anak aku tak payah la gunting rambut... eheheheh aku la yang sayang sangat nak gunting rambut dia tuh... sebab rambut dia kerinting2 perang... sayang ler


then pas sebulan anak aku tak pegi da class ballet tu sebab aku malas nak g menghantar ekekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062945s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list